SPY - 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jeneral Rizal memang seorang lelaki yang santai duduk di sofa di dalam bilik tetamu. Baru kali ini, Jeneral Rizal menerima tetamu secara berhadapan. Selama ini, sesiapa yang mahukan perkhidmatan S.I.C mereka akan langsung menghubungi kaunter perkhidmatan S.I.C yang dibuka selama 24/7. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah penyiasatan, memerhati dan menjaga maklumat pelanggan mereka.

"Tengku Qaisar?"

Dia menegur mengguanakan suara tegasnya. Jeneral Rizal lengkap berpakaian rasmi S.I.C. Pakaian khusus yang hanya diguna pakai oleh pihak atasan S.I.C.

"Yes, it's me. You are Jeneral Rizal?" Laju Tengku Qaisar bangkit dari duduknya. Berasa sangat bertuah kerana dapat menemui pengasas S.I.C itu secara berhadapan.

"Have a sit, Tengku..."

"Thank you, Jeneral. You have a time to meet me at here..." Tengku Qaisar memandang wajah Jeneral Rizal. Tidak terlalu tua namun dia pasti usia Jeneral Rizal dalam lingkungan 40-an.

"Ada apa Tengku nak jumpa dengan saya secara personal?"

Tengku Qaisar tersenyum sedikit. "I need you special agent."

Jeneral Rizal mengerut dahi. Special agent? Jarang pelanggan S.I.C meminta special agent berkhidmat di bawah mereka. Kerana tugas special agent berbeza dengan tugas-tugas agen biasa. Tugas special agent sangat berbahaya dan memerlukan mereka mahir kesemua teknik. Mereka akan dihantar untuk menjalankan misi memerhati di negara-negara yang bergolak.

"We don't have special agent here, Tengku. Mereka semua sedangkan menjalankan misi mereka dan mereka tidak pernah berkhidmat di bawah pelanggan kami" Jeneral Rizal bersuara tegas.

Tengku Qaisar mengangguk. Dia sudah tahu mengenai hal itu.
Kerana itulah, dia mahu berjumpa dengan Jeneral Rizal dan bertanya akan hal itu.

"Tapi saya masih mahukan one of your special agent!" tegas Tengku Qaisar.

Jeneral Rizal terdiam. Dia memandang seorang lelaki berpakaian serba hitam di hujung pintu. Memberi isyarat mata dan langsunh diangguki oleh agen itu. Tidak lama itu, agen itu kembali bersama lima buah fail hitam di tangannya.

"Ini Jeneral..."

Jeneral Rizal mengangguk. Dia meletakkan kesemua fail hitam itu di atas meja. Membuka dan menyusun di hadapan Tengku Qaisar.

"We have five special agent. This is their profile, Tengku"

Tengku Qaisar mengangguk. Dia memandang setiap profil agen S.I.C yang berada di atas meja kayu itu. Terdapat lima orang ahli dan hanya seorang saja gadis di situ. Namun, separuh wajahnya ditutupi kain hitam.

"Who is this?" Tengku Qaisar menunding jari ke arah foto seorang gadis. Dia tertarik melihat foto itu dan maklumat di dalam profil itu tidak lengkap seperti yang lain.

Jeneral Rizal tersenyum penuh makna. Fail yang lain ditutup, disusun dan diletakkan di tepi meja. Hanya satu fail sahaja di atas meja itu iaitu fail milik seorang gadis yang diberi gelaran sebagai Ice.

"Her name is Ice. Tak banyak maklumat dia yang diterangkan kerana arahan dari Ice sendiri. Dia tak suka maklumat dirinya dipaparkan di khalayak umum. Dia merupakan kaptain dan melatih keempat lelaki di bawahnya dan dia paling banyak pengalaman berbanding yang lain".

Tengku Qaisar memandang wajah Jeneral Rizal. Dia ingin tahu lebih lagi mengenai gadis bernama Ice. Unik dan menarik.

"She the most wanted all over mafia's, gangster's and rebels. She the only one that we send to all over world to do secret mission. Only us and her. Tak ada sesiapa tahu. Melainkan jika kami menerim jasadnya yang telah tiada, maka kami akan mendedahkan identiti asli beliau..."

"Nothing about her?"

Jeneral Rizal mengeleng. Kerana, dia sendiri tidak tahu mengenai Ice. Gadis itu sangat berahsia dan suka menyendiri. Dingin dan tidak banyak bergaul. Tetapi berbeza apabila berkumpul dengan kumpulannya. Jeneral Rizal dapat melihat senyuman manis gadis itu.

"Where is she? I wanna to see her" Tengku Qaisar bersuara setelah lama berdiam diri. Dia mahu berjumpa dengan gadis itu depan-depan.

"Dia tak ada di sini. Dah lama menetap di New York di bawah jagaan Leftenan Elias"

Tengku Qaisar sedikit berasa terkilan. Seperti foto gadis itu, wujudnya sangat misteri dan sulit dipertemukan. Hanya iris mata hitam pekat dan renungan yang sangat dingin saja kelihatan di sebalik kain hitam itu.

















Ice menarik bagasinya dan melangkah santai tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Ice kelihatan cantik dengan alunan rambut yang terlerai tanpa diikat dan gaun separas lutut bermotif bunga-bunga kecil. Dia juga mengenakan mekap tipis bagi menambahkan seri di wajahnya.

Dia tersenyum lebar melihat kelibat seorang lelaki yang bersandar di sebuah kereta Honda City hitam dan memakai kaca mata. Penampilan yang tidak kalah seperti Ice. Kelihatan kacak ditambah lagi kulit sawo matangnya.

"Shark!"

Lelaki itu tersentak. Hampir saja telefon di tangan jatuh menyembah lantai di bawahnya. Terkejut apabila seseorang menjerit namanya dengan begitu kuat. Bunyi derap kaki seseorang membuatkan dahi lelaki itu berkerut hairan. Siapakah gadis itu?

"Wow! Kau tak kenal aku?" Ice bersuara dingin. Ini baru lima tahun dia menetap di New York. Anak buah sendiri sudah melupakannya.

Seketika, mata Shark membulat besar. Kaca mata hitam dibuka dan memandang gadis itu atas bawah berulang kali. Seakan tidak percaya, kaptain nya berubah drastis menjadi perempuan tulen.

"Stop staring at me like that, Shark! We don't have enough time. Aku nak jumpa Jeneral sekejap lagi" gesa Ice dan memusing kereta milik Shark. Membuka pintu kereta sebelah penumpang.

Bagasinya dibiarkan dan dia tahu Shark akan tolong masukkan bagasinya ke dalam bonet. Ice tidak membawa banyak pakaian. Dalam bagasinya hanya ada barang mandian, alat solek dan beberapa pakaian santai yang lain. Ice akan pulang ke apartmennya yang tidak jauh dari S.I.C.

Shark memecut laju kereta meninggalkan lobi utama KLIA dan menuju ke S.I.C yang terletak agak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur. S.I.C berada di kawasan tengah-tengah hutan dan dikawal ketat. Tiada penceroboh yang berani masuk ke situ. Jika ada yang berani, mereka akan ditembak mati tanpa usul periksa.

"You totally changes, Ice. Aku terkejut tengok penampilan kau yang sekarang ini. Perempuan sangat-sangat..."

Ice menjeling Shark di sebelahnya. "Sedap kau mengata aku. Mentang-mentang selama ni aku tak pernah pakai pakaian perempuan, kau banding-bandingkan aku dengan bekas-bekas teman wanita kau pulak!"

Shark tertawa kuat. Sungguh, kata-kata Ice tepat terkena batang hidungnya sendiri. Tepat pada sasaran. Antara Javis, Shark dan Josh. Shark lah yang paling ramai teman wanita. Josh pula seorang yang pendiam dan kaku terhadap wanita. Javis pula apabila bertemu wanita cantik, mula lah sesi mengayat dikeluarkan.

"Auch!"

Shark mengaduh sakit. Perutnya terasa perit apabila dipulas oleh jari runcing milik Ice. Ini boleh lebam. Jatuh saham Shark ingin bermain mata dengan junior agen S.I.C.

Jika Ice ada, tiada sesiapa berani mencari pasal dan selama lima tahun ini Shark begitu bebas memainkan hati dan perasaan wanita. Bermodalkan nada lembutnya, kata-kata manisnya dan rupanya.

Tidak lama itu, kereta Shark memasuki kawasan hutan simpanan milik kerajaan dan di sekitar kawasan itu lah bertapaknya S.I.C yang dijaga oleh Jeneral Rizal. S.I.C tidak berada di bawah naungan sesiapa. S.I.C hanya bekerja sendiri dan tidak campur tangan orang lain.

Pengawal yang berada di atas tembok itu sudah mengenali kereta-kereta yang milik agen S.I.C dan mereka hanya menggunakan satu sensor yang dicipta khas dari agen S.I.C dari bahagian teknologi. Sensor yang boleh membolehkan mereka mengesan kenderaan keluar dan masuk bangunan S.I.C.

Pintu gerbang setinggi 12 kaki itu terbuka lebar. Ice berasa kagum dan tidak sabar melihat-lihat suasana di bangunan utama S.I.C.

Berbeza di bangunan di New York. Di sana, mereka bekerjasama dari ejen S.I.C Amerika dan membuatkan mereka sering bertukar pandangan dan pendapat.

Shark memakir keretanya di tempat yang khusus untuknya. Ejen-ejen lain tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri dan mereka akan di hantar pulang oleh staf-staf S.I.C menggunakan van khas mereka.

Ice menapak keluar dari kereta dan membetulkan penampilannya. Beberapa orang staf disitu menunduk hormat apabila melihat kelibat dua orang special agent S.I.C yang amat disegani oleh mereka semua.

Shark berjalan di sebelah Ice memasuki lobi utama THE GUARD. Nama yang diberikan oleh Jeneral Rizal sendiri bagi mengaburi pihak musuh. Mereka tidak tahu bahawa itu lah bangunan utama S.I.C yang bertapak sejak 30 tahun lalu.

Ejen-ejen yang berada di kawasan lobi utama terkejut melihat senior mereka berjalan bersama seorang gadis yang sangat cantik. Shark berasa kagum berjalan di sebelah Ice. Tidak sia-sia Ice berpenampilan cantik.

"Stop smiling Shark. You make me want to punch your idiot face!" Ujar Ice dingin. Memasuki lif khusus untuk pihak atasan dan special ejen.

Automatik Shark menarik senyumannya. Digantikan dengan wajah datarnya. Tidak ingin dia ditumbuk oleh Ice. Mahu lebam pipinya ditumbuk tanpa belas kasihan dari Ice. Nampak saja ayu macam tu, sekali keluar taring Shark sendiri boleh angkat kedua tangan tanda menyerah.

Mereka sampai di tingkat 5 di mana terletaknya bilik Jeneral Rizal dan pihak atasan yang lain. Ruangan yang diasingkan dan bangunan di atas sekali merupakan bilik-bilik ejen yang tiada tempat tinggal.

"I am back, Jeneral!"



















Raiq tersandar di kerusi sambil mengurut sebelah bahunya. Rasa sengal di bahagian bahu apabila tangan dia melakukan kerja tanpa rehat. Raiq rela menghabiskan masa membuat kerja daripada tidak melakukan apa-apa.

"Tengku"

Raiq mendongak. Memandang wajah setiausahanya yang berdiri di depan mejanya. Raiq sendiri tidak perasan kerana terlalu tekun melakukan kerjanya.

"Yes?"

"Saya dah check semua laporan-laporan dari semua jabatan. Tiada error dan hanya sedikit kesalahan pada data untuk bulan lepas. Juga, saya dah selitkan memopad dekat atas setiap fail untuk rujukan Tengku" ujar Rena panjang lebar.

Hampir lima tahun dia menyandang jawatan sebagai setiausaha Raiq dan sepanjang itu tiada apa-apa masalah baginya. Rena selesa bekerja bersama Raiq. Masing-masing profesional dan tidak suka bermain-main.

"Bila due date?"

Mata Raiq merenung perut Rena yang membusung ke hadapan. Raiq sendiri berasa seram melihatnya.

"Bulan depan. Saya nak mintak cuti awal boleh, Tengku?" Rena bertanya sopan.

Raiq berdecit perlahan. "How many times I told you, Rena. Just call me Raiq as your husband call my name"

Ren tetap mengeleng kepalanya.

"Tengku bos saya. Sekarang masa kerja jadi saya kena formal. Luar tempat kerja baru saya panggil nama. Macam tak sopan pula kalau saya panggil Tengku nama je" .

Raiq mengeleng kepala. Keras kepala betul isteri sahabatnya. Entah macam mana, Idlan mengawal sikap keras kepala Rena. Tapi, bila dilihat-lihat dengan baik. Rena bukanlah seorang yang keras kepala. Cuma dia mempunyai nilai santun yang sangat tinggi. Bertuah betul seorang Idlan.

"Ikut suka hati awak, Rena. Asalkan awak bahagia..."

Tawa mereka meletus begitu saja. Raiq wajahnya saja nampak garang dan datar. Namun, jika sesiapa mengenalinya dengan rapat maka terserlah satu sikap seorang Raiq yang tiada sesiapa tahu. Itu hanya sebahagian saja sikap seorang Tengku Raiq Hatta.

"Jadi, Tengku...cuti saya diluluskan atau tidak?"

Raiq tersenyum penuh makna.

"Maaf Rena, saya tak boleh luluskan cuti awak..." ujar Raiq dalam nada perlahan.

Rena tetap tersenyum. Dia sudah menjangkannya. Rena mengenggam erat tangannya.

Bam! Bunyi pintu terhentak kuat membuatkan mereka berpaling ke belakang. Raiq tersenyum sinis menerima kedatangan Idlan. Lebih tepat lagi Ungku Idlan.

"Wow! Kalau pecah pintu bilik aku...aku akan mintak ganti rugj dari kau Elan!"

"Aku sanggup! Sukahati kau je tak bagi bini aku cuti kan! Aku tepuk kepala kau baru reti basa agaknya! Dasar lahabau punya kawan!" Marah Idlan. Mencekak pinggang di sisi Ren.

Raiq terkekeh perlahan. Seronok betul dia melihat riak marah di wajah sahabatnya. Lagi-lagi loghat Terengganunya yang sentiasa membuatkan Raiq tertawa gembira. Idlan bukan saja sahabat, tetapi merupakan saudara jauhnya. Raiq tidak mahu menceritakan latar belakang keluarganya yang sangat-sangat sukar untuk difahami.

Dia memang sudah melihat kelibat Idlan yang baru saja keluar dari lif dan menuju ke biliknya. Raiq melihat melalui CCTV yang disambung ke komputernya. Melihat Idlam sudah mahu membuka biliknya, Raiq terus berkata sebegitu.

"Chill! Kau ni, macam lah aku ni kejam sangat! Aku dah lulus dah pun..."

Sekeping slip dikeluarkan dari tindihan fail-fail yang berselerak di atas meja. Idlam tersenyum lebar. Rena pula sudah menarik nafas lega sambil mengusap perutnya.

"Nasib baik aku dok tumbok muka mung!"

Sekali lagi, tawa Raiq kedengaran. Idlam pul malas melayan dan dengan selambanya mengucup kedua belah pipi Rena.

"Stop being romantic infront me! Really disgusting" ucap Raiq dengan wajah datarnya.

Idlam tersenyum mengejek. "I take my wife homey, my friend"

Raiq melambai-lambai tangan. Bahagia betul melihat Idlan dan Rena yang seakan pelengkap antara satu sama lain. Raiq tidak mahu melayan perasaan. Dia meneruskan kerja-kerjanya. Nampaknya, dia harus bekerja keras lagi dan lagi tanpa kehadiran Rena. Menyusun jadual kerja sendiri. Mengingati perkara-perkara penting sendiri.

Tidak lama, hanya 3 bulan Raiq perlu melakukan semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Dia sudah terbiasa melakukannya sendiri jika Rena bercuti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro