SPY | 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ice mundar-mandir di bahagian dapur menyediakan makan malam mereka. Dibantu oleh Tengku Alya dan Tengku Elya. Mereka bertiga nampak sibuk memasak, sedangkan Shark lelaki itu menyibuk bertenggek di meja bar berdekatan sambil memakan buah potong yang disediakan oleh Tengku Alya untuk dirinya.

Tengku Elya nampak gugup, apalagi melihat Shark yang berada di situ. Dia menjadi serba tidak kena apatah lagi lelaki itu seakan mengawasi dirinya. Tapi dia cuba menutup kegugupannya dengan menghiasi kek buatannya.

"Ah, siap jugak..." dia tersenyum riang. Melihat kek hasil air tangannya. Dihiasi buah ceri di kelilingi. Tak lupa, topping di atasnya iaitu jem blueberry.

"Hmm, pandai jugak kau buat kek erk..." bisikan itu menyentakkan Tengku Elya. Bahkan, hampir saja dia mahu melanggar dada lelaki itu.

Shark, dia berdiri betul-betul di belakang Tengku Elya. Kedua tangan dia mengepung gadis itu di kiri dan kanan. Membuatkan gadis itu kaku di tempatnya.

Shark menyeringai melihat wajah cuak Tengku Elya. Entah kenapa, hari ini dia ingin mengusik gadis itu. Melihat wajah putih itu kemerahan, membuatkan dia ingin saja memeluk gadis itu saat itu juga.

Plak!

"Aww!" Shark terus menjarakkan diri. Belakang kepalanya digosok laju. Perit dipukul oleh seseorang.

Ice tersenyum puas melihat wajah kesakitan Shark. Dia menarik Tengku Elya ke sisinya. "Lainkali jangan nak usik anak dara orang! Sedar diri kau tu sikit! Dah buaya tu buaya jelah! Jangan nak acah-acah romeo jumpa juliet! Jijik."

Shark memegang dadanya. Pedas sekali kata-kata ketuanya. Tengku Alya pula mengeleng kepala. Menyimpul senyum melihat kelakuan Shark pada anaknya. Dia yang baru ingin menegur tidak jadi melihat Ice yang terlebih dahulu bertindak memukul belakang kepala Shark.

"Apa? Betul kan aku cakap?" Ice menjengil matanya. Lagaknya umpama mak—yang memarahi si anak. Dia memandang Tengku Elya pula, "Elya, kalau gorgon tu kacau kau lagi. Kau sepak je adik dia sampai kejang-kejang..." ucap Ice tanpa perasaan.

Tengku Elya ternganga kecil. Sepak tut-tut?

Shark terus menutup celah kangkang dia dengan kedua tangannya. Oh tidak—masa depan dia! Dia mengeleng kepala laju.

Ice senyum sinis. "Kalau aku tau kau buat lebih-lebih memang aku potong kau punya tu—" pisau diarahkan ke celah kangkang Shark, Ice menyeringai jahat. "Aku potong kecik-kecik pastu bagi Carmela makan!"

"Andwae!" Suara jeritan Shark memenuhi mansion itu. Dia berlari keluar dari ruang dapur menuju ke tingkat atas. Tidak—dia harus menyelamatkan 'adik' dia dari ancaman Ice yang tak main-main.

Tengku Elya menatap Ice kagum. Tengku Alya tertawa melihat lagak Ice dan Shark. Macam-macam kerenah mereka hingga membuat Tengku Alya tidak kering gusi melayan mereka—yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Yaya, bawak semua ni ke meja makan..."

Tengku Elya angguk. Dia membawa semua menu masakann itu ke ruang makan. Dibantu oleh maid-maid disitu. Ice mengelap tangannya di kain kotor.

"Tengku, saya pergi ke menara kawalan. Nak panggil Agnes dan ejen-ejen yang lain" pamitnya dan terus pergi meninggalkan Tengku Alya yang menyediakan minuman untuk mereka semua.

















Agnes dan yang lain menunduk hormat melihat kehadiran Ice di menara kawalan. Ada tiga orang ejen lelaki yang berkerja mengawasi sistem keselamatan pulau mereka. Ejen Agnes bertindak sebagai ketua, yang memberi arahan jika ada musuh yang menyusup masuk ke pulau mereka.

"Korang boleh ke mansion. Aku ada sediakan makan malam..." katanya dan duduk di sebelah kerusi. Memeluk tubuh menatap monitor-monitor yang bersambung di depannya.

Ejen Agnes senyum. "Terima kasih kapten, tapi kami ke sana lepas siap semua kerja" ujarnya. Kerana dia ada beberapa laporan yang perlu dia siapkan untuk dilaporkan ke Headquarters SIC.

Ice mengangguk. "Baik, kalau macam tu aku pergi dulu".

Ejen Agnes yang lain menunduk hormat. Walaupun Ice lebih muda dari mereka, tetap mereka menghormati Ice selalu ejen spesial yang dimiliki SIC.

Ice melalui jalan belakang, sambil-sambil itu menghirup udara malam. Dia bersiul-siul kecil, membiarkan angin menerbangkan anak rambutnya. Hingga, Ice tidak sedar seseorang datang dari arah belakangnya, menekup kuat mulutnya dan menyudutkan dia ke dinding.

Mata Ice membulat melihat wajah di hadapannya. Tak guna! Kenapa dia boleh tak sedar?!

Raiq senyum sinis. Dia mengunci gadis itu dari melakukan sebarang gerakkan. Peluang untuk dia, halaman belakang sangat sunyi dan tiada pengawal yang berjaga.

"We meet again, kitten..."

Kit-kitten...

Sudah lama dia tidak mendengar panggilan. Semenjak kejadian itu—Ice menghapuskan segala ingatannya terhadap lelaki itu. Tapi kini—dia kembali lagi dan berdiri gagah di hadapannya.

"Apa yang kau nak hah? Tak puas lagi, apa yang kau buat pada aku sebelum ni?" Ice mengucap dalam nada keras. Dia menahan sesuatu yang ingin pecah.

Kedua tangan dia digenggam erat di sisi badan. Hingga kukunya memutih.

Raiq senyum. Gadis itu tampak kuat di depannya. Raiq menjadi tercabar. Dia tidak suka gadis itu nampak kuat—apalagi bukan seperti dulu.

"Not so fast, kitten. Aku belum puas lagi, selagi aku belum nampak kehancuran dalam diri kau..." bisiknya tepat di telinga kiri Ice.

Ice mengetap gigi. Raiq menjauhkan badannya. Tidak lagi mengunci pergerakkan gadis itu. Dia tertawa melihat riak marah di depannya.

"Kau marah? Tch..." Raiq menjilat bibir bawahnya. "Apa kata, kau layan aku...macam kau pernah buat dulu—"

Pang! Pipi kanan Raiq ditampar kuat oleh Ice. Sungguh, kesabaran dia sudah tipis menghadap lelaki kurang ajar seperti Raiq.

Raiq berdecit. Memegang pipi kanan dia yang terasa panas akibat tamparan dari gadis itu. Menarik...

Dada Ice kelihatan turun naik dengan laju. Jari dia menunding tepat di wajah lelaki itu. "Dulu, memang aku sanggup buat apa saja untuk kau—tapi sekarang tak lagi! Dulu ya...aku bodoh sebab cintakan lelaki macam kau—sampai sanggup buat perkara yang menjatuhkan maruah aku semata-mata mengemis cinta kau, yang tak pernah kau nampak—" suara Ice kedengaran tertahan-tahan.

"Sekarang, aku dah bangkit! Aku bukan kitten kau yang dulu! Stop calling with that name! Aku jijik!"

Ice meludah airliur dia. Menatap penuh amarah wajah Raiq yang seakan tidak terkesan langsung dengan kata-katanya.

Raiq mendekati Ice, membuatkan gadis itu mundur beberapa langkah ke belakang. Tanpa Ice sangka, Raiq dengan beraninya mengusap sisi pinggang dia. Dan jari lelaki itu dengan berani menyelak pakaian yang dipakai oleh gadis itu—

Buk!

Tubuh Raiq terpelanting ke belakang akibat tendangan seseorang. Tubuh Ice merengsot jatuh ke atas tanah. Badan dia menggigil. Kedua tangan dia naik memegang kepalanya.

Mata dia melilau ke sana sini dalam keadaan tidak tentu arah. Ice memeluk tubuhnya. Tidak peduli dua lelaki yang saling beradu buku lima di depannya. Pertama kalinya—isi memperlihatkan sisi lemahnya.

Josh—lelaki itu yang menendang Raiq. Dia kebetulan melalui halaman belakang untuk memanggil Ice—tapi tidak sangka dia melihat kejadian itu. Amarah dia memuncak melihat Raiq dengan beraninya ingin mencabul Ice.

Tak cukup dengan tendangan, Josh menghentam wajah kacak itu dengan beberapa tumbukan. Dia mencekik leher baju Raiq hingga membuatkan lelaki itu sesak nafas. Pergaduhan mereka membuatkan yang lain keluar—kerana suara pekikan Josh yang cukup kuat.

Ocean meleraikan Josh dari mencekik Raiq. Shark pula terpinga-pinga melihat Josh yang nampak sangat marah dan Raiq yang lemah terduduk di atas tanah akibat dihentam kuat oleh Josh.

Tengku Qaisar memandang mereka berdua meminta penjelasan.

"Josh, sabar..." Ocean menenangkan sahabatnya. Sungguh, Josh jarang nampak marah sebegini. Kecuali—

Mata Ocean tertacap ke arah Ice yang memeluk kedua lututnya dan menutup wajahnya antara lutut. Ocean mengetap gigi—tak guna!

"Shark! Bawak Ice masuk bilik!" Arah Ocean keras. Dia masih memeluk Josh yang meronta-ronta ingin dilepaskan.

Shark yang tersedar, segera mengendong tubuh Ice masuk ke dalam mansion. Shark ketap gigi, melihat Ice menggigil dan gadis itu meracau-racau.

"Lepaskan aku Ocean! Biar aku ajar jantan tak guna tu!" Pekik Josh kuat.

"Kau ajar dia pun tak ada guna Josh! She is back!" Seketika, tubuh Josh kaku. Tidak meronta kuat seperti tadi.

Ocean melepaskan nafasnya kasar. Tengku Qaisar dan yang lain menandang hairan. Lagi-lagi Tengku Alya, dia nampak bagaiman keadaan Ice tadi sebelum dibawa masuk oleh Shark.

Josh menatap geram ke arah Raiq yang berdiri dibantu oleh Tengku Ikmal. Josh menatap wajah Raiq penuh kebencian.

"Arghh!"

Buk!
Buk!

Josh menumbuk kuat dinding keras itu hingga tangannya mengeluarkan darah. Dia meraup wajahnya kasar. Ocean tersenyum lirih melihat keadaan Josh. Dia kemudian menatap wajah Raiq.

"I'm sorry to my friend behavi—"

"Kenapa kau nak minta maaf dekat manusia binatang tu?" Suara keras Josh memotong ayat Ocean. Raiq tidak mengerti—kenapa mereka berdua menatapnya penuh benci lagi-lagi Josh. Sangat ketara kebencian di wajahnya.

"Settle all this mess, Ocean. I'm take off..." Josh pergi menghala ke timur, entah kemana tapi dia ingin menenangkan dirinya dahulu.

Tengku Qaisar memandang wajah Ocean. "Kenapa? Apa yang dah jadi? Tolonglah jelaskan pada saya..." rayunya sungguh Tengku Qaisar tertanya-tanya.

"Tak ada apa-apa, Tengku" Ocean senyum dan menunduk hormat. Dia kemudian pergi masuk ke dalam mansion, menyusul Shark semestinya.

Tengku Qaisar memandang anaknya. "Along?"

Raiq mengetap gigi. Dia juga pergi dari situ meninggalkan yang lain dalam keadaan tertanya-tanya. Raiq mengepal kedua tangannya, dia menyeringai jahat.

"I'm not letting you go, kitten. You still my pet, and always be my pet, kitten..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro