SPY | 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kitten~" suara itu kedengaran mendayu. Memanggil seorang gadis—yang memeluk lutut di sudut dinding.

Bibirnya menyungging senyuman sinis. Yang pasti—senyuman itu cukup mengerikan bagi gadis itu. Tubuh dia mengeletar takut. Bahkan, wajahnya penuh lebam.

Sekujur tubuh dia penuh dengan kesan libasan—yang pastinya amat menyakitkan.

"You obey me, kitten?" Lelaki itu kini mencangkung di hadapannya. Mencengkam lembut rahangnya.

Membuatkan wajah tirus milik gadis itu menghadap dirinya. Dia senyum melihat airmata yang terus mengalir di pipi tirus gadis itu. Tch—menyedihkan sekali.

"Kau lupa sesuatu ke? Aku tak suka orang yang tak dengar arahan aku..." ujarnya dalam nada bertukar keras.

Dengan sekali rentapan, dia menarik kuat rambut panjang gadis itu. Menyeretnya kuat hingga tiba di katil bersaiz king itu. Menghentak kasar kepala gadis itu di kaki katil.

Gadis itu menangis dan menahan rasa sakit yang menghentam kepalanya. Tidak puas dengan itu—dia melempar kasar tubuh kurus gadis itu ke atas katilnya.

"Kau kena ikut arahan aku perempuan! Kau kena ikut kata, Tuan kau ni!" Lelaki itu naik menindih gadis itu. Mencengkam kuat pipi tirus itu.

Lelaki itu senyum sinis. Suka melihat siksaan yang dia lakukan sekarang ini. "Why? Kau menyesal? Bukan ke aku dulu yang kau tergila-gilakan? Sampai sanggup buat apa je untuk aku?" Bisiknya penuh menggoda.

"Kau dah bisu? Tak boleh nak jawab aku ke hah!"

Pang! Pipi bekas tamparan kelmarin di tambah tamparan baru. Membuatkan darah yang sudah mengering kembali berdarah. Gadis itu menangis. Menangisi nasib malangnya. Sungguh, dia buta dengan cinta.

Lelaki itu ketawa melihat wajah sedih gadis itu. "Ini bukti cinta kau untuk aku. Aku dah pesan—aku bukan sebaik yang kau sangkakan selama ni. Akhirnya, kau masuk dalam perangkap aku—"

Lelaki itu melonggarkan tali lehernya. Membuka satu persatu butang kemejanya. Melihat gerakkan lelaki itu—membuatkan gadis itu merengsot menjauhkan dirinya. Tapi terlambat—tubuh kurusnya sudah ditindih kuat oleh lelaki itu.

"Layan Tuan kau dulu, Kitten..."


















"Hah...hah..." Ice terjaga dari mimpi ngerinya. Setelah bertahun, dia hidup dengan tenang. Kini mimpi itu kembali menghantui dirinya.

Ice menatap sekeliling. Ternyata dia di dalam biliknya. Melihat lengan kanan dia yang dicucuk Iv drip membuatkan dia menghela nafas lemah.

Dengan kasar, Ice menarik jarum itu dan membuangnya ke lantai. Kaki Ice melangkah keluar dari bilik itu dalam keadaan tangan berdarah. Dia tidak peduli apa-apa melainkan—seseorang.

"Ice..." Shark berlari laju menghampiri Ice.

Begitu juga yang lain. Mereka berkumpul di ruang tamu selepas Doktor Adam merawat gadis itu. Ocean memeluk Ice kuat. Menarik nafas lega melihat Ice tidak apa-apa.

Raiq? Lelaki itu tidak mempedulikan Ice. Dia asyik berbalas chat dengan tunangan tercintanya. Buat apa dia pedulikan gadis itu.

"Ice..." Shark menghela nafas lemah. Melihat darah mengotori lantai yang mereka pijak.

Tengku Alya menekup mulut. Melihat betapa banyaknya darah yang keluar dari tangan Ice.

"Panggil Adam cepat!" Gesa Shark kepada Josh. Lelaki itu terus berlari mendapatkan Doktor Adam yang berada di luar bersama beberapa ejen lain.

"Adam cepat!" Melihat Josh yang memanggilnya dengan keras, membuatkan Adam segera berlari ke dalam mansion.

Shit! Dia mempunyai firasat buruk mengenai Ice.

Pandangan Ice nampak kosong. Dia memandang wajah Ocean di hadapan dia. Adam mengetap gigi melihat riak kosong di wajah Ice. Dia segera membalut tangan gadis itu—menyekat darah dari keluar.

"Alex...Alex..."

Buk! Tubuh Ice nyaris tumbang ke lantai sebelum di tangkap oleh Adam. Dia berdecit melihat wajah pucat Ice.

"Bawak beg aku naik atas sekarang!" Gesa Adam yang mengendong Ice ke tingkat atas dan disusuli oleh Josh yang membawa beg berisi peralatan milik Adam.

Josh dan Ocean meraup wajah mereka kasar. Jika Ice memanggil nama Alex, bermakna keadaan Ice sangat memburuk. Hanya seseorang saja yang boleh memulihkan kembali semangat gadis itu.

Ocean tiada cara lain. Dia mendail nombor seseorang. Mengetap kuat giginya sementara menunggu panggilan bersambung.

"Hello, Leftenan Ellias"

Mereka semua diam. Raiq turut memasang telinga. Siapa yang dihubungi oleh Ocean.

"Ice need you" ucapnya dalam nada sayu.

Pertama kali, Ocean menunjukkan sisi lemahnya.

"Saya jumpa Leftenan sendiri..."

Tut! Ocean mematikan panggilan. Dia memandang Josh dan mendapat anggukan darinya. Josh dan Ocean menandang Ejen Agnes.

"Take over this mansion tonight. Bagitahu Ocean, kami pergi ke London"

Mereka berdua berlari. Meninggalkan keluarga Tengku Qaisar dalam keadaan terpinga-pinga. Ejen Agnes tersenyum nipis melihat mereka semua kacau pada malam itu.

"What happened here, Agnes?" Tengku Qaisar mengurut dahinya. Dia terduduk di atas sofa.

Fikiran dia bercelaru. Apa yang terjadi? Wajah tua itu nampak cemas sekali melihat Ice pengsan di hadapannya. Bahkan, pertama kali dia melihat Ice selemah itu.

"Maafkan saya Tengku. Saya tak boleh menjawab. Saya minta diri dulu" Ejen Agnes mengundur diri. Dia harus melapor menara kawalan mengenai penerbangan mereka pada malam ini.

Ditambah cuaca malam ini tidak begitu baik tapi masih boleh melakukan penerbangan. Tengku Qaisar menghela nafas lemah. Jika seperti itu, maka dia tidak boleh buat apa-apa. Dia akan tunggu arahan dari Jeneral Rizal.

















United Kingdom.

Leftenan Elias segera mendapatkan helikopter yang mendarat di pangkalan HQ di London.

"Oh god!" Leftenan Elias tergamam melihat tubuh Ice yang di papah oleh Josh dan Ocean. Shark dan Doktor Adam menjinjing beg berisi barang keperluan mereka.

"Bring the strecher here!"

Beberapa perawat datang membawa strecher dan tubuh kecil Ice di baringkan. Doktor Adam segera menolak strecher itu bersama lima orang perawat yang siap sedia bertugas pada pagi itu.

"Where is Alex?"

"Here!" Javis termengah-mengah datang bersama Alex di dukungan dia. Budak itu masih tertidur dan tidak terusik walau sedikit pun.

"Jom kita masuk dalam" gesa Shark dengan wajah cemasnya. Mereka semua menyusul Shark masuk ke dalam dan pergi ke ruangan khusus bilik rawatan.

Leftenan Elias tahu pasti ada yang tidak kena. Tapi dia tidak mahu bertanya lagi kerana melihat wajah-wajah sungul dan cemas mereka membuatkan Leftenan Elias mengunci mulutnya dulu.

Di bilik rawatan, Doktor Adam terduduk lemah melihat Ice yang dipasang mask oksigen dan beberapa alat-alat perubatan yang melekat di tubuhnya. Shark dan Ocean terduduk lemah di luar bilik. Josh pulak pergi ke bahagian pendaftaran bersama Leftenan Elias.

"I know it not doing well..." Ocean bersuara lemah. Meraup wajahnya. Javis yang baru saja menidurkan Alex memandang mereka berdua.

"Macam mana Ice boleh sakit macam dulu?"

Ocean dan Shark berpandangan. Shark menceritakan kejadian yang terjadi di Villa kepada Javis.

Javis mengetap gigi kuat, hingga terdengar oleh Ocean yang duduk di sebelahnya.

"That brat still alive?" Suaranya kedengaran menahan amarah yang mendalam.

"Calm down bro! Alex with you" Ocean mengingatkan Javis. Dia tahu serapat mana Javis dan Ice. Jika secuit orang mengusik Ice, maka Javis akan datang menghentam orang itu tanpa izin.

Alex merengek kecil di pangkuan Javis. Kemudian kembali tertidur apabila terasa tepukkan kecil di punggungnya.

Tidak lama itu, Josh datang bersama Leftenan Elias. Serentak itu, Doktor Adam keluar dengan wajah lesunya. Beberapa perawat yang menangani Ice meminta diri dan meninggalkan mereka di hadapan bilik rawatan Ice.

"How?" Lemah sekali Javis bertanya. Pelukkan di tubuh kecil Alex makin erat.

Urat leher dia nampak menegang. Rasa kecewa, marah, benci dan sedih menjadi satu. Javis tak tahu mahu memberi reaksi macam mana. Lagi dan lagi dia melihat Ice yang sama—sama macam dulu.

"Too bad, Javis. Aku dah cuba sedaya upaya aku but..." bahu Adam jatuh, airmata mengalir laju di pipinya.

Javis yang mendengarnya makin kuat memeluk Alex. Airmatanya sama deras dengan Adam.

Ice...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro