SPY | 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Javis menekuk sebelah kaki sambil tersenyum nipis. Alex memandang Javis sambil tersenyum lebar, menepuk-nepuk tangannya. Kemudian, si kecil menyua kedua tangan—ingin digendong oleh Javis.

Lelaki itu kemudian berdiri, bersama Alex yang melonjak suka di gendong oleh Javis.

"Kau nak bawak Alex jumpa Ice?" Shark memandang Javis. Mata lelaki itu nampak merah, dengan kedua tangan yang mengepal erat.

Javis angguk, helaan nafas berat terdengar di telinga Shark. "Mungkin Alex mampu bawa Ice kembali pada kita. Aku cuba untuk kembalikan Ice, anggap yang kita semua ada dengan dia. She's not alone. Kita ada, kita keluarga dia. Berat dia pikul, berat lagi bahu aku untuk bangkitkan dia kembali sama macam dulu."

Sesekali Javis menyapu air liur Alex yang meleleh di atas bahu dia tanpa rasa geli. Alex tersenyum suka, kedua kaki dia bergerak tak tentu arah memandang wajah tampan Javis.

Shark tersenyum, dia mendekati Javis dan memeluk lelaki berkulit putih itu erat. Alex yang menyangka orang memeluk dirinya, memeluk kepala Shark menyebabkan tawa mereka terhambur dengan gelagat Alex.

"Hug! Hug!"

Alex berkata kuat, tersembur-sembur air liur dia mengenai muka Javis. Muka jadi berubah datar, tak pasal-pasal kena sembur dengan pistol air semulajadi.

Krek...

Bunyi pintu ditolak membuatkan mereka bertiga menoleh ke belakang, melihat Leftenana Elias yang baru saja keluar dari bilik rawatan Ice dengan wajah lesu.

"Leftenan!" Shark merungkai pelukkan, memberi tabik hormat pada Leftenan Elias.

"Get it down, Shark. We're not in duty now..." lembut Leftenan Elias menegur Shark, menurunkan tangan Shark yang berada di paras antara dahi dan kening.

"How is she, dad?"

"Too bad, macam Adam cakap susah kita nak kembali Ice kembali. She needs to rid off from her delusional..."

Leftenan Elias memeluk tubuh. Apa yang dia nampak di depan matanya, membuatkan jiwa kebapaan dia meronta-ronta ingin keluar. Sayu dan sakit yang amat melihat Ice seperti itu.

Ice dalam dunianya sendiri.

Melamun. Bercakap sendiri. Menyakiti diri sendiri.

Membuatkan Leftenan Elias berasa gagap menjadi seorang ayah kepada sosok bernama Ice. Sekali lagi, dia gagal untuk melindungi Ice.

Padahal selama ini, dia berjaya melindungi negaranya dalam bahaya tapi—

Leftenan Elias gagal.

Ice yang kuat kini telah hilang...

"Can I get in?"

Suara Javis memecahkan lamunan Leftenan Elias. Lelaki itu tersenyum nipis, mengangguk kecil membenarkan Javis masuk ke dalam bersama Alex.

Mata bulat Alex nampak bersinar terang, kedua tangan memegang rahang Javis tanpa lepas. Suka betul dia memegang rahang Javis yang terbentuk elok, dengan rasa tajam-tajam sikit di bahagian dagu.




















Ice termenung, memeluk kedua lutut di atas katil. Mata melilau sana sini tak tentu arah, seakan berwaspada dengan sekitarnya. Ice sesekali mengigit kuat bibirnya hingga pecah, menyebabkan beberapa titisan darah kembali membasahi katilnya.

Dia sesekali ketawa kecil, tak lama itu wajahnya berubah dingin seakan tiada apa yang berlaku.

Semua itu tak luput dari pandangan Javis, yang berdiri di muka pintu dengan tangan semakin kuat mengenggam gagang pintu.

"My! Mummy! My!"

Alex menjerit kuat, memanggil Ice. Si kecil nampak teruja melihat sosok yang dia rindui selama ini. Javis makin kuat memegang tubuh Alex, bimbang Alex memberontak dan tantrum di dalam keadaan begini.

Mendengar suara itu, Ice merespon cepat. Seketika, Javis terpegun melihat Ice yang tersenyum lebar, berlari ke arah mereka dengan muka gembiranya.

Javis kaku. Kedua kakinya seakan digam, tak mampu digerakkan lagi. Ice...dia sedang menciumi seluruh wajah Alex hingga tawa kecil Alex terhambur keluar.

Ice...

She's back.

"Alex, my cute little boy..."

Alex kini berada dalam gendongan Ice, dibawa ke atas katil. Javis mengekori mereka berdua dengan senyuman kecil. Suasana ini, sudah lama dia tak rasakan.

Alex duduk di atas pangkuan Ice.

Ice nampak seperti biasa, tidak seperti mula-mula Javis melihatnya. Tidak Javis saja yang terkejut, Leftenan Elias dan Shark juga sama. Mereka di luar terkejut mendengar suara kecoh dalam bilik itu dan masuk ke dalam untuk melihat apa yang terjadi.

Tapi apa yang mereka dapat—

Pemandangan indah ini,

Sudah lama sekali...

Kedutan di bibir Leftenan Elias nampak ternaik sedikit ke atas, suka melihat Ice yang sedang bermain bersama Alex.

Shark mendekati Javis, menepuk bahu lelaki itu dengan airmata kembali jatuh.

Shark walau badan dia berketak-ketak,

Tapi dia yang mempunyai hati tisu.

Paling cepat emosional di antara yang lain.

Shark. Shark.
















Agnes tetap diam walaupun sudah diasak banyak pertanyaan dari Tengku Qaisar. Perempuan itu, tetap pada pendirian dia. Mengunci mulut rapat tanpa terpancing dengan asakkan dari Tengku Qaisar.

Agnes, perempuan itu tetap mendatarkan wajahnya. Memandang anak buahnya yang sedang membuat latihan di belakang mansion itu. Berdiri dalam keadaan sedia, kedua tangan kemas, saling mengenggam di belakang badan.

Padahal, Agnes berasa ingin menyumbat bom tangan dalam mulut Tengku Qaisar. Bising. Menganggu fokus dia.

Agnes bukan Ice...

Agnes, gadis itu memiliki kesabaran setipis tisu.

Mudah terpancing emosi.

Lagi-lagi bila tengok muka tak bersalah Raiq. Ingin saja dia meledakkan tubuh lelaki itu hingga berkecai satu persatu. Kemudian, semua isi yang berkecai akan dia masukkan dalam kaca untuk dijadikan hiasan.

Agnes, gadis itu memiliki pemikiran yang agak mengerikan.

"Ehem!"

Ikhmal berdehem kuat. Berkerut-kerut dahi lelaki itu melihat Agnes yang tersenyum-senyum seorang diri dengan pelbagai reaksi di mukanya.

Agnes tersedar, segera dia beralih arah menuju ke arah Ocean yang sedang melatih salah satu anggota SIC.

"Tegakkan badan. Lutut ni, tekuk sikit jangan bengkok sangat. Mata tu, fokus je depan. Pastikan target tu betul, dan..."

Bang!

Suara tembakan terdengar kuat di telinga mereka. Seekor burung jatuh di atas tanah. Anggota itu kembali berdiri, kemudian mengulang kembali latihannya. Kali ini dalam keadaan meniarap.

"Kau dah melawat Ice?" Agnes bertanya dalam nada berbisik.

Ocean mengelap peluh dengan tuala yang tersangkut di lehernya. Di pulau itu, hanya ada Ocean, Agnes dan Josh. Tapi Josh tiada di tempat latihan, sebaliknya lelaki itu berada di alam mimpi.

Terbongkang tidur di ruang tamu setelah pulang dari menjemput Leftenan Elias.

"Belum lagi. Tapi Leftenan ada update dalam grup, keadaan Ice makin membaik."

Agnes menarik nafas lega. Kemudian, dia mencuit lengan Ocean, menjeling ke arah keluarga Tengku Qaisar yang bersantai dibawah pondok.

Kening Ocean terjungkit sedikit, seakan bertanya.

"Kau pergi lah dekat dorang tu...aku tak boleh lama-lama kat situ. Risau nanti ada mayat yang bergelimpangan tanpa tuntut ahli keluarga atas sebab tak boleh buat pengecaman."

Ocean, lelaki itu tersenyum kecil...

Agnes...Agnes...

Macam-macam hal.

"Kau pergi lah bilik kawalan. Nanti apa-apa pasal Ice aku bagitahu kau. Aku take over kerja kau..." bahu Agnes ditepuknya.

Agnes tersenyum suka. Ini dia mahukan.

Agnes laju berlari ke arah bertentangan. Ke bilik kawalan. Menghadap monitor, melihat titik-titik pelbagai warna dan mendengar signal dari pelbagai arah lagi baik dari dia kena mengawal keluarga Tengku itu.

Agnes...

Gadis itu memang memiliki pemikiran yang unik.

Susah nak teka.

Ocean mendekati keluarga Tengku Qaisar, melabuh punggung di salah satu kerusi kosong, bersebelah dengan Raiq.

Jangan risau, Ocean bukan seperti Agnes.

Ocean seorang yang tenang, tapi sukar untuk tembus pemikirannya yang tiba-tiba itu.

"Tengku nak tahu pasal Ice ke?"

Ocean duduk menyilang kaki. Kedua tangan bertaut, tersenyum dengan muka tenangnya.

Raiq, lelaki itu memandang Ocean dengan debaran kuat di dada. Mendengar nama Ice saja...dirinya sudah tidak tenang. Ada sesuatu yang membuatkan dia ingin mengelak dari membuka topik tentang gadis itu.

"Kenapa dengan Ice? Apa dah jadi, Ocean? Aunty tak faham...kenapa Ice nampak takut sangat-sangat..." Tengku Alya meluah rasa yang berbuku dalam hati.

Ocean senyum. Mata melirik ke arah Raiq yang nampak tenang, tapi dia tahu lelaki itu gundah gulana.

Let's reverse psikology, dude.

"Kalau Aunty nak tahu..."

Tak! Raiq tanpa sedar menghentak kuat iPad di atas meja kopi di depannya. Ocean menahan senyum.

Belum mula lagi tapi...

Mangsa dah beri reaksi yang berlebihan.

Ocean suka melihatnya.

Rasa seperti dia berjaya bermain dengan mental target nya.

"Manner, Hatta!" Tengku Alya menegur tegas. Tak suka melihat reaksi yang ditunjukkan Raiq tadi.

"Sorry, I think I need to go first..."

Raiq berdiri, ingin pergi dari situ. Tapi suara dari Ocean menghentikan langkah Raiq. Wajah lelaki itu berubah pucat. Kedua tangan mengepal erat di sisi tubuh.

"Ice sebenarnya jadi macam sebab seorang lelaki. Love. Hate. Obsession. Well known, Ice jadi macam tu sebab lelaki tu pernah buat sesuatu pada Ice yang sampai sekarang menjadi luka yang terdalam dalam diri Ice. We called his as Lelaki Pengecut..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro