SPY | 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ice tersenyum menatap beberapa kanak-kanak yang berlarian di taman hospital. Ice suka melihat kanak-kanak yang ceria dan tersenyum tanpa memikirkan beban dalam hidup mereka. Ice sengaja duduk di sebuah bangku tidak jauh dari taman itu. Dia mahu mengambil angin dan menghilang kebosanan dia selama tiga hari berada di hospital.

"Kakak..."

Ice berkerut dahi melihat seorang budak perempuan di hadapannya. Duduk di atas kerusi roda dan kepalanya berbalut. Ice terkesima melihat keadaan budak perempuan itu.

"Kakak sorang je?" Soal budak perempuan itu ramah. Tetap tersenyum walaupun bibirnya nampak pucat dan kesan pecah di sudut bibirnya.

Ice menganalisa badan budak itu dalam diam. Ice takut untuk memberi kesimpulan awal mengenai keadaan budak perempuan itu. Tapi- budak itu kelihatan dalam keadaan menyedihkan.

"Saya Dina. Nama akak apa?"

"Violet" balas Ice sedikit tersenyum. Dia melihat budak perempuan itu tersenyum melihat dirinya.

"Keluarga Dina mana? Dina seorang ke datang sini?" Kini Ice pula yang menyoal budak perempuan itu. Hairan dia melihat budak perempuan itu bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

Sedangkan pesakit kanak-kanak yang lain ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Ice dapat melihat raut wajah budak itu berubah. Namun tetap mengukir senyuman walaupun kelihatan terpaksa.

"Dina datang dengan kakak nurse. Tapi kakak nurse ada kerja tak dapat teman Dina. Jadi, dia tinggal Dina kat sini. Dina tengok akak sorang-sorang. Akak tunggu orang ke?"

"Tak. Akak memang datang sini seorang diri. Dina tak ada kawan ke?"

Budak perempuan bernama Dina itu mengeleng. Dia memandang kanak-kanak sekeliling dia yang berlari sana sini tanpa beban. Tidak sepertinya, Dina merindukan suasana kanak-kanaknya. Sangat rindu. Ice menatap budak itu dengan perasaan hiba.

"Ada. Kawan-kawan Dina semua dekat wad. Dia orang tak boleh keluar sebab tak sihat" balas Dina sedikit lirih.

Mereka berbual banyak. Dina seorang yang ramah dan mudah mesra dengan orang baru dia kenal. Ice tidak bermasalah. Dina boleh menjadi peneman dia sepanjang di hospital ini. Tidak lama itu, seorang nurse datang menghampiri mereka dengan senyuman manis.

"Dina, jom kita masuk dalam. Dah nak habis waktu bermain dekat luar" ucap nurse itu lembut.

Dina mengangguk kecil. "Jumpa lagi kak Vio! Dina harap ini bukan kali terakhir kita jumpa"

Ice tertegun mendengar pertuturan dari Dina. Seakan-akan Dina tidak akan bertemu lagi dengannya. Dina melambai tangan pada Ice dan menolak perlahan roda kerusi tanpa dibantu oleh nurse itu.

"Boleh saya tahu detail Dina?"

Ice bersuara kepada nurse itu. Sungguh, dia ingin tahu mengenai Dina. Hati dia sayu melihat Dina yang tidak seperti kanak-kanak lain.

"Dina budak berusia 9 tahun. Dia mangsa penderaan ibu bapanya. Tapi tiada bukti yang kukuh dan mereka bebas dari pengadilan. Cuma jiran menemui Dina terlantar di rumahnya dalam keadaan penuh luka dan lebam. Mereka yang bawa Dina ke hospital"

Ice tersentap. Penderaan- Ice cukup benci jika ada orang-oranf yang mendera kanak-kanak. Ice pernah merasai semua itu dan dia melihat sendiri kanak-kanak didera di hadapan mata dia.

"Ibu Dina seorang wanita bekerjaya. Ayahnya pula seorang ahli peniagaan. Jadi, kes ini ditutup kerana budi bicara dari pihak Dina. Saya tak tahu sangat, tapi apa yang saya boleh simpulkan Dina terseksa dengan hidupnya"

Ice terdiam. Menatap Dina yang menunggu di hujung taman. Nurse itu segera beredar dan mendekati Dina. Menolak kerusi roda Dina ke satu lorong yang menghubungkan lobi kedua untuk pesakit.

Dia mencerna setiap kata-kata nurse tadi dan membuat kesimpulan. Kaya- tidak semestinya bahagia. Berduit- tidak semestinya memberikan senyuman. Harta, tahta dan segala-galanya bukan jaminan untuk hidup bahagia. Ice tersenyum kecut. Dina- dia berharap budak perempuan itu terus kuat menghadapi kenyataan hidupnya yang tidak seindah mimpi.


























Dia berjalan menyusuri setiap lorong-lorong yang ada dan menghampiri sebuah bilik yang tertutup rapat dan dijaga rapi oleh dua orang lelaki berpakaian serba hitam. Melihat kedatangan si dia, dua lelaki itu menunduk hormat dan memberi laluan untuk lelaki itu masuk ke dalam.

Raiq masuk ke dalam bilik rawatan itu sambil menanggalkan kaca mata hitamnya. Dia datang kerana ingin bertanya mengenai sesuatu kepada gadis itu. Dia melihat gadis itu baru keluar dari bilik air dan lengkap berpakaian serba hitam.

Beanie menutupi rambutnya. Ice menjungkit kening melihat kedatangan tiba-tiba Raiq. Apa hajat lelaki itu? Bertemu muka dengannya secara tiba-tiba dan mengejut.

"I wanna talk with you" ucap Raiq terus tanpa kiasan. Dia tidak suka berbasa basi dan ingin mengetahui tujuan gadis itu.

"What? Aku sibuk" balas Ice malas. Dia mengemas pakaian miliknya dan dibawa masuk ke dalam sebuah beg galas hitam.

Hari ini, Ice keluar dari hospital setelah hampir lima hari menginap. Ice tidak mahu lagi berada di tempat berbau ubat dan serba putih itu lagi. Bosan.

"Aku tak nak soal banyak. Aku cuma nak tahu apa hubungan kau dan papa? Papa ke hantar kau untuk jadi spy aku?"

Serkap Raiq. Ice hanya beriak tenang. Berdiri menghadap lelaki itu dengan wajah sinis.

"Spy? Kau nampak aku macam spy kau ke?"

Raiq menatap gadis itu penuh geram. Dia mendekati Ice dan mencengkam lengan gadis itu kuat. Ice menatap Raiq dengan senyuman mengejeknya.

"Please Mr Hatta. Jangan nak perasan sangat. Aku bukan spy kau dan aku bukan spy sesiapa pun. Aku hanya menjalankan tugas aku dan kau bukan target aku" ucap Ice penuh penekanan.

Menarik kasar lengannya dari cengkaman Raiq. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba saja menyerangnya. Ice tidak habis fikir dengan pemikiran lelaki itu. Terlalu cepat menyimpulkan sesuatu tanpa mahu memeriksanya terlebih dahulu.

"Kalau kau bukan spy, jadi kau apa? Musuh? Aku tahu lah perempuan macam kau ni hanya dijadikan umpan untuk masuk dalam keluarga aku. Berapa dia bayar kau? 10 ribu? 30 ribu? Name it. Aku bayarkan lebih dan kau pergi dari keluarga aku! Jangan ganggu papa aku lagi!"

Ice mengetap giginya. Dia merasakan maruah dirinya begitu rendah di mata lelaki itu. Berlagak. Sombong. Mentang-mentang kaya, boleh beli orang macam tu je. Ice ingin saja menembak lelaki itu dan membakar mayat lelaki itu hingga jadi abu. Lalu buang ke dalam luat antartika.

"Sorry, aku cuma ikut arahan dari Tengku Qaisar"

Ice menarik begnya. Dia menunggu kedatangan Ocean. Josh dan Shark berada di HQ untuk melatih junior-junior baru S.I.C yang baru saja melapor diri dua minggu lalu. Jadi, hanya Ocean yang tidak mempunyai pekerjaan.

"Kau jangan nak sombong sangat perempuan. Aku tahu kau umpan papa aku dengan muka acah baik kau ni. Dalam akal tu, mesti kau rancang macam-macam kan?"

Ice tidak mempedulikan ayat-ayat yang keluar dari mulut Raiq. Dia membuka tombol pintu dan terus berjalan keluar tanpa mempedulikan panggilan dari Raiq. Ice tidak mahu lama-lama dengan lelaki itu.

Raiq yang ditinggalkan di dalam bilik itu berasa bengang dengan tingkah dingin gadis itu.

"Perempuan tak guna! Kau tunggu lah nasib kau nanti!"

Dalam perjalanan, Ice diam memerhati sekeliling. Sesekali dia hanya mengangguk kecil apabila bertemu dengan perawat atau pelawat yang berada di sekitar lorong itu. Ice mencari-cari wad kanak-kanak. Dia ingin bertemu dengan Dina sebelum pergi.

Ice berdiri di hadapan kaunter.

"Pesakit nama Dina dah discharge ke belum?"

"Sekejap ya cik. Saya periksa dulu" ucap nurse itu lembut. Menekan-menekan komputernya.

Ice mengetuk jari-jarinya. Sesekali dia membetulkan poni rambutnya di dahi menggunakan jarinya.

"Maaf cik, pesakit dah check out dua jam lepas" ucap nurse itu setelah mendapatkan maklumat mengenai Dina.

Ice berkerut dahi. Setahu dia, Dina masih ada dua hari lagi sebelum keluar dari hospital. Ice tanpa berkata lebih mengucapkan terima kasih kepada nurse itu. Dia akan mencari tahu mengenai Dina.






















Tengku Qaisar meneguk perlahan air teh di dalam gelas sambil matanya menatap pada kaca televisyen yang masih menyiarkan mengenai kejadian bom di kawasan hotelnya. Tengku Qaisar telah mengosongkan hotel itu untuk dua minggu atas keselamatan. Pekerja-pekerjanya diberikan cuti dan bonus awal.

"Abang masih belum tahu ke siapa yang letak bom dalam hotel tu?" Tengku Alya datang setelah menunaikan solat Isyak. Dia masih tertanya-tanya menganai hal itu.

Masih terngiang-ngiang lagi jeritan dan ledakan bom di hotel milik suaminya. Tengku Alya sedikit trauma kerana kejadian itu buat pertama kalinya berlaku di hadapan matanya.

"Polis dah siasat. Tak ada bukti dan abang suruh beberapa anggota siasatan lagi untuk luaskan penyiasatan mereka tapi tiada bukti yang mengarahkan kepada orang tu" ucap Tengku Qaisar tenang.

Dia menukar siaran TV dan mengalih ke siaran bola sepak. Tengku Qaisar tahu siapa musuhnya dan keadaan ketika itu agak sesak jadi Tengku Qaisar tidak mahu masuk campur. Membiarkan Ice dan kumpulannya menguruskan hal itu.

"Saya takutlah abang. Makin berani pula diorang letak bom dekat hotel kita. Kalau lah kita tak sedar malam tu, agak-agaknya apa jadi...nauzubillah min zalik" Tengku Alya tidak mahu membayangkan perkara yang bukan-bukan.

Tidak lama itu, Tengku Elya dan Tengku Ikmal datang menyertai kedua ibu bapa mereka. Raiq turut sama. Mereka masing-masing baru turun ke tingkat bawah dan bersantai di ruang tamu.

"Awak fikir bukan-bukan. Jangan fikir negatif sangat. Selagi ada anggota keselamatan selagi itu kita selamat"

"Saya bukan apa abang, saya takut kalau diorang nekad buat lebih lagi dari yang itu. Saya sayangkan keluarga saya"

Tengku Qaisar tersenyum nipis. Dia tahu kegusaran hati Tengku Alya. Dia juga risau sama. Tengku Qaisar rela terkorban dibandingkan dia harus kehilangan ahli keluarganya. Walaupun dia nampak tenang, tapi Tengku Qaisar yang melangkah awal memantapkan keselamatan untuk keluarganya.

Kerana itulah dia langsung bertemu dengan ejen S.I.C kerana dia mahukan perlindungan dari agensi hebat itu. Walaupun prosedur pada mulanya agak sukar tapi kerana tekad, Tengku Qaisar lepas menemui orang kuat dalam S.I.C itu.

"Tapi pa, siapa Violet tu?" Ikmal bersuara setelah lama berdiam diri. Dia tertanya-tanya mengenai sosok gadis misteri itu.

"Anak saudara jauh papa" mudah Tengku Qaisar memberi jawapan.

"Pelik, kenapa kami tak kenal dia?" Kini Elya pula mencelah. Sungguh, gadis itu tidak pernah dia temui sebelum ini. Tiba-tiba saja muncul pada malam itu.

"Dia membesar dekat luar negara. Memang kamu tak kenal dia" sambung Tengku Alya. Dia sudah berjanji pada suaminya untuk merahsikan identiti sebenarnya Ice.

"Tapi mama...Imal hairan lah dengan dia. Macam mana dia boleh lawan orang jahat tu? Macam mana dia tahu cara matikan bom?"

Tengku Qaisar dan Tengku Alya saling berpandangan. Mereka terdiam mendengar soalan maut dari Ikmal. Sungguh, sangat-sangat mencabar soalan itu. Raiq pula dalam diam memasang telinga walaupun tangan dia lincah bergerak di skrin telefon.

"Erm...dia bekas askar"

Ikmal dan Elya saling berpandangan. Dia akhirnya mengangguk tanda setuju. Mungkin gadis itu bekas askar suatu ketika dahulu. Jadi mesti lah tahu cara berlawan dan mematikan bom jangka dengan mudah.

"But Hatta tetap tak percayakan perempuan tu"

Ikmal berkerut hairan. "Kenapa pula kau tak percaya? Sedara jauh kau kot"

Raiq tersenyum sinis. "Mana tahu dia musuh kita dalam diam. Papa terlalu mudah percayakan dia. Kalau tidak, macam mana dia boleh tahu kejadian malam tu?"

Elya mengangguk kecil. "Betul cakap angah ma. Macam mana dia tahu ada orang letak bom malam tu? Jangan mama...biasanya orang pura-pura baik ni ada banyak belangnya"

Dalam diam Elya menaruh rasa tidak suka kepada gadis bernama Violet itu. Sungguh, sejak kejadian dia dikhianati rakan baiknya, Elya sukar untuk mempercayai seseorang.

"Ikut kamu lah nak fikir macam mana. Tapi papa dan mama tetap percayakan Violet"

Tengku Alya mengangguk kecil. "Kamu Hatta, kenapa tak suka dengan Violet? Dia baik. Mesra pulak tu. Kamu dengan dia pernah berkenalan ke sebelum ni sampai benci macam tu sekali?"

"Tak kenal. Tapi Hatta cuma nak berjaga-jaga dengan orang luar. Even saudara jauh pun, tetap kena berhati-hati..." jelas Raiq lebih lagi. Dia kembali menatap telefonnya.

Tengku Alya mengeleng kepala melihat sikap Raiq. Sungguh, Raiq sangat ego dan suka mengikut kepala sendiri. Sampaikan Tengku Qaisar sendiri sudah penat menegur sikap anaknya yang seorang itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro