SPY | 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ice seperti biasa hanya bermalasan di atas katilnya sambil bermain telefonnya. Hari yang membosankan kerana dia hanya berbaring tanpa berbuat apa-apa selain melihat instagram yang membuatkan dia muak melihat gosip-gosip artis yang tidak habis-habis.

Kerana terlalu bosan, Ice memutuskan untuk mencari udara segar di luar. Jam sudah beranjak ke angka 10 malam. Seharian dia berada di rumah tanpa buat apa-apa selain memasak, makan dan tidur. Aktiviti yang boleh membuatkan lemak-lemak di tubuhnya naik mendadak.

Dia menghampiri almari pakaian lalu menarik keluar sehelai hoodie hijau lumut lalu disarungkan ke tubuh kecilnya. Menarik seluar jeans skinny hitam yang terlipat kemas dan disarung ke kaki panjangnya. Ice tersenyum puas melihat penampilan dia pada malam itu.

Dia mendekati almari kaca yang berada di sebelah almari pakaiannya. Mengambil satu topi hitam dan dipakaikan di kepalanya. Ice juga tidak lupa membawa beg dompet dan telefonnya serta dua barang kesayangannya.

Ice membuka pintu biliknya. Dia terhenti apabila anak mata dia menangkap figura seorang lelaki yang bersantai di sofa sambil bermain game di telefonnya. Perlahan, Ice menghampiri lelaki itu tanpa si empunya badan menyedari kehadirannya.

"Macam mana kau boleh masuk rumah aku?"

Lelaki itu terkejut apabila disergah oleh Ice dari belakang. Ocean mengurut laju dadanya. Sungguh, terkejut apabila ditegur dan disergah begitu. Nasib baik tidak tercampak telefonnya.

"Kau lupa ke? Kitorang semua ada kunci pendua rumah kau?" Ocean menjungkit keningnya. Segera dia menyimpan telefonnya ke dalam saku seluarnya.

Ice mengangguk kecil. Dia memandang Ocean yang meregangkan otot tubuhnya.

"Mana Josh dan Shark?"

"Macam biasa. Kau nak join tak?" Ocean tersengih. Menjungkit keningnya beberapa kali.

"Hmm" malas mahu melayan, Ice segera menuju ke pintu utama. Menarik sepasang sneakers berwarna putih dan disarung ke kakinya.

Ocean berlari anak mengejar Ice. Menyarung sandal hitamnya dan menutup serta mengunci pintu rumah Ice. Kawasan apartement yang ditempati gadis itu sungguh sunyi sekali. Hanya ada beberapa orang yang berpapasan mereka ketika menunggu lif.

"Dah berapa round?"

"Baru round ketiga. Ada baki enam round lagi" laju Ocean membalas.

Detingan lif menandakan mereka tiba di bahagian bawah. Ocean dan Ice berjalan tenang menuju ke tempat pakir di bawah sana. Ocean membukan pintu kereta untuk Ice kemudian, baru dia masuk ke dalam kereta.

Ice bersandar tenang di penumpang. Ocean segera mengundur laju keretanya dan keluar dari kawasan Apartement Orkid itu.

Mengambil masa hampir empat puluh minit untuk tiba di satu tempat. Dipenuhi dengan puluhan kereta mewah yang membanjiri kawasan padang yang luas itu. Setelah memakir kereta dan mematikan enjin kereta, mereka berdua segera menuju ke satu bangunan yang berdiri gah di tengah-tengah padang itu.

Ocean segera menghulurkan satu kad berwarna merah dan bertulisan V.I.P berwarna gold ditengah-tengah kad itu. Dua pengawal itu segera menunduk dan memberi laluan kepada Ocean dan Ice. Mereka cukup dikenali kerana mereka berdua sudah acap kali mendatangi tempat itu.

Bunyi suara sorakkan, bingitan suara-suara yang menjerit dan disusuli suara MC yang bercakap membuatkan suasana semakin gamat. Ice dan Ocean mencari-cari tempat yang kosong dan ketika itu lah, Shark melambai-lambai tangannya di bahagian tepi para juri yang berkumpul.

"Kau lambat. Josh dah masuk round kelima" ujar Shark dalam nada sedikit menjerit. Melawan suara-suara penonton pada malam itu.

Ice pula dengan tenang menarik sebuah kerusi lalu melabuh punggungnya. Melihat acara di hadapannya dengan wajah tanpa perasaan. Memeluk tubuh dan mata dia hanya fokus memandang ke dalam ring itu.

Josh menghentam seorang lelaki berbadan dua kali besar darinya dan menghentak kuat badan lelaki itu ke ring hingga membuatkan para penonton memekik kuat.

Ice tersenyum sinis. Ini adalah acara kalah mati. Sudah ramai peserta yang mati kerana menyertai acara haram ini, menjadi taruhan para golongan bangsawan. Wang tunai yang dimenangi bukan bilangan yang sedikit tapi cukup untuk membeli sebidang tanah dan membina sebuah villa persendirian.

Menarik bukan?

Tapi nyawa bakal menjadi taruhan.

Wajah Josh penuh dengan kesan lebam. Berdarah. Tapi, Josh masih belum putus asa menghajar lawannya yang ternyata memiliki kekuatan yang membuatkan tubuh Josh hampir tidak terdaya menampung lawannya.

"Final round!"

Bunyi muzik makin gamat. Suara sorokkan penonton makin membingitkan suasana dalam bangunan itu. Ice tersenyum sinis melihat lawan Josh kali ini. Prinsip Josh hanya satu. Buat lawan sampai nyawa-nyawa ikan. Tetapi tidak membunuh.

Kelihatan lawan Josh kali ini membisik sesuatu kepada pengacara perlawanan itu. Suasana bertukar sunyi dan menanti apa yang bakal dikatakan oleh pengacara itu.

"I want to fight with you!"

Jari telunjuk lelaki itu tepat menunjuk ke arah Ice. Gadis yang diam merenung tajam lelaki itu dengan seringai penuh makna. Josh, Shark dan Ocean saling berbalas pandangan.

"If I refuse you?" Ice berdiri. Mendekati ring itu dengan wajah menentangnya.

"I lose" lalu lelaki itu tertawa terbahak-bahak. Penyokong lelaki itu mula bersorok dan menunjukkan thumb down kepada Ice.

Josh segera keluar dari ring itu. Menatap Ice yang seolah-olah tidak takut melihat lawannya.

"Are you serious? Kau yakin nak lawan dia?" Josh bertanya laju.

Ice mengangguk yakin. Identiti dia tetap dijaga dan dia bergerak masuk ke dalam ring itu. Ocean segera menadah tangannya.

"I bet 100 dollar for Ice" ucapnya dengan senyuman lebar. Dia yakin Ice akan memenangi acara pada malam itu. Menutup cemuhan penonton yang mem-boo Ice yang meregang ototnya.

Kerana- belum pernah ada peserta wanita yang menyahut cabaran pada malam itu.

Shark dan Josh saling berpandangan. "We bet her too. If she win tonight, we gonna make a party!" Shark berkata kuat.

Josh dan Ocean mencebik bibir mereka. Menatap ragu lawan Ice pada malam itu.

"Aku yakin lelaki tu mati malam ni" kata Josh.

"Rip for him. Justice for him too..." sambung Ocean dengan wajah disedihkan.

"Set! Go!"

Penonton mula bersorok nama lelaki itu- lawan Ice pada malam itu. Ice hanya berdiri tegak. Tidak melakukan apa-apa. Tetapi, mata dia cukup tajam untuk menentukan serangan ke atas lawannya pada malam ini.

Lelaki itu berlari laju menuju ke arah Ice. Namun, Ice dengan laju melompat dan melakukan backflip dengan bertahan pada dinding ring itu. Dia jatuh tepat di atas bahu lelaki itu dan membelitkan kedua kakinya di leher lelaki itu.

Dengan sekuat tenaga, Ice memusingkan kepada lelaki itu dengan sekali sentakan sahaja. Mata lelaki itu terbeliak luas.

Prak! Buk!

Suasana bertukar sunyi. Ice melepaskan belitan kakinya setelah melihat lelaki itu sudah tidak bergerak. Bunyi tulang leher yang patah membuatkan penonton berhenti bersorak. Hanya satu serangan- lelaki itu mati di tangan seorang gadis misteri. Ice tersenyum sinis.

"Yeahhh!"

Shark, Josh dan Ocean bersorak kuat. Sungguh, mereka begity takjub melihat Ice dengan mudah mematahkan serangan lawannya. Tanpa perlu bersesak payah memikir strategi. Mengeluarkan peluh. Ice tersenyum sinis. Pengacara itu segera mengumumkan pemenang pada malam itu.

"The Winner is Ice!"

Diikuti dengan suara penonton yang sangat bingit pada malam itu. Mereka bertepuk tangan dan melaung nama Ice kuat-kuat. Ice tidak menunjukkan wajahnya, menarik rapat topi menutupi matanya.

Ice tersenyum puas. Malam ini, dia berjaya membuktikan bahawa perempuan seperti dia tidak selemah yang disangkakan.





































"Awal kamu datang pagi ni, Violet?"

Tengku Qaisar menyapa Ice yang duduk di sofa ruang tamu bersama isterinya. Gadis itu kelihatan cantik dalam persalinan gaun biru laut paras lutut. Rambut dibiarkan lepas. Tengku Alya malah sudah beberapa kali memuji kecantikkan gadis itu.

"Saya menempati janji" ucap Ice penuh makna. Yang hanya difahami oleh Tengku Qaisar dan isterinya.

"Tengku, sarapan semua sudah tersedia" panggil Bik Dwi. Pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat dan sudah akrab dengan keluarga kerabat itu.

"Mari sayang, kita breakfast sama-sama" ajak Tengku Alya mesra. Dia menarik tangan Ice dan membuatkan desiran halus mengusik masuk ke hati Ice.

Menatap tangannya di dalam genggaman tangan Tengku Alya. Beginikah rasa disayangi oleh seorang ibu? Ice tidak mampu untuk bereaksi apa dan dia hanya melemparkan senyuman nipisnya.

Di ruang makan, di meja makan yang boleh menempatkan sepuluh orang itu sudah dipenuhi dengan pelbagai masakan. Ada heavy breakfast dan cereal breakfast. Ice tidak memilih kerana dia pengemar makanan.

Ikmal dan Elya saling berpandangan menatap Ice yang duduk di sebelah mamanya. Mereka sudah sedar kehadiran gadis itu, tetapi mereka tidak mahu menyapa. Mereka masih tidak percaya bahawa Ice/Violet adalah saudara jauh mereka.

"Mana Hatta?" Soal Tengku Alya kerana tidak melihat kelibat putera keduanya.

"I'm here ma" sahut Raiq dari belakang. Dia hanya berpakaian santai dan seperti baru saja lepas mandi.

Ice hanya diam. Menyuap nasi goreng tanpa mengeluarkan suara. Dia asyik memikirkan sesuatu. Tapi, dia tidak mahu cepat membuat spekualasi sendiri. Lebih baik dia berbincang dengan Tengku Qaisar nanti.

"Sejak bila keluarga kita terima orang luas makan bersama? Dah tak ada duit ke sampai meminta makan dekat rumah aku?" Raiq bersuara sinis.

Ice hanya diam. Tidak mempedulikan kata-kata Raiq yang menyindir dirinya. Sedangkan, Tengku Alya terbeliak mata menatap anaknya yang agak kurang ajar itu.

"Hatta! Watch you mouth! Mama tak suka Hatta cakap macam tu dekat Vio!" Tegas Tengku Alya. Sungguh, Raiq seperti tidak di didik dengan baik.

Sedangkan Ikmal dan Elya tetap sopan walaupun mereka tidak suka dengan kehadiran gadis itu.

"It's okay. Saya dah biasa" laju saja Ice menjawab. Kenangan lalu makin menghimpit dadanya. Aih- Ice tidak mahu mengenang kisah silamnya. Amat menyakitkan.

Elya jatuh kasihan melihat gadis itu masih mampu tersenyum walaupun sudah disindir pedas oleh abang keduanya. Elya seperti mamanya. Memiliki hati dan jiwa yang lembut. Mudah jatuh kasihan.

"Kamu tak masuk office ke?" Tengku Qaisar bertanya perlahan kepada anak keduanya.

"Tak. Malas" mudah Raiq memberi jawapan. Ice dalam diam mencebik bibir. Dasar orang kaya.

Tengku Qaisar mengangguk faham. Dia memandang Ice dan serentak itu gadis itu menghantar isyarat mata. Tengku Qaisar segera berdiri. Mengelap mulutnya dengan kain napkin.

"Dah nak gerak bang?" Tengku Alya berhenti makan. Mendongak memandang sang suami.

"Ya. Violet kamu ikut Uncle ke office Uncle hari ini" ucap Tengku Qaisar sedikit tegas.

Tengku Alya menyalami tangan suaminya. Menghantar pemergian suaminya dan Ice dengan pandangan mata. Raiq menghentak kuat sudu dan garfu di atas pinggan kaca itu. Berdeting kuat bunyinya.

"Kenapa dengan kamu ni, Hatta?"

"Not me, mama. Hatta tak faham, kenapa papa nak sangat perempuan tu masuk dalam keluarga kita? Mama tak rasa pelik ke?" Raiq memandang mamanya meminta penjelasan.

Tengku Alya menjungkit bahunya.

"Mama, macam mana kalau perempuan tu pura-pura baik dengan kita? Mana tahu dia perempuan simpanan papa ke?" Kali ini Ikmal pula bersuara.

Bam! Tiga beradik itu tersentak. Memandang raut wajah marah mamanya.

"Mama tak pernah ajar anak mama kurang ajar macam ni! You don't know anything about her! Dan kamu Hatta, mama tak nak dengar lagi kamu berkata macam tadi! She not what are you guys thinking! Mama dah kenyang!"

Tengku Alya meninggalkan ruang makan itu dengan perasaan marahnya. Sanggup anak-anaknya menindakan kehadiran Ice dan lebih parah lagi gadis sebaik Ice dikatakan perempuan simpanan suaminya. Tengku Alya mengeleng kepala tidak percaya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro