SPY | 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Duduk"

Ice menarik kerusi di hadapan meja kerja Tengku Qaisar. Bilik lelaki tua itu sangat luas, mewah dan nyaman. Ice pula berasa puas jika dia memiliki bilik seperti ini. Pasti sangat nikmat dan menenangkan diri apabila stres bekerja.

"Apa yang kamu dapat?"

Ice mengeluarkan sesuatu dari cincin yang dipakai olehnya. Satu cip berbentuk batu permata dan di dalam itu terdapat rakaman suara milik seseorang. Ice menyerahkan cip itu kepada Tengku Qaisar.

Tengku Qaisar menatap batu permata putih itu lama-lama. Seketika, baru dia perasan ada kedipan cahaya putih bersinar di dalam batu permata itu. Tengku Qaisar tersenyum sendiri. Ejen S.I.C memang tidak boleh dijangkakan tindakan mereka. Sangat cekap dan pantas.

"Setakat ni, apa yang saya tahu dia-"

"Dia?"

Ice terdiam buat seketika. Dia segera berdiri apabila mata dia menangkap sesuatu. Lensa warna merah yang berkedip di almari buku milik Tengku Qaisar. Ice segera menjangkau benda itu dan membawa keluar dari sebuah buku milik Tengku Qaisar.

"Nampaknya dia semakin berani Tengku" Ice menunjukkan sebuah cip kamera yang diletak kemas di kulit buku itu. Hanya menyiarkan rakaman sahaja tanpa suara.

Tengku Qaisar sangat terkejut melihat cip kamera itu. Kerana, sebelum ini dia tidak pernah perasa kewujudan cip kamera itu.

"Tapi Tengku jangan risau. Hanya rakaman semata-mata tanpa ada suara. Jadi, Tengku selamat buat masa ini"

Tengku Qaisar menarik nafas lega. Cip itu disimpan ke dalam clucth yang dibawa oleh Ice. Hari ini dia harus bergaya feminin. Cip kamera itu tidak dapat mengesan wajah Ice kerana Ice menggunakan kanta mata yang membuatkan apabila dia memandang skrin, kamera atau sesuatu benda akan membuatkan wajah dia bertukar kabur.

Kerana special agent dari S.I.C tidak boleh didedahkan wajah mereka kepada pihak musuh. Hanya orang-orang yang bertuah saja dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.

Ice memandang sekeliling bilik Tengku Qaisar. Dia pasti, ada sesuatu yang mencurigai di dalam bilik itu. Melihat tiada apa-apa yang pelik, Ice segera menghadap ke arah Tengku Qaisar kembali.

Dia terkedu melihat satu laser merah berada tepat di dahi Tengku Qaisar. Lelaki tua itu masih tidak menyedari bahawa dirinya menjadi target musuh pada tika itu. Tengku Qaisar asyik memeriksa laporan di atas mejanya dalam keadaan berdiri.

"Tengku watch out!"

Ice menolak kuat tubuh Tengku Qaisar. Mereka jatuh dalam keadaan bertindih satu sama lain. Tengku Qaisar sangat terkejut dan memandang Ice dengan wajah terpinga-pinga. Serentak itu, deraian kaca pecah memenuhi bilik Tengku Qaisar.

Prang! Peluru sniper itu menembusi kaca tebal itu dan menuju laju ke dinding di hadapan mereka. Tengku Qaisar terkejut dan jantung dia berdegup laju. Ice segera mengeluarkan earpiece yang dia bawa kemana-mana. Memasang di telinga kirinya dalam keadaan sedikit mencangkung.

Tengku Qaisar masih menunduk. Mereka bersembunyi di bawah meja. Lagi pula, bilik Tengku Qaisar kalis bunyi dan staf-staf di luar sana tidak akan mendengar suara tembakan di bilik CEO mereka.

"Red code. Tengku Qaisar main office" ucap Ice sedikit tegas. Sambungan earpiece itu akan terus sampai ke pasukannya.

"Red code, Tengku Qaisar. Copy that cap!" Suara Shark muncul dalam nafas termengah-mengah.

"A man with black shirt. Rooftop. Sniper" ujar Ice dalam keadaan berjaga-jaga. Menggunakan lens nya, dia dapat melihat dengan jelas lelaki yang melepaskan tembakan di dalam bilik Tengku Qaisar.

Ice segera mengeluarkan sepucuk pistol. Nampaknya, musuh Tengku Qaisar tidak main-main. Mereka mahukan kematian Tengku Qaisar. Mula menonjolkan diri dan menyerang dalam keadaan Tengku Qaisar tidak sedar akan ancaman dari mereka.

Prang! Sekali lagi tembakan dilepaskan dan mengenai meja kerja Tengku Qaisar. Sedikit mengores bahu kiri Ice yang ketika itu ingin menarik Tengku Qaisar menjauhi cermin kaca itu.

"Bullshit! We are you guys huh!" Ice mula berang apabila pasukannya lambat tiba untuk memberi bantuan.

"10 minutes we gonna arrive!"

Ice menarik tubuh Tengku Qaisar bersembunyi di belakangnya. Dia tidak boleh melepaskan tembakan sebarangan kerana musuh akan senang mengetahui kedudukan mereka.

"Shit Ice! They got two sniper!" Suara Josh kedengaran. Lelaki itu agak cemas kerana Ice hanya memiliki pistol bersamanya.

"Bring my things here!" Ice tidak tinggap diam. Jika mereka ingin bermain kasar, Ice akan membalas kasar lagi.

"Roger that Capt!"

Ice memeluk tubuh Tengku Qaisar dari belakang. Menyelit pistol miliknya di tubuh lelaki itu. Tengku Qaisar faham akan tindakan Ice. Tapi malangnya, pintu utama Tengku Qaisar terbuka dan sosok Raiq menatap datar ke arah gadis itu.

"Aku tahu kau pasti ada niat nak jatuhkan keluarga aku. Cukup dah goda papa aku?"

"Sorry. Aku tak ada masa nak main-main dengan kau" ucap Ice sedikit kasar. Dia menatap Tengku Qaisar dan memberi arahan melalui matanya.

"Hatta! Kamu jangan masuk campur urusan papa dan Violet! Kamu tak faham apa-apa lebih baik diam je!" Tegas Tengku Qaisar.

Raiq tertawa kecil. Menatap papanya dan Ice secara bergilir. Dia seakan tidak percaya, papanya membela gadis itu.

"Wow, papa bela perempuan ni? Papa jangan ingat papa boleh curang dengan dia di belakang mama! I hate slut woman!" Tengking Raiq hingga menarik perhatian staf-staf di luar sana.

Tengku Qaisar mendengus. Dia menutup rapat pintu biliknya dan menarik tangan Raiq masuh ke dalam bilik itu.

"Shut up, Hatta! Just keep shut up!" Jerkah Tengku Qaisar. Hilang sabar dia melihat kelakuan Raiq.

Ice menatap kosong ke arah dua beranak yang saling bergaduh mulut. Raiq sudah jump to conclusion tanpa menunggu penjelasan dari mereka berdua. Tapi, perbalahan dua beranak itu berhenti apabila tembakan sekali lagi dilepaskan. Kali ini, ke arah Raiq.

Raiq sangat terkejut dan dia sempat mengelak peluru yang menembusi kaca bilik kerja papanya. Tengku Qaisar melepas geram tangan anaknya.

"Look here, Hatta! Because of you, we are in danger now"

Raiq terdiam. Serentak itu, pintu bilik Tengku Qaisar terbuka lebar dan datang tiga orang lelaki berpakaian serba hitam. Salah seorang dari mereka membawa satu beg galas hitam dan diberikan kepada Ice. Pintu bilik itu ditutup dan dikunci dari dalam oleh Ocean.

Ice segera menarik zip beg itu. Terpapar jelas satu set sniper warna hitam keemasan yang mempunyai tanda nama I.C.E di badan sniper tersebut. Sniper yang dicipta khas untuk Ice dan memiliki kelajuan peluru dalam masa 0.05 saat dan peluru dicipta khas dan ditempah khas dari Russia.

Set peluru yang tajam dan boleh memecahkan organ dalaman kerana ledakan racun yang terdapat dalam peluru itu.

Ice segera memasang badan sniper itu dan menepikan barang-barang di atas meja kerja Tengku Qaisar. Shark dan Josh mengambil tempat di sebalik tingkap kaca itu dan menggunakan teropong khas untuk mereka melihat musuh di atas bangunan sebelah sana.

Ice mula melaraskan kedudukan snipernya. Sebelah kaki ditongkatkan di atas kerusi dan sedikit menbongkok. Ice mula memutarkan scope dan memasang silicer di hujung sniper.

"Get it!" Ice tersenyum sinis melihat seorang lelaki yang mula menyedari kehadirannya.

Bang! Prang!

Peluru itu menembusi laju cermin tingkap itu dan mengenai tepat jantung lelaki itu yang belum sempat melepaskan tembakannya. Ice segera mengalih snipernya ke arah kanan dan melepaskan tembakan.

Bang! Prang!

"Shit! Headshot!" Josh menjerit teruja melihat keadaan lelaki itu tumbang apabila terkena tembakan di dahi.

Ice menarik nafas lega kerana berjaya menumbangkan dua musuhnya. Ocean segera bergerak dan memandang keadaan di luar dan kelihatan orang awam tidak menyedari kejadian itu.

"We did it, Jeneral. Tengku Qaisar is safe" ucap Ocean dan matanya tunak memandang ke arah Ice yang terduduk lemah di atas kerusi.

"Clear that, Jeneral"

Shark segera menarik sebuah beg kecemasan yang mereka bawa bersama. Mengoyak separuh lengan gaun yang dipakai oleh Ice. Darah sudah membasahi sebahagian lengan baju gadis itu. Goresan yang kecil tetapi mengeluarkan darah yang banyak.

"Ssst..." Ice berdesis sakit apabila Josh menuangkan alkohol di atas bahunya. Mereka membersihkan luka Ice dan membalut luka itu dengan kain kasa.

"Jeneral bagitahu kita kena balik ke HQ untuk hantar laporan secepat yang mungkin" Ocean memberitahu ahli pasukannya.

Ice mengangguk kecil. Memandang ke arah Tengku Qaisad. "Sorry Tengku, we need to move. Jeneral akan hantar lima orang untuk jaga keselamatan Tengku lepas ini"

Ice segera berbalik pergi membawa beg snipernya yang telah disimpan oleh Shark. Raiq terdiam dan masih shock dengan kejadian tadi membuatkan otaknya lambat untuk berfikir.






























Raiq menarik kasar lengan Ice yang ketika itu baru saja keluar dari apartmennya. Gadis itu menjeling lelaki yang berani-beraninya menarik lengan dia dengan kasar dan membuatkan Ice berasa muak melihat wajah lelaki itu. Ditambah lagi, suasana sunyi di pakiran apartmen nya kerana jam 3 pagi tiada sesiapa yang keluar dari rumah mereka.

"What do you want, Mr Raiq Hatta?"

Ice merentap kasar lengannya dari cengkaman lelaki itu. Digosok-gosok lengannya umpama tangan Raiq mempunyai kuman yang boleh membunuh dirinya.

"Why you must come back here?" Suara Raiq kedengaran tertahan. Seakan memendam sesuatu.

Ice tersenyum sinis. "My home. I can back anytime that I want" ujar Ice dengan senyuman mengejeknya.

Dia kembali melangkah meninggalkan lelaki itu. Membuka clutch beg untuk mengambil kunci rumahnya. Ice sesekali bersiul-siul kecil sambil menunggu pintu lif terbuka.

"What do you want from me? Kau masuk dalam keluarga aku. Huru harakan keluarga aku, kau nak apa sebenarnya huh?" Raiq berdiri di hadapan gadis itu.

Ice hanya diam. Malas mahu melayan lelaki itu, dia segera melangkah masuk ke dalam pintu lif dan tidak menghiraukan Raiq yang turut sama masuk ke dalam lif. Ice hanya diam memandang angka dan Raif bersandar di belakang gadis itu. Dia diam kerana di dalam lif itu terdapat CCTV. Raiq tidak mahu membuat masalah dan menjaga imej diri yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.

Ting! Lif itu terbuka luas apabila tiba di tingkat lima. Ice segera melangkah keluar diikuti langkah kasut dari Raiq di belakangnya. Ice menjadi terganggu dengan kehadiran lelaki itu yang seakan menjadi bayangan diri kemana-mana sahaja.

"Kau belum jawab soalan dari aku" Raiq menutup kembali pintu grill yang dibuka oleh Ice.

"Kau nak bincang dekat sini ke? Kau nak bagi jiran-jiran aku dengar suara kau terpekik malam-malam macam ni?" Sindir Ice dengan wajah bengangnya.

Raiq mendengus. Segera dia mengalihkan badannya dan membiarkan gadis itu membuka pintu rumahnya. Ice menyusuh kemas kasut nya di atas rak bersebelahan pintu masuk. Rumah Ice simple, tidak banyak perabot tetapi penuh dengan hiasan lukisan abstrak yang carca merba tetapi memiliki maksudnya tersendiri.

Ice duduk di atas sofa sambil menyilang kakinya. Raiq duduk tanpa mendapatkan keizinan dari tuan rumah.

"Aku taknak apa-apa dari kau. I keep my promise" Ice tersenyum penuh makna. Dia berjalan ke arah dapur untuk mengambil minuman.

"Kalau kau taknak apa-apa dari aku, kenapa kau perlu tonjolkan diri kau depan aku? Kau dah lupa perjanjian kita dulu? Kau sendiri berjanji dan bersumpah depan aku!" Tekan Raiq. Wajahnya sangat serius ketika itu.

Ice tergelak kecil. Dia mengeleng kepala sambil meneguk segelas air sejuk. Menyejukkan hati dia yang sangat panas dengan kehadiran lelaki itu.

"I keep my promise to avoided you, but not your family. I'm just doing my job and kau tak perlu masuk campur urusan aku. We are over!"

Raiq bengang. Mendekati gadis itu dan mencengkam kuat rahang Ice. Mata dia penuh dengan amarah yang terpendam. Ice pula menentang berani pandangan lelaki itu.

"Kau jadi murah eh sekarang? Berapa jantan-jantan dekat luar sana bayar kau? Jual badan kau dan terdesak sangat kau bekerja bawah papa aku?" Tuduh Raiq. Dia tersenyum sendiri melihat Ice terdiam mendengar kata-katanya.

"Still none of your business" Ice menolak kuat badan lelaki itu. Mereka masih dalam keadaan marah. Ice benci apabila lelaki itu mula mengungkit kisah lamanya.

Murah? Ice ingin ketawa pada waktu itu. Jika dia menjual badan, itu tiada kaitan dengan lelaki itu. Dia hanya perlukan wang dan melakukan kerja dia hingga selesai. Lelaki itu hanya tahu menilai dan tidak merasai kehidupan perit sepertinya.

"Kalau tak ada apa-apa, sila keluar. Pintu dekat sana. Tak buta lagi kan?" Sinis Ice. Dia duduk di atas sofa dan bermain dengan telefonnya.

Raiq bengang apabila dihalau secara terang-terangan oleh gadis itu. Dia segera keluar dan diikuti hempasan pintu yang cukup kuat. Melihat Raiq yang sudah pergi, airmata Ice laju menuruni pipinya. Ice teresak-esak kecil sambil memeluk tubuhnya sendiri. Mengangkat kedua kaki ke atas dan memeluk lutut.

"Kau yang terlalu cepat menilai. Kau tak akan apa yang aku rasa selama ni. Apa yang aku hadap dan aku buat untuk elak dari kau. You are too much Hatta! I hate you! Really hate you!"

Ice mencengkam kuat dadanya. Mengingati kisah silamnya yang membuatkan dirinya hampir hancur ketika dahulu. Menghidapi kemurungan hidup dan kembali menjadi figura yang baru untuk mengelak dirinya menjadi seperti dulu. Tetapi kehadiran lelaki itu, membuka kembali luka yang telah dia tutupi selama bertahun-tahun.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro