Part 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nurin Helena melakukan tugasnya seperti yang disuruh oleh mak tirinya. Dia dilayan seperti seorang hamba. Selalu didera, dibuli, dihina,dimarahi dan macam-macam lagi perbuatan keji manusia yang dia hadapi.

Puan Auni merangkap mak tiri Helena menjerit memanggilnya. "Hoiii Helena. Kau dekat mana haa?"

Helena meninggalkan kerjanya dan tergesa-gesa berjumpa dengan mak tirinya.

"Iya mak. Kenapa mak panggil Helena?" soal Helena dengan berhati-hati takut dimarahi lagi. Dia menundukkan kepalanya melihat lantai.

"Siapa mak kau haa? Kau kena ingat yang mak kau tu dah lama mati. Yang ada sekarang ni tuan kau. Sebab apa? Sebab kau duduk dekat rumah aku! Kau kena panggil aku puan. Faham?" kata Puan Auni dengan bongkak. Eleh padahal rumah tu atas nama Helena.

Helena menahan rasa dalam hati apabila mak tirinya bercakap pasal maknya. Dia cuba menutup rasa sedihnya.

"Baik puan. Ada apa-apa lagi yang puan nak suruh saya buat?" tanya Helena.

"Kau jangan lupa buat semua kerja-kerja kau sampai siap. Kalau anak aku ada suruh kau buat kerja, kau mesti buat. Kalau aku tahu kau membantah atau memberontak... Siap kau," balas Puan Auni.

"Baiklah puan. Saya nak sambung kerja saya," ujar Helena lantas berlalu menyudahkan kembali kerja yang tertangguh.

Sambil Helena memberus pakaian, dia tidak berhenti menangis. Dia rindukan keluarganya. 'Kenapa semua orang tinggalkan Nurin? Nurin nak ikut ibu dengan ayah. Nurin sakit sangat bila semua orang layan Nurin macam sampah. Nurin memang tak layak nak hidup bahagia ke ibu?' rintihnya dalam hati.


London Eye...

Tuan Edwin Karl memantau anak-anak buahnya membuat kerja. Tiada segaris senyuman pun terukir di bibir merahnya. Kemudian dia berlalu memasuki kawasan Clifton untuk menurunkan tanda tangan supaya barang yang hendak di import berjalan dengan lancar.

Dia menekan button hijau di biliknya untuk memanggilkan P.A. nya masuk.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" arah Tuan Edwin

"Selamat pagi tuan. Ada apa yang boleh saya bantu?" ujar Selena setelah memasuki bilik tersebut.

"Aku nak kau semak semula document yang kau bagi dekat aku pagi tadi. Pastikan tiada kesalahan sebelum aku semak dan sign document tu," Tegas Tuan Edwin berbicara.

Selena mengambil semula document tersebut. "Baiklah tuan saya akan semak semula," Selena akur dengan arahan yang diterima.

"Bagus. Kalau aku semak nanti ada kesalahan... You know right what can I do? Sekarang kau dah boleh keluar," kata Tuan Edwin dengan serius.

"Baiklah. Saya keluar dulu tuan," balas Selena. Dia menundukkan sedikit badannya sebelum keluar tanda hormat.

Tuan Edwin mengambil handphone nya dan mencari nama Adryan untuk dihubungi.

"Hello, Adryan," kata Tuan Edwin

"Hello, tuan." balas Adryan dalam talian.

"Kau dah dapat apa yang aku minta?" tanya Tuan Edwin

"Sudah tuan. Umur dia 24 tahun. Sekarang ni dia tinggal bersama mak dan adik beradik tirinya. Dia dijadikan kuli dalam rumah tu. Semua benda dia yang kena buat," Jawab Adryan.

"Shit! Dah berapa lama dia jadi kuli dalam rumah tu?" tanya Tuan Edwin dengan marah.

"Sejak ayah dia meninggal 2 tahun yang lepas. Dia juga perlu bekerja supaya dapat duit lebih. Kemudian duit tu mesti diserahkan pada mak tirinya," terang Adryan lagi.

Tuan Edwin menumbuk meja kerjanya apabila mendengar maklumat yang baru disampaikan oleh Adryan.

"Keluarga tiri dia tu memang kurang ajar! Aku nak kau sentiasa pantau dia. Jangan sampai dia tak cukup makan. Lagi satu jangan bertindak sesuka hati selagi aku tak bagi arahan. Faham?" Tegas Tuan Edwin.

"Faham tuan," balas Adryan.

"Nanti kau suruh Rykarl teman kau sekali. Duit kau aku dah bank in tadi. Kalau keluarga tiri dia tu semakin biadap, kurung keluarga dia dalam bilik seksaan aku," arah Tuan Edwin lagi.

"Baik tuan. Saya akan sentiasa memantau dia," balas Adryan dengan bersungguh sebab dia tahu sekali dia buat silap... Nyawanya akan tergadai macam tu aje.

"Hurmm... Bagus," ujar Tuan Edwin lalu menamatkan panggilan.

Tuan Edwin sungguh stress memikirkan nasib yang menimpa gadisnya. Kau dah bermain dengan api Auni. Jangan harap aku akan lepaskan kau dengan anak-anak kau. Maafkan aku baby girl sebab biarkan kau terseksa.


Big Ben, United Kingdom

'Aku akan hancurkan hidup kau Edwin. Hahahahahaha. Apa yang kau ada sekarang ni semua aku akan rampas nanti. Kau seronok-seronok dulu Edwin. Sampai masa nanti aku akan bertindak,' kata seorang lelaki dengan dendamnya.

"Aku nak kau terus siasat apa yang paling berharga bagi dia. Aku bagi masa 2 hari untuk kau dapatkan maklumat lengkap. If you can't get what I want... you will die," arah lelaki itu dengan ugutan.

"Baik, bos," jawab orang suruhan lelaki tersebut. Panggilan ditamatkan.

'Apa yang kau buat dekat keluarga aku dulu... Kau akan rasa balik. Itu janji aku Edwin. Kau jangan ingat disebabkan kau digelar 'The Devil' aku akan takut. Hehhh jangan mimpilah.'


C' Restoran

Helena megelap meja yang terdapat di restoran itu setelah kesemua pelanggan balik. Sedang dia mengelap meja, tiba-tiba ada satu suara menegurnya. Dia memusingkan badannya melihat orang tersebut.

"Excuse me. Manager restoran ni ada tak sekarang?" tanya perempuan itu.

"Sekarang ni manager tak ada di sini. Dia baru keluar tadi," jawab Helena

"Ouhhh... Tak apalah cik. Ermm by the way, nama cik siapa ya? Saya macam pernah nampak cik," kata perempuan tersebut.

"Nama saya Nurin Helena. Mungkin yang cik nampak tu pelanduk dua serupa kut," jawab Helena.

"Wehh! Serius lah beb? Kau tak kenal aku ke? Patutlah dari tadi aku rasa macam aku pernah jumpa kau," kata perempuan tu dengan exited.

"Eh cik kenal saya? Sekejap biar saya ingat balik..." balas Helena meminta ruang untuk mengingati perempuan tersebut. Dia mengingati semula suara tersebut.

"Ouhhh... kau Bella Hanani kan?" kata Helena meminta kepastian.

"Yes... ingat pun kau. Wehh dah lama kita tak jumpa kan?" jawab Bella.

"Haah wehh. Kau dah lain sangat sekarang ni. Berbeza dengan Bella yang aku kenal dulu. Kau semakin elegant," balas Helena teruja.

"Hahahaha... Tak adalah. Aku sama aje macam dulu. Aku nak tanya kau ni. Sejak bila kau kerja dekat sini?" tanya Bella.

"Aku start kerja sini dua tahun lepas. Kenapa kau tanya?" jawab Helena kemudian menyoal semula.

"Ouhh... Aku tengok kau macam tak cukup rehat. Kau ada masalah ke beb? Kalau ada share lah dengan aku," soal Bella kerana dia kesian melihat kawan baiknya seperti tidak cukup rehat. Pasti ada sesuatu yang menimpa kawannya.

Helena mengeluh perlahan.

"Aku tak tahu nak cerita macam mana. Tapi aku harap kau boleh simpan masalah aku dari pengetahuan sesiapa. Aku percaya kau Bella," pinta Helena sebelum membuka kisah hidupnya.

"Insya Allah aku akan simpan rahsia kau. Kau kenalkan aku macam mana. Aku ni bukan jenis yang suka membawang pasal orang," kata Bella meyakinkan Helena supaya menceritakan masalahnya.

"Aku kenal kau dah lama Bella. So aku percaya yang kau akan pegang kata-kata kau tu," balas Helena.

Helena menceritakan kisah hidupnya bermula dari kematian ayahnya sehingga kini. Bella mendengar dengan teliti tanpa memotong percakapan Helena. Dia sangat simpati dengan nasib Helena.

Setelah Helena selesai menceritakan kisahnya, Helena meminta satu pertolongan.

"Boleh kau tolong aku Bella?" soal Helena

"Mana yang aku boleh tolong, insya-Allah aku tolong," jawab Bella. Lagipun dia memang bertekad untuk menolong kawannya keluar dari masalah tersebut.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

Sis minta maaf kalau ada sebarang kekurangan. Lagipun ni first story sis.Tapi kalau ada kesalahan boleh je tegur sebab sis ni jenis open minded. Hope U guyss enjoy...

Jangan lupa vote n comment ok🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro