Part 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mana yang aku boleh tolong, insya-Allah aku tolong," jawab Bella.

"Aku sebenarnya nak lari dari keluarga tiri aku. Means aku nak keluar dari rumah tu. Kau boleh tolong tak?" soal Helena dengan perlahan.

"Ouhh... aku boleh je tolong kau. Tapi kita kena set time lah. Kau tahu kan aku ni susah sikit nak cuti sebab banyak sangat tempahan dekat butik tu," jawab Bella.

"Okey, kalau macam tu aku nak keluar esok pagi. Malam ni aku packing semua barang-barang aku then esok dalam pukul 4 a.m. aku keluar dari rumah. Sebab waktu tu keluarga tiri aku tak bangun lagi. So boleh aku keluar senyap-senyap. Kau okey tak kalau aku keluar waktu tu?" tanya Helena untuk mendapatkan kepastian.

"Hurmm... Okey jugak kalau kau keluar masa tu. Nanti balik kau packing barang kau dulu. Tapi jangan sampai kantoi pulak. Nah ni kad aku. Nanti kau call aku dulu tau," jawab Bella lalu menghulurkan kad business nya.

"Ok... Apa-apa nanti aku bagitahu kau. Thanks tau wehh sebab tolong aku. Dah lama aku nak keluar dari rumah tu," ucap Helena dengan perasaan terharu.

"No problem lah. My pleasure. Ok lah aku nak gerak dulu ni. Bye..." balas Bella lalu melangkah pergi meninggalkan restoran tersebut.

'Huhhh... Finally ada jugak orang nak tolong aku keluar dari rumah tu. Aku akan pastikan harini hari terakhir aku dekat rumah tu.' tekad Helena.


Frankfurt Germany

"Hello tuan. Saya ada maklumat terbaru berkenaan Nurin," kata Adryan.

"Hello. Tell me now," balas Tuan Edwin dengan serius.

"Nurin nak keluar dari rumah tu dengan pertolongan kawan dia," terang Adryan

"Hurmm bagus juga. Tak adalah dia tersiksa hidup dalam neraka tu. Tak ape kau terus perhatikan dia. Pastikan dia keluar dari rumah tu dengan selamat. Apa-apa inform aku. Faham?" Tegas Tuan Edwin.

"Baik tuan," balas Adryan

"Ermm one more thing, pastikan tak ada lelaki yang sentuh dia bila dia pindah nanti. Because she's my baby girl. If someone touch her, I'll kill you and the stupid man. Understand right?" arah Tuan Edwin dan menyelitkan sedikit peringatan.

Gulp... Adryan menelan air liur kesat apabila mendengar kata-kata tuannya tadi.

"Ba.. Baik tuan." Tergagap-gagap Adryan menjawabnya.

"Good. Now do your work." Tegas Tuan Edwin.


4 a.m.

Helena memastikan setiap pakaian dan barangnya telah di masukkan ke dalam bagasinya. Kemudian dia menutup rapat bagasi tersebut. Dia mencapai telefonnya dan menghubungi Bella.

"Hello Bella. Kau dah sampai belum?" kata Helena

"Haa hello beb. Aku dah sampai depan rumah kau. Tapi aku parking dekat dengan hutan sebelah rumah kau. Tempat ni tersorok sikit. Takut ada orang perasan pulak," balas Bella dan memberitahu dimana tempat dia menunggu Helena.

"Ouhh ok. Aku keluar sekarang. Kau tunggu kejap tau. Bye..." kata Helena lalu menyimpan telefonnya.

Dia melangkah keluar dengan berhati-hati. Takut ada yang perasan pulak. Setelah selamat keluar dari rumah, dia menutup pintu rumah dan menguncinya.

Setibanya di kereta Bella, dia tergamam seketika. 'Perghh besar betul kereta dia. Jaguar XF wehh...'

"Yang kau ternganga ni dah kenapa? Cepatlah masukkan beg-beg kau tu. Aku dah ngantok ni," tegur Bella lantas mematikan lamunan Helena.

"Haa... Ok. Aku cuma terpegun dengan kereta kau saje," kata Helena setelah tersedar dari lamunannya lalu memasukkan begnya ke dalam bonet kereta.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Bella, mereka berbual tentang kisah-kisah sewaktu sekolah menengah dulu.

Setibanya di rumah Bella, Helena sekali lagi terpegun melihat rumah kawannya. Kalau nak dibandingkan dengan rumahnya perghh bagai semut dengan raksasa. (hahahaha pandai-pandai je sis ni... Peribahasa ni tak wujud ya anak-anak.)

Rumah Bella Hanani

"Ya Allah Nurin. Kau ni dari tadilah asyik ternganga je. Cuba tutup mulut tu nanti masuk lalat. Dah jom masuk. Beg tu biar situ nanti aku suruh bibik aku angkat," kata Bella

"Hehehehehehe. Rumah kau besar gila wehh... Seram pulak aku nak masuk," balas Helena

"Suka hati kaulah. Kalau tak nak masuk tidur sini sampai esok. Aku nak masuk dulu. Bye..." kata Bella lalu melangkah pergi meninggalkan Helena.

"Ehh Bella. Tunggulah aku..." jerit Helena lalu berlari mendapatkan Bella.

Bella hanya buat-buat tak dengar dan memanggil bibiknya.

"Bibik sini kejap!" jerit Bella setelah masuk ke dalam rumahnya.

Bibik Yati terus pergi ke arah Bella.

"Ya cik muda. Ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Bibik Yati.

"Tolong angkatkan beg kawan saya. Bibik ajaklah lagi sorang," arah Bella kepada bibiknya.

"Baiklah Cik Muda," balas bibik Yati.

Helena yang baru masuk terkedu melihat kawannya ada bibik. Tapi hiasan dalaman rumah Bella lagi membuatkannya kagum.


Kemudian Bella menunjukkan bilik Helena. Helena pulak hanya mengikut jejak Bella sambil matanya meliar melihat rumah tersebut.


"Ok, ni bilik kau. Sorry kalau tak cantik. Pakaian kau boleh simpan dekat dressing room. Yang lain tu pandai-pandailah kau cari sendiri. Aku nak masuk tidur ni. Bye beb..." terang Bella lalu menunjukkan dressing room yang terdapat dalam bilik tersebut.

"Haa ok. Apa yang tak cantiknya? Thanks again Bella. Sorry menyusahkan kau," balas Helena lalu memeluk Bella.

"It's okey lah. Kalau kau nak tidur, tidurlah dulu. Esok baru kemas barang-barang kau. Aku tahu kau mesti penatkan," kata Bella memahami.

Helena meleraikan pelukan dan mengangguk. Kemudian Bella keluar dari bilik Helena dan menuju ke biliknya.

'Haihh penat betul harini. Ikutkan hati nak aje pusing-pusing bilik ni. Tapi bila dah nampak katil... Apa lagi an... Tidurlah jawabnya,' kata Helena dalam hati sambil berjalan menuju ke katil.


Kring... Kring... Kring...

Tuan Edwin mengangkat panggilan tersebut.

"Hello King. Ada orang buat kacau dekat tempat kita," report Chris selaku orang kanan Tuan Edwin.

"Damn it. Siapa yang berani sangat buat kacau kat tempat aku? Kau dengan yang lain settle kan dulu. Sekejap lagi aku turun," marah Tuan Edwin.

"Dragon Group yang buat kacau. Baiklah aku dengan yang lain akan uruskan anak buah dia," balas Chris lalu menamatkan panggilan.

Tuan Edwin terus bangun dari kerusinya dan keluar dari biliknya dengan muka bengis.

Dia menukar gear kereta sebelum menekan pedal minyak. Keretanya dipecut laju. Sebelum pergi ke tempat tersebut, dia balik ke mansionnya untuk menukar pakaian dan membawa senjata kesayangannya.


Crisma Hall

King melangkah masuk ke dalam kawasannya sambil menepuk tangannya kuat.

"Hebat... Hebat... Asal kau kacau tempat aku?" tengking King dan secara automatik semua memandang ke arahnya. Suaranya yang ibarat petir mampu membuatkan orang koma selama beberapa tahun.

"Aku memang sengaja datang nak rampas kawasan kau. Teringin pula nak takluk kawasan ni, " jawab Sai iaitu ketua Dragon Group dengan berani. Dia melangkah mendekati King sambil menunjuk muka berani.

"Ouhh... Kau rupanya yang berani sangat tu... Kita tengok kejap lagi..." balas King sambil membentuk senyuman sinis di bibirnya.

Bang! Bang! Bang!

King melepaskan tembakan tepat ke dada anak buah Sai. Terkejut semua orang yang berada di situ. Sai menahan marahnya dan cuba serang hendap kumpulan Tiger. Tetapi semua anak buah King lebih cekap dan terus mengelak serangan tersebut.

Sai mengetap giginya lalu menembak lagi dan lagi. Kesemua tembakannya ditepis mudah oleh kumpulan Tiger.

King tersenyum sinis. 'Kau tak akan mampu lawan dengan aku. Tapi disebabkan kau dah mulakan permainan... Aku akan akhirkannya dengan kesengsaraan yang engkau sendiri pinta,' bisik hati King.

Bang! Bang! Bang!

King menembak kesemua anak buah Sai ketika Sai sedang leka melawan anak buahnya.

"Kau terlalu lemah Sai. Sehingga kau tak perasan pun yang aku bunuh anak buah kau," tegur King dengan kuat.

Sai yang baru perasan kesemua anak buahnya telah mati ditembak setelah di tegur oleh King sendiri.

"Shit! Asal kau bunuh anak buah aku haa?" Sai menanya soalan bodoh.

"Soalan macam budak tadika. Patutlah anak buah sendiri mati pun tak perasan. Lain kali kalau dah tahu diri tu lemah tak payah nak lawan dengan aku. You waste my time stupid man," sinis King lalu berjalan mendekati Sai dan membisikkan sesuatu.

"You've started the game. So don't regret because your ending is more torturous than your men," bisik King dengan suara yang menggerunkan.

Sai sudah kecut perut setelah mendengar kata-kata King tetapi masih menayang muka acah berani.

"Bawak dia dalam bilik siksaan aku Chris. Yang lain bakar semua mayat-mayat ni and bersihkan tempat ni. Jangan sampai ada kesan. Kalau aku tahu ada kesan... Sorang-sorang aku bunuh. Faham?" arah King dengan kuat lalu berjalan menuju ke keretanya.

'Hahahahahaha... You are playing with the wrong person,' bisik hati King. Dia menghidupkan enjin keretanya dan berlalu meninggalkan tempat tersebut.

.

.

.

.

.

.

.

Ok, setakat ni je untuk part kalini. Sorry if ada kekurangan.

Hope U guyss enjoy.

Jangan lupa Vote and comment ok. Muahhh...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro