Part 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lepas lah! Saya tak nak ikut encik." Helena meronta-ronta supaya tangannya dilepaskan.

Tuan Edwin mencerlung matanya melihat Helena. Genggaman semakin dikuatkan.

"Ishh... encik nak bawa saya ke mana ni? Saya tak nak ikut encik lah!" Helena masih berdegil.

'Haihh... nasib sayang,' bisik hati Tuan Edwin.

Tangannya naik mencempung tubuh Helena. 'Bising lagi, kan? Hehh... nasib kau lah Helena.'

Helena membeliakkan matanya. Tak sangka lelaki di hadapannya ini terlalu berani.

Tangannya menumbuk-numbuk dada Tuan Edwin. "Apa ni? Suka hati aje tau angkat orang. Haishh..."

Tuan Edwin tersenyum sinis. "Lain kali jangan bising, sayang. Lepas ni kalau buat lagi... aku cium mulut kau."

Terkedi-kedip mata Helena cuba mencerna kata-kata Tuan Edwin. "Iyerkk... pervert"

Tuan Edwin menghiraukan kata-kata Helena. Tombol pintu dipulas lalu meletakkan tubuh Helena di atas katil.

'Eh, kenapa dia letak aku atas katil pula ni? Jangan macam-macam. Aku sepak nanti kang.' Helena sudah gelisah apabila Tuan Edwin memandangnya.

You're such an angel, dear. Kalau ikutkan hati, nak aje aku terkam kau sekarang. Tapi dia tidak boleh bertindak melulu. Salah langkah, dia yang merana nanti.

Helena cuba membangunkan tubuhnya. Dia bingkas duduk dari pembaringan. "Kenapa bawa saya masuk dalam ni? Apa kaitan encik dengan orang yang culik saya? Tolonglah jawab soalan saya."

"Baring semula!"

Helena sudah kepanasan. Daripada tadi asyik mengarah aje tau.

"Kalau saya tak nak? Encik nak buat apa?" soal Helena berani. Aihh dia tak tahu ke yang depan dia ni mafia? Berani betul ya menguji kesabaran mr.mafia.

"Kau jangan sampai aku kiss bibir kau itu. Ikut aje lah apa yang aku suruh. Jangan persoalkan boleh tak?" jawab Tuan Edwin tegas. Mentang-mentang dia baik... berani nak melawan ya? Aku keluarkan dark side aku kang baru tahu.

Helena menekup bibirnya dan dengan pantas dia baring semula. "Okey, saya dah ikut arahan awak. Sekarang saya nak encik terangkan dekat saya. Kenapa encik bawa saya ke sini?"

Tuan Edwin menyilangkan tangan ke dada. "Saja."

Amboi... selambanya dia cakap. Aku hempuk dengan bontot kuali baru tahu. Biar betul sikit otaknya tu.

"Saja encik cakap? Eh, encik sedar tak yang saya ni manusia. Bukannya patung cendana yang awak boleh buat sesuka hati." Menyirap darah Helena mendengar jawapan selamba Tuan Edwin.

"Ouhh... by the way, nama aku Tuan Edwin Karl. Stop calling me, encik. Aku nak kau panggil aku Edwin. Baru lah sweet sikit. Tak gitu, sayang?" Tuan Edwin menyakat Helena lalu mengenyit matanya.

Helena seakan terpukau dengan kenyitan mata Tuan Edwin. Jantungnya berdegup laju. 'Kenapa dengan aku ni? Tak akan dah cair kut?' No, Helena! Kau tak boleh mudah cair. Mana tahu dia ni jahat ke? Tak ke naya nanti?

"Ehemm... tak kesahlah dengan nama encik itu. Yang penting saya nak jawapan sekarang wahai Tuan Edwin." Helena tetap menunggu jawapan yang dicari.

"Kau tanya aku tadi, kan? Apa kaitan aku dengan orang yang culik kau? Jawapan dia simple aje. Aku lah orang yang culik kau itu." Dengan tenang Tuan Edwin menjawab. Mukanya ditayangkan seperti tidak bersalah.

Sekali lagi dia bagi jawapan selamba? Dia ni memang nak kena dengan aku tau.

'Pangg!'

Satu tamparan hinggap di wajah Tuan Edwin.

"Awak jangan ingat saya ni tak ada perasaan tau. Saya masih lagi manusia yang diberi rasa sedih, gembira, marah dan yang paling penting geram." Helena menghamburkan kemarahannya.

Tuan Edwin masih lagi terpana dengan tindakan berani Helena. Walaupun tamparannya tidak begitu kuat, tetapi sudah cukup membuat api kemarahannya mendidih.

"You're too much! Aku layan kau baik, tapi kau pijak kepala aku. Jangan sampai aku tunjuk sisi aku yang lagi satu." Tuan Edwin melangkah meninggalkan Helena. Pintu bilik dihempas kasar.

'Bumm!'

Salah aku ke? Dia yang buat aku macam ni.



Jari Elyza bergerak sedikit. Kepalanya dipusingkan ke kanan dan ke kiri. "Arghh! No, jangan langgar aku!" jerit Elyza.

Bella terjaga dari tidurnya. Tangan adiknya digenggam. "Adik... alhamdulillah adik dah sedar." Butang hijau ditekan untuk memanggil doktor.

Badan Elyza berpeluh. Nafasnya tidak dapat diatur dengan betul.

"Doktor! Doktor! Tolong periksa adik saya," panggil Bella dengan cemas.

"Minta ruang ya Cik Bella. Bagi kami periksa tahap kesihatan adik awak," kata seorang doktor perempuan dengan lembut.

Bella mengangguk lalu memberi laluan kepada doktor dan jururawat yang merawat adiknya.

Sempat dikerling nama doktor tadi. 'Uzra Natasha.' desis hati Bella. Sedap namanya. Orangnya pun sopan aje.

"Macam mana keadaan adik saya doktor? Tak ada yang serious, kan?" soal Bella apabila melihat doktor Uzra selesai merawat adiknya.

"Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Cuma mungkin sewaktu dia koma, dia mimpi kejadian yang menimpanya. Sebab itu jantungnya berdegup laju. Saya harap cik boleh tenangkan dia. Jangan bagi dia tertekan," terang doktor Uzra.

"Baik lah, doktor. Terima kasih."

Doktor Uzra membuka langkah menuju ke mejanya semula.

"Syukur adik dah sedar. Adik nak air tak?" kata Bella.

Elyza mengangguk lemah. Dia tidak ada tenaga untuk bercakap.

Bella menghulurkan segelas air kepada adiknya. "Nah, minum perlahan-lahan. Akak nak telefon mummy dengan daddy sekejap."

Elyza menyambut huluran tersebut. Tanpa menghiraukan pesan Bella, dia menelan air dengan rakus.

"Hello, mummy. Adik baru aje sedar. Mummy datang lah sini."

"Serious lah, kakak? Baik tunggu mummy datang sana." Puan Amieda tersenyum ceria.

"Okey, mummy."

Bella berjalan menuju ke katil adiknya semula.

"Feeling better?" soal Bella.

"Yeahh... mummy dengan daddy mana?" jawab Elyza. Dia tersenyum lemah.

"Mummy dalam perjalanan. Sekejap lagi sampai lah tu."

Baru sahaja Bella hendak berbual dengan adiknya, telefonnya berdering kuat.

"Sekejap ya."

Panggilan diangkat.

"Hello, Henry. Macam mana? Dah jumpa ke belum Nurin nya?" soal Bella.

"Hello, Cik Muda. Masih belum jumpa. Kami dah cari satu KL tapi tak ada perkembangan pun," jawab Henry.

"Ermm... nampak gayanya terpaksa lah buat repport. Biar mereka yang cari. Korang pun teruskan cari di negeri lain. Apa-apa inform saya," arah Bella.

"Baik, Cik Muda."

'Tet!'

Panggilan ditamatkan.

"Siapa yang call tadi?" soal Elyza. Kesian pula tengok kakaknya. Busy memanjang.

"Bodyguard akak," jawab Bella pendek.

"Ouhh... dia nak apa?" soal Elyza lagi. Perasaan ingin tahu membuak-buak.

"Kawan akak diculik. Tapi akak dah suruh buat report." Bella masih memikirkan di mana keberadaan Helena sekarang.

Elyza sekadar membuat mulut berbentuk 'o'.



"Nadia!" laung Tuan Edwin. Kakinya di silang ke atas sambil membaca surat khabar.

Nadia bergegas menuju ke arah tuannya.

"Ya, tuan?"

"Sediakan minum petang aku."

"Baik lah, tuan." Nadia segera bergerak menuju ke dapur. Air cappuccino dibancuh mengikut citarasa tuannya.

Selesai menyiapkan air cappuccino dia menuju ke arah Tuan Edwin semula.

"Ini dia tuan airnya. Jemput minum," kata Nadia lalu meletakkan air tadi di atas meja kopi.

"Hurmm." Surat khabar dilipat lalu dicampak ke meja.

Air dihirup perlahan. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Yow. Macam mana sekarang? Maklumlah perempuan kesayangan dah ada depan mata, kan? Bahagia tak?" soal Raykarl betubi-tubi. Punggung di labuhkan di kerusi bertentangan dengan Tuan Edwin.

"Biasa aje. Ada ke tadi dia tampar muka aku. Memang aku bengang lah. Bukan main elok aku layan dia, sekali penampar dia hadiahkan dekat aku." Tuan Edwin menjawab dengan muka tegang. Cawan diletak sebelum tangannya memeluk tubuh.

Raykarl tertawa mendengar jawapan abangnya. "Rilek lah, bro. Penampar perempuan aje kut. Kau kan badan besi. Abis kau buat apa dekat dia?"

Tuan Edwin geram melihat adiknya. Kau ketawakan aku?

"Entah. Aku malas nak tegur dia dulu. Aku nak buat dia rasa bersalah sampai dia pujuk aku. Selagi tak ada effort yang dia tunjukkan... selagi itu lah aku tak akan layan dia. Bairlah dia nak buat apa pun. Yang penting jangan keluar dari rumah ini."

"Hebat betul kau ni. Dia baru buat sikit. Kesian dia. Kalau kau tak nak pass lah dekat aku." Raykarl tersenyum sumbing. Sekali-sekali kena kan abangnya.

Tuan Edwin merenung Raykarl tajam. "Berani lah kau buat. Aku halau kau keluar dari rumah ni. Jangan ingat aku tak berani."

"Aku gurau aje lah. Tak payah lah serious sangat. Tak akan nak sailang perempuan kesayangan abang sendiri, kan?" Raykarl menggosok tengkuk belakangnya. Seram pula tengok dia marah. Siapa suruh kau cari pasal?

"Nak gurau pun ikut tempat, bro. Jangan main sedap mulut aje. Aku paling pantang orang libatkan babygirl aku." Tuan Edwin menghirup air nya lagi.

Raykarl sekadar menayang giginya. Kalau bercakap dengan Tuan Edwin, memang tak akan menang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Author note:

Tak ada apa pun nak cakap. Cuma jangan lupa vote and comment.

Tahniah kepada nawalsssssss dan djahzzzzz kerana menjawab dengan betul.

Jawapannya:
Anak babi malu sebab mak dia babi. Sebatulah dia jalan tunduk bawah😂


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro