Part 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Helena terpisat-pisat bangun dari tidur. Matanya digosok beberapa kali. 'Aikk... kenapa aku dekat sini? This is not my bedroom!' kata Helena dalam hati. Dia bangun dari pembaringannya. Kaki memijak lantai.

Matanya meliar melihat keadaan bilik tersebut. 'Dah lah gelap. Tingkap pula tak ada. Nak suruh aku mati ke duduk dekat sini?' rungut Helena. Sedang dia berjalan mengelilingi bilik tersebut, tiba-tiba pintu bilik di buka seseorang.

Klak!

Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik yang sedang diduduki Helena.

"Kau dah bangun? Baguslah. Aku ada bawa sarapan. Makanlah dulu. Aku tak nak kau mati kelaparan," kata lelaki tadi dengab suara tidak berperasaan. Dulang yang dibawa diletakkan di atas meja.

Helena mengerutkan keningnya. "Awak ni siapa? Kenapa saya ada dekat sini?" soal Helena sambil memeluk tubuh.

"Ouhh... lupa nak kenalkan diri. By the way, aku Adryan. Soalan kau yang lagi satu itu akan terjawab petang nanti. Sekarang ni aku nak kau makan dulu." jawab Adryan. Mukanya sengaja ditayang beku supaya Helena takut untuk bertanya lebih-lebih.

Helena mengecilkan matanya. 'Soalan aku kau tak jawab lagi. Suka hati aje nak paksa-paksa orang. Ishh... benci betullah.'

"Selagi awak tak jawab soalan saya, saya tak nak makan. Dah lah suka hati taik hidung dia aje bawa saya datang sini." Helena memberanikan diri melawan kata-kata Adryan.

'Eh, budak ni pandai pula nak melawan. Nasib baiklah dia ni babygirl tuannya. Kalau tidak memang dah dileku kepalanya. Banyak cakap pula,' bentak Adryan dalam hati.

"Ikut suka kau la. Aku suruh makan sebab tak nak kau lapar or sakit. Tapi dah kau sendiri yang tak nak... malas aku nak memaksa. Makanan itu aku letak aje dekat situ. Aku tahu kau lapar sebenarnya. Seharian tak makan kut." Seusai berkata, Adryan terus melangkah keluar dari bilik Helena.

'Erghh... geram betullah aku. Memang tak lah aku nak makan. Mana tahu dia letak racun.' Kakinya dihentak kelantai tanda protes. Tiba-tiba perutnya berbunyi.

Kriuk! Kriuk!

'Aduhh... perut ni buat hal pula.
Time macam ni la dia nak lapar,' rungut Helena. Badannya di pusing semula menghadap katil. Matanya tertancap pada sebuah dulang yang berisi carbonara dan mocha.

Air liur ditelan perlahan-lahan. Nampak sedap pula. Kakinya diatur mendekati meja kecil yang berada di sebelah katil.

Tangannya baru hendak mencapai mangkuk yang berisi carbonara. Tetapi hatinya seakan menghalang.

'Baik kau jangan makan. Entah makanan ni selamat ke tak,' bisik hati Helena.

Pergerakannya terbantut dari mencapai mangkuk tersebut. Helena berfikir dua, tiga kali.

'Nak makan ke tak nak? Kalau aku makan, nanti mamat tadi sindir aku pula. Tapi kalau aku tak makan, perut aku pula yang masuk angin.' Helena berura-ura seperti mahu makan. Dan akhirnya...

Dia membuat keputusan untuk makan. 'Lantak la kalau dia nak sindir pun. Nanti pandai-pandai la aku buat ayat.'

Mangkuk carbonara terus dicapai. Disuapnya ke dalam mulut dengan gelojoh. 'Uishh... sedap betul. Siapa la yang masak ni?'

Air mocha dihirup perlahan. 'Pergh... air ni pun sedap. Tapi sekejap... asal aku tak pernah jumpa makanan macam ni?' tanya Helena sendirian.

Beberapa minit kemudian, dahinya ditepuk perlahan. 'Memang la kau tak pernah jumpa. Sebelum ni kan kau makan nasi dengan ikan kering aje. Mana la nak merasa makanan macam ni.' Baru teringat kehidupan dulunya.

Sarapan tadi selamat masuk ke dalam perut Helena. Lepas makan mesti akan keluar balik, kan? Hahahaha itulah kitaran proses yang berlaku di dalam perut.

Selesai makan, dia pergi mencuci mulut di sinki.


Bella memerhati adiknya yang sedang koma. Dah berapa hari dia tunggu adiknya sedar. Tapi sampai sekarang hampa. Masanya banyak dihabiskan di hospital menemani adiknya, Elyza Nerisha.

Ada juga kadang-kadang dia bawa Dean Faheem bersiar-siar di pantai. Adiknya yang sorang ni kalau dah jumpa dengannya memang tak boleh ditinggalkan. Pasti akan menangis.

Sedang Bella ralit merenung wajah adiknya, telefonnya berdering kuat. Bella mengerutkan keningnya apabila mendapat panggilan daripada Henry.

"Yes, Henry? Ada apa-apa masalah ke?" soal Bella setelah menjawab panggilan.

"Memang ada masalah pun, Cik Muda. Helena dah kena culik," jawab Henry dengan suara cemas.

Jantung Bella bagaikan gugur.

"What? Macam mana Nurin boleh kena culik pula? Awak jangan main-main, Henry. Saya tak ada masa ni." Bella cuba menenangkan dirinya.

"Betul, Cik Muda. Helena dari semalam tak balik rumah. Saya dah cuba cari dia merata tempat. Mak Tom kata semalam dia pergi beli makanan haiwan. Tapi bila saya caru dekat kedai itu tak ada pula." Henry menjelaskan dengab lebih terperinci.

"Kenapa awak biarkan Nurin pergi sorang? Saya sekarang bukannya ada dekat Malaysia. Haihh... Macam mana la korang buat kerja ni?" kata Bella. Tangannya naik mengurut dahinya. Keselamatan Helena yang diutamakan sekarang ni.

"Helena yang nak pergi jalan kaki, Cik Muda. Dia tak kasi kami ikut dia. Katanya dia nak pergi sekejap aje. Tapi sampai sekarang dia tak balik-balik lagi," balas Henry.

Nafas dihembus perlahan. "Awak dah try hubungi dia?"

"Sudah tapi telefonnya seolah-olah di off, kan."

"Saya nak awak suruh yang lain cari Nurin juga. Kita tengok sampai esok. Kalau tak ada juga, terpaksalah buat report. Tapi jangan sampai rumah tak ada sesiapa pun yang jaga. Atleast tinggalkan tiga orang bodyguard. Kalau ada maklumat terbaru bagitahu saya," arah Bella. Fikirannya buntu sekarang ini.

"Baiklah, Cik Muda."

Tett!

Panggilan dimatikan.

'Dekat mana lah sekarang kau, Nurin? Dah makan belum? Sihat ke tak?' Semua persoalan terlintas di benak fikirannya. Nak balik Malaysia tapi adiknya masih belum sedar.

'Ya Allah! Jangan lah ada sesuatu yang buruk berlaku dekat Nurin.' Doanya dalam hati.

Helena terjengket-jengket keluar dari biliknya. Matanya meliar untuk  memastikan tiada seorang pun di situ. Dia mahu keluar dari rumah agam ini. Ya, dia bertekad!

Setapak, dua tapak, tiba-tiba dia rasa seperti terlanggar sesuatu yang keras.

'Bumm!'

'Adoii... kau ni cuailah, Nurin. Nasib tiada sesiapa yang perasan. Kalau tak habis rosak plan aku,' ngomel Helena sambil menggosok kepalanya. Dia mengangkat kepalanya mahu melihat benda yang dilanggarnya tadi.

Matanya terbeliak. Mulut dikatup daripada masuk lalat.

"Ehemm! Kau nak pergi mana?" soal Tuan Edwin yang baru sahaja tiba di mansionnya. Hasrat hati berkobar-kobar mahu berjumpa dengan gadis kesayangannya.


'Warghh... Cantiknya anak mata dia. Warna hazel. Handsome pula tu. Eh, sekejap. Kenapa aku rasa macam pernah nampak, eh?' Helena masih lagi dalam lamunannya. Cuba mengingat semula di mana dia melihat lelaki itu.

Tuan Edwin melambai-lambai tangannya di hadapan muka Helena.

"Ehem... tak payah la tenung aku sampai macam itu sekali. Aku tahu la aku ni handsome tapi tak payah la sampai tak berkelip mata tu. Kau tak jawab lagi soalan aku." Tuan Edwin menyindir Helena.

Helena yang baru tersedar dari lamunannya menunduk malu. 'Kau ni buat malu aje tau.'

"Encik tanya saya apa tadi?" soal Helena tanpa rasa bersalah.

Tuan Edwin mengeluh perlahan. Biasa kalau dengan orang lain, memang sudah ditembak kepalanya sampai tembus. Tak fokus lagi apa yang orang cakap. Tapi bila dengan Helena, dia rasa perasaan sabar itu baru wujud.

"Aku tanya kau nak pergi mana? Terjengket-jengket macam nak mencuri." Tuan Edwin mengulang balik soalannya.

"Eh, suka hati aje cakap saya nak mencuri. Saya sebenarnya nak keluar dari rumah ni. Siapa entah yang bawa saya ke sini?" jawab Helena. Tanpa dia sedar, dia telah membocorkan niatnya untuk keluar dari rumah agam itu.

Tuan Edwin tersenyum sinis. 'Huhh... jangan harap kau boleh keluar dari sini. Kau terlalu polos, sayang.'

"Siapa benarkan kau keluar dari rumah ni? Untuk pengetahuan kau... sekali kau dah jejak kaki dekat sini, sampai bila-bila pun kau akan berada di sini." Tuan Edwin menyilang tangan di dada. Matanya ralit memerhati wajah Helena yang bersih.

"Encik ni dah kenapa? Bila masa pula saya minta izin encik nak keluar dari rumah ni? Yang saya tahu... saya tetap nak pergi dari sini." Helena berkata dengan berani. Sejak akhir-akhir ni, dia menjadi semakin berani.

"Aku tak kira. Kau memang tak boleh keluar dari sini. Dah jom ikut aku!" Tuan Edwin menarik tangan Helena menuju ke biliknya. Dia menghiraukan Helena yang meronta-ronta ingin dilepaskan.

.
.
.
.
.
.
.
.
Haihh... Kesian Helena tak boleh keluar. Siapa suruh bocorkan niat dia. Adehh Helena ni...

Korang rasa Tuan Edwin nak buat apa?😝

Sebenarnya kan... Cerita ni sis tulis ikut idea yang keluar... Sebabtu dia macam merapu sikit. Tapi tak pe lah kita layan aje lah...

Jangan lupa vote n comment okeyh korunk...💟

Sis ada teka-teki:
Kenapa anak babi jalan tunduk bawah?

Hehehehe jawapan sis bagi dekat next chap okeyhh...

Btw sis nk cakap... Happy 1K👏🎉🎊 Thanks tau support sis... *Terharu kejap


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro