EPISOD 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~

Sambungan...

"Along! Macam mana dating petang dengan malam tadi? Ok tak?" Soal kembar Luqman dan Fahmi secara serentak.

"Korang berdua ni kalau tak menyibuk tak sah kan?"

Lepas je Luqman dan Fahmi pulang ke rumah semalam dan dapat tahu yang Tiara dan keluarganya datang rumah tadi, memang tak lepas dari mulut diaorang soalan yang sama.

"Kitaorang cuma nak tahu je! Bukan selalu nak tengok along ada girlfriend. Last pun-"

Luqman menekup mulut Fahmi dari meneruskan ayatnya itu. Dia tahu apa yang bakal keluar dari mulut adik kembarnya itu.

Sebelum ayat itu keluar lebih baik dia senyapkan dulu Fahmi.

Izzat memandang tajam ke arah Fahmi yang sudah cuak kerana hampir terlepas cakap pasal benda itu.

"Jangan sebut pasal dia depan along. Along tak suka. Benda lain kalau korang nak sebut boleh. Pasal dia jangan..." Izzat terus mengambil beg kerjanya dan bersiap ingin ke tempat kerja.

Tuan Hisyam yang baru siap mandi dituju untuk menyalam tangan lelaki itu.

"Abah, Iz nak pergi dah."

"Awalnya Iz. Kenapa tak tunggu abah dulu?"

"Tak apalah, Iz dah lambat ni. Nanti je lah ye. Iz pergi dulu, Assalamualaikum." Izzat terus berlalu keluar dari rumah dan menghidupkan enjin kereta.

Seketika kemudian bunyi enjin kereta sudah tidak kedengaran bermakna Izzat sudah pergi kerja.

"Pelik...biasanya tak ada pula dia laju macam tu. Korang berdua ada cakap apa-apa ke dekat dia?" Soal Tuan Hisyam dengan mata terarah kepada Luqman dan Fahmi.

"Fahmi ni abah, pergi sebut pasal dia. Mau tau bad mood along." Kata Luqman sambil menyiku Fahmi dengan sedikit kuat.

"Hehe maaf abah, terlupa."

"Hmm patutlah...ha korang berdua ni tak pergi kerja ke?"

"Eh! Ada kerja sebenarnya! Jom dik, dah lambat ni." Ajak Luqman sambil menarik tangan Fahmi.

"Ha'ah lah! Kitaorang pergi dulu!"

"Bawa kereta tu elok-elok!" Pesan Tuan Hisyam sebelum kelibat mereka berdua hilang.

"Bang, mana pergi anak-anak semua?" Tanya Puan Reyhana yang baru selesai membuat kopi di dapur.

"Dah pergi kerja dah semuanya."

"Awalnya pergi, dah kenapa diaorang tu?"

"Biasalah, kerja banyak tu." Kata Tuan Hisyam menyembunyikan tentang hal yang berlaku tadi.

Tak mahulah dia panjangkan cerita pasal tadi. Lagipun dia memang tahu tentang mulut Puan Reyhana tu. Bila dah tahu nanti mulalah nak hentam sana sini.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Hai Tiara!" Izzat menegur Tiara seperti biasa di hadapan pintu pejabatnya.

"Aduh...penatlah asyik layan kau ni. Boleh tak sehari je kau tak bercakap dengan aku?"

"Tak boleh! Sebabnya saya nak memikat hati awak, so selagi awak tak terpikat dengan saya....jangan mimpilah saya akan berhenti ye." Balas Izzat tersenyum.

"Encik, aku takkan pernah....sukakan kau! Dah tepi!" Tiara menepis tangan Izzat yang menghalang dia dari menaiki tangga pejabat.

Dengan tidak sengaja kasut tumit tinggi yang dipakai Tiara tidak memijak anak tangga dengan betul membuatkan dia hampir terjatuh dari tangga.

"Awak hati-hati!"

Nasib baik Izzat menahan tangan Tiara dan menyebabkan Tiara tidak jadi jatuh dari tangga.

Tetapi benda lain pula yang berlaku bila Izzat pula yang tersilap melangkah anak tangga dan terus mereka berdua terjatuh.

Pak!

Nasib baik tangga tu tak tinggi sangat. Kalau tak, naya!

"Aduh duh duh, sakit belakang aku....Tiara, awak ok tak?" Soal Izzat apabila melihat Tiara bangun daripada terjatuh.

"Adoi...aku ok- Iz!" Tiara terjerit kecil bila baru saja menyedari kedudukan mereka apabila terjatuh.

Izzat terbaring di atas lantai....manakala Tiara terjatuh ke atas Izzat.

Selepas menyedari perkara yang berlaku, cepat-cepat mereka berdiri dan membetulkan pakaian masing-masing yang dah senget.

"A-awak ok tak Tiara? Ada cedera mana-mana tak?" Soal Izzat risau dengan keadaan Tiara.

"Ish! Aku ok lah! Kau tu patut risaukan diri sendiri. Dah lah aku terjatuh atas kau tadi." Balas Tiara yang juga risau dengan keadaan Izzat cuma dia tak nak tunjuk.

"Saya ok je! Eh tapi kan....awak risaukan saya eh?" Izzat memandang sinis ke arah Tiara.

'Reti juga minah ni risaukan aku eh. Ingatkan selama ni hati batu je.'

"M-mana ada! Aku masuk dulu, dah lambat ni!" Tiara segera meminta diri untuk ke pejabatnya meninggalkan Izzat di situ.

Selepas beberapa minit Tiara menghilang...

"Aduh! Sakit...belakang aku...." Izzat terduduk di atas tangga dan kemudian mengurut belakang badannya yang sakit akibat terhentak tadi.

Kononnya nak control macho lah sangat, sebab tu tak nak mengaku depan Tiara tadi. Sekarang menanggunglah!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Balik dari klinik....

"Ha itulah kau, nak sangat tunjuk hebat sampai tak perasan diri sendiri sakit. Kan dah mendapat." Ujar Alif sambil memimpin Izzat keluar dari klinik.

Mujurlah tak ada kecederaan serius sangat, cuma badan dia je lah sakit sikit.

"Kau ni, aku tengah sakit macam ni kau still nak membebel. Boleh tak kau cakap sesuatu yang menyenangkan hati aku ni?"

"Hek eleh. Cakap aku itu ini, aku juga yang tolong kau bawa pergi klinik semua. Apa lah punya member, jenis tak makan nasihat." Balas Alif dengan ayat pedasnya itu. Belajar dari bapa mertua dia lah tu.

"Aduhhh, daripada kau asyik bebel benda yang sama je baik kau tolong bagi cadangan dekat aku macam mana nak ambil hati Tiara tu kan lagi bagus."

"Aik? Tak cair lagi ke Tiara tu? Bukan ke kau dah bagi coklat mahal sampai sekotak, tu pun tak cair ke?" Soal Alif tak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Tak, punya keraslah hati dia tu. Susah naw nak bawa bincang."

"Parah ni Iz, maknanya hati dia memang keras betul tu. Tak apa Iz, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan!"

"Jadi apa cadangan kau?" Soal Izzat bila dia melihat Alif macam ada idea yang bernas je.

"Hmm, aku tak pasti idea ni akan menjadi ke tak. Tapi aku pernah dah cuba idea ni dekat isteri aku dulu, mungkin kau pun boleh cuba dekat Tiara."

"Macam menarik, bagitau apa dia idea kau tu?" Izzat mendekat telinganya kepada Alif kerana tidak mahu orang mendengar apa yang dibualkan oleh mereka.

"Cuba kau buat macam ni..." Alif menjelaskan idea yang ada di dalam kepala otak dia sekarang.

Terangguk-angguk kepala Izzat bila mendengar cadangan Alif.

"Ha kau faham tak?"

"Ok aku faham! Malam ni juga aku akan laksanakan rancangan kau tu. Thanks Alif."

"No problem bro. Tapi ingat, aku ni cuma bagi idea je. Jadi atau tak itu semua Allah tentukan."

"Baik bos! Aku faham."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ting! Tong!

"Siapa pula dah yang datang tengahari ni? Abang dah balik ke?" Puan Reyhana yang baru menyiapkan kerja-kerja rutin harian di dapur segera menuju ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang.

Dalam fikiran Puan Reyhana mungkin Tuan Hisyam dah balik dari menyelesaikan urusannya di Seremban.

Tapi bila difikirkan balik, Tuan Hisyam cakap dia akan pulang malam nanti. Takkanlah awal sangat dia balik, bukannya dekat Kuala Lumpur dengan Seremban tu.

Puan Reyhana membukakan pintu dan...

"Assalamualaikum Auntie. Auntie sihat?" Tanya si Dia dengan senyuman mesra.

Tetapi Puan Reyhana pula sebaliknya, terbit rasa tidak suka apabila menatap wajah dihadapannya pada ketika ini.

Rasa benci yang ditahan kini datang semula ke dalam jiwa. Wajah inilah yang telah hampir menghancurkan anak dia beberapa tahun yang dulu.

Nadra Imanie.

"Apa yang kau buat dekat sini! Siapa izinkan kau pijak kaki di rumah aku ni!" Puan Reyhana menepis kuat tangan Nadra yang cuba mencium tangannya.

"Auntie...Nad datang nak minta maaf-"

"Apa maaf, maaf! Hei, pasal kau lah hati anak aku hancur kau tau tak!"

"Dasar betina tak sedar dek untung! Dulu masa anak aku sukakan kau, kau tolak. Kau lari tinggalkan dia! Sekarang ni kau datang balik buat apa hah!" Herdik Puan Reyhana bertubi-tubi.

Sakit sangat hati Puan Reyhana, masa depan anak dia dimusnahkan begitu sahaja beberapa tahun dahulu.

Ikatan cinta yang dibuat diputuskan sebelah pihak begitu sahaja. Nadra menghilangkan diri sehinggalah sekarang.

Kenapa perempuan ni datang balik, cukuplah jiwa raga anaknya diseksa cukup-cukup dahulu. Dia tidak mahu perkara itu berlaku lagi.

"Hisk...Auntie dengar dulu! Nad bukan sengaja nak tinggalkan Iz masa tu....Nad terpaksa....Auntie tolong maafkan Nad..."

"Betapa hancurnya perasaan aku bila tengok Iz merana disebabkan betina macam kau! Dua tahun....DUA TAHUN dia cuba pulihkan diri kau tahu tak!" Balas Puan Reyhana dengan jerkahan yang kuat pada ayat itu.

"Kau berambus aku tak nak tengok muka kau, BERAMBUS!" Puan Reyhana menolak tubuh Nadra sehingga ke luar pagar rumah dan terus mengunci pagar itu.

"Auntie! Hisk....tolong dengarkan penjelasan Nad dulu! Auntie...." Nadra menunduk ke bawah untuk mengelap air matanya.

"Tak guna betul...rancangan ni tak menjadi pula. Keras betul hati Auntie Hana ni...."

"Tak apa, nanti aku akan guna cara lain pula...I akan tetap dapatkan you Iz! Heheh You selama-lamanya milik I..."

Nadra kemudian mengambil telefon daripada beg tangannya dan kemudian mendail nombor seseorang.

"Hello, aku nak kau jalankan plan tu sekarang. Jangan tunggu lagi. Ye sekarang! Ok bye." Nadra menamatkan panggilan setelah bercakap dengan seseorang.

"Akan aku hancurkan orang yang cuba menghalang kisah cinta aku dan Iz...tunggu saja nanti..."








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro