EPISOD 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨Mr Gila Vs Mrs Dingin✨
~~~~~~

Sambungan...

Pukul 10:32 Malam...

Tuan Hisyam baru sahaja pulang dari menyelesaikan urusannya. Sekarang mereka sedang berbual selepas saja Tuan Hisyam selesai mandi.

"Abang, macam mana urusan abang dekat Seremban tu? Selesai semua dah?" Puan Reyhana bertanyakan tentang urusan suaminya yang baru pulang sebentar tadi.

"Alhamdulillah selesai, cuma penat sikit sekarang ni. Sebenarnya boleh je pekerja abang yang uruskan urusan dengan pembekal buah dekat Seremban tu. Cuma dia cuti hari ni. Itu yang abang nak kena buat sorang."

"Lah ye ke, kesian suami Hana ni...abang duduk dekat meja makan dulu. Hana siapkan makanan untuk abang ye."

"Bagus juga tu, abang ni seharian belum makan lagi. Nak makan masakan sayang je heheh."

"Hmm ye lah bang, sekejap saya sediakan." Puan Reyhana lantas menuju ke dapur untuk menyediakan lauk yang sudah dimasak petang tadi untuk dipanaskan.

Selesai sahaja menyediakan lauk, Puan Reyhana menemani Tuan Hisyam makan bersama seperti seorang isteri lain lakukan kepada suaminya.

"Hana, awak ada apa-apa masalah ke?" Soal Tuan Hisyam setelah dia perasan yang wajah Puan Reyhana tidak ceria seperti selalu. Muram je.

"Ye ke bang, tak adalah. Saya cuma...penat sikit je hari ni. Banyak sikit kerja rumah yang nak kena buat." Kata Puan Reyhana dengan sedikit kebohongan di situ.

Dia tak mahu memberitahu Tuan Hisyam tentang kedatangan Nadra ke rumah tadi.

Kalaulah Tuan Hisyam dapat tahu tentang perkara ni, memang marah besar dia. Tuan Hisyam lah orang yang banyak memberikan semangat kepada Izzat sehingga dia pulih semula seperti biasa.

Kalau tidak, mungkin dia masih kemurungan sehingga sekarang.

Jadi sebab tu lah dia cukup marah bila Izzat dikecewakan oleh Nadra dan bencikan wanita itu.

Bapak mana kan yang tak sayangkan anak dia...

"Oh ye Hana, mana Iz? Saya tak nampak dia pun."

"Iz ada kerja dekat pejabat dia. Katanya lewat malam sikit dia baliklah." Balas Puan Reyhana sambil tersenyum memandang suaminya untuk mengelakkan dari Tuan Hisyam mencurigai dia lagi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Iz! Baik kau cakap dengan aku kau nak bawa aku pergi mana ni!" Tiara dengan marahnya menyoal Izzat.

Mana tidaknya, tiba-tiba tengah buat kerja dekat pejabat disuruh pakai penutup mata.

Kalau tak ikut kena ugut kunci dalam pejabat sampai esok. Nak tak nak kena jugalah Tiara ikut.

"Awak ikut saja, lagipun dengan cara ugut tu je awak nak ikut cakap saya. Sekarang ni awak rileks sudah."

"Kau jangan main-main dengan aku Iz. Kau dengan aku berdua macam ni macam-macam boleh jadi tau tak!"

"Astaghfirullahal'azim awak ni cubalah fikir positif sikit. Abah dengan mama saya tak pernah tau ajar saya buat benda maksiat tu. Hish!"

"Habis tu, kau nak bawa aku pergi mana ni Iz?"

"Adalah tempat yang saya nak bawa awak. Lagipun janganlah risau, saya dah beritahu dah pun mama dan papa awak yang saya nak bawa kesana. Diaorang pun dah izinkan dah." Balas Izzat sambil tersenyum.

Takkanlah dia nak membabi buta bawa keluar anak dara orang malam-malam macam tu je. Mestilah keizinan bos-bos besar di rumah tu.

Kerja gila namanya kalau bawa anak dara orang keluar tak bagitau mak dan ayah dulu...

Setelah sampai ke destinasi, Izzat memimpin Tiara menuju ke tempat yang ingin dituju.

"Jauh lagi ke Iz. Kau jangan eh nak macam-macam dengan aku!"

"Tak! Saya tak buat apa-apa pun. Ha! Sampai dah. Buka penutup mata tu." Izzat menyuruh Tiara menanggalkan penutup mata itu.

Tiara terus membuka penutup mata dan...

"Cantiknya tempat ni!" Tiara terpegun kerana melihat keindahan bandar Kuala Lumpur yang bercahaya pada waktu malam.

"Hehe cantikkan? Sebab tu lah saya nak tunjuk tempat ni dekat awak, tapi awak pula tak habis-habis fikir benda negatif. Nak merajuklah macam ni!" Izzat berpura-pura merajuk dan terus menjauhi Tiara.

Tiara merasa bersalah pula sebab dah tuduh Izzat macam-macam tadi. Haih mulut ni! Tak ada lesen!

Tiara pun berjalan ke arah Izzat yang masih menolehkan mukanya ke arah lain.

"Erm...Iz." panggil Tiara. Terasa sedikit kekok kerana selama berbicara dengan Iz, tak pernah dia selembut ni.

Biasanya kasar je.

"Iz! Pandanglah sini." Panggil Tiara lagi kerana Izzat masih lagi tak nak pandang Tiara.

"Apa?" Izzat akhirnya berpaling dengan wajah muram seperti orang merajuk.

'Heheh terkena kau Tiara, lama dah aku nak buat macam ni!' bisik hati Izzat. Hampir saja dia ketawa tetapi ditahan kerana dia ingin melihat reaksi Tiara yang seterusnya.

"Aku minta maaflah, sebab dah tuduh kau macam-macam tadi. Aku...tak tau lah pula yang kau nak bawa aku ke tempat yang macam ni. Maafkan aku ye-"

"HAHAHAHA! YAHOO! Akhirnya saya dapat juga tengok sisi awak yang lembut macam ni! Hahaha!" Izzat melepaskan tawanya kerana misinya berjaya.

"EII KAU NI! Beria je aku ingatkan kau tu merajuk betul-betul!" Tiara menghentak-hentakkan kakinya kerana berasa malu dengan Izzat.

Selama ni jarang dia tunjukkan sisi dia yang tak dingin tu. Cuma di hadapan mama, papa dan kakaknya sahaja yang dia pernah tunjuk.

"Awak, janganlah nak rasa malu dengan saya. Saya memang nak sangat tengok sifat awak yang ni...barulah perasaan sayang saya semakin bertambah!"

Berubah warna wajah Tiara kerana mendengar ayat yang dituturkan Izzat tu. Mamat ni cintakan aku? Biar betul!

"K-kau...sayangkan aku?"

"Ye Tiara. Kalau awak nak tahu, saya ni dah lama cintakan awak sejak daripada mula saya pandang wajah awak di kedai mamak dulu." Balas Izzat sambil menayangkan senyum.

Izzat kemudian duduk di sebuah bangku batu yang disediakan di kawasan itu. Dia kemudian menarik tangan Tiara untuk duduk di sebelahnya.

Kini mereka menghadap ke arah pemandangan kota Kuala Lumpur yang indah bergemerlapan pada waktu malam. Disatukan pula dengan cahaya lampu neon yang menerangi taman itu.

"Awak nak tahu sesuatu tak?"

"Apa dia? Tanya Tiara ingin tahu.

"Awaklah wanita yang dah berjaya bukakan hati saya untuk terima perempuan lain dalam hati saya. Selama ni, perempuan yang ada dalam hati saya hanya ada mama dan..."

"Dan?" Tiara perasan yang Izzat tidak meneruskan ayatnya itu.

"Tak ada apa-apa. Hanya mama saya yang berada di dalam hati saya...tapi bila saya jumpa awak, saya rasa tenang. Saya harap awak boleh menerima saya dengan ikhlas Tiara.."

"Dan awak perlu tahu satu benda, saya...ikhlas mencintai awak kerana Allah dan bukan sebab ada niat lain."

Tanpa Tiara sedar, air matanya mengalir keluar. Terharu dengan keikhlasan Izzat.

Selama ini tak pernah dia jumpa lelaki semacam Izzat.

Semua lelaki yang dia pernah cintai semuanya tidak ikhlas, selalu bagi harapan palsu dan kata-kata manis. Bila bosan, ditinggalkan begitu sahaja.

Kerana itulah dia sudah cukup serik ingin berhubung dengan lelaki. Cuma Faliq saja lelaki yang dia boleh terima itupun cuma dianggap kawan baik sahaja, tak lebih dari itu.

"Saya harap awak boleh terima saya...terima segala kekurangan saya..." Tambah Izzat lagi.

Dia berharap sangat yang Tiara akan menerimanya. Tetapi dia redha jika Tiara bukan jodohnya. Dia tak akan paksa.

Buat apalah nak dipaksa kalau si Dia tak nak kan.

Setelah melihat Tiara terdiam kerana ucapan Izzat tadi. Izzat rasa mungkin Tiara tak nak menerima dia juga.

"Huh...nampaknya awak masih dengan keputusan awak ye? Baiklah, saya takkan paksa awak." Izzat pun bangun dari duduknya.

"Jom kita balik, dah lewat ni. Nanti mesti mama dengan papa awak-"

"Aku terima." Tiara mencelah ucapan Izzat.

"Hah?" Muka Izzat nampak blur habis. Apa yang terima?

"Haih kau ni...aku terima kau sebagai tunang dan suami aku lah..." Balas Tiara dengan nada suara perlahan kerana tidak mahu orang lain mendengar.

Walaupun hakikatnya mana ada orang pun dekat taman tu, kalau ada pun mesti jauh dari situ. Tak ada siapa nak dengar punyalah.

"Alhamdulillah ye ke ni! Ikhlas ke tak ikhlas?"

"Ya Allah kau ni...Ye! Ikhlas!" Balas Tiara menahan malu. Dah lah lama dia ambil masa nak luahkan perasaan. Boleh pula dia tanya ikhlas ke tak?

"YEAY! DAH LAMA SAYA NANTIKAN SAAT NI!" Izzat melompat-lompat kegembiraan kerana telah berjaya memenangi hati Tiara.

Tiara yang melihatnya pun tergelak kecil. Haih dah macam beruk dapat bunga. Excited sangat ni. Fikir Tiara.

"Hoi! Dah lah tu, jangan over sangat. Orang tengok nanti malu!"

"Tak orang dekat sini jadi tak payah malu! HAHAHA Yes! Akhirnya saya berjaya juga. Nak kena beritahu mama dengan abah saya ni! Jom Tiara kita balik!" Izzat dengan sangat gembiranya menarik tangan Tiara.

Dan Izzat pun menghantar Tiara pulang ke rumah dengan perasaan over gembira. Dan kemudian dia pun pulang semula ke rumah.

Akhirnya dapat juga dia tackle hati si Tiara ni!

Tapi lepas ni akan aman ke hubungan diaorang? Ha! Tunggu...








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro