Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku merebahkan diri di atas katil milik Qasha itu. Penat. Penat menghias. Dahlah seorang diri. Tambah lagi pada bahagian yang tinggi, aku belum buat. Tinggi sangatlah, aku tak sampai.

Ops. Jangan kata aku pendek okey. Ketinggian aku sesuai untuk seorang perempuan kecil molek macam aku ni. Biarpun Irdan tu lagi tinggi dari aku. Heh

"Dhia, dah siap ke?" Soal Qasha sewaktu melangkah masuk ke dalam bilik.

"Sikit lagi. Yang bahagian atas tu. Aku tak sampailah.." aduku. Sengaja buat memek muka sedih. Qasha mencebik lalu mengambil tempat di sisiku.

"Eh, siapa cucu baru Tokma kau tu? Aku nampak dia main dengan kucing kat luar tadi" tanya Qasha.

aku mengangkat bahu. "Aku tak kenal sangat dia tu"

Haha, tak kenal sangat? Haa tipulah lagi Dhia. Biarpun sebenarnya kau dah kenal dia melalui insiden kecil. Siap menangis peluk dia bagai. Agaknya kalau sepupu aku yang lain tahu, mahu diorang bantai gelak 7 tahun.

"Seriuslah. Takkan tak kenal sangat? I mean, bagi aku tahulah apa nama dia, kerja apa, umur berapa, dari mana Tokma kenal dia"

Aku menjeling Qasha. "Amboi, detail nampak. Hoi ingat sikit, kau dah nak kahwin lusa"

Pantas, dahiku ditunjal.

"Jangan merepeklah setan. Aku tanya je. Mana tahu boleh kenenkan dengan kau. Kan?"

Kini, dahinya pula aku tunjal.

"Jangan buat bodoh ya setan. Kau lupa ke aku pun dah ada Hazim. Setakat mamat beku macam dia tu takdelah aku nak berkenan"

"Mamat beku? Amboi, dah ada panggilan nampak. Ada benda yang aku tak tahu ke ni.." Qasha mengecilkan bebola mata.

Alamak, dah tersasullah pulak!

"Eh engkau, takdelah! Aku panggil dia beku sebab muka dia tu beku. Jarang sangat senyum. Tu je"

Qasha mencebik.

"Cepatlah, apa nama dia?"

"Ish! Farhan."

"Umur?"

"2--er" okey, perlu ke aku bagitau yang umur Farhan 26? Tapi dia dah marah aku. Kata apa yang aku baca, perlu dirahsiakan. Err..termasuk umur dia ke?

"20 lebih kot. Entahlah aku tak tahu"

"Kerja?"

"Er..entah. aku tak rapat sangatlah dengan dia. Eish! Kau ni, pergilah tanya dia sendiri. Tanya aku buat apa"

Aku sudah mula berdiri, takut jika lebih lama, Qasha akan lebih mengorek rahsia dan mungkin aku akan terlepas cakap.

"Kau nak ke mana pulak?"

"Nak panggil Irdan, suruh dia buat yang bahagian atas tu" aku mula menapak ke arah cermin.

Aku membetulkan sedikit tudung bawal merah jambu dikepala.

Seketika, dari pantulan cermin itu, aku nampak Qasha menekup mulut, lalu berlari masuk ke dalam bilik air.

"Uwelk!"

Oh, dia muntah ke ?!

Aku apa lagi, terus meluru ke arahnya. Bahagian belakang Qasha aku tepuk.

"Kau okey ke ni, Sha? Meh aku bawa kau pergi kliniklah" aku mencuba nasib. Mana tahu aku boleh cungkil yang dia ni betul betul berisi, kan?

Qasha pantas menggeleng, sebelum memuntahkan lagi isi perutnya.

"Apa pula taknak, kau kerap sangat tau muntah ni. Bahaya"

"Aku..aku okey.."

Aku memalingkan wajah ke arah lain, loya pula bila tengok orang muntah ni.

Elok saja aku palingkan wajah, mataku jatuh pada sebuah tong sampah kecil di sudut bilik mandi itu.

Mataku sedikit membulat. Pregnancy Test ! Perlahan, aku mengira kesemuanya.

1..2..3

Wah ada 4 !

Aku tak dapat tengok jawapan test tu, jauh sangat.

Aku dapat rasakan yang loya Qasha mula berkurangan apabila dia sudah menutup pili air.

"Erm, kau okey ke ni?" Soalku waswas apabila melihat Qasha yang memejam mata sambil memegang sisi kepala.

"Ok--okey kot. Aku nak tidur kejap. Pening sangat ni"

"Okey aku papah kau"

Dengan perlahan dan berhati hati, tubuh Qasha aku bawa ke katil lalu dibaringkan.

Setelah pasti Qasha melelapkan mata, aku pantas masuk ke dalam bilik mandi semula.

Ya. Pregnancy Test.

Jelas yang Naura tak menipu pagi tadi.

Aku melihat, ada 2 garisan, bermakna ujian itu positif. Ya! Qasha mengandung!

Aku tak berani nak sentuh benda tu, jadi aku tengok dari satu jarak saja.

Aku mengeluh. Biar betul Qasha mengandung, tapi kalau bukan Qasha, siapa lagi? Dia sorang saja yang tidur di bilik ni.

Habistu, kalau dia memang pregnant, anak siapa? Bila? Dan soalan paling penting..kenapa?

Aku menggelengkan kepala perlahan. Nak aje aku terjah Si Qasha tu, tapi alahai, sabar ajelah!

Aku mula menapak keluar, kelihatan Qasha masih lena. Aku pun mengambil keputusan untuk keluar dan mencari Naura.

***

Naura aku lihat sedang menyuap kuih seri muka ke dalam mulutnya.

Amboi dia ni, betullah. Dia membela. Makan aje!

Aku memandang dapur itu, syukurlah. Kosong. Mungkin semua orang balik untuk solat Asar agaknya.

"Dhia! Nak makan tak?"

Aku melabuhkan punggung disebelahnya.

"Kau makanlah. Biar gemuk"

"Heh, body aku tak naik okey kalau makan banyak pun"

Ceh. Geli mak.

"Kau nak tahu tak aku jumpa pregnancy test dalam bilik mandi dia tadi, empat wey empat! Semua positif!" Kataku sedikit berbisik.

Akibat terkejut, kuih seri muka yang dikunyahnya sedikit tersembur.

Wah! Sudahlah terkena bibir aku, kotor siak!

Aku mengelap bibirku kasar. "Kotor setan!" Marahku. Naura hanya tersengih.

"Dia macam mana? Dia buat apa kat atas tu?"

"Tadi dia muntah. Dia tengah tidur tu. Aku rasa, betullah. Dia mengandung"

Naura diam sebentar. "Habistu, yang dia nak kahwin lusa, apa cerita?"

"Entahlah weh. Mungkin orang lain tak tahu, atau, Mak Riah mungkin tahu. Yelah, kau tak rasa pelik ke tiba tiba je dia nak kahwin?" Soalku. Kadangkala, kuih di hadapanku itu aku suapkan ke dalam mulut.

"Teori pertama aku, dia dengan hubby dia tu kena tangkap basah, lepastu hanya family dia je yang tahu. Taknak tanggung malu, diorang kononnya dah ada pilihan dan Qasha berkahwin like nothing happen"

"Tapi..tak mungkinlah Qasha buat perkara macam tu. Aku kenal dia dah lama weh"

Naura mengeluh. "Entahlah Dhia. Tu teori pertama aku je. Yang kedua..."

Naura diam sebentar apabila sepupu lelaki aku melintas di ruang dapur itu.

"Weh..siapa dia tu?" Soal Naura.
Aku mencebik.

"Haa nak datang dah dia punya miang. Tu Arief, sepupu"

"Umur berapa?"

"27 rasanya, entah. Dahlah, apa teori kedua kau?"

Naura mencebik. "Tanya sikit pun tak boleh. Tapi takpe, dalam hati aku ada abang Farhan je" wajah Naura sudah bertukar gatal.

Euw, abang? Abang taik ayam dia la.

"Geli la bodoh. Cepatlah!" Desakku.

Naura mendengus. "Ish! Yelah. Teori kedua aku, Qasha bawak balik pilihan dia cepat cepat, dan nak kahwin cepat cepat sebab nak sembunyikan kandungan dia."

Aku diam lagi. Entahlah. Aku sukar nak percaya. Sebab aku kenal Qasha tu jenis macam mana.

"Aku bagi teori je. Perkara sebenar aku tak tahulah pula. Mungkin kau boleh korek dari Tokma?"

Aku berkalih merenung Naura sebentar. Hmm..Tokma?

Berjaya juga mungkin. Sebab Tokma tu spesies radio bergerak macam Naura ni haa..mesti semua perkara dia tahu.

Dan apabila sekali lagi Arief melintas di dapur itu, mata Naura tidak berkelip.

Aku menjeling. Gatal betul! Macam manalah aku boleh berkawan dengan minah ni?

Aku menggelengkan kepala.

"Dhia..tadi aku nampak Farhan main dengan kucing. Comel gila weh, nampak inoncent je muka dia masa tu"

Pula dah. Tadi mata tak lepas kat Arief.

"Gatallah kau ni. Biasa je aku tengok dia" aku buat tak tahu.

Naura mencebik lagi. "Ikut suka kaulah. Cuma kau kena tau tolong aku menangi hati Farhan tu, aku rasa aku memang betul betul suka dia."

Aku memandang Naura tidak percaya. "Kau biar betul, Ra?"

"Betullah. So, selama ni kalau aku ada kenenkan kau dua orang, abaikan jelah ya? Bagi aku chance. Hehe" naura mengerdipkan matanya berulang kali.

Berbulu makk.

"Gedik ah kau. Dah, aku nak cari Irdan"

Aku mula berdiri, lalu melangkah keluar dari rumah.

***

( UNEDITED VERSION )

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro