Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku menggantungkan baju kurung berwarna hitam yang sudah diseterika itu di almari. Senang, esok bila nak ke majlis, tak payah dah bersusah payah gosok.

Aku mengeluh sebentar. Kes Qasha pregnant pun, masih tak jelas sangat. Semalam bila tanya Tokma, aku dapat apa? Haa...

"Apa pula tanya macam tu! Dah jodoh diorang Irdi, kita tak bolehlah nak pertikai. Jangan sebab kau tak diberitahu pasal diorang dah nak kahwin ni, kau cari macam macam salah untuk buat Si Qasha tu nampak salah. Tahulah kau ngan dia tu sepupu rapat, tapi tak bermakna kita kena kongsi semua benda. Irdi..kita ni ..bla bla bla bla"

Fuh, bukan main lagi aku kena 'basuh' semalam. Akhirnya, aku hanya diam saja. Tak tahu nak jawab apa.

Aku membetulkan sedikit sky blue shawl di kepala, sebelum mula melangkah ke ruang tamu.

Setelah memastikan tingkap berkunci dan suis semua tidak terpasang, aku terus keluar dari rumah.

Tokma dan Irdan dah pun pergi rumah Mak Riah dengan Farhan naik skyline dia tu.

kadang kadang, bodoh juga aku, kan? Macam manalah aku boleh tak perasan, yang skyline Farhan ada kat depan rumah Tokma masa aku balik sini dulu?

Haih...

Aku menghidupkan enjin. Sementara menunggu enjin Myvi-ku panas, aku membelek handphone.

Peliknya. Hazim tak call aku dari semalam, dia sibuk sangat ke?

Malas nak berlama, aku memutuskan untuk menelefonnya.

Syukurlah, dia jawab.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, Dhia.."

"How are you, Haz?"

"I'm fine. You?"

"Alhamdulillah, i'm okey. Awak, awak dah jarang tau call saya. Kenapa? Busy?"

"Ermm..haah. sibuk sangat lately ni, Dhia. Er..Dhia.."

"Ya? Kenapa?"

"Kalau...kita putus, awak setuju tak?"

***

Aku duduk bersila di ruang tamu rumah Mak Riah bersama sepupu sepapa yang lain. Dah lama tak berkumpul macam ni.

"Weh, esok, korang semua nak pakai baju warna apa?" Soal salah seorang sepupuku, Farrah.

"Aku hijau" jawab Nadia pantas.

"Apa kau ni, ikut aku!" Marah Firzan.

"Apa pula! Mana ada aku ikut kau" pintas Nadia geram.

"Eleh, kata jelah kau nak sedondon dengan aku kan" Firzan mencebik.

"Kau ni!" Tangan Nadia dah mula 'hinggap' berkali kali di belakang Firzan.

"Woi sakitlah!"

Aku menggeleng. Semua dah tua bangka, tapi perangai tu...

"Qasha mana, Dhia?" Soal Arief. Aku alihkan mata ke arahnya.

"Dia tidur. Katanya pening" jawabku. Arief mengangguk.

"Korang tak rasa, yang dia tu..mengandung ke?" Arief menyambung lagi.

Okey bagus. Nampaknya ni mungkin jadi permulaan untuk aku tahu serba sedikit.

"Entahlah weh. Haa Dhia, kau kan rapat gila dengan dia. Dia tak cerita apa apa?"

Erk..

Kini, semua pandangan di ruang tamu itu fokus ke arahku. Aku menelan air liur. Sumpah, aku tak tahu nak jawab apa.

"Dia memanglah mengandung. Tak tahu lagi ke korang?" Tiba tiba, Fatin datang menatang dulang yang berisi minuman sejuk, lalu diletakkan di tengah tengah ruang tamu itu.

"Ya? Alhamdulillah" serentak, mereka bersuara.

Pelik gila. Asal nak bersyukur pula? Dia mengandung anak luar nikah, kan?

"Er..guys, aku tak faham lagi ni. Someone explain, please..."

"Laa takkan kau tak tahu lagi? Kau paling rapat dengan dia kot?" Firzan mengerutkan dahi.

"Haah. Serius ke kau ni?" Farrah pula menyoal. Aku hanya mengangguk sambil menayang muka blur.

"Agaknya sebab kau, sibuk kerja dan jarang balik kot. Sebab tu kau tak tahu, korang tak ingat ke masa majlis nikah, dia mana hadir"

Pernyataan Nadia itu sedikit menjentik hati.

"Tapi..peliklah jugak kenapa Qasha tak inform kau. Ah! Ni dengar aku nak cerita.." Fatin mula duduk bersimpuh di hadapanku.

"Mesti kau tak tahu lagi, kan? Siapa laki dia. Okey, suami dia tu nama Hazim..dia kerja dekat syarikat mana tah. Aku lupa"

Ap--apa?? Hazim? Hazim mana? Takkanlah Hazim aku kot?
Ah! Teringat pula waktu tadi, dia tiba tiba minta putus.

"Sebenarnya, Qasha dan Hazim dah nikah lama dah. Dua bulan lepas, tapi kecil kecil aje. Katanya nak simpan duit untuk bersanding ni la haa. Besar besaran lagi."

Sekali lagi, jantungku direntap kasar.
Ya Allah, tolonglah..jangan kata Hazim yang dimaksudkan ialah Ikmal Hazim Bin Ikmal Amir.

"Aku dengar, diorang bercinta dalam, tiga bulan rasanya. Lepastu barulah nikah. Kira lima bulan lepaslah diorang dah bersama. Ni nak percepatkan persandingan, sebab Qasha dah start mengandung. Taknak pula kan pakai baju pengantin perut besar"

Dah lima bulan?? Dan aku langsung tak tahu apa apa?!

"Er..Fatin. apa nama suami dia?" Soalku, cuba berlagak biasa.

"Tak silap aku, Ikmal Hazim rasanya. Dia dengan family dia dah sewa chalet dekat tepi pantai tu, maklumlah kan, esok dah nak bersanding. Haish Dhia, takkanlah kau tak tahu langsung ni? pelik"

Aku menahan amarah. Lantas, aku berdiri, lalu menapak keluar dari rumah. Aku menyarungkan selipar lalu berlari menuju ke arah pokok mempelam. Jauh dari orang lain.

Aku cepat mendail kembali nombor Hazim. Waktu dia minta putus tiba tiba, aku hanya memutuskan begitu saja talian. Terkejut sangat waktu tu.

"Er Dhia? Awak okey ke? Kalau awak taknak putus--"

"We need to talk, Ikmal Hazim Ikmal Amir"

***

Aku merenung Hazim di hadapanku dengan pandangan tajam. Waktu itu, aku dan dia berada di tepi pantai.

Yes, guys, aku buat a little suprise untuk dia. Agaknya dia terkejut kot nampak muka aku depan pintu chalet yang dia sewa. Mujurlah masa tu dia sorang je ada, kalau dengan keluarga dia, mahu dengan keluarga dia sekali aku ter'suprise'.

"Tell me, Hazim. What the hell that you and Qasha did behind me?"

Aku cuba menahan frekuensi suara dari meninggi. Aku betul betul dah mendidih ni.

Hazim seperti teragak agak ingin menjawab.

"Erm..apa..er..apa aw-awak cakap ni..Dhia?"

"Apa saya cakap? Awak tanya saya, apa saya cakap? I talk about you and your rude attitude, Hazim!"

"We're in relationship almost 7 years, Hazim. 7 YEARS ! And now, you're know my cousin, Qasha and couple with her for 3 months, and get married 2 months! What the hell is this, Hazim?!"

Hazim sudah menunduk. Ha tahu pun nak rasa bersalah!

Allahu, macam manalah selama ni aku boleh percaya dengan dia separuh mati?

Maknanya, setiap kali aku ajak dia jumpa, dan dia tolak, bukannya dia kena kerja atau lawat tapak projek atau meeting. Rupanya dia tengah prepare untuk majlis kahwin dia dengan Qasha! How rude!

"Where is your mouth, Hazim? I need your answer now. Why you do this to me? Huh? Am I too bad for you? Am I too control your life? NO! Hazim, NO! Saya percayakan awak separuh hati, awak tahu tak Hazim? Awak bagi alasan setiap kali saya ajak awak keluar, saya tak pernah merungut. Saya fikir positif, saya terima alasan awak. Tapi awak? Wah boleh pula nikah dengan sepupu rapat saya sendiri. How rude, Hazim. You're too much!"

Aku mula menolak tubuhnya ke belakang dengan kasar.

"Jawab soalan saya, Hazim. Kenapa?!"

Hazim menelan air liur.

"Saya minta maaf, Dhia. Saya..erm.."

"Saya apa? Ha? Berubah hati? Awak dah berubah hati dan awak langsung tak bagitau saya?! Kalau awak dah ada pilihan baru, at least, let me know about this, and we can just break our relationship! No need to hide from me! You hurt me too much, Hazim!"

Air mata aku dah mula bertakung. Sungguh. Hati aku memang sangat sakit sekarang ni.

"Both of you dah nikah, dah dua bulan pun. Dan sekarang Qasha dah bunting, esok dah nak sanding dan saya baru tahu semua ni?! Huh! Agaknya kalau sepupu saya tak cerita, saya mungkin pengsan masa nampak awak naik pelamin dengan dia esok. Bodohnya. Bodoh saya percaya kan awak."

Aku mengambil nafas seketika.

"Think positive, doesn't mean that you're get positive things."

Aku ketawa. Ya. Ketawakan diri sendiri. Air mata yang dah mengalir di pipi, aku seka.

"You broke my heart, Hazim. Awak curang dengan sepupu saya sendiri. Sepupu paling rapat pula tu! Patutlah dia tak bagitau saya tentang perkahwinan dia. Rupanya ada batu yang menghalang dia untuk bagitau, iaitu awak!"

"Oh! Dua dua pun sama bodoh sebenarnya, awak, sanggup curang dengan kekasih awak sendiri, dan Qasha, sanggup tikam belakang sepupu sendiri. Bagus. Tapi tulah, saya lagi bodoh, tak nampak semua benda ni."

"Thanks for everything, Hazim. Thanks for giving me a lot of sweet memories, a lot of sweet presents, a lot of sweet words, and thank you for make my heart in peaces. Semoga awak dengan Qasha, bahagia atas penderitaan orang lain."

Setelah itu, aku terus melangkah pergi.

Air mata pula tak henti mengalir. Entahlah. Aku rasa semua ni berlaku serta merta. Baru saja aku dengar penyataan yang mereka dah nikah, dan sekarang? Hubungan dia dan aku terputus.

Kini, barulah segala alasan Hazim bermain di fikiran. Barulah memori ketika dia tersalah hantar mesej, berlari lari di ruangan otak.

Confirm ke ni warna sky blue?

Ya. Dia nak hantar kepada Qasha agaknya. Tapi salah send.. Oh, macam mana aku tahu? Dah lupa ya warna baju pengantin Qasha, biru cerah? Biru cerah kan sky blue?

Oh bodohnya! Macam mana aku boleh tak perasan semua ni? Qasha pula, asyik pucat je kalau aku sentuh pasal topik perkahwinan.

Hazim? Asyik sibuk. Oh! Agaknya, masa Naura jumpa Hazim dengan seseorang di restauran, mungkin dia jumpa Qasha?

Tapi aku hanya anggap dia tu klien Hazim!

Ah! Kau bodoh, Dhia! Bukan ke Naura dah kata, muka perempuan tu familiar?

Aku teragak agak, untuk pulang ke KL harini juga. Tapi memikirkan Tokma, aku batalkan saja niatku.

Aku menoleh sedikit ke belakang, aku lihat Hazim sudah tiada disitu.

Huh! Nampak sangat dia memang berubah hati kepada Qasha.

Oh setan tu seko lagi, amboi, dalam diam dia merembat aku punya pakwe ya? Selama 7 tahun aku kongsi suka duka pasal Hazim dengan dia, boleh pula buat kepala.

Sabar, Dhia. Jangan buat terburu buru. Do something that can make her 'crack' and be a clown in a town.

***

Siapa team HazimxQasha kat sini?
Nak diorang bahagia ke derita? 😂

( UNEDITED VERSION )

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro