🍁 - [36]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aressa ketawa terbahak-bahak, airmata yang mengalir dihujung mata dikesat dengan hujung jarinya melihat wajah menyampah Carl Que Alexander.

Lelaki itu betul-betul menjatuhkan maruahnya sendiri yang egonya mengalahkan gunung Everest itu semata-mata untuk memujuk Nur Husna.

"Stop it you little bitch!"

Carl Que Alexander merenung Aressa dengan pandangan maut, geram dengan Aressa yang tak henti-henti mentertawakannya sedari tadi.

Mata dihalakan pada 'barang' ditangannya itu dengan wajah jijik.

"Relaxs, babe. Just give it to her. It's not a big thing once you lower your ego for your wife." kata Aressa dengan sisa ketawanya.

Kepala yang tak gatal digarunya sambil merenung 'barang' tersebut ditangannya. Dia tak pernah tahu cara nak pujuk perempuan dan ini kali pertama dia mencuba.

"Are you sure, bitch? With this disgusting thing? I can't believe myself." jelas menyampah nada suaranya.

"Oh God! Vaffanculo! Just do it Xander!" (Go fuck yourself)

Aressa menolak kasar bahu Carl Que Alexander ke arah bilik dimana Nur Husna berada lalu dia memerhati lelaki itu seketika sebelum berlalu pergi.

Tak mahu menganggu sesi Carl Que Alexander memujuk Nur Husna.

Carl Que Alexander meraup wajahnya kasar, tangan diangkat lalu mengetuk perlahan pintu bilik dengan wajah tak berperasaannya walhal dalam hati dia menyumpah dirinya sendiri.

Sesaat, pintu bilik terbuka dari dalam dan muncul wajah isterinya yang jelas dingin dan tak mahu bersua-muka dengannya. Air liur ditelan kasar.

"Aku... Erm, kau tak tidur lagi?" terus terkeluar ayat yang tak ada kena-mengena dengan yang difikirkannya sebentar tadi.

Terasa mahu saja dia menembak dirinya sendiri saat ini sebaik tersasul mengutarakan ayat yang sepatutnya dia ungkapkan adalah; meminta maaf kepada Nur Husna.

Aressa is right, I should go fuck myself after this!

"Belum. Abang kenapa tiba-tiba je tanya Husna macam tu?" soal Nur Husna hairan dengan terkebil-kebil memandang wajah berpeluh suaminya.

Carl Que Alexander menunduk seketika sambil menggenggam erat 'barang' yang digenggamnya dibelakang badannya. Lantas dia mendongak merenung wajah isterinya.

"Aku tak tahu, tapi aku harap kau suka."

Serentak itu, patung beruang kecil bewarna putih yang disembunyikan pada belakang badannya perlahan dikeluarkan lalu dihulurkan pada Nur Husna. Mahu saja dia menyembunyikan wajahnya sekarang ini.

"Untuk Husna? Tapi, sebab - "

"Aku mintak maaf sakitkan hati kau sebelum ni, maafkan aku." bersungguh dia bersuara dengan perasaan gementar.

Nur Husna teragak-agak mengambil patung beruang kecil yang diberikan suaminya, diperhati patung tersebut untuk seketika. Comel!

Carl Que Alexander menghela nafas lega saat melihat wajah isterinya yang seakan suka dengan pemberiannya itu. Mujurlah.

"Terima kasih. Ttapi Husna tetap tak nak diganggu buat masa sekarang." ujar Nur Husna perlahan dan tegas.

Carl Que Alexander mengetap giginya kuat, isterinya masih lagi tak mahu berbaik dengannya.

Dia mengangguk sekali sebelum melangkah pergi dengan hati yang hampa.

Failed!

Nur Husna menutup pintu bilik rapat setelah Carl Que Alexander berlalu pergi tanpa sebarang kata, dia tersengih memikirkan kesungguhan suaminya memujuknya.

Patung beruang itu diciumnya bertalu-talu lalu dipeluk erat dan badan dibaringkan ke atas katil dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya.

Sudah lama dia maafkan suaminya, sengaja mahu melihat sejauh mana usaha suaminya itu.

Carl Que Alexander meramas rambutnya kasar dengan wajah yang benar-benar tertekan tika ini.

Aressa pula sudah terduduk di atas lantai yang berlapik dengan permaidani itu mentertawakan Carl Que Alexander.

"I- think you.. Hahaha.. S-should kill yourself right now. Haha!"

Tajam matanya merenung Aressa yang menekan-nekan perutnya sambil ketawa terbahak-bahak.

Pisau yang disisip ditepi pinggangnya dikeluarkan lalu dilontar ke arah tepi bahu Aressa dan lurus terpacak di dinding.

"Fuck you!"

Dia melangkah pergi daripada ruang tamu dengan hati yang menggelegak. Sudah lah isterinya masih lagi merajuk, Aressa pula tak habis-habis mentertawakannya.

Tak guna!

Aressa yang tadinya terduduk kini berguling-guling di atas permaidani itu, bergema suaranya yang tak berhenti ketawa disegenap ruang tamu.

*

*

*

Carl Que Alexander duduk bersandar di kerusi sambil merenung skrin komputer yang memaparkan segala gerak-geri isterinya di dalam bilik.

Setiap bilik, ruang tamu dan tempat-tempat yang tertentu dipasang CCTV.

Seminggu kebelakangan ini dia hanya mampu melihat isterinya melalui komputer itu, ingin berdepan isterinya selalu mengelak. Dia buntu.

Sebelah tangan pula menekapkan telefon ditelinganya manakala sebelah tangan lagi mengetuk perlahan meja kayu itu dengan jari telunjuknya.

Panggilan daripada seseorang didengar dengan penuh perhatian.

"No. Aku nak dua hari je."

Carl Que Alexander mengeluh panjang, kepala didongak ke atas dengan mata terpejam rapat.

Seketika, perbualannya tamat lalu telefon bimbitnya dicampak perlahan ke atas meja.

Lama dia berkeadaan begitu sebelum teringat akan langkah seterusnya untuk memujuk Nur Husna.

Terpaksa dia menebalkan mukanya bertanya kepada Aressa cara untuk menambat hati isterinya kembali.

Mata kembali dihalakan pada komputer, susuk tubuh kecil isterinya yang sedang berjalan keluar daripada bilik diperhati. Sungguh dia hairan dengan Nur Husna masih belum mahu berbaik dengannya.

Sebaik isterinya keluar daripada bilik, dia turut bangun dari duduknya lalu melangkah keluar.

Sempat diambil 'hadiah' yang dari awal lagi disediakannya. Nafas dihembus perlahan.

Kaki diatur menuju ke arah bilik isterinya setelah memastikan Nur Husna tak perasan akan dirinya.

Pintu bilik isterinya dibuka perlahan lalu dia berjalan menghampiri katil.

Tiga kuntum bunga ros putih yang digubah dengan cantik dan diselit bersama dengan sekeping kad disetiap kuntuman ros putih tersebut diletakkan di tengah-tengah katil.

Tangan digenggam erat, berharap rajuk isterinya terpadam secepat yang mungkin.

Ros putih itu ditatap; yang melambangkan tentang kesucian dan tulus ikhlas itu.

Dia rindu ingin menatap wajah polos isterinya bila bangun dari tidurnya. Senyuman Nur Husna bila dia menyakat isterinya.

Wajah merah padam Nur Husna yang malu itu. Wajah berkerut geram dan marah itu. Suara halus itu.

Dia rindu semuanya tentang Nur Husna.

Untuk kesekian kalinya, dia mengeluh perlahan. Sukarnya untuk memujuk seorang perempuan itu, hairan juga dia bila diberi sesuatu perempuan itu akan tersenyum suka tapi masih lagi ada sisa marahnya.

Sampai bila harus begitu?

Dia berpaling lalu berjalan menuju ke arah pintu bilik lalu keluar, pintu ditutup rapat dan dia terdiam seketika saat dia berpaling, Nur Husna sedang memandangnya.

"Abang buat apa? Kenapa jalan senyap-senyap macam tu?" soal Nur Husna pelik.

Carl Que Alexander berdehem sedikit, wajah pelik Nur Husna dipandang sepintas lalu sebelum melarikan anak matanya ke arah lain. Entah kenapa tiba-tiba saja dia merasa kekok berhadapan dengan isterinya.

"Er... Tak, aku saja je lalu dekat sini. Nak ambil barang tadi." belakang tengkuk yang tak gatal digaru. Kekok!

Nur Husna mengangguk perlahan, hampir saja dia menendang suaminya tadi. Mati-mati dia fikirkan itu perompak. Dia kemudian memulas tombol pintu lalu dibuka.

"Abang nak ambil apa? Masuk lah.."

Pantas dia menoleh ke arah Nur Husna sambil memikirkan ayat yang sesuai untuk dikatakan pada isterinya. Terkelip-kelip matanya merenung wajah isterinya itu.

"Eh! Tak ambil barang pun.. Ah! Maksud aku, biar je lah. Lain kali lah aku ambil." gelabah dia menjawab. Tak dipedulikan ayatnya yang berterabur itu.

Makin hairan Nur Husna dengan sikap suaminya yang tiba-tiba saja menggelabah itu. Dia menatap wajah Carl Que Alexander lama.

Terasa bersalah pula mengabaikan suaminya sejak beberapa hari ini.

"Oh.. Tak apa lah kalau macam tu." senyuman kecil diberikan pada suaminya.

Nur Husna masuk ke dalam bilik, belum sempat dia ingin bersuara susuk tubuh suaminya telah berlalu pergi dengan kepala yang menunduk ke bawah. Bibir dketap lembut.

*

*

*

Nur Husna melangkah ke arah katil sambil menggumam perlahan tentang sikap suaminya sebentar tadi. Tuala dicapai berura-ura ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Matanya tertancap ke arah katil, kaki diatur perlahan dan punggung dilabuhkan dibirai katil.

Bunga ros putih yang terletak elok itu dipandang dengan penuh minat. Lalu bunga ros putih tersebut diambil.

"Hmm.." haruman bunga ros itu dihidu dengan mata yang terpejam rapat. Wangi.

Ralit Nur Husna mencium haruman bunga ros putih tersebut sebelum dia melihat kad kecil yang terselit disetiap bunga ros putih itu. Sekeping kad diambil lalu dibuka perlahan.

'I'

Berkerut kening Nur Husna membaca tulisan tersebut yang tak lengkap sepenuhnya. Kad yang kedua pula diambil lalu dibuka dengan perasaan ingin tahu.

'MISS'

Perlahan bibir Nur Husna mengukir senyuman.

Kad yang kedua itu digenggam erat lalu cepat-cepat kad yang ketiga; kad terakhir diambil dengan wajah teruja dan dibuka.

'MY GIRL'

Wajah ditekup dengan kedua belah tapak tangannya sambil tersenyum lebar, dapat dirasakan pipinya sudah memerah. Terharu dan dalam masa yang sama malu.

"Husna pun rindu abang." gumamnya perlahan.

Lantas bunga ros putih dan kad tersebut dibawa ke bibir dan ditekapkan pada dadanya.

"Yes!" ujar Carl Que Alexander sedikit teruja. Wajah diraup kasar.

Carl Que Alexander yang berada di bilik memerhati setiap tingkah laku isterinya di dalam komputer tersebut.

Melihat Nur Husna yang tersenyum itu cukup membuatnya lega, sekurangnya isterinya suka dengan pemberiannya.

Nur Husna meletakkan bunga dan kad yang berada ditangannya ke atas meja sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

Carl Que Alexander bangun dari duduknya sambil membetulkan pakaiannya lalu nombor seseorang didail, telefon ditekapkan pada telinga sambil melangkah kaki keluar daripada bilik tersebut.

Sedang dia berbual dengan pemanggil disebelah talian, dalam masa yang sama Nur Husna menuruni anak tangga perlahan-lahan. Tak berkalih anak matanya merenung tubuh kecil itu.

"Okay."

Panggilan dimatikan. Dia menarik nafas dalam sebelum melangkah pergi sebelum isterinya perasan akan dirinya. Laju kakinya menuju ke arah pintu utama.

"Abang!" tegur Nur Husna sedikit kuat.

Kakinya berhenti melangkah. Tanpa berpaling ke arah Nur Husna, dia hanya diam tanpa kata sambil menunggu apa yang ingin dikatakan Nur Husna.

Sepi.

Seminit berlalu, dia menoleh ke arah isterinya. Dilihat Nur Husna hanya menunduk memandang lantai dengan bermain jari-jemarinya.

Jelas riak wajah gusar Nur Husna dimatanya.

Nur Husna mendongak perlahan memandang suaminya yang kelihatan tenang dan riak wajah seperti biasa, kosong dan tak berperasaan. Bibir dikemam rapat.

"Husna... Husna nak cakap."

Carl Que Alexander mengangkat sebelah keningnya pada Nur Husna.

Isterinya itu setapak demi setapak menghampirinya sambil menunduk dengan kedua belah tangan yang mencengkam hujung bajunya.

Hanya berjarak sedikit jauh, dia mendongak memandang wajah suaminya yang kelihatan serius itu.

Walaupun sebelum ini dia merajuk tapi terselit juga perasaan takut dengan Carl Que Alexander.

"Husna nak cakap.. Terima kasih." tuturnya lembut.

Carl Que Alexander tersenyum sinis, diperhati wajah membahang malu Nur Husna. Lega hatinya melihat isterinya sudah mahu berbicara dengannya.

Carl Que Alexander mengangguk sekali dan berpaling untuk meneruskan langkahnya tapi kakinya terhenti saat tangannya disentuh oleh tangan halus isterinya.

Nur Husna menarik perlahan lengan suaminya lalu dia bergerak berhadapan dengan Carl Que Alexander.

Air liur ditelan kasar sambil menatap anak mata suaminya yang setajam pisau itu.

"Husna pun rindukan abang."

Terkelu lidah Carl Que Alexander sesaat sebaik saja mendengar ucapan rindu dari bibir halus isterinya. Dan paling memeranjatkannya bila -

CUP!

"Husna dah tak merajuk lagi dengan abang."

Serentak itu, Nur Husna berlari anak meninggalkan Carl Que Alexander yang tak berkelip matanya dengan tindakan berani Nur Husna.

Pipi kanan yang dicium isterinya disentuh, terasa tak percaya pun ada.

"What the hell is going on?"

[#]DONE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro