🍁 - [37]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cafe yang agak sunyi itu bising dengan suara empat orang lelaki itu yang sedang rancak berbual.

Masing-masing tak menghiraukan keadaan sekeliling memandangkan sesekali bertemu dan berkumpul.

Carl Ayden dan Zull hanya mendengar perbualan Fazz dan Carl Amsyar yang sesekali tergelak antara mereka.

Lelaki berdua itu memang tak sama dengan Carl Ayden dan Zull yang serius dan dingin sepanjang masa.

"Carl, kau ingat tak masa dia kena marah dengan mama dia pasal boxer tu? Halamak! Haha!"

Carl Amsyar mengangguk sambil ketawa kuat, merah padam wajahnya yang putih melepak itu mengingati Carl Ayden yang dimarahi Puan Sri Aisyah kerana boxer sendat yang dipakainya.

"Aku tak kisah lah yang tu, tapi ayat mama aku memang sakit perut kau tahu. Haha!"

Carl Ayden memandang tajam wajah Carl Amsyar dan Fazz yang sedang mengutuknya tanpa rasa bersalah itu.

Seolah-olah dia tak wujud pula dibuatnya. Zull pula tersengih sinis.

Fazz tak menghiraukan pandangan tajam Carl Ayden begitu juga Carl Amsyar yang hanya menayangkan wajah selamba.

Fazz merapatkan kerusinya ke meja lalu wajahnya di dekatkan sedikit ke wajah Carl Amsyar.

"Mama kau cakap apa?" sengaja Fazz bertanya dengan sengihan nakal dibibir.

Carl Amsyar berpura-pura serius sebelum turut merapatkan kerusinya ke meja.

Manakala Carl Ayden mengetap rahangnya kuat melihat dua orang lelaki itu yang jelas-jelas sedang memerlinya.

"Mama aku cakap- " wajah bengis abangnya dipandang sekilas sebelum menoleh ke arah Fazz.

"UNDERWEAR!!" kata mereka berdua serentak.

Berdekah-dekah Carl Amsyar dan Fazz ketawa sambil menepuk meja berkali-kali.

Zull yang tadinya serius turut tergelak sama kecuali Carl Ayden yang merenung mereka bertiga dengan pandangan membunuh.

"Dah habis dah? Tangan aku dah lama tak tumbuk muka orang." kata Carl Ayden sinis.

Air disispnya perlahan dengan wajah tak berperasaannya. Menyampah pula dengan Carl Amsyar dan Fazz.

Meja yang diduduki mereka agak tersorok jadi tak mengganggu pelanggan yang lain.

"Tak lah, masalahnya kau tu show off sangat. Apa barang tunjuk aset depan mak ayah. Tak gentle brader."

"Mana nak gentle kalau asyik berkepit dengan bini dia 24 jam. Aku tengok Zara tu pun tak boleh nak sorang diri sekejap."

Carl Amsyar mengangguk setuju. Zull menggeleng kepala kecil. Carl Amsyar memang suka menyakat, dari dulu lagi. Wajah adiknya dipandang sekilas.

"Kau tu Fazz, budak bawah umur. Umur dah sour 30 pun tak ada yang sangkut lagi. Apa tahu pasal gentle ke tak. Heh!" sinis Carl Ayden berkata, terselit sindiran.

Tersedak Fazz dengan perlian Carl Ayden. Dadanya diurut perlahan sambil memandang wajah tak berperasaan Carl Ayden. Carl Amsyar pula sudah mengekek ketawa.

"Coi! Mulut kau.. Aku ni bukan apa, nak cari yang sedap mata memandang je. Baru rare kalau aku pergi office sebulan sekali, kan?"

Zull tergelak sinis. Badan disandarkan pada kerusi dengan tangan yang disilangkan di dada memerhati gelagat rakan-rakannya. Carl Ayden memeluk tubuh sambil tersenyum sinis.

"Kau kata apa? Rare? Heh! Tak sedap mata memandang tak ada hal bhai, yang penting kau 'power', semua sedap memandang." celah Zull yang berdiam diri sedari tadi.

Carl Amsyar dan Fazz menoleh ke arah Zull yang sedang merenungnya dengan pandangan kosong. Carl Ayden tergelak, cukup sinis dipendengaran Fazz.

"Kutuk boxer aku sangat! Aku peduli apa kalau tak gentle, tapi nak tahu 'barang' aku 'power 'ke tak, kau tengok bini aku pun dah tahu."

Terbatuk Carl Amsyar dengan pernyataan abangnya. Fazz tersengih-sengih manakala Zull meraup wajahnya sambil tergelak kecil. Carl Ayden memang tak makan saman bila berbicara.

"'Power'? Kau tengok lah nanti. Masa tu korang semua dah tak pandang aku sebelah mata."

Mereka bertiga tersenyum penuh makna sebaik mendengar kata-kata Fazz. Sengaja mahu mencabar Fazz.

*

*

*

Aressa memadamkan bara api rokok lalu dicampak ke atas jalan tar itu. Dia saja mengambil angin malam disekitar taman permainan itu.

Mahu memberi masa untuk Carl Que Alexander dan Nur Husna bermesra.

Dia melabuhkan punggung dibangku kecil yang tersedia disitu. Kepala didongak ke atas merenung langit yang kelam dan gelap sambil memikirian perancangannya dengan Carl Que Alexander.

"When too love..."

Aressa menoleh ke kiri dan ke kanan sebaik mendengar suara seseorang tapi tiada sesiapa yang kelihatan.

Tapi dia yakin, suara yang berkata itu dikenalinya.

"Who the fuck are you?!" soalnya dengan suara dicelah gigi.

Tangan dikepal membentuk penumbuk. Anak matanya memerhati disekeliling taman permainan itu, berjaga-jaga dari diserang oleh individu tersebut.

"You will do everything.."

Serentak muncul kelibat seseorang yang tak dapat dilihat wajahnya kerana hoodie yang dipakai menutup wajahnya. Aressa merenung tajam, cuba mengecam wajah tersebut.

"But, what it's like if - "

Susuk tubuh tersebut membelakangi Aressa, hoodie yang menutup wajahnya ditarik ke atas sekaligus memperlihatkan wajahnya.

Anak mata bewarna biru tua itu gelap dengan pelbagai perasaan yang bercampur-baur.

Aressa diam tanpa bersuara, menunggu kata-kata susuk tubuh itu yang seterusnya. Berdebar-debar juga hatinya bila dia seakan mengenali susuk tubuh tersebut.

" - Something is ours being seized?"

Perlahan badan dipalingkan ke arah Aressa, berhadapan dengan gadis itu. Sebaik bertentang mata, dia tersenyum sinis melihat riak terkejut Aressa.

"Chris..." tutur Aressa sedikit berbisik memandang lelaki itu.

Lelaki yang dulunya menjadi kawan sepermainannya kini berubah.

Aressa hanya memerhati, lidahnya kelu untuk bersuara. Perasaan antara rindu, risau dan berhati-hati bercampur-baur.

"I know you remember me, Aressa." ujar lelaki tersebut berbisik halus.

Chris menapak perlahan mendekati Aressa, manakala Aressa pula mengundur ke belakang.

Gerak-geri Chris tak dapat dijangka memandangkan lelaki itu licik dan pantas.

Aressa menghembus nafas berat, dia berdiri tegak dan begitu juga dengan Chris yang berdiri tak jauh darinya.

Mata bertentang mata, aura ketegangan muncul antara mereka berdua.

"That's not her fault, you don't want to accept the truth!" kata Aressa tegas.

Chris tergelak. Sinis. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya dengan mata yang tak lepas merenung wajah tenang Aressa.

Serentak itu kaki diangkat tinggi dan dilayangkan pada Aressa, jelas gadis itu sudah bersedia dari awal. Aressa pantas mengelak.

Posisi badan ditegakkan untuk berlawan dengan Chris.

Penumbuk dihalakan pada wajah Chris tapi tak mengena. Malah, dia terdorong sedikit ke belakang saat perutnya ditumbuk oleh lelaki itu. Berkerut wajahnya.

Terus Aressa meluru ke arah Chris lalu kakinya menendang tepi kepala lelaki tersebut, sebaik Chris mengelak dan cuba menangkap kakinya dia melayangkan penumbuk pada bawah dagu lelaki itu.

"Oh honey." sinis Chris berkata sambil menyentuh rahangnya.

Pisau yang berada di belakang poket seluarnya diambil lalu diacukan pada Aressa.

Telan air liur gadis itu melihat Chris yang menggunakan pisau sedangkan dia dengan tangan kosong saja.

Chris menyeringai jahat lalu dia menghampiri Aressa. Aressa mengelak secepat mungkin apabila Chris mengacah pisau tersebut secara rawak.

Dan, perkara yang terkahir perlu dilakukan adalah lari daripada lelaki itu.

Tak semestinya dia takut, tapi Chris seorang yang tak mudah untuk dikalahkan malah lelaki itu pantas dan cekap. Dia pula masih belum mampu untuk mengalahkan Chris.

Aressa berundur lagi dan cuba untuk lari daripada lelaki itu, tapi malangnya Chris merentap kuat rambutnya dari arah belakang. Aressa menjerit sakit, seakan mahu tercabut kulit kepalanya.

Chris tersengih sinis. Rambut Aressa yang dicengkamnya dikuatkan lagi, jeritan gadis itu tak dihiraukan lalu wajahnya didekatkan pada telinga Aressa.

"You can't run away from me, bitch!" bisiknya perlahan sambil tergelak kecil.

Pisau ditangannya dipandang sepintas lalu sebelum dijilat hujung muncung pisau tersebut.

Aressa meronta untuk melepaskan diri. Ditendang dan ditumbuknya tetapi tak berjaya.

Tapi -

ZAP!

Serentak itu pisau ditangan ditikam pada perut Aressa dalam lalu ditarik keluar, kasar.

Chris mengucup tepi dahi gadis itu sebelum ditolak terbaring ke atas jalan tar tersebut. Mata Aressa terbuka luas, nafasnya sesak.

Aressa yang mengerang sakit dengan darah yang laju mengalir keluar dari perutnya dipandang sesaat sebelum dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu yang sudah nyawa-nyawa ikan.

*

*

*

Aressa menggagahkan tubuhnya untuk bangun, bersusah-payah dan sakit yang teramat dengan nafas tak sekata dia berjaya bangun berdiri.

Pandangan mata yang berbalam-balam tak dihiraukan.

Terbongkok-bongkok dia berjalan mencari bantuan, perut yang masih lagi mengeluarkan darah ditekan dengan tangan kirinya.

Haba badannya makin sejuk dirasakan. Udara seakan menyekat rongga pernafasannya.

"Cazzo!" (fuck) sumpahnya sedikit berbisik.

Dapat diagak, Chris sememangnya masih lagi tak berpuas hati dengan Carl Que Alexander.

Sedangkan tiada sesiapa yang patut disalahkan kerana punca Chris bermusuhan dengan Carl Que Alexander adalah dari lelaki bermata biru itu sendiri.

Aressa terhuyung-hayang berjalan menghampiri pinggir jalan raya, cuba mencari sesiapa untuk meminta pertolongan.

Seketika, silauan lampu kereta yang agak jauh di depan menggamit pandangannya.

Nafas yang mula sesak dan kencang cuba distabilkan, sebelah tangan dilambaikan ke arah kereta dengan sisa tenaga yang ada. Mulut dibuka perlahan.

"H-Help. P-please!"

Cahaya daripada lampu kereta itu semakin dekat, dalam hati dia mengeluh lega sebelum badannya rebah ke atas jalan raya.

Perkara yang terakhir dilihatnya kereta tersebut berhenti dihadapannya sebelum semuanya gelap.

Pemandu kereta yang berhenti mengejut itu melangkah keluar daripada kereta, tubuh Aressa yang kaku terbaring dihampiri dengan perasaan hairan.

Lelaki itu memerhati seketika sebelum matanya tertancap ke arah perut gadis itu yang berlumuran dengan darah. Segera dia berpatah balik ke arah keretanya.

Setelah bercakap dengan seseorang yang berada di tempat duduk belakang, dia dan seorang lagi lelaki menghampiri Aressa lalu tubuh gadis itu diangkat dan dimasukkan ke dalam perut kereta.

"Hospital! Cepat!"

Pemandu itu mengangguk sebelum memasukkan gear kereta lalu dipecut laju membelah jalan. Terkejut juga mereka melihat keadaan gadis itu.

*

*

*

Carl Que Alexander meraup wajahnya kasar sambil mengeluh halus. Sebentar tadi Aris memberitahunya bahawa Aressa berada di hospital.

Dia sendiri kusut memikirkan siapa yang cuba membunuh gadis itu.

Jaket kulitnya disarungkan pada badan lalu kunci kereta dicapai sebelum melangkah keluar daripada biliknya. Kelibat Nur Husna dicari, kebiasaannya Nur Husna akan meluangkan masa di ruang tamu.

Kaki diatur menuruni anak tangga. Tubuh kecil Nur Husna yang sedang berbaring di atas sofa itu dihampiri.

Isterinya terlena dengan TV yang terpasang dengan remote yang berada di atas perutnya.

Carl Que Alexander tersenyum kecil, perlahan remote tersebut diambil lalu TV dimatikan.

Dia menunduk sedikit memerhati wajah comel isterinya, pipi Nur Husna diusap lembut dengan ibu jari kanannya. Rengekan isterinya yang diganggu lenanya membuatkan dia ketawa kecil.

Perlahan dibaringkan Nur Husna diatas katil. Rambut isterinya diusap lembut dengan mata yang tak lepas memerhati disegenap inci wajah Nur Husna.

"My girl." dahi dan bibir isterinya dikucup sekilas sebelum berlalu pergi.

Sempat dipesan pada pengawal yang berada di pintu utama untuk tak membenarkan sesiapa masuk ke dalam.

Carl Que Alexander melangkah kaki ke arah keretanya, masuk ke dalam perut kereta enjin dihidupkan lalu dia memecut laju keretanya membelah jalan.

Tujuan utamanya adalah melawat Aressa dan seterusnya dia harus mendapatkan maklumat tentang perkara yang berlaku daripada Aris dan Syuk.

Kini, dia harus lebih berjaga-jaga. Nampaknya, musuh dia sudah mula memunculkan diri.


[#]DONE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro