Bab 3 (NEW VERSION)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Alex bersiul-siul kecil apabila kereta BMW Zack dipandu laju. Muncung pistol ditangannya diletakkan tepat di bibir. Hari ini bakal menjadi hari bahagia buat dirinya!

"Lu sure ke nak langgar dia, bro?"

"Lu tanya apa ni, mangkuk? Dah sah-sah dia tu parasit yang ganggu tidur malam aku. Haruslah aku bunuh dia."

"Suka hati lu arh," sampuk Zack malas.

Akhirnya mereka tiba di sebuah rumah agam yang tampak kaya dengan bentuk dan hiasan tak ubah semacam rumah orang barat. Seperti biasa, mereka takkan pernah muncul dengan gaya yang biasa. Zack dengan selambanya memecut laju lalu pagar rumah agam tersebut dirempuh ganas.

Sesaat selepas itu, selamba Alex keluar daripada perut kereta sambil memakai kaca mata hitamnya. Pistol sebentar tadi sempat diselit ke belakang pinggang.

Sejenak, machine gun dikeluarkan lalu diacukan tepat ke arah konco-konco Tasya yang baru berhasrat ingin keluarkan pistol masing-masing.
Habis orang-orang yang menjaga rumah tersebut ditembaknya rakus.

Bang! Bang! Bang!

"Akim, Zack, Riko! Jaga tempat ni. Ciko, Miko meh ikut aku!" arah Alex.

Sambil-sambil itu, machine gun tadi dilemparkan ke atas lantai. Seperti yang diarahkan, Miko dan Ciko membontoti langkah adik kepada ketua mafia itu. Releks saje mereka bertiga melangkah masuk dengan kaca mata hitam yang tersarung pada mata masing-masing.

"Agaknya pompuan tu kat mana weh?" soal Miko, tertanya-tanya.

"Aku rasa dia kat dalam," jawap Ciko, separuh yakin.

Alex turut mengangguk setuju. Pistol di belakangnya dicapai semula lantas dia bergerak ke hadapan bersama senyuman lebar.

"Sayang, sayang kat mana?" panggilnya, kuat.

Miko dan Ciko saling memandang sekilas. Entah apa benda Alex tengah mainkan sekarang.

"Sayang? Sayang?"

Panggilan tak disahut.

"Lah patutlah takde sape yang sahut, aku single rupanya! HAHAHA!"

Meletus jua gelak Miko dan Ciko. Sempat erk Alex nak memain. Ini nak bunuh orang ke nak bergurau bodohkan diri sendiri? Baik buat kat rumah je.

"Bodohlah kau!" geleng Ciko bersama tawanya yang masih tersisa.

Okay, kali ni dah tak memain dah. Ketika Alex masuk ke dalam ruang utama, salah seorang pengikut Tasya ingin membunuhnya menggunakan pisau. Malangnya, orang yang kau tengah cari pasal tu ialah Alex.

Pantas sahaja Alex merampas pisau tersebut dari tangan lelaki tadi lalu tubuh pengikut Tasya dipusing membelakang ke arahnya. Dengan riak wajah serius, leher lelaki itu dikelar dengan sekali hirisan.

"Tak guna! Bunuh dia!"

"Kitorang urus kat sini," bicara Miko.

Alex tersenyum sinis. Dia berjalan tenang menuju ke dalam bahagian utama lokasi pertabalan Tasya yang sebenar. Konon-kononnya, gadis itu bakal mengetuai empayar Dark Lord. Tak guna betul!

Alex langsung tak peduli dengan suara-suara jeritan kesakitan tepat di belakangnya. Apa yang dia cari sekarang cumalah Tasya seorang. Usai masuk ke dalam bilik bahagian utama, kelihatan Tasya tersenyum lebar menerima tepukan hangat daripada orang-orang Dark Lord. Betapa gembiranya gadis itu dipuji kerana baru selesai diberikan takhta pak cik saudaranya di hadapan semua orang.

Alex tersenyum sinis lalu bertepuk tangan hinggakan berjaya menarik perhatian semua yang berada di situ.

"Bravo! Bravo! Anak kucing dah jadi singa!" sindir dia.

"Alex?" gumam Tasya, hairan.

Tetiba makhluk sekor ni datang. Dahlah hadir dengan muka menyakitkan hati orang.

"Well done! Apa rasa dah jadi ketua mafia sekarang?"

Alex menanggalkan kaca matanya lantas kaca mata tersebut disangkut pada kolar baju. Bibirnya masih setia menguntum senyuman sinis.

"Erhh...awak buat apa kat sini?" tanya Tasya, janggal.

"Aku kat sini nak main batu seremban." kerek Alex.

Pada masa yang sama, Akim, Zack dan Triple Ko muncul bersama seorang lelaki yang telah ditendang oleh Ciko di atas lantai. Melihat perbuatan mereka, semua pengikut Tasya mengacukan pistol masing-masing ke arah Alex.

Dapat dirasakan, kedatangan Alex membawa satu ancaman bahaya buat ketua baharu mereka.

"Amatur, " Alex mencebik jelek.

Tasya pula masih kekal dengan riak wajah tenang. Perlahan-lahan si adik ketua mafia, dihampirinya.

"Turunkan semua senjata korang. Aku tak nak ada sebarang pertumpahan darah kat sini!" arah Tasya, tegas.

Sejurus itu, semua menjatuhkan pistol masing-masing dari atas udara.

"Woah, mentang-mentang dah jadi leader, semua orang dah ikut cakap dia," perli Akim.

Dia duduk di atas salah seorang pengikut Tasya yang sudah mati ditembak oleh Miko tadi.

"Alex, saya tak faham! Apa yang awak nak dari saya? Kenapa awak bunuh diorang semua?" soal Tasya cuba berbaik-baik.

Takde gunanya bertikam lidah dengan Alex. Sebab dia tahu, Alex bukannya jenis nak makan saman. Asyik ikut style rambo dia je nak bunuh orang.

"Kau tak faham atau buat-buat tak faham? Takkanlah aku datang sebab nak minta maaf? Raya pun tak sampai lagi."

Alex, Alex. Cara jawap serupa orang nak minta penampar.

"Betul! Betul! Raya pun tak sampai lagi," sokong Ciko.

Yang lain sudahpun menganggukkan kepala masing-masing. Kalau dah satu kumpulan tu, perangai pun nak dekat sama. Menyebalkan hati orang.

Tasya sekadar mengeluh berat. Pasal ni lah mafia lain hilang sabar dengan Alex. Orang tanya lain, dia jawap lain. Entah jawapan dari planet mana dia ambik.

"Awak nak bunuh saya en? Tapi kenapa? Saya tak pernah buat salah dengan awak pun."

Tasya berusaha membela dirinya dengan mendekati Alex, namun tanpa belas kasihan bahunya pula ditembak oleh jejaka itu sampaikan dia terjatuh kesakitan kat atas lantai.

Semua pengikut Tasya mulai menarik picu tetapi segera ditegah keras oleh gadis itu sekali lagi.

"No! Jangan serang dia!" arah ia tegas lantas mencerlung tajam merenung Alex.

"Apa pandang-pandang? Nak minta kaki ke?"

"Apa sebab sebenar awak serang saya?"

"Stop buat-buat tak fahamlah weh. Aku dah siap cakap bahasa melayu pun kau masih tak mampu nak agak? Ke kau nak aku cakap guna bahasa Marikh?"

Zack menjulingkan matanya ke atas. Haih, kalau yang sorang asyik bertanya yang sorang lagi asyik berteka-teki, bila cite nak habis? Dua-dua layak kena hempuk!

"Kau tu waris Dark Lord! Dan kitorang benci sangat dengan iblis tu sebab dialah yang dah bunuh adik-adik kembar Alex! Hah, kalau tak faham juga, elok kau mati je lah," pasrah Zack.

"Saya tak macam dia!"

"Aku tak kesah! Kau dah jadi waris bab* tu, so kau pun perlu mampus!" herdiknya bengang.

Seketika, Alex mengacukan pistol tepat ke arah kepala Tasya.

"Apa salah saya pada awak, Alex? Saya dah kata saya tak macam dia," pujuk Tasya.

Matanya pula sudah berkaca-kaca menahan tangisan. Alex terdiam. Ceh pompuan, semua senjata diorang sama je. Hanya tahu menangis dan menangis. Bosan! Ini Alex lah. Mana mungkin dia akan jatuh dalam perangkap perempuan.

Alex tersenyum sinis. Baru saja tembakan ingin dilancarkan, tiba-tiba  namanya dipanggil oleh seseorang yang cukup dikenalinya. Sape lagi kalau bukan abang sulung Alex. Takkan abang korang pula.

"Tengku Rasdan!" pekik Tengku Fazril.

Rasdan? Rasdan?! Pantangnya berani dilanggar! Takde sape boleh panggil nama sebenar dia selain Tengku Lily dan Tengku Zamil. Tengku Fazril memang jibake!

"Sial lah weh! Berapa kali aku kata jangan panggil nama sebenar aku!" tengking Alex geram lantas melepaskan beberapa tembakan ke arah Tengku Fazril.

'Menari' terus lelaki itu dibuatnya . Terkinja-kinja Tengku Fazril nak mengelak serangan si adik.

"Bodoh!! Kau nak bunuh aku ke?!" marah si abang pula.

"Lu kalau nak kena rembat, cakap dengan aku! Pantang betul aku dengan orang yang tak reti bahasa!" tempik Alex, garang.

Dah berapa kali cakap pun, masih Tengku Fazril tak nak dengar. Jangan panggil dia Rasdan! Tak faham ke? Nak bagi santau, baru nak faham? Eh, tu syirik! Dosa bhai.

"Weh, dahlah! Macam bebudaklah korang ni," jeling Riko.

Bosan tengok dua beradik ni gaduh tiap hari. Entah dari mana, tiba-tiba muncul dua suara riang mendekati Alex. Happy semacam pula suara tu kedengaran.

"Uncle Alexxx!!!"

Mendengar suara-suara itu membuatkan Alex menghentikan tembakannya.

"Kau bawa anak-anak kau sekali?!" terkejut Alex.

"Bukan aku..Risha yang degil nak bawa," jawab Tengku Fazril, pasrah.

Dah mummy diorang yang gedik nak bawa en. Kita suami, iyakan je. Malas nak bertekak. Karang kalau merajuk, takleh beromen pula waktu malam nanti. Terseksa nafsu bhai!

Cakap pasal Putri Risha, kelibat perempuan itu hadir tanpa undangan. Dia lekas berlari ke arah Tasya yang terduduk sambil memegang kuat bahunya untuk menahan darah daripada terus terkeluar.

"Blood! Blood! Daddy, call ambulance sekarang!" panik Putri Risha.

Dikipas-kipas wajah Tasya yang merenikkan peluh dari atas dahinya. Air muka gadis itu tampak pucat.

"Lek arh. Tak mati pun natang ni," Alex menjulingkan matanya ke atas.

Orang pompuan, ceh. Over sangat! Cubalah jadi cool sikit.

"Tak mati? You bertuah sebab dia tak mati! Kalau dia mati, I akan make sure you kena balasan yang setimpal!" marah Putri Risha.

Krik..Krik...krik..krikk...

Ada Alex kesah? Muahahaha! Tak dipedulikan dengan ugutan kakak iparnya, Alex sekali lagi mengacukan pistol ke arah Tasya. Eloklah tu ramai yang boleh jadi saksi kematian pompuan ni.

"Alex!!" bentak si kawan baik.

"Blah, Sha. Kalau you tak nak makan peluru I, you blah sekarang."

Putri Risha menelan air liurnya. Sekejap dia menoleh ke arah Tasya yang kelihatan kesakitan tak bermaya. Teringat jasa kawan baiknya itu menyelamatkannya dahulu daripada Dark Lord.

Kalau takde Tasya, dah tentu Putri Risha jadi 'santapan hangat' buat pengikut-pengikut Dark Lord.

"I takkan pergi!"

"I kata blah!" tengking dia sehingga membuatkan Putri Risha kecut perut.

"Alexx!!" tegur Tengku Fazril.

Sungguhpun Alex nak bunuh Tasya sangat, takyahlah kurang ajar dengan kakak ipar sendiri. Eh, dengan abang sulung pun dia kurang ajar. Apa nak dihairankan? Apapun, Tengku Fazril kurang berkenan bila isteri kesayangannya ditengking seperti itu.

"Apa lagi?!" bentak Alex, geram.

"Enough is enough, bro. Kita bincang benda ni kat rumah," tekad Tengku Fazril membuat keputusan.

"Like seriously? Kita datang kat sini jauh-jauh lepastu biarkan pompuan ni hidup! Tak fun arh!" ngomel Ciko.

Namun, kakinya terlebih dahulu melangkah keluar daripada tempat tersebut. Yes! Boleh rehat kat rumah. Main ML sampai esok subuh. Kihaaaa!!

Bila semua orang sudahpun memasang langkah, Alex merengus sebal. Pistol diselitkan semula ke belakang pinggang kemudian dia berura-ura ingin pergi daripada situ.

Tetapi ada sesuatu yang mengganggunya. Bersama senyuman sinis, dia menapak ke arah Tasya lalu duduk mencangkung di hadapan gadis itu. Tak dihiraukan kehadiran si kakak ipar di sisi rakan baiknya sekarang.

"Alex, you nak buat apa?" risau Putri Risha.

Alex tersenyum sinis, namun pada mata Tasya senyuman lelaki idamannya tersebut tampak begitu kacak sekali. Dengan aksi selamba, Alex menongkatkan dagu Tasya sedikit ke atas sehingga wajah mereka berdua begitu dekat sekali.

Jantung si dara usah dikatakan. Siap berdegup kencang takde rentak langsung! Hangpa bayangkan muka crush hangpa dekat sangat dengan muka hangpa. Mahunya jantung terkeluar terus dari badan.

"Aku akan pastikan...muka cantik kau ni bakal ditoreh dengan pisau kesayangan aku," bisik Alex jahat lalu dia menarik jarinya daripada dagu si gadis.

Ketika dia bangkit, kaca mata hitamnya yang berada di kolar dicapai lantas disarungkan pada wajah. Seperti biasa, tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Tas, jom aku bawa kau gi hospital," ajak Putri Risha.

Hening. Naik berkerut dahi Putri Risha pabila Tasya pegun tak bergerak. Mata rakan baiknya pula masih setia melekat pada susuk Alex yang bergerak ingin keluar daripada kawasan ini.

"Tasya, kau de..."

"Can...cantik? Dia panggil aku cantik."

Wait, what? Putri Risha tak faham. Ya, Alex memang cakap muka Tasya tu cantik tapi dengan cara yang negatif. Rasanya tu bukanlah satu pujian yang baik.

"Dia kata aku cantik! Arghhh! Sha! Sha! Aku malu! Jantung aku..."

Bagai diserang purnama merindu, tubuh Tasya melorot ke dalam pelukan Putri Risha. Bibir sang gadis sempat tersengih lebar sebelum dia pengsan tak sedarkan diri. Punca utama sebab crush puji dia cantik.

"Weh! Weh! Asal dengan kau ni? Tasya!" 

Mendengar jeritan Putri Risha, pantas mereka semua menoleh ke arah mereka berdua. Terbeliak mata Tengku Fazril bila Tasya sudahpun pitam di dalam pelukan isterinya.

Alex juga terkebil-kebil. Jap tadi Tasya masih hidup. Aikk, takkan dah mati kut?

Sedar semua mata merenungnya dengan pandangan dingin, Alex jadi tak faham. Serius, dia tak bunuh Tasya lagi. Takkan sebijik peluru dah buat pompuan tu hilang nyawa.

"Aleeeeex....." leret suara Tengku Fazril.

Tahulah ini semua angkara adiknya!

"What?"

Dan Alex hanya mampu mempamerkan wajah bingung.

#VERSI EBOOK (COMING SOON).

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro