Bab 4 (NEW VERSION)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Putri Risha berdehem janggal. Sekali sekala matanya melilau ke arah serata kafe yang kelihat lengang sedikit. Sebab tu jugalah dia rasa bersyukur sangat kafe yang diorang sentiasa kunjung ni tak ramai orang datang. Kalau tak, dah lama Tasya digelar gila!

Sejak tadi minah tu asyik tersengih dengan mata seakan-akan merindui seseorang. Perubahan Tasya boleh dilihat semenjak Alex pecahkan rumahnya.

"Aku...cantik...cantik," monolog Tasya dalam nada perlahan.

"Ehem! Beb, kau okay tak ni?" hairan Putri Risha.

"Cantik...cantik..."

Putri Risha mengeluh berat. Asyik perkataan tu je yang keluar daripada mulut Tasya. Ada juga yang kena sepak karang.

"Aku tak tahu pula kau suka Alex."

Tasya tersentak. Hilang sudah lamunannya sampai ke bulan. Mulutnya pura-pura berdehem bagi menghilangkan rasa gemuruh.

"Si...siapa suka dia? Ak...aku? Memang taklah! Mamat tu kan annoying. Mulut puaka, handsome, cool, sado, cerdik, senyuman dia...arghh!! Buat pompuan cair! Lepastu en..."

Putri Risha mengecilkan matanya. Ni nak kutuk ke nak puji? Nampak sangat suka kat Alex.

"Masa dia sentuh dagu aku en, aku rasa..."

"Kau suka dia," serius Putri Risha merenung Tasya.

"Merepek! Kau takde bukti nak tuduh aku tau," sangkal Tasya, masih tak nak beralah.

Baru kejap tadi dia puji Alex sampai melangit. Sekarang kata tak suka? Nampak sangat kaki kencing. Sebijik dengan Alex! Kalau dua-dua kahwin, padan juga. Boleh digelar pasangan kaki membongak.

Tapi bila difikirkan balik, dua-dua ada posisi yang sama. Assassin! Jenis solo. Cerewet. Asyik nak menang. Terutama Alex. Selagi targetnya tak mati lagi, jangan harap dia nak tidur malam! Sampai ke lubang seluar, dia akan cari musuhnya.

Kalau diorang berdua tu tinggal satu bumbung, ya ampun bang jago! Mahu romboh satu rumah. Erhh, baik jangan kahwin. En? En?

"By the way, hari tu bukan kemain kau tenung Alex masa birthday aku hari tu. Tenung saja-saja je ke?" usik Putri Risha dengan senyuman nakal.

"Ma..mana ada!" nafi Tasya gusar.

Makin gemuruh dibuatnya. Takkan Risha dah perasan? Habislah dia!

"Tak menyakinkan langsung jawapan kau. Aku dah lama kenal kau, Tasy. Bukan sejam dua jam. Aku tahu cara kau nak kencing orang, " jujur dia  berkata.

"Lah sejak bila aku kencing orang? Aku kencing kat tandaslah. Malulah orang tengok kencing kat tepi jalan," Tasya menggaru kepala yang tak gatal.

Serius, ada juga yang makan kasut saiz lima ni karang! Kalau tak ingatkan dia ni kawan baik, dah lama Putri Risha hempuk kepala Tasya guna penyapu. Biar betul sikit. Bahenol sungguh!

"Maksud aku tipu lah! Apa kaitan kencing kat tepi jalan pula," jeling dia.

"Cakaplah bahasa melayu."

"Dah tu kau ingat aku cakap guna bahasa alien? Marikh? Kau, semenjak kena penangan asmara Alex, otak pun dah jadi tak betul."

Tasya tak tahu nak balas apa. Alang-alang dah kantoi suka Alex, ngaku je lah. Lagipun Risha reti nak detect orang yang kuat membongak.

"Hmmm..aku dah lama suka kat dia.Tapi..dia tak pernah nak pandang aku.Dah banyak cara aku buat supaya dia perasan kehadiran aku tapi keputusannya tetap sama. Sampailah satu hari tu, aku terdengar diorang Miko kata Alex takkan kahwin. So, aku agak erhhh..Alex tu gay."

"What?! Gay? Hahahaha!!"

Terhambur jua gelak jahat Putri Risha. Aduhai, Alex. Mukamu handsome tapi dicop gay. Elok terjun bangunan je lah.

"Yelah. Lelaki mana yang tak bernafsukan?" bidas Tasya, sebal.

"Alex tu orangnya normal. Cuma dia tak suka kat pompuan sebab dia rasa semua pompuan dalam dunia ni menyusahkan. Kau bayangkan lah en, masa Alex nak bunuh orang, tetiba bini pula kena culik. Tak ke haru namanya? Susahkan dia nak bantai orang. Tu sebab dia tak nak kahwin. Dia jenis solo. Mati pun biar solo."

Mati memang solo ye, dik. Ada ke orang mati reramai macam team kat dalam kubur? Ingat bola sepak?

"Tapi aku jenis tak menyusahkan orang! Aku boleh support diri aku sendiri," bentak Tasya.

"Puji diri sendiri ke?"

Putri Risha tersengih senget.

"Erhh...kira macam tu lah. Hehehe."

Sesaat keadaan menjadi hening. Tasya kelihatan mengacau-ngacau strawnya ke dalam minuman. Timbul pula rasa kesian dalam hati Putri Risha. Patutlah minah ni tak kahwin-kahwin lagi. Duk stalk Alex rupanya.

"Weh! Kau nak kahwin dengan dia tak?"

Entah macam mana boleh terkeluar pula idea bengong tu dari kepala otak Putri Risha.

"Kahwin? Dengan si hati batu tu? Aku hanya suka kat dia tapi taklah sampai terfikir nak kahwin dengan dia,"jawabnya mendatar.

"Tak nak kahwin sudah. Melepaslah kau. Lagipun, Alex akan tetap nak bunuh kau sebab kau tu dah jadi waris Dark Lord," seloroh Putri Risha, tenang.

"Kalau aku setuju pun,dia nak ke kahwin dengan aku? Diakan benci pompuan."

"Benci tu memang ya. Tapi dia masih manusia en."

"Maksud kau?"

"Kau tahu tak apa kelemahan Alex?"

"Erh...bila orang panggil dia Rasdan?"

"Eish! Tu pantang dia."

"Manalah aku tahu kelemahan dia."

Putri Risha tersengih lebar. Hehe, otaknya mulai memikirkan idea bodoh dalam abad ini. Alex, mu tunggu kitorang datang!
____________________________________

"Nak bunuh juga!"

"Asal dengan kau ni sial? Dah puas hidup dalam dunia ni? Aku dah kata budak tu kawan baik bini aku. Lagipun dia dah banyak tolong kita. Kalau takde dia, dah lama bini aku dah mampus!" hujah si abang.

"Kau ingat aku kesah ke? Kita dah janji nak bunuh semua waris Dark Lord! Mana janji kau? Kau jangan buat-buat lupa, Xen. Aku dah lama tak cucuk bontot orang," geram Alex.

"Waris kepala jingga kau! Kita janji nak bunuh keturunan dia. Bukan waris. Dan Tasya tu bukan keturunan. Waris empayar Dark Lord je," jelas Tengku Fazril.

"Cakap jelah takut bini," jeling Alex.

"Bukan takut. Aku respect. Kalau Tasya tu mampus, confirm Risha naik hantu!"

"Hantu ke pocong ke, ada nampak muka aku kesah? Semua orang yang terkait dengan Dark Lord, harus mati. Kau kena ingat Xen, orang tua tu yang bunuh adik-adik kembar kita dulu," peringat Alex, tegas.

Tengku Fazril mengeluh panjang. Dia meraup kasar wajahnya sejenak. Dalam situasi ni, dia terikat. Susah betul nak handle perangai Alex. Degil mengalahkan anjing. Sampai Tengku Fazril takde idea yang Alex ni manusia ke anjing.

Tiba-tiba Tengku Fazril terfikirkan sebuah idea bernas. Segera kepala diangkat ke arah wajah garang si adik.

"Apa kata kau kahwin dengan Tasya?" sengih dia.

Alex kehilangan kata. Kah...kahwin? Kahwin?!!

"Bodoh!"

Ambik kau jari tengah ni! Sorry, cramp. Tak dapat nak turunkan.

"Aku sanggup bunuh diri daripada kahwin dengan pompuan tu!" marah Alex.

Triple Ko, Akim dan Zack yang kebetulan baru tiba dari halaman belakang berasa teruja. Kahwin? Alex nak kahwin? Ni berita gembira!

"Fuyohh! Abang titew nak kahwin!!" sorak Zack disambuti tawa yang lain.

"Sebelum kaki aku masuk dalam mulut kau, baik kau diam," ugut Alex, hilang mood.

"Aku cakap benda yang betul. Look at you bro," ujar Tengku Fazri lagi.

Hah? Tengok? Okay, Alex tengok.

"Handsome, cool, ada gaya, lebih power dari kau, sado dan.."

"Bukan tu lah bodoh! Eeee ada juga yang kena santau jap lagi. Aku maksudkan diri kau yang tak kahwin lagi. Kau tak rasa sunyi ke?" Tengku Fazril cuba memasang perangkap.

"Dia tak sunyi. Kitorangkan ada!" sampuk Ciko, bangga.

Okay, perangkap dah rosak. Tak guna punya orang kanan. Pantas bantal kusyen dibalingkan ke arah wajah Ciko. Hukuman sebab masuk campur!

"Aku tak nak! Dan takkan pernah setuju dengan cadangan kau! Aku dah kata jangan hisap gam lagi. Kan dah jadi bengap," geleng Alex penuh bermoral.

Sebuah lagi bantal kusyen terbang ke atas udara. Namun, kali ini mangsa yang terkena ialah Alex. Mulut puaka betul! Bila masa orang hisap gam? Muka-muka kacak macam ni nak rosakkan diri? Eh, go to sleep lah!

"Okay camni. Kalau kau kahwin dengan pompuan tu, aku akan turunkan takhta aku pada kau," kata Tengku Fazril sekaligus mereka berenam memandang ke arahnya.

"Apa benda yang kau merepek ni?"

"Aku dah ada keluarga, bro. Dan aku tak nak bebudak aku jadi macam aku.So, aku rasa nak bagi pangkat aku pada kau KALAU kau setuju nak kahwin dengan Tasya. Amacam?" runding Tengku Fazril bersama sengihan lebar.

"Amacam kepala jamban kau! Aku tak nak! Aku tak perlukan pangkat ketua mafia! Cukuplah aku dapat bunuh orang," tegas Alex.

Tengku Fazril terdiam. Orang lain semua nak pangkat ketua tapi tidak pada Alex. Apa yang dia ada, semua diterima. Tu sebab ramai pengikut mafia senang nak bekerja dengan Alex. Jenis tak pentingkan diri sendiri. Yang penting mafia tu jangan tipu Alex, sudah. Alex pantang kena kencing. Biarlah Alex yang kencing orang. Muahahahaha!!

Hasilnya malam ini, Tengku Fazril gagal pujuk Alex. Kalau benda ni berterusan, bersiap sedialah carikan kubur untuk Tasya.

#VERSI EBOOK (COMING SOON)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro