Bab 6 (NEW VERSION)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam itu, Alex termenung jauh sambil menyandar pada tiang balkoni manakala tangannya pula dimasukkan ke dalam poket. Angin malam dibiarkan datang bertandang pada kulit wajahnya.

Malam-malam macam ni, barulah ada ketenangan sikit. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran sinar bulan dan keindahan bintang-bintang di atas langit.

Luar nampak tenang tapi bukan dalaman. Alex bingung. Kejadian 2 hari lepas benar-benar menggugat tembok matlamatnya sebagai lelaki teruna abad ini. Dia dah bertekad nak jadi single sampai mati. Tak nak kahwin biar pun badai melanda.

Ramai mana pun calon menantu yang Tengku Lily carikan buatnya, Alex tetap tak nak. Kadang-kadang sampai tak balik rumah gamaknya semata-mata ingin mengelak daripada terkena idea gila-gila Tengku Lily.

"Abang.."

Lamunan Alex terbantut. Tengku Nurfaiza yang tengah mengatur langkah ke arahnya dipandang tanpa sebarang riak.

"What?"

"Abang tengah buat apa?" soal si adik sekadar berbasi-basi.

"Ada kau nampak aku tengah buat anak ke?" sindir Alex, malas.

Inilah orang Melayu. Dah nampak, masih nak tanya.

"Orang tanya kan. Takyahlah nak ejek bagai."

"Kau pula buat apa kat sini?" giliran Alex menyoal.

"Ada abang nampak gaya Faiza macam tengah santau orang?"

Hah! Ambik kausss! Setepek dari Tengku Nurfaiza. Suka sangat en nak sindir orang.

Alex hanya menjulingkan matanya ke atas. Tak terkena pun kat hati. Dah Alex tu dilahirkan hati batu. Kau sindir mana pun, mana dia nak terasa. Tapi bila dia yang sindir orang, kereta kat jalan raya pun boleh terbabas tau.

"Kak Risha camne? Hari ni tak sempat nak lawat dia," ujar Tengku Nurfaiza.

Dia melentokkan kepalanya pada bahu si abang. Maklumlah, adik manja dan satu-satunya adik perempuan yang tinggal selepas kematian arwah kakak-kakak kembarnya.

"Masih hidup."

Tengku Nurfaiza tertawa kecil mendengar jawapan Alex. Orang pun tahulah dia masih hidup!

Sesaat, keadaan menjadi hening. Hanya suara cengkerik-cengkerik dan suara orang yang tengah baca cite ni sahaja kedengaran. Tak lama kemudian, barulah kedengaran bunyi keluhan berat daripada mulut Alex.

"Abang ada masalah ke? Kenapa dah jarang Faiza nampak abang senyum? Kalau abang ada masalah, abang boleh share dengan Faiza," prihatin si adik.

Alex terdiam. Mungkin dia patut luahkan apa yang dia rasa semenjak ni.

"Faiza, kau rasa en..."

Alex mula membuka bicara.

"Rasa apa?"

Tengku Nurfaiza berasa teruja. Alex meluah adalah salah satu fenomena misteri yang berlaku dalam dunia. Bukan senang, mamat poyo yoyo tu nak luahkan apa yang dia rasa. Duk pendam sorang-sorang.

Bila orang nak tolong, dia tak nak. Katanya boleh handle sendiri. Walaupun mulut Alex serupa puaka di Jalan Karak, namun semua orang dah sedia maklum perangainya yang tak gemar susahkan orang lain.

"Kau rasa..."

"Rasa apa? Cakaplah betul-betul!" geram pula Tengku Nurfaiza.

"Kau rasa kenapa gajah tak boleh terbang? Telinga dia kan boleh jadi sayap."

Prakkk!!

Kuang ajo!! Buang masa orang tunggu jawapan! Kalau tahu Alex nak memain pasal gajah terbang, baik takyah stay lama-lama kat sini. Baik cari pasal dengan Triple Ko. Ada fun juga.

"Orang nak blah!" rajuk sang adik.

Baru beberapa langkah diatur, tiba-tiba Alex bersuara semula. Kali ini, nada suaranya kedengaran lain daripada yang lain. Dapat Tengku Nurfaiza rasa kesedihan pada intonasi suara abangnya ketiganya.

"Faiza, bila kau nak kahwin?"

"Apa yang abang mengarut ni? Tak nak arh kahwin. Tak suka!"

Jawapan Tengku Nurfaiza membuatkan Alex semakin dilanda kemurungan di tahap skala 6. Uwargh!! Itulah yang dia rasa sekarang. Dia tak nak kahwin woii!!

Dalam keluarga tersebut, hanya Alex dan Tengku Nurfaiza sahaja yang telah bertekad takkan kahwin atas beberapa sebab tersendiri. Malangnya sekarang, tekad Alex terpaksa dihapuskan! Uwarghh! Tanggungjawap punya pasal, impiannya untuk menjadi single tak kesampaian.

"Abang tanya Faiza, abang pula bila nak kahwin?" tempelak, Tengku Nurfaiza pula.

"Kejap lagi," ujar dia selamba.

"Ke...kejap lagi?! Tapi abang dah kata tak nak kahwin!"

"Tu dulu.."

"Wait! Kejap lagi? Bila?!" Bagai tak percaya Alex dah nak kahwin.

"Dalam..."

"Dalam apa? Abang jangan buat Faiza suspen boleh tak!"

"Dalam kiraan satu, dua, tiga.."

"Abang! Orang tanya tu seriuslah! Abang takkan kahwin kan? Abang...abang kan tak suka pompuan!"

Tengku Nurfaiza masih berada dalam ambang terkejut. Alex ni nak kahwin? Alex yang benci sangat perempuan selama ni NAK KAHWIN? Lawak pisang mana yang penulis ni ambik? Agak-agaklak nak prank orang.

"Tapi kalau betul abang nak kahwin en, apa kata abang cari pompuan baik macam Kak Risha. Kalau tak nak yang baik, abang pilihlah pompuan yang pandai jaga diri sendiri. Hah, contoh Kak Tasya! Abang perasan tak anak pipi dia tu comel sangat! Faiza pernah nampak dia nangis tau masa birthday Kak Risha dulu. Air mata dia bersinar macam permata. Cantik sangat! Lepastu..."

"Kau tukang promote dia ke apa?" potong Alex, mendatar.

Tengku Nurfaiza tersengih. Boleh pula dia tercakap banyak pasal Tasya. Ala, tak luak mana sangat pun! Diorang berdua sama padan andai dipasangkan. Dua-dua ambik posisi assassin. Aww, so sweet! Romantic sangat!
___________________________________

1:54 am.

Tasya menguap panjang. Haih, penat sangat bantai bebudak mafia yang dah langgar kawasannya tadi. Terpaksalah dia balik lewat. Esok pagi nak lawat Putri Risha pula. Seketika, Tasya merenggangkan tubuh lalu cuba menanggalkan bathrobe di tubuhnya.

Bila bathrobe tersebut tiba di bahagian siku, tak semena-mena mata Tasya terlirik pada figura manusia yang berada di luar balkoni melalui ekor matanya.

Buat masa sekarang, sebarang pergerakan mengejut tak seharusnya dilakukan! Perkara yang hanya Tasya mampu lakukan adalah cuba berlagak tenang dan berpura-pura menapak ke arah meja soleknya tanpa mempamerkan riak wajah gementar.

Usai tiba, pistol di bawah meja dicapai pantas lalu dihalakan pada manusia misteri yang sedang berada di luar balkoni miliknya.

Mengejutkan, manusia yang patut ditembaknya itu adalah salah satu kenalannya yang paaaaaaaling dia tak rapat sekali.

"Al..Alex?! Aw...awak buat apa kat sini?" Perlahan-lahan pistol diturunkan ke bawah.

Rasa gugup melihat cinta hati berada kat depan mata sekarang! Handsome pula tu! Arghh, jantung! Please berhenti mainkan irama cinta. Ikutkan hati, dah lama Tasya pengsan. Alex nampak sangat kacak dengan kacamata hitam tersarung pada mata.

Alex pula hanya diam membatu sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Bila Tasya sedar renungan Alex pada tubuhnya, ia membuatkan dia cepat-cepat mengikat tali bathrobenya semula. Sudah jadi kebiasaan dia tidur tanpa sebarang pakaian. Nasib baik bathrobenya belum dibuka.

Suasana yang sunyi menyebabkan
Tasya berdehem janggal seraya melontarkan pandangannya ke bawah lantai. Tak tahu arh topik apa yang nak dibualkan dengan crush. Kang cakap pasal kura-kura lari laju,  Alex pula tambah benci kat dia. Hmm.
"Aku nak bincang sesuatu dengan kau," kata Alex dingin sekaligus memecahkan keheningan.

Selamba dia menuju ke arah Tasya yang tertunduk malu sambil menanggalkan kacamata hitam.

"Erhh... Tapi awak tak boleh kat sini."

Larangan Tasya berniat baik. Kalau Alex dekat sangat dengan dia, Tasya juga yang pengsan tau. Lagipun, Alex tak pernah sedekat ini dengannya.

"Kalau aku dekat, kau nak bunuh aku ke? Hmm?"

Tasya menelan air liur bila dagunya didongak oleh jari telunjuk Alex. Mata bertentangan mata. Kalau diorang dilahirkan kat India, dah lama diorang menari ala-ala hindustan kat sini. Tasya takde idea nak buat apa. Alex, Alex handsome sangat! Nak nangis, uwarghh!!

"Tapi aku tak risau. Kalau kau nak bunuh aku pun, aku tak rasa kau mampu. Kau kan pompuan dan aku tak lawan pompuan especially kau."

Senyuman sinis Alex membuatkan Tasya tergamam. Jadi, Alex pandang rendah perempuan macam dia? Kuang aja! Kuang aja! Ni dah lebih weh!

Pantas dada lelaki itu ditolak kasar ke belakang. Lantak arh crush ke, musuh ke, taik ke, arghh!! Biaq pi arh! Engko ingat engko tu laki, boleh malukan orang perempuan sesuka hati ke? Setakat adik mafia, ceh! Pegidah!

"Sorry Alex. Awak mungkin dah salah orang tapi saya bukan orang yang awak boleh buli ikut mulut awak! Kalau awak takde benda yang nak dibincangkan, blah. Semak. Tahu tak maksud semak? Huh!"

Menyampah Tasya dibuatnya. Sebab tu dia pusing membelakangkan Alex. Dah lama dia tahan dengan perangai jahanam jantan ni. Malang betul siapa jadi bini dia! Eh, lupa! Alex kan tak suka pompuan. Gay!

Sejenak, Alex menguak rambut ke belakang. Riak wajahnya kekal tenang seperti tadi.

"Pandang aku."

"Tak nak!"

"Pandang aku!"

Tasya buat-buat tak dengar. Dia lebih keras kepala daripada apa yang Alex bayangkan. Ingat kau boleh buli dia sesuka hati nyamuk kau ke?

"Aku datang sini sebab nak cakap...kau...tak sesuai pakai spender Hello Kitty dengan umur tua macam ni," ucap Alex.

Sepi. Tasya terdiam. Spender? Bila masa Alex tahu dia pakai spender Hello Kitty? Alex tahu?! Tak sengaja ingatan Tasya terimbas semula saat dia jatuh ditembak oleh Alex dulu. Mungkin kat situ, Alex ternampak seluar dalamnya!!

Penumbuk dikepal geram. Dahi Tasya sudah berkerut-kerut kemarahan. Takde sape, takde sape yang tahu spender kegemarannya Hello Kitty!!

"Aaaaaaleeeeexxx....awak memang tak guna!!!"

Tubuh dipusing menghadap si pencabul. Habislah nyawa kau Alex! Tasya pusing bawa penampar maut! Bahana curi-curi tengok spender orang. Hahaha.

Tatkala Tasya melayangkan penampar pada pipi Alex, lelaki itu segera menahan tangannya lalu dagu Tasya pula didongakkan ke atas.

"Akhirnya, kau pandang aku."

Tasya terkedu manakala tunak matanya pula terbuntang luas. Bibirnya kini menjadi santapan jejaka yang menjadi pujaan hatinya selama ini. Ia sekadar kucupan ringan tapi sudah cukup membuatkan jantung Tasya berdegup kencang.

Lima saat berlalu, barulah Alex menjauhkan semula bibirnya daripada bibir si musuh. Nampak sangat Tasya masih terkejut.

"Kau milik aku sekarang. Kau nak atau tak, bulan depan aku nak kita kahwin."

Selepas itu, Alex menyarungkan kacamata hitamnya pada wajah lantas melompat keluar daripada balkoni . Tak tunggu pun respon Tasya.

Cakap pasal Tasya, pompuan tu dah terduduk kat atas lantai. Bibirnya...bibir Alex....Arghhhh!!!! First kiss dengan Alex adalah satu perkara yang menakjubkan dan sangat mustahil dalam hidupnya.

Jap, mimpi ke? Takk!! Ni real weh. Alex baru ajak dia kahwin! Ajak? Tu bukan ajak. Rasanya lebih kepada arahan. Siapa kesah?! Arghhhh!! Yang penting dia dah nak kahwin!

#E-BOOK (COMING SOON).

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro