Bab 7 (NEW VERSION)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Alex menguap panjang seraya menuju ke arah dapur diiringi Roland dari arah belakang. Maklumlah, assistant tak berbayar. Tiba di dapur, anak mata Alex terlihat figura Zack yang sedang menjamu roti bakar seorang diri.

Amboi, tak senonoh punya makhluk derhaka. Belum berus gigi lagi dah nak makan. Tak boleh dibiarkan! Kang jadi ikutan.  Alex tersenyum jahat. Mulalah otaknya memproseskan idea jahat untuk kenakan budak tak guna ni!

Maka, perlahan-lahanlah Alex membongkokkan tubuhnya lalu menuju ke arah Zack. Seluar lelaki itu ditarik sehingga jatuh melurut tepat pada buku lali. Tersedak Zack dibuatnya.

"HAHAHA!"

"Alexx!! Bodoh ! Sial punya anjing!" Carut Zack.

Dia cepat-cepat memakai seluarnya semula. Asyik-asyik terkena dengan trick yang sama!

"Kau tak pakai boxer bro?!"

Alex tertawa dalam mengejek. Sempat matanya melihat punggung Zack tanpa seurat benang. Alololo, comel! Macam bayi! HAHAHAHA!

"Kau memang sial bodoh! Anak pungut!"

Carutan demi carutan dilemparkan pada Alex. Geram gila! Sebiji telur diambik lalu dibaling tepat ke arah kepala lelaki itu. Sayangnya, mudah saja dielak oleh Alex.

"Aku memang dah lama dendam dengan kau! Hidup pun takde guna! Menyusahkan!"

"Ya ke? Thanks puji!"

Makin Alex mengusik, makin membara hati Zack. Bercakap dengan anjing jalanan ni, memang buat darah jiran sebelah meluap-luap! Ikutkan hati yang dah geram sejak lahir, mahu saja muka Alex diberi sepakan penalti.

Sibuk sangat mulut Zack membebel,tiba-tiba matanya terlekat pada figura Roland yang sedang menutup mulut. Jangan kata budak kecik ni dah nampak!!

"Roland!"

"Eeee..Uncle Zack tak pakai spender!!"

Bergema jeritan Roland satu rumah. Si kecik itu berlari meninggalkan Zack yang terkebil-kebil sendirian.

"Mummy!! Mummy!" panggil Roland sambil tertawa riang.

"Yes baby," sahut Putri Risha.

Seminggu dah berlalu sejak dia keluar daripada hospital. Baby kat dalam perut pun okay je. Takde masalah.

"Mummy!! Uncle Zack tak pakai spender!" teruja Roland mengumumkan peristiwa paling berharga yang berlaku dalam hidupnya.

Tengku Fazril yang kebetulan ingin menelan makanannya hampir  tersembur mendengar kata-kata Roland. Kecik-kecik dah pandai cakap benda melalut. Sape ajar?!

"Daddy tak cenonoh," Riley menggeleng kepala.

"Terbatuk aku," monolog Tengku Fazril perlahan.

"Roland...besar tak pisang Uncle Zack?"

Mata Akim bersinar-sinar mengusik. Hahaha! Biar padan muka Zack dicabul oleh Roland.

"Hei! Jaga sikit mulut you erk. Anak-anak I masih kecik tau!"

Putri Risha menjengilkan mata sebagai tanda memberikan amaran untuk tidak bercakap mengenai hal tak patut di hadapan Roland dan Riley.

"Uncle Zack tak makan pisang," jawab Roland, naif.

Mendengar jawapan budak kecik itu membuatkan Akim menepuk dahinya.

"Bukan pisang itu. Maksud uncle pisang yang ada kat celah kelangkang kita. Ala, tempat kita kencing."

"Akim! Pehal kau ajar anak aku macam tu?!"

"Lek bro. Kita kan lelaki."

"Lelaki kepala otak abah kau! Habistu Riley ni apa? Jantan jugak?!"

"Erhhh kut..."

"Ohhh pisang tu! Pisang Uncle Zack lebih besar daripada Roland.Punggung dia pula warna putih.Comel!" sampuk Roland, polos.

"Roland! Pergi makan sarapan kamu!" pintas si ibu.

Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi topik hangat diorang. Bukan kemain seronok cite pasal 'benda' tu. Orang laki sporting sangat cite private part diorang depan perempuan.

"Wah! Zack, besarnya..."

Miko mula mengusik. Ketiga-tiga kembar itu kelihatan baru bangun dari tidur masing-masing. Apalah nak jadi dengan diorang semua ni. Tiap kali hujung minggu, tidur sampai ke siang! Dengan tak berus gigi lagi, air liur basi meleleh plus tak mandi. Eyuhh!

Zack menuju ke arah mereka seraya menjeling kasar.

"Mana Alex?" soal Ciko, kehairanan.

"Kalau aku jumpa dengan setan tu,aku picit telor dia! Biar tercabut sampai mampus! "

Itulah dendam Zack yang tak pernah kesampaian sehingga ke hari ini.

_____________________________________

Putri Risha bersorak gembira. Telefon yang baru dimatikan panggilannya dicampak di atas katil. Tasya kata nak kahwin weh! Putri Risha lah orang yang paling happy sekali! Nampaknya akan ada lagi orang gila masuk dalam family ni. Yeah!

Tapi bila difikirkan balik, Alex tak cakap apa-apa pun. Eh, biar betul Tasya kata nak kahwin dengan Alex? Aikk, mabuk ketum ke apa minah ni?
Beria dia menjerit excited, takkan tup-tup Alex prank pula?

Muka-muka Alex mana boleh percaya sangat. Suka membongak! Entah-entah Tasya dah kena kencing. Daripada rasa tertanya macam ni, baik jumpa Alex terus.

Putri Risha turun daripada katil lalu berlari anak ke tingkat bawah. Dia dah tak sabar nak tanya Alex. Kalau mamat tu membongak, sah Putri Risha baling guna kasut saiz 9 kang. Berani dia nak bagi harapan palsu kat Tasya.

Namun ketika hampir tiba di aras bawah, kedengaran suara Tengku Fazril terjerit mengenai perkahwinan. Mulalah Putri Risha berlagak ala-ala James Bond tak jadi. Benda takleh terlepas bro. Kena dengar juga! Benda hangat ni.

"Kau nak kahwin?!"

"Dah tu? Kau juga yang suruh aku kahwin en?" malas Alex melayan.

"Yelah tapi aku tak caya kau boleh setuju dengan cadangan aku."

Alex tak menjawap. Dibiarkan Tengku Fazril terus berbicara.  Walaupun lelaki itu bertanya punca sebenar dia setuju nak kahwin, Alex pura-pura memekakkan telinga. Mana mungkin dia nak bagitau hal sebenar kut.

Tak pasal-pasal Tengku Fazril menangis terharu pula. Geli siak! Tak nak Alex tengok benda tu berlaku.

"Kau kahwin dengan Tasya en?"

"Siapa lagi? Takkan bini kau pula."

"Nak penumbuk?"

Alex menjulingkan matanya ke atas. Asal semua orang kat rumah ni suka sangat tanya benda yang diorang dah tahu? Takkan dia nak kahwin dengan babi hutan pula.

"Alex nak kahwin?!"

"Kahwin?!"

Hah, dah sampai dah lima mangkuk jamban tak berbayar. Inilah masa diorang nak kenakan Alex. Entah dari mana Akim, Zack dan Triple Ko datang. Tiap kali cakap pasal kahwin, laju je muka kotor diorang tu muncul.

"Abang teruna kita dah nak kahwin, bhai! Musim mengawan ke?" usik Akim.

"Mana matlamat kau nak jadi single macam kitorang?" Zack tersenyum sinis.

"Eloklah kau kahwin. Tenang hidup kitorang," Miko menyokong.

Alex memejam mata. Sabar, sabar. Berdesing telinganya mendengar usikan daripada lima mangkuk tingkat yang sentiasa menjadi bahan usikannya. Kali ini, dia pula yang diusik.

"Kalau kau kahwin, kau dah tak boleh curi spender aku lepastu jadikan bendera kat luar. Hah, curi spender bini kau. HAHAHA!" tambah Ciko.

Serentak itu, mulut masing-masing tergelak kuat. Alex nak kahwin konon. Hahahaha!

"Brilliant! Thanks bagi aku cadangan tu!" senyum Alex.

Dia mengusap kepala Ciko lalu beredar pergi. Akal mindanya memikirkan idea yang baru diutarakan oleh Ciko. Terbayang dalam benaknya bila spender Hello Kitty Tasya terbang berkibar kat tiang rumah. Hehe.

"Erhhh... Jap. Aku gurau je."

Ciko terkebil-kebil bingung. Tak mungkinlah Alex akan buat macam tu en?

"Oh, ya. Pompuan mana Alex nak kahwin erk?" soal Riko.

Duk usik-usik. Nama pengantin perempuan pun diorang tak tahu lagi.

"Tasya," sepatah Tengku Fazril menjawap.

"Oh, Tasya."

Kelima-lima jejaka itu menganggukkan kepala masing-masing namun tak sampai sesaat, kepala ditolehkan semula ke arah Tengku Fazril dengan mata yang terbelalak luas.

"Tasya?!"

_____________________________________

Sebulan kemudian...

Hari yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba. Perkahwinan antara Alex dan Tasya dilangsungkan secara tertutup. Biarpun Tengku Lily merengek bagai naik rak nak buat majlis besar-besaran untuk anak kesayangannya, Alex tetap berkeras menolak.

Biarlah orang tertentu saja tahu yang dia tu nak jadi suami orang hari ni. Terpaksalah Tengku Lily turuti jua kehendak si anak. Kang kalau paksa lebih-lebih pula, ada juga yang tak jadi kahwin. Alex tu sukar nak dijangka.

Mata bertemu mata. Huluran tangan tok kadi di hadapan disambut tanpa riak gembira. Bagi Alex, ini lah hari yang bakal menjadi zaman gelap dalam hidupnya. Tinggal dengan pompuan. Argh, rimas!

"Aku nikah akan dikau Tasya Clara binti..."

Alex termenung. Terfikir camne hidupnya selepas ini. Serba-serbi tak kena! Rasa menyesal kahwin pun ada. Boleh tak dia tarik diri sekarang?

"Alex! Pssttt!! Anjing!"

"Apa sial?!" jeling Alex ke arah Tengku Fazril yang berada di sebelahnya.

Tak sedar semua mata tengah memandang.

"Jawaplah! Kau tunggu tok kadi tu lafaz untuk kau ke?!" bisik Tengku Fazril, geram.

"Kau nak kahwin ke tak? Asal kau boleh termenung sekarang?" giliran Tengku Haikal menegur.

"Aku tak nak kahwin!"

"Kau jangan buat perangailah, bongok! Lafaz je lah!"

Alex pasrah. Tasya yang berada di atas pelamin direnung tajam. Pasal pompuan ni, Alex kena buang martabatnya sebagai teruna idaman dunia! Arghhh!! Nak jerit!

"Aku terima nikahnya Tasya...Tasya...erhh Tasya..."

Tengku Haikal dan Tengku Fazril berpandangan hairan. Aduh, apa pula bala kali ini? Tak habis-habis si monyet nak buat hal. Triple Ko, Zack dan Akim pula sudah lama terkekeh-kekeh ketawa. Orang kat depan tergagap-gagap. Bunuh orang tak pula gegar camni. HAHAHA!

"Erhh Tasya..."

"Apa kau buat ni?!" bisik Tengku Fazril, kasar.

"Aku tak ingatlah nama penuh dia. Tasya apa?" Alex menggaru kepala yang tak gatal.

Tengku Haikal menepuk dahi manakala Triple Ko, Zack dan Akim ternganga luas. Lah, ingatkan nervous tadi. Tak ingat nama bakal bini rupanya.

Tengku Fazril melemparkan senyuman tahan marah pada tok kadi yang sedang menggelengkan kepala. Alex memang nak kena!

Pantas pergelangan Alex ditarik untuk bangkit berdiri.

"Jap ye semua. Adik saya nervous sikit," sengih Tengku Fazril.

Para saudara terdekat turut menggelengkan kepala. Ada juga yang tertawa kecil. Biasalah orang muda nak kahwin.

Kelihatan tangan Alex ditarik lalu dua beradik itu keluar daripada dewan majlis. Usai berada di luar, Tengku Fazril hampir menjerit geram. Buat malu tau.

"What the hell are you doing, Alex?! Kalau kau nak memain, ini bukan tempat dia!" marah Tengku Fazril dengan nada yang cuba dikawal sebaik mungkin.

"Aku cuma tak ingat nama pompuan tu!"

"Kau tak ingat nama bakal bini kau sendiri?!"

"Yes!"

"Jangan kata kau tak practice lafaz semalam!"

Alex tak membalas. Hanya bibirnya bersiul-siul seraya mata melilau ke serata tempat. Pura-pura tak nampak Tengku Fazril kat depan.

"Kau tak berlatih! Argh! Alex!"

"Aku tak suka. Asal aku kena berlatih dengan benda yang aku tak suka?" tempelak Alex tak nak kalah.

"Supaya tak jadi macam ni!" makin berang Tengku Fazril dibuatnya.

Alex menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan seolah-olah mempertimbangkan alasan Tengku Fazril. Ada benar juga. Logik!

"Kalau macam tu, apa kata kau tolong lafaz untuk aku?"

Alex tersengih bodoh. Dan itulah kali terakhir dia tersenyum sebelum penumbuk sulung hinggap di wajahnya.

Di dalam dewan pula, Putri Risha mulai berasa risau melihat Tasya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Mesti dia dah fikir Alex larikan diri. Argh! Tak mustahil lelaki tu buat benda gila masa-masa macam ni.

Kebetulan, dua beradik tersebut pun muncul semula setelah hilang hampir 15 minit. Namun, Alex kembali dengan gaya yang lain. Hidung lelaki itu disumbat dengan sehelai tisu yang kelihatan merah berdarah. Terbeliak mata para tetamu.

"Adik saya nervous sampai jatuh tadi," tipu Tengku Fazril.

Mereka duduk semula dengan riak wajah menyimpan sebuah rahsia. Sempat lagi Alex menjeling Tengku Fazril. Kuang aja! Tak pasal-pasal dia kena lafaz akad dengan tisu kat hidung!

#E-BOOK (COMING SOON).

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro