Bab 8 (NEW VERSION)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tetamu terakhir akhirnya meninggalkan dewan majlis ini. Bolehlah semua orang lepaskan keluhan masing-masing. Walaupun cuma saudara terdekat je yang hadir, masih tetap tak menang tangan melayan.

Alex yang ketika itu duduk di atas kerusi mula mencari mangsanya. Masih segar di ingatan bila mana Tengku Fazril menumbuk hidungnya sehingga mengeluarkan darah pekat. Kuang aja betul! Pasal dia, Alex kena
gelak.

Mujurlah darah dah berhenti keluar masa naik pelamin tadi. Kalau tak, tentu gambar perkahwinannya menjadi gambar yang paling buruk sekali dalam abad ini. Orang macho macam dia mana boleh nampak serabai.

Cari punya cari, yes! Akhirnya target dah dikenalpasti! Pantas kaki Alex berlari lalu kepala si abang ditolak ganas. Terkejut Tengku Lily dan Tengku Zamil dibuatnya. Baru kahwin dah buat perangai.

"Kau dah giler ke?!"

"Aku giler?! Kau tu yang dah giler! Asal kau tumbuk hidung aku?! Nak bagi muka handsome aku ni buruk macam kau?!" geram Alex menyoal.

Tengku Fazril cuba menahan tawa. Ohh, masih berdendam erk. Alololo, comelnya. Serupa anjing kurap. Nak cubit boleh?

"Itulah hukuman bagi orang bodoh macam kau," sindir Tengku Fazril.

"Kau eeeee!!!"

Kolar baju melayu si abang sulung dipulas kasar. Mahu sahaja hidung Tengku Fazril ditumbuk sebagai balasan pada tumbukannya siang tadi.

"Along! Abang! Apa ni?! Gaduh macam budak-budak kecil! Lagi satu, apa benda gelar adik beradik 'aku' ' kau' hah? Dah berapa kali mummy tegur benda yang sama," sampuk Tengku Lily, kecil hati.

Alex melepaskan kolar Tengku Fazril dengan menolak tubuh abangnya ke belakang. Susah sangat nak tunjukkan belang sebenar jika si ibu ada kat sini. Dahlah Tengku Lily masih tak tahu siapa diri diorang yang sebenar.

"Along ni hah mula dulu. Suka-suka dia nak tumbuk hidung orang," adu Alex, sakit hati.

"Along tumbuk muka adik?!"

"Tak sengaja, mummy. Dia tu annoying sangat. Along tertumbuk sikit. Ter, okay? Maksudnya tak sengaja," Tengku Fazril cuba membela diri.

"Ter atau tak, adik along kan nak kahwin. Along tak patut..."

Dan bla, bla, bla. Ayat seterusnya yang keluar daripada bibir Tengku Lily membuatkan Alex tersenyum kemenangan. Yeah, Xender kena marah! Sempat lidahnya dijelirkan ke arah si abang sulung ketika sang ibu memberikan ceramah percuma.

Tatkala itu, mata Alex terlirik pada figura Tengku Zamil yang sedang berbicara sesuatu pada Tengku Haikal. Sayup-sayup perkataan kahwin kedengaran di halwa telinga Alex. Nampaknya, Tengku Haikal tentu disuruh kahwin memandangkan dia anak kedua.

Anak ketiga dah tinggalkan zaman bujang, takkan anak kedua masih nak berlagak remaja kut.

Alex mula kebosanan. Lama sangat Tengku Lily bebelkan Tengku Fazril hinggakan lelaki tersebut ingin menangis nak masuk bilik. Mummy bebel bukan alang-alang weh. Telinga jiran sebelah pun boleh berdarah.

Malas berada dalam situasi itu, Alex meninggalkan dewan majlis tanpa disedari oleh sesiapa. Dia tak berniat langsung untuk naik ke bilik terus. Rasanya dia nak lepak kat luar jap. Nak terima hakikat yang dia tu dah kahwin.

Dalam masa yang sama, berlaku 'sekolah percuma' antara kucing betina dengan kucing-kucing betina lain. Siapa lagi kalau bukan Putri Risha dengan kawan-kawan masuk air dia tu.

Terkekeh-kekeh mulut para gadis mentertawakan Tasya. Nervous semacam. Maklumlah first night gitu. Dalam otak, dah terbayang adegan-adegan panas sepanas hati kau bila adik kau buat hal.

"Kahwin juga kau akhirnya erk. Padanlah kau dengan Alex. Dua-dua gila," ejek Zalikha.

"Haah. Kau kata Alex tu gay. Laki tu juga kau pilih. Ceh, poyo je lebih," tambah Qistina pula.

"Apa boleh buat. Kawan kita ni dah lama sangat syok kat Alex," giliran Sarah menolak perlahan bahu Tasya.

Kalau diorang berempat dah satu kepala, memang susah Tasya nak kalahkan. Salah dia juga. Selama ni labelkan Alex sebagai gay. Tak suka pompuan! Yelah en, sape yang tak terfikir camtu kalau kahwin pun tak nak.

"Dah. Sekarang ni kita kena tolong Tasya goda Alex malam ni. Amacam?"

Mulalah Putri Risha mengusulkan idea gilanya.

"Setuju!"

"Yeah!"

"Tak nak! Eeee, benda apa kau merepek ni Sha?" rengus Tasya.

Buat malu je. Pleaselah, idea ni cliche kut. Bila masa Babyfik dah reti buat cite cliche macam ni?

"Tasya, Tasya, Tasya. Kau tahu en perangai batu Alex tu. Dia tu dahlah batu besar. Kena ketuk dengan tukul pun susah. Kau rasa kau dapat jatuhkan ego dia dengan cara ni?"

Putri Risha mula membuka kata-kata aluan. Tak sempat lagi Tasya menjawap, Sarah tiba-tiba menyampuk.

"Erh, aku ada soalan. Kita tengah cakap pasal batu ke pasal Alex?"

Prakkk!!

Hampir pitam diorang semua dibuatnya. Lah asal Sarah ni otak dia lembab sikit? Tahu tak contoh? Contoh! Takkan diorang betul-betul nak bincang pasal batu pula.

"Maksud Risha, hati Alex tu macam batu. Susah nak handle. Jenis tak kesah. Ada faham?" perjelas Zalikha.

Sarah tersengih. Bibirnya membentuk bulatan sebagai tanda 'ohh' tanpa bunyi. Ingatkan diorang dah lari topik tadi.

"Apa pun aku tak nak terlibat dengan idea gila korang! Hmph!"

"Fine. Tak nak sudah! Bukan kitorang yang rugi tau. Alex yang aku kenal lebih sanggup tidur dengan anjing daripada sekatil dengan pompuan," kata Putri Risha seraya berura-ura ingin pergi.

Tasya terkebil-kebil. Alex tak nak tidur dengan dia? Walaupun sekadar tidur ayam? Uwargh!! Janganlah macam ni! Kata dah kahwin.

"Geng, jom arh," ajak Putri Risha.

"Cau!"

Tak sempat nak jalan, Tasya cepat-cepat menarik tangan Putri Risha semula manakala mulut meminta agar yang lain tunggu. Tak naklah sorang-sorang duduk kat sini. Malu kot.

"Okay, okay. Ak...aku setuju. Apa cara dia?" mata Tasya bersinar-sinar ingin tahu.

Putri Risha memandang Zalikha, Sarah dan Qistina. Bibirnya sudah tersenyum senget. Hehehe.

"Kau ingat tak hari tu kau suruh aku menari chicken dance depan dia?"

Mata yang lain sudah terbeliak luas manakala mulut Tasya ternganga. Eh, eh, tu bukan idea dia hari tu ke? Tapi masa tu, dia cuma nak kenakan Risha je. Tak betul pun sebenarnya.

"Yang bagusnya, plan kau berjalan dengan sangaaaaat lancar!"

Putri Risha tersenyum lebar. Walhal hatinya tertawa jahat. Ini lah masa dia nak kenakan Tasya balik. Hari tu bukan kemain pompuan ni kenakan dia. Bila dia menari ayam siap kepak-kepak depan Fazril, tak sia-sia dicop gila.

"Berjalan dengan lancar?"

"Haah. Fazril suka. Dia kata aku nampak comel. Sejak hari tu, dia nak aku menari tarian ayam sebelum tidur," bohong Putri Risha.

Tasya terkedip-kedip naif. Wah, tak sangka ideanya menjadi. Bulat-bulat dia percayakan rakan baiknya.

"Kalau kau nak lebih comel, kau boleh try kenyit mata dengan dia. Kenyit banyak kali."

"Tapi aku tak reti kenyit mata."

"Kenyit je. Cuba sampai dapat. Alex confirm rasa geram dengan kecomelan kau," ujar Putri Risha lagi.

Makin kuat pula dia membongak erk. Dari gaya, macam dah lama simpan dendam.

"Thanks, Sha!"

Tasya bersorak gembira. Fuhh, happynya dapat tips dari sifu yang pakar gila macam ni. Bila Alex dah masuk bilik nanti, akan Tasya lakukan tips seperti yang dididik oleh rakan harapannya.

Putri Risha pula menunjukkan ibu jari ke atas. Bila semuanya dah selesai, mereka berempat keluar daripada bilik pengantin baru. Tutup saja pintu bilik, Qistina merenung tajam ke arah Putri Risha.

"Kau saja nak kenakan dia en?"

"Apa? Aku cuma bagi balik tips yang dia pernah bagi kat aku dulu," Putri Risha mempamerkan riak wajah tak bersalah.

"So, tips tu berjaya tak? Maksud aku apa reaksi sebenar Fazril?" tanya Sarah.

"Dia kata aku gila."

"I see. Kau nak balas balik en?" teka Zalikha.

Putri Risha tersenyum senget. Bahu rakan-rakannya dirangkul erat sehingga membentuk satu barisan lurus.

"Chill, beb. Lagipun dia tak terlalu bodoh untuk buat semua benda yang aku ajarkan? Korang pun tahu tips tu tak masuk akal," kenyit Putri Risha, yakin 100.

Sarah menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Erhh, rasanya Tasya pun pernah cakap ayat macam ni."

"Dan kau buat, Sha."

Putri Risha pura-pura melihat siling. Kisah lama, takyahlah ungkit. Lagipun, dia terlalu bendul masa tu. Tak tahu nak bezakan benda yang memalukan diri sendiri atau cara betul untuk menggoda suaminya.

"Rest in peace, Tasya."

______________________________________

Alex berjalan tak tentu arah sambil memasukkan tangan ke dalam poketnya. Kaca mata hitam tak lepas jua daripada wajah. Tengah elok berfikir, tiba-tiba dia terlihat figura seorang gadis sedang diusik oleh beberapa lelaki di suatu sudut yang agak gelap.

Dah tahu malam, gatal pulak nak keluar. Bala tanggung sendiri. Alex malas melayan. Manusia yang suka cari masalah, tak patut dibantu. Itulah yang Alex fikirkan.

"Encik! Encik! Tolong saya!"

Si mangsa terjerit kuat seraya cuba melarikan diri daripada lelaki-lelaki yang menyentuh bahunya.

Alex buat endah tak endah. Sengaja dia menguap panjang menandakan dia malas ingin melayan. Orang pompuan, biasalah. Tak nak kena kacau tapi sibuk keluar malam-malam. Kau rasa? Sah sengaja cari 'penyakit'.

"Encik! Diorang nak rogol saya!"

Keluar saja perkataan 'rogol', langkah Alex terus terhenti. Segera ingatannya melekat pada wajah arwah adik-adik kembarnya yang telah dirogol secara bergilir-gilir. Pantang nenek moyang jiran sebelahnya dengar perkataan menjijikkan itu.

Dengan air muka yang dingin, Alex menapak ke arah belakang semula.Kelihatan si mangsa ditolak kasar sehingga jatuh di atas jalan tar.

"Woii!"

Seramai empat lelaki menoleh ke arah Alex bersama riak wajah yang kurang selesa. Kehadiran lelaki itu mengganggu mereka berempat untuk merasai 'hidangan sedap' di hadapan mata.

Alex tersenyum sinis. Dia berlari pantas ke arah sebuah kereta yang berada di tepi mereka lalu bahagian depan kereta tersebut dipijak kuat. Aksinya berjaya membuatkan dia melompat ke atas udara lantas flying kick diberikan tepat ke arah kepala seorang lelaki.

3 lagi lelaki tadi terkejut bukan kepalang. Kaki masing-masing terundur ke belakang. Gerun dengan riak wajah sang penyelamat yang datang entah dari mana.

Alex pula sudah mengukirkan senyuman sinis. Dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket, lelaki itu berjalan penuh bergaya ke arah 3 lelaki tersebut.

"Nama aku Alex dan semestinya korang...Arghhh!!"

Jalan punya jalan, tak tahulah macam mana kaki Alex boleh pula terpijak kulit pisang. Ini lah saat dia yang paling memalukan! Jatuh tergelincir masa tengah bercakap tentang kemegahan diri sendiri.

Itulah orang kata, jangan perasan sangat! Padan muka! 3 lelaki tadi saling berpandangan pelik. Dahi dah berkerut-kerut tengok gaya 'badut' jantan ni. Gaya macam acah lebih je.

"Ergh...shit! Sape buang kulit pisang kat sini?!" marah Alex, geram.

Dia bangkit bersama sakit di pinggang. Pistol yang sentiasa tersarung di balik bajunya dah terlepas dari pinggang. Mungkin akibat jatuh tadi.

Perlahan-lahan pistol di atas jalan tar dicapai semula. Tatkala itu, kedengaran suara-suara sumbang bercakap mengenai senjata di tangannya. Alex menoleh ke arah 4 sekawan yang telah bersatu semula.

"Korang tahu apa benda ni?" Alex mengecilkan mata dengan bibir yang tersengih, nakal.

"Ta...tahu."

"Ni pistol. Nak rasa tak peluru dia?" usik Alex.

"Tak nak!!"

Zappp!!

Lintang-pukang mereka berlari meninggalkan Alex. Sejahat-jahat mana pun diorang, pistol tak pernah lagi pegang. Sentuh pun takut. Mak kata dosa.

Amboi, korang nak rogol pompuan, mak tak kata dosa ke bang? Pernah tertelan spana boleh laras tak?

"Eisk eisk sakit..."

Alex tersentak.  Tengah malam macam ni ada hantu ke? Uwargh! Mummy tolong abang! Nak lari juga boleh?

#E-BOOK (COMING SOON) .




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro