92

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BEBERAPA HARI BERLALU...

Di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Semua orang ada di sini hari ini, Dato Idris, Tan Sri Raqib, bahkan Nathan dan Mia pun turut hadir sekali bagi menyambut kepulangan mereka ke Sabah beberapa minit lagi sebelum masuk ke balai pelepasan. Dengan waktu yang semakin suntuk, Tan Sri Raqib menetip pesanan pada Raf untuk menjaga Husna sebaik mungkin.

Manakala Raf pula hanya angguk dan mengiyakannya sahaja suruhan bapanya. Siap mengingatkan dia tentang beberapa paket kopi yang disuruh bawa sekali. Memaksanya untuk minum semasa waktu rehat di sana nanti. Almaklumlah, Raf ni kalau tak dipesan sudah tentu dia tak akan buat. Karang paket kopi yang dibelinya itu diberi kepada pekerja pula. Sudahlah mahal!

Raf yang malas hendak melayan kerenah bapanya hanya angguk kepala serupa burung belatuk. Apa-apa sajalah papa... keluhnya di dalam hati.

"Kamu ingat tu! Minum jangan tak minum. Kalau Mak Timah ikut sekali bolehlah papa pesan dekat dia untuk buatkan air itu setiap hari. Kamu bukannya boleh harap sangat. Nanti pergi buang pula." Bebel Tan Sri Raqib. Dah serupa menasihati anak sebelum masuk ke pagar sekolah.

"Ya, Raf takkan buang..." Jawabnya dengan nada meleret penuh sabar. Sesekali nafas ditarik dalam-dalam. Ceh, tengoklah sampai Semporna nanti memang dia sedekah sahaja kopi itu kepada pekerja. Tak berani ikut ajaran bapanya. Yang bukan-bukan sahaja.

"Husna, kalau dia buang kopi yang papa beri tu kamu report pada papa ya." Pesan Tan Sri Raqib, seolah-olah Husna adalah spy upahan yang dilantik untuk memerhati tindak-tanduk anaknya dari jauh.

Tersengih-sengih Husna angguk kepala menerima pesanan itu. Apalah yang penting sangat kopi itu dengan Raf agaknya? Sungguh buat dia tertanya-tanya.

"Pasal penceraian ayah dan Dijah, Husna janganlah risau ya. Pandai-pandailah ayah uruskan nanti.  Kamu duduk sahaja di Sabah itu tenang-tenang dengan Raf. Insyaallah kalau ada masa terluang, ayah akan ajak Raqib ke sana sekali melawat kamu berdua." Dato Idris bersuara.

Melihat dari raut wajah anaknya, dia tahu Husna tidak sabar untuk pulang ke Sabah. Namun dalam masa yang sama, terpapar sedikit kegelisahan pada mata coklat itu. Seakan ragu-ragu untuk meninggalkan ayahnya berseorangan di sini. Mungkin bimbang untuk melepaskan Dato Idris menyelesaikan halnya sendirian.

Kemudian, Tan Sri Raqib menepuk bahu rakannya. "Papa ada, papa boleh bantu ayah Husna selesaikan kes ini. Kita dah jadi satu keluarga sekarang. Kenalah saling membantu, kan?"

Tubir senyuman lebar dibibir Husna mendengar kata-kata bapa mertuanya. Kepala diangguk tanda setuju. Benar kata Tan Sri Raqib, sudah namanya keluarga haruslah saling membantu ketika. Tidak kiralah hal kecil mahupun besar.

"Terima kasih sangat-sangat, pa. Ayah pun jaga diri ya? Papa juga boleh tolong tengokkan ayah, kan?" Tanya Husna, pandangannya beralih ke arah Tan Sri Raqib yang sedang ketawa.

"Tentulah boleh. Kamu nak suruh papa tengok-tengokkan calon mak baru untuk kamu pun boleh juga." Sakat Tan Sri Raqib. 

Tanpa semena-mena lengannya ditumbuk lembut oleh Dato Idris di sisi. Husna mengemam bibir, menahan daripada meletuskan tawa. Lucu pula melihat persahabatan ayah dan papa.

"Kamu ni suka sangat nak merepek, Raqib! Daripada kau carikan jodoh untuk aku, baik kau cari jodoh untuk diri sendiri aje. Aku ini baru sahaja nak jadi duda, engkau tu yang dah bertahun-tahun jadi duda tak laku." Kata Dato Idris dengan nada mengejek.

Jatuh rahang Tan Sri Raqib mendengarnya. Dia berdecik penuh sinis sambil hidung mancung dicelek penuh rasa tercabar. Berani Sungguh Dato Idris mengatakan dia duda tak laku.

"Eh, siapa kata aku tak laku? Walaupun umur aku dah empat puluh lebih, tetapi ramai sahaja anak dara yang nak. Tapi kerana cinta dan sayang aku pada arwah Thalia masih belum padam, jadi aku setialah. Lagipun kau ingat anak-anak aku akan setuju kalau aku kahwin baru? Mahunya Raf serang majlis kahwin aku nanti bawa geng kampung dia." Ujar Tan Sri Raqib dengan nada bongkak. Bukan nak riak, cuma jujur sahaja.

Mata Raf terpejam sesaat.

"Pa..." Raf meleret suara. Cukup untuk Tan Sri Raqib faham.

Bibir bapanya automatik tersengih-sengih serupa kerang busuk. 

"Papa gurau sahaja." Katannya.

Tergeleng-geleng kepala Raf melihat Tan Sri Raqib.  Tiba-tiba rasa risau pula hendak tinggalkan bapanya bersama Dato Idris, kalau boleh nak angkut masuk sekali dalam beg bagasi. Takut jika dibiar tinggal bersama bakal ada yang terpengaruh rakan sebaya. Dan dia tahu akan cari siapa dahulu jika perkara itu terjadi.

Satu nafas dilepaskan perlahan. Baru hendak bersuara, tiba-tiba kedengaran suara daripada corong speaker membuat pengumuman. Mengingatkan para penumpang untuk berada diruangan menunggu sementara hendak masuk ke dalam kapal terbang.

Jelas sekali, mereka harus mengejar masa sekarang. Ralit berbual risau pula akan terlepas penerbangan.

"Masa dah tak banyak, jadi Raf cuma mampu pesan pada ayah dengan papa untuk jaga diri dan kesihatan baik-baik. Insyaallah Raf akan kerap balik ke KL untuk jenguk keadaan papa dan ayah. Dan jangan risau, Raf akan jaga puteri kesayangan ayah ni macam nyawa sendiri." Ucap Raf berungguh-sungguh.

Dato Idris mengangguk. Semakin yakin hati seorang bapa melepaskan anak perempuannya pergi bersama lelaki itu. Dia percaya, Husna akan baik-baik sahaja dalam jagaan suaminya.

"Kamu jangan buli dia pula ya. Mentang-mentang di sana papa tak ada, kamu mahu ambil kesempatan. Tapi kalau papa datang dan dia mengadu pasal kamu, siaplah!" Tekan Tan Sri Raqib sebagai satu amaran keras.

Husna tersenyum menang. Terus kepala melangut memandang Raf dengan kening terjongket-jongket. Dengar tu!

Raf mengecilkan mata merenung Husna. Bukan main suka wanita itu apabila papa berpihak kepadanya. Tak mengapa, tunggu sampai di Sabah nanti.  Tahulah siapa yang berkuasa di sana.

"Dan kau Nathan..." pandangan Raf beralih ke arah Nathan yang berdiri di samping Mia.

"Jaga syarikat aku baik-baik." Pesan Raf. Tegas dan serius.

Kening Nathan langsung berkerut. Dengan orang tua mereka bukan main lagi disuruh jaga diri, jaga makan, jaga itu dan jaga ini... tapi kenapa bila tiba giliran dia pula lain pesanannya! Tak adil!

"Aik, dengan papa dengan ayah kau pesan jaga diri. Dengan aku, kau suruh jaga syarikat. Nampak sangat kau pilih kaseh!" Kata Nathan, bibir mengetap tidak puas hati. Sampai hati Raf tidak ambil peduli tentangnya semenjak sudah berkahwin.

Bibir Raf mengherot penuh meluat. Terasa hati pula budak ni...

"Sebab aku tahu diri kau akan terjaga dengan Mia. Jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Ingat, kalau syarikat itu lingkup. Tahulah abang nak buat apa dengan kau." Katanya lagi, siap menyelit satu amaran keras.

Berderau Nathan mendengarnya. Tak berani nak buat hal. Dia sedang petang tanggungjawab yang besar sekarang.

"Yalah... ingatkan dah tak peduli pasal syarikat lagi." Gumam Nathan. Konon tak nak ambil kisah pasal kekayaan lagi, tapi takut juga kalau syarikatnya muflis. Nampak sangat jiwa Andikha Rafael masih tersisa di dalam diri abangnya.

Tatkala Husna hanya tersenyum memandang Nathan dan Mia. Mereka nampak seperti pasangan sejoli sangat hari ini. Warna pakaian pun sama. Tema cream. Pasti mereka merancang untuk pakai warna yang sama semalam.

Ceh, haritu kata benci. Alih-alih lain pula hari ini. Terpancar kebahagiaan pada Wajah Mia apabila Nathan berada di Kuala Lumpur semula. Sukalah tu!

"Mia, lepas ni bolehlah kau buat sweet dengan encik Nathan puas-puas di tempat kerja nanti. Kalau boleh ajak dia kahwin terus pun tak mengapa. Jangan lupa jemput aku." Bisik Husna di telinga Mia yang berdiri di tepinya.

Terus memerah pipi Mia apabila Husna berkata begitu. Tangan naik menutup mulut yang tersenyum-senyum. 

"Ish, janganlah cakap macam itu. Malulah!" Balas Mia, sama berbisik. Bahu Husna ditampar manja. Manakala Husna cuma ketawa. Malu tapi mahu sebenarnya, kan?

Sekejap Raf tunduk memandang jam tangan yang mengelilingi pergelangan tangannya kirinya. Mereka harus pergi sekarang. Lantas kepala kembali diangkat memandang Husna yang masih leka berbual dengan Mia.

"Nampanya kita dah nak kena masuk sekarang. Jom, koupusan!" Ajak Raf. Sesekali beg yang digalasnya diperbetulkan sebelum tangan kanan dihulur menanti sambutan isterinya.

Husna angguk kepala. Tangan Raf dipegang. Kemas genggaman mereka.

"Kami pergi dulu ya? Assalamualaikum." Ucap Husna, tangan dilambai-lambai sambil mengatur langkah pergi.

Mereka turut tersenyum dan membalas lambaian. Masih lagi tercegat, menunggu sehingga kelibat Raf dan Husna menghilang daripada pandangan mata kasar.

"Waalaikumsalam." Jawab Nathan perlahan. Suaranya bergetar. Namun sempat singgah ke telinga Mia yang berdiri disampingnya. Terus kepala Mia tertunduk mengintai wajah Nathan yang berubah sebak.

Mata birunya nampak berair.

"Awak menangis ke?" Tegur Mia, macam tak percaya pun ada. Tadi bukan main lagi bertikam lidah dengan abangnya serupa anjing dengan kucing.

Lekas Nathan buat-buat macho apabila mendengar teguran Mia. Nampak sangatkah dia sedih bila Raf meninggalkan Kuala Lumpur? Buat beberapa saat dia berdehem membetulkan suara.

"Tak adalah. Buat apa saya nak menangis untuk abang macam dia? Mata masuk habuk aje." Bohongnya. Air mata yang hampir menitis pada ekor matanya dikesat dengan ibu jari. Melihat Raf yang sudah tiba di hadapan pintu masuk, tiba-tiba buatkan dia teringat sesuatu.

"Bang! Balik Kl nanti jangan lupa bawa balik seafood!"












SEMPORNA SABAH

Kapal terbang yang dinaiki mereka akhirnya mendarat di Sabah. Perasaan yang amat teruja apabila melihat pemandangan daripada atas langit tadi. Sekali lagi, dia dapat jejakkan kaki di tanah Sabah. Tidak ada lagi perkataan pulang, kerana dia akan terus berada di sini selamanya dengan Raf. Mulakan hidup baru.

Hello, Sabah. I'm back! Jerit Husna di dalam hati. Turun sahaja daripada kapal terbang, mereka dijemput oleh pekerja peribadi Raf. Dibawa sehingga ke kawasan jeti, kemudian mereka menaiki pula bot persendirian selama beberapa jam dan barulah tiba di Ocean Resort.

Penatnya usah cakaplah.  Tetapi penat yang berbaloi!

Masuk sahaja ke kawasan Ocean Resort, mereka disambut mesra oleh semua pekerja. Ratna yang menjaga Resort ini selama mereka di Kuala Lumpur. Kini bolehlah Ratna pulang ke kampung semula dan berehat.

"Ini bilik abang dengan Kak Husna. Rehatlah puas-puas.  Kalau nak makan, call sahaja staff. Nanti mereka bawakan makanan." Pesan Ratna. Kad bilik diserahkan kepada Raf.

"Terima kasih, Ratna." Ucapnya. Ratna sekadar mengangguk kepala sebelum meminta diri untuk pergi.

Buka sahaja pintu bilik, Husna terus berlari masuk ke dalam setelah menanggalkan kasut. Mata terbeliak. Mulut melopong begitu luas. Terkejut. Besarnya bilik ini! Omelnya di dalam hati.

Siap ada dapur mini sendiri lagi. Ruang berehat di sebelah kanan, di situ ada televisyen dan beberapa sofa empuk. Bahkan di hadapan katil juga ada lagi satu televisyen. Katilnya bersaiz king. Di atasnya dihiasi dengan taburan kelopak bunga mawar berwarna merah yang masih segar. Dua kain tuala digubah menjadi bentuk angsa putih, sekali pandang lagi terlihat seperti bentuk love pun ada juga.

Bagaimana pula dengan bahagian balkoni? Terus kaki berlari anak menuju ke sana. Pintu gelangsar ditolak ke kiri dan kanan, lantas kaki melangkah berdiri di ruangan balkoni. Wah! Ada kolam.

Bahkan ada juga ruangan untuk mereka baring menikmati suasana Sunset. Manakala di sebelah kiri ada anak tangga yang boleh terus turun ke laut. Bahkan siap memiliki jetski terikat di tepi tangga itu. Dia boleh naik bila-bila masa sahajakah?

Ini bukan bilik premium lagi, ini bilik VVIP!

"Cantik tak bilik ni?" Soal Raf di belakang, dia meletakkan beg galas di atas katil sebelum menuju ke arah balkoni dengan bibir tersenyum-senyuman melihat keterujaan Husna.

Dengan pantas Husna mengangguk kepala. Bukan setakat cantik malah mewah sekali! Siapa sahaja yang tak suka?

"Cantik, kita akan tinggal di sini ke?" Soal Husna, dia berpaling memandang Raf yang tiba di sisinya.

Kepala diangguk-angguk tanda mengiyakannya.

"Ya, kita akan tinggal dekat sini. Bilik ni memang bilik abang. Sebab itu lain daripada bilik yang lain.  Bilik ni tak ada untuk tetamu hotel. Cuma untuk kita sahaja. Sebelum sampai sini abang ada pesan pada Ratna untuk tolong kemaskan bilik ini." Ujar Raf.

Oh, patutlah cantik bukan main dekorasi bilik ini. Sekilas Husna memandang katil King yang berada ditengah bilik. Pasti itu pun kerja si Ratna. 

"Pandai dia hias. Kita dah macam pergi honeymoon pula, kan?" Kata Husna. Wajah Raf dipandang. Tanpa sedar bibirnya terlepas cakap. Terus tangan naik menyentuh bibir.

Alamak, apa dia merepek ni? Mata membulat. Cepat-cepat Husna mengalihkan mata ke lain apabila melihat riak wajah Raf yang seakan-akan tidak percaya perkataan yang baru disebut sekejap tadi keluar daripada mulut seorang Puteri Husna.

Aduh, rasa macam nak tampar mulut sendiri.

"Tak, maksud saya... dekorasi bilik ni macam bilik suami isteri." Komen Husna, memperbetulkan semula ayatnya yang tadi.

Kening Raf makin berkerut.

"Kita bukan suami isteri ke?" Soalnya.

Husna terkedu.

"Tak, Eh ya! Tapi bilik ni serupa dengan bilik suami isteri yang macam drama tu. Yang cantik, yang sweet, yang..." Husna cuba mencari ayat. Fikirannya bercelaru, tidak dapat fokus apabila Raf merenungnya dengan pandangan begitu. Hot? Mungkin.

Cuaca di sini memang panas ke ek? Husna dongak memandang ke langit yang terang-benderang.

"Koupusan."

Ha, dia dah panggil. Husna sudah gugup. Perlahan dia menoleh menatap wajah Raf.

"Ya... ya?"

"Abang nak minta sesuatu boleh?" Pintanya.

Gulp!

Sesaat Husna telan air liur. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Kenapa pula ni? Tadi elok sahaja. Namun Husna buat-buat tenang. Tetap melemparkan senyuman seperti tiada apa-apa berlaku.  Waktu-waktu begini pula dia teringatkan bicara Raf beberapa hari yang lepas. Tentang perangai Lanun.

Roh Lanun dah mula merasuk ke?

"Na... nak minta apa?" Husna beranikan diri menyoal.

"Dekat sini jangan panggil abang, abang boleh?" Soalan berbalas soalan. Terus kening Husna bercantum pelik. Hilang sekejap gugupnya. Mengapa pula?

"Tapi bukan ke abang yang suruh Husna panggil abang, abang semasa di KL hari tu?" Sengaja Husna mengingatkan Raf. Manalah tahu jika dia lupa.

Raf tersenyum senget.

"Itu di KL.." dia mara beberapa langkah mendekati Husna. Kedua-dua belah bahu isterinya ditarik pusing menghadapnya.

"Sekarang kita di Semporna. Jadi Andikha Rafael abang dah tinggalkan di Airport, yang ada di hadapan mata sekarang Mr Pirate, cinta pertama koupusan." Sambungnya. 

Tanpa sedar Husan tergelak kecil. Apa dia? Andikha Rafael tertinggal di Airport? Jadi yang berada dengannya sekarang ini adalah orang lainlah?

Ish, ish, ish... kesian suami sendiri kena tinggal. Bisik Husna di dalam hati.

"Jadi kiranya sekarang Husna sedang curang ke? Kalau Andikha Rafael tahu, tentu dia kecewa." Ujar Husna, buat-buat bersimpati keatas nasib si Andikha Rafael.

Malah Raf menjuih bibir dengan mimik muka berlagak.

"Siapa suruh dia jadi orang kedua? Dekat sini, koupusan milik abang Lanun. Jadi fokus pada Lanun. Lupakan Rafael. Dia tak setanding abang." Katanya begitu yakin. Siap mencelek hidung mancungnya konon tunjuk hebat.

Husna ketawa.

Tergeleng-geleng kepalanya melayan perangai suami sendiri. Aneh-aneh sahaja si Raf ni. Ops! Silap. Lanun sebetulnya sekarang.

Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan oleh Husna.

"Baiklah, abang Lanun. Sekarang ni, kita nak buat apa?" Tanya Husna, dia memeluk tubuh sambil melangut kepala memandang Lanun yang sedang memikirkan jawapan. Hari pertama mereka di sini, takkan mahu terus bekerja? Nak kemas bilik? Bilik ini sudah terlalu kemas. Mungkin Lanun ada cadangan yang lain.

Dan tiba-tiba bibir Lanun tersenyum nakal. Matanya mengecil. 

"Buat sesuatu yang kita tak pernah buat di KL.." Katanya dengan suara menggoda. Kedua-dua belah tangannya terus meraih pinggang Husna, menarik rapat ke tubuhnya. Perlahan kepalanya menunduk, terasa hidung mereka saling berlaga antara satu sama lain.

Baru sahaja bibir Lanun hendak menyambar ke pipi, terus tangan Husna melekap ke dada tegapnya. Semerta menghentikan tindakan lelaki itu. Kening Raf berkerut. Dia memandang wajah Husna dengan tanda tanya.

"Err... awak nak air kelapa tak?" Entah kenapa tiba-tiba Husna teringat ada pak cik jual air kelapa di jeti tadi. Cuaca panas macam sekarang memang elok sangat minum air kepala. Menyegarkan. Tak begitu?

Husna telan air liur. Lama wajahnya ditenung. Makin buat dia tak keruan.

"Koupusan seram dengan abang ke?" Soalnya, bibirnya menyenget. Seksi sekali. Memang roh Lanun dah rasuk ni! Ustaz mana ustaz?! 

Pantas Husna geleng kepala.

"Tak, mana ada! Saya cuma tanya aje. Sebab kitakan baru sampai? Manalah tahu kalau awak dahaga. Tadi saya nampak ada orang bajau naik bot dekat jeti sedang jual air kelapa." Ujar Husna, walaupun dia cuba untuk nampak tenang. Namun suaranya tetap sahaja kedengaran sedikit gementar.

"Hmm..." Raf diam seolah-olah sedang memikir.

Husna masih sabar menunggu.

"Boleh juga." Balasnya.

Terus bibir Husna tersengih.

"Saya pergi beli ek? Awak mandilah dulu."

Raf angguk kepala. Tangannya yang berada di pinggang Husna perlahan-lahan jatuh ke bawah.

"But no sugar, okay?" Pesan Raf. Dia memang tak gemarkan air kelapa yang dicampurkan gula.

Terus Husna menabit tangan ke dahi.

"Aye, Aye captain!" Jerit Husna tanda menerima arahan.

Raf tersenyum lebar. Kepala Husna yang masih berlapikkan tudung sarung itu digosok-gosok manja. Comel.

"Thanks, koupusan." Ucapnya seraya dahi Husna dikucup sebagai tanda upah daripadanya.

"You' re welcome, Mr pirate."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro