93

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                  SEPERTI yang dipesan, air kelapa tidak ditambahkan gula. Buah kelapa yang telah siap dipotong bahagian atasnya. Semasa perjalanan menuju ke bilik tadi sempat jugalah Husna curi-curi sedut sekali dua.  Manis betul. Teringat pula buah kelapa yang Odu jual, sama manis dan segar seperti yang ini. Minum pula pada waktu panas terik, memang menyejukkan tubuh badan semula.

Sebaik sahaja kad dilekapkan ke touch screen di pintu, terus Husna memulas tombol pintu lalu ditolak. Salam diberi sambil kaki kanan melangkah masuk ke dalam bilik setelah selipar ditanggalkan.

"Lanun?" Kening Husna automatik berkerut. Segenap bilik yang kosong itu diperhatikan. Ke mana pula si Lanun ni pergi? Tadi dia juga yang nak air kelapa.

Kaki meluru ke arah bilik air. Pintu ditolak separuh. Lantai tak basah. Bermakna lelaki itu tiada di sini. Husna kembali ke arah katil. Ada T shirt coklat dan seluar yang dipakai oleh Lanun dibiarkan tersadai di situ. Dia tukar pakaian tetapi tidak mandikah?

Husna semakin tertanya-tanya. 

Pandangan beralih pula ke arah beg bagasi yang berada di penjuru bilik. Zipnya terbuka. Jelas sekali Lanun ada mengambil pakaiannya tadi.

DEBUSH!

Bunyi percikan air daripada arah balkoni menarik perhatian Husna. Laju kepalanya berpaling ke arah pintu gelansar yang sengaja dibiarkan ternganga. Langsir di kiri dan kanan terhuyung-hayang ditiup angin laut yang tidak kuat mana. Lantas Husna terus menapak ke situ bersama buah kelapa yang masih berada ditangannya.

Lah?

Terus jatuh bahu Husna apabila sudah melihat kelibat suaminya yang dicari-cari sejak tadi. Lelaki itu sudah terjun ke laut dahulu rupanya, siap mengenakan T shirt nike swim lengan panjang berwarna hitam sekali seluar.

Laju juga si Lanun ni berenang, tahu-tahu sudah sampai ke tengah air laut yang agak dalam. Adakala dia menyelam beberapa kali. Menghilang sekejap daripada pandangan mata Husna yang memerhati daripada jauh. Dan kemudian muncul semula di permukaan air setelah beberapa minit dengan nafas tercungap-cungap mencuri oksigen semula. Rambut putihnya yang basah melekap ke dahi diraup ke belakang.

"Lanun!" Jerit Husna sedikit kuat.

Lanun pusing ke belakang.

"Air kelapa!" Katanya sambil mengangkat buah kelapa yang dipegangnya tinggi-tinggi. 

Lanun angguk kepala tanda faham. Tangan diangkat seakan memberi isyarat menyuruh Husna tunggu di situ sementara dia berenang kembali ke bilik semula.

Lenguh memegang buah kelapa yang sedikit berat itu, lantas Husna meletakkan buah kelapa itu di atas meja bulat yang berada di tepi kolam. Salah satu kerusi ditarik lalu dia melabuh punggung di situ. Tergeleng-geleng kepala Husna bersama senyuman melihat Lanun yang seronok benar berenang di bawah sana.

Nampak sangat si Lanun rindu dengan laut.

Sampai ditangga, Lanun terus naik ke balkoni. Menitis-nitis air laut daripada tubuhnya jatuh mengena lantai. Rambut yang diraup tadi kembali melekat ke dahinya yang basah. Dia menapak ke arah kerusi di tepi Husna, melabuh punggung di situ. Tekak terasa dahaga, dengan selamba buah kelapa itu diambil lalu diminum.

"Ermm, rindunya air kelapa." Gumamnya sambil memejam mata buat sesaat. Sungguh mengubati kerinduannya yang sebelum ini.

Hendak tergelak pun ada Husna mendengar.

"Dekat KL pun ada air kelapa. Awak aje yang tak nak beli." Kata Husna.

"Memang ada, tapi tak sama. Susah nak cari buah kelapa yang original manis macam ini di KL." Ujarnya kemudian menyedut air kelapa itu sekali lagi.

Tatkala Husna hanya menatap lelaki itu sambil tangan menongkat dagu di atas meja. Bibir tersenyum-senyum. Kenapalah suami aku ni handsome sangat? Minum air kelapa pun dah attractive. Husna berdecik kecil. Boleh pula otaknya berfikir sampai ke situ.

Lama wajah Lanun diperhatikan. Baru sekejap mandi laut, pipi putihnya sudah nampak kemerah-merahan dek kerana terkena panas matahari. Perlahan kening Husna menyatu ke tengah.

"Muka awak dah naik merah. Awak pakai sun screen ke tidak? Sudahlah mandi laut waktu panas terik." Tegur Husna, nada suara berubah seperti mak-mak sedang marah pun ada.

Malahan Lanun menggeleng kepala. Buah kelapa diletakkan ke atas meja semula.

"Tak, abang tak pakai. Abang dah biasa dengan panaslah, koupusan. Sekejap lagi hilanglah merah ni." Tenang sekali dia menjawab.

Mata Husna membulat serupa tidak percaya.

"Mana boleh macam itu! Dulu kalau Husna tak pakai topi waktu panas bukan main lagi awak merepek. Takut terkena strok habalah, itulah, inilah. Apa? Ingat lelaki tak perlu pakai sun screen ke?"

"Nanti abang pakailah."

Husna geleng kepala.

"Tak, awak takkan pakai selagi tak dipaksa. Tunggu sini!" Arahnya. Husna langsung bangkit daripada kerusi menuju ke dalam bilik. Tidak sampai beberapa minit, dia kembali semula ke balkoni dengan botol sun screen di tangan.

Kerusi ditarik mendekat dengan Lanun, kemudian dia melabuh di situ. Tanpa menunggu lama, krim Sun screen itu disapukan ke wajah Lanun. Bahkan Lanun juga tidak menghalang. Siap menadah muka membiar Husna melakukan kerjanya. Bibir tersenyum-senyum suka.

Tanpa sedar anak mata hazel dan biru itu hanya melekat pada laman wajah serius Husna saat sedang meratakan krim di wajah lelaki itu.

"Makin malas abang nak pakai sun screen kalau Husna buat macam ini." Kata Lanun dengan nada nakal.

Kecil sahaja pandangan Husna saat ini.
Tanpa semena-mena lengan kiri Lanun menjadi sasaran cubitan ketamnya. Kedengaran lelaki itu mengaduh sakit membuatkan hatinya terasa puas hati. Namun tak sampai beberapa saat, Lanun ketawa. Nampak sangat cubitan tadi tidak memberi sebarang rasa sakit baginya.

"Suka main-mainkan awak ni!"

Kepala Lanun terangguk-angguk. Senyuman nakal masih beraja di bibir mungilnya.

"Dah pandai main cubit-cubit."

"Daripada dulu lagi saya pandai." Jawab Husna penuh lagak.

Sekonyong-konyong bibir Lanun menyenget. Namun mengapa pandangan itu buatkan jantungnya berdegup-degup.

"Tak mengapa, sekarang cubitlah puas-puas. Abang tak kesah. Tunggu turn abang, abang pula yang jadi ketam." Katanya dengan suara berbisik menggoda.

Automatik wajah Husna terasa berbahang. Mata berkelip-kelip. Tak senang duduk dia dibuatnya apabila terkena panahan renungan mata biru dan hazel itu. Lantas botol sun screen itu cepat-cepat ditutup setelah selesai digunakan.

"Malas saya nak perangai awak!"  Baru hendak bangun melangkah masuk ke dalam bilik untuk menyimpan botol itu semula, tangan Lanun lebih laju menangkap pergelangan tangannya. Buatkan langkah Husna terpasung di situ. Seolah-olah menghalang dia daripada melarikan diri.

Ah, sudah...

Kenapa ni?

Husna berpaling memandang Lanun yang mula berdiri. Kepala ikut melangut sekali.

"Jom." Ajaknya secara tiba-tiba. 

Kening Husna berkerut pelik. Sekilas dia memandang sekeliling.  Macamlah ada jawapan 'jom' yang dimaksudkan itu apa?

"Jom pergi mana?" Tanya Husna dengan muka penuh tanda soal.

Tatkala anak mata Lanun bergerak-gerak ke arah kiri seperti menunjukkan sesuatu. Lantas kepala Husna menoleh ke arah yang ditunjukkan. Cuma ada jetski yang terikat di tepi tangga untuk turun ke laut. Tentu Lanun hendak mengajak dia naik jetski keliling pulau semporna.

Dengan pantas Husna geleng kepala. Bukannya mahu menolak tetapi...

"Tak mengapalah, awak naiklah seorang. Saya belum tukar baju lagi." Ujar Husna, sekejap tunduk memandang pakaiannya yang masih mengenakan blouse berwarna biru gelap dengan seluar palazzo hitam. Bukan pakaian yang sesuai untuk mandi laut. Apatah lagi naik jetski.

Namun, dia tak rasa Lanun akan menerima alasan remeh sebegitu.

"Ini bukan swimming pool yang ada rules, koupusanku. Kalau ada pun, ikut rules abang. Jadi jangan sia-siakan masa yang kita ada!" Kata Lanun kemudian terus menarik tangan Husna tanpa sempat wanita itu menghabiskan bicaranya. Kaki terpaksa bergerak laju mengikut langkah Lanun menuruni anak tangga menuju ke laut.

Tahu-tahu mereka berdua sudah berada di atas jetski. Botol sun screen pun tak sempat letak di atas meja tadi. Aduh, seumur hidupnya dia tak pernah lagi naik jetski. Tetapi selalu juga lihat orang lain naik memecut laju di atas air. Husna semakin gelisah.

Nak turun pun dah tak sempat. Enjin sudah dihidupkan.

"Ready, koupusan?" Kedua-dua belah tangan Lanun sudah bersedia hendak memulas minyak.

"Boleh tak kalau bagi saya letak... lANUN!!!" Terjerit kuat Husna dibuatnya apabila jetski tiba-tiba memecut laju tanpa sempat menunggunya untuk bersedia. Cepat-cepat tangannya memeluk pinggang Lanun daripada belakang apabila terasa dirinya hendak jatuh dirempuh angin laut. Kuat. Biar senak perut lelaki itu, siapa suruh bawa laju-laju?

Sedangkan Lanun pula mengekek ketawa.

Separuh bajunya sudah basah terkena percikan air laut saat Lanun membuat putaran 360 darjah. Melambung-lambung jetski yang dinaiki mereka dengan kelajuan yang dibawa. Namun Lanun tetap nampak tenang mengawalnya. Manakala Husna dibelakang pula yang terjerit-jerit serupa sakaratul maut mengejar dari belakang.

Pada mulanya memang agak takut kerana tidak terbiasa. Akan tetapi, saat Husna cuba memberanikan diri untuk mengangkat wajah mengamati pemandangan pulau semporna yang sedang dikelilingi mereka, sedikit demi sedikit perasaan takut itu reda. Dan kini berganti dengan perasaan teruja.

Dari sini dia dapat lihat beberapa gunung yang kelihatan kecil jauh nun sana. Malah ada beberapa bot yang sedang membawa pelancong bersiar-siar. Ada juga bot orang kampung yang sedang menjual hasil laut kepada pelancong.

Lanun tunduk sekilas memandang  tangan yang memeluk kuat pinggangnya tadi mula bertukar lebih lembut. Terasa kepala Husna melentok ke bahunya dari belakang. Tiada lagi jeritan kedengaran di belakang. Kalau ada cermin di sisi dan kanan jetski ini, pasti dia dapat melihat wajah Husna yang sedang mengamati pemandangan sekeliling mereka.

Dalam diam Lanun menahan bibirnya daripada tersenyum.  Namun hidung mancungnya sudah memerah. Lantas kelajuan jetski bertukar sedikit perlahan supaya Husna boleh menikmati ketenangan air laut biru pulau semporna.

"Tenangkan?" Lanun bersuara.

Husna angguk kepala. Ya, dalam suasana haru-biru tadi pun dia masih boleh mendapat ketenangan saat menatap air laut ini.

"Tenang sangat-sangat. Cantik."Komen Husna.

Lanun tersenyum kecil.

"Mesti lagi tenang kalau kita dapat tengok Sunset, kan?" Ujar Lanun.

Husna berdecik kecil.

"Sekarang baru petanglah. Lambat lagi nak tiba waktu senja. Takkan nak keliling pulau dengan jetski sampai nampak matahari terbenam?"

"Tapi kalau nak, kita boleh kejar sunset tu."

"Mana boleh kejar. Kejap lagi nak solat asar. Selepas tu waktu maghrib ada buat makanan di buffet. Ratna beritahu staff ada buat majlis untuk sambut kedatangan bos baru mereka. Takkan awak tak nak datang? Kecewa mereka nanti tau!"

Tergelak Lanun mendengar bebelan Husna dari belakang. Tahu pula Husna kesian jika kesungguhan pekerjanya tidak dihargai.

"Sebab tak nak kecewakan merekalah, abang dah pesan pada Ratna untuk tangguhkan majlis itu ke hari ahad nanti. Abang beritahu dia yang abang nak tunaikan permintaan Husna dahulu. Sebab abang takut kalau permintaan itu terhalang dengan jadual kerja abang." Ujarnya.

Kening Husna bertaut pelik. Permintaan? Permintaan apa yang dia buat? Kenapa dia sendiri tak ingat?

"Permintaan yang mana satu?" Soalnya. Kepala mengintai sedikit melihat wajah Lanun yang masih fokus memandu jetski. Ada senyuman penuh makna muncul di bibir lelaki itu sebagai satu jawapan. Lama Lanun diam seakan sedang berfikir.

"Hmm, Husna rasa siapa yang patut pandu nanti. Koupusan atau abang?" Soal Lanun tanpa menjawab terlebih dahulu soalan Husna sekejap tadi. Makin berkerut muka wanita itu dibuatnya. Pandu apa pula ni? Sekejap otaknya cuba memproses data di dalam kepala.

Dan saat teringatkan sesuatu, automatik riak wajah Husna berubah terkejut. Anak mata membulat. Sepasang kening spontan terangkat ke atas. Biar betul?! Takkanlah...

"Maksud awak... benda tu ada dekat sini?!" Soal Husna seolah-olah tidak tidak percaya. Sengaja perkataan benda itu ditekan. Dia pasti Lanun faham akan benda yang dimaksudkan, kerana itu bibir Lanun tersenyum melebar.

Tangan terus naik menekup mulut yang terlopong luas. Telinga sempat menangkap suara Lanun yang tergelak melihat reaksinya. Jadi benarlah tekaan dia tadi!

"Serius?!!"












                    "CHECKMATE!" Sorak Tan Sri Raqib apabila dapat menangkap kepingan yang sedang mengancam raja. Buat kali ke lima, dia menang dalam permainan catur. Dan buat kali ke lima juga, Dato Idris meratapi kekalahan yang tidak disengajakan. Tercuai sesaat sahaja, terus rakannya buka langkah.

Dato Idris berdecik penuh tidak puas hati. Papan catur ditolak menjauh. Asyik-asyik dia sahaja menang! Tahulah masa sekolah dahulu dia juara permainan catur. Tak sangka pula sampai ketua masih hebat.

"Bosanlah. Asyik kau sahaja yang checkmate sejak tadi." Rungut Dato Idris, tubuh dipeluk lalu tubuh direhatkan ke kerusi. Jauh pandangan dilemparkan ke arah halaman rumah milik Raf yang kini didiami olehnya.

"Alah, kau ni... dah tua-tua pun nak merajuk sebab kalah." Ejeknya. Buah catur disusun semula di atas papan.

Malah Dato Idris menjeling. Ceh, mentang-mentanglah dia menang selepas itu kata orang merajuk pula!

"Malaslah nak main lagi. Kau tiada ke aktiviti lain yang sesuai dengan umur kita ni?"

"Ini aje yang paling seronok pun. Kita ni tak boleh main benda yang berat. Nanti timbul penyakit, anak-anak juga yang susah. Lagipun sekarang ajelah peluang aku nak rehat. Daripada muda sampai sekarang aku asyik bekerja. Kalau Raf tak setuju nak ambil resort tu, tak ada maknanya aku dapat main catur ni." Kata Tan Sri Raqib.  Lama dia pendam mahu main catur semula tahu? Inilah masanya untuk main sepuas hati.

Waktu masih bekerja dahulu masa rehat yang ada terlalu singkat. Jangankan kata main catur, nampak catur pun tak pernah!

Dato Idris menghela nafas seketika. Dia juga tidak menafikan perkara itu. Nak duit banyak, kerja pun perlu banyak. Tetapi masa? Terlalu sedikit untuk mereka berehat daripada memikirkan tentang hal kerja.

Tetapi bila Tan Sri Raqib menyebut tentang Raf, dia mula terfikirkan sesuatu. Pandangan kembali ke arah rakannya yang masih ralit menyusun buah catur.

"Bercakap tentang Raf, kau rasa dia okay sahaja ke dengan kerja tu?" Soalnya. Buatkan kening Tan Sri Raqib berkerut tidak faham. Dia mengangkat muka memandang Dato Idris sebaik sahaja selesai menyusun.

"Maksud kau?"

"Yalah... kau pernah cakap, yang Raf tu lebih suka hidup bersederhana. Kalau tidak, tak adalah dia jual air kelapa dahulukan? Dan tiba-tiba kau suruh dia ambil alih resort tu semula. Sudah tentu masa yang dia ada dah tak sama macam dahulu. Dia akan jadi lebih sibuk." Ujar Dato Idris. 

"Dan setahu aku, Raf tu utamakan keluarga. Aku boleh nampak yang dia sentiasa mahu dahulukan Husna dalam apa jua benda sekalipun. Dia tak kesah tentang kekayaan atau harta dunia. Tapi kau tak rasa ke? Kerjanya yang sekarang, akan ubah kehidupan anak kau? Contohnya... dia akan kembali utamakan kekayaan dahulu daripada keluarga?" Sambung Dato Idris, wajah Tan Sri Raqib dipandang mahukan jawapan.

Sedangkan Tan Sri terdiam.

Dia tak pernah fikirkan soal itu sebelum ini. Dia cuma... mahu Raf bekerja seperti dahulu. Dan tujuan sebenarnya adalah kerana mahu mengubah pemikiran Raf yang menyangka bahawa kerjayanya penyebab dia lalai pada keluarga.

Itu sahaja.

"Nathan boleh sahaja, kenapa tidak dengan Raf?"

"Mereka lain, Raqib. Nathan tu baru sahaja nak berjinak-jinak dengan kerja ni. Raf tu pula dah ada pengalaman baik dan buruk. Dan tentulah dia akan pilih kehidupan yang lebih baik untuk dia daripada pilih yang buruk."

"Jadi kau nak beritahu aku yang... kerja di resort tu adalah pilihan buruk untuk Raf? Begitu?" Soal Tan Sri, suaranya agak kedengaran tidak berpuas hati. Seakan-akan Dato Idris sedang meletakkan kesalahan kepada dirinya. Namun dengan pantas Dato Idris menggeleng menafikannya.  Bukan itu maksud yang dia mahu sampaikan.

"Bukan itu maksud aku, tapi apa yang aku nak beritahu kau adalah... kau perlu tanya dia sendiri, mana satu pilihan yang dia rasa terbaik untuk hidup dia dan Husna." Ujar Dato Idris, kali ini lebih jelas. Harap-harap Tan Sri Raqib dapat menangkap maksud sebenar yang cuba diberitahu.

Dan kemudian Dato Idris menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus sebelum kembali bersuara.

"Aku tahu, kau sentiasa nakkan yang terbaik untuk anak-anak kau. Begitu juga dengan aku, Raqib. Tapi kita tak sedar satu perkara, kita asyik nak mereka ikut terlunjuk arah kita tanpa kita tanya terlunjuk arah mana yang mereka mahu pilih."

Tan Sri Raqib terdiam sekali lagi. Kepala menunduk ke bawah. Kepala seakan sengaja mengimbas kembali detik-detik dia memaksa Raf menerima Ocean Resort itu semula, tanpa sedar sekali pun dia langsung tidak pernah bertanya tentang kehidupan yang Raf inginkan. 

Tiba-tiba terasa bahu kanannya ditepuk-tepuk perlahan. Menarik perhatiannya memandang Dato Idris yang duduk di hadapannya kembali.

"Cukuplah aku yang dah buat silap. Jangan kau pula Raqib." Pesannya lembut.

Tiada kata-kata yang keluar daripada bibir Tan Sri Raqib saat ini. Lidah terasa kelu. Sangkakan selama ini tindakannya sudah betul, rupa-rupanya masih ada silap yang buatkan dia terleka.

"Aku..." Baru hendak bersuara, kemunculan Mak Timah dengan dulang berisi dua cawan kopi ke meja catur mereka mengalihkan perhatian. Terus topik tadi dilupuskan sebentar. Papan catur dialihkan ke tepi, memberi ruang untuk Mak Timah menaruhkan dulangnya di situ. 

"Nah, kopi!" Dua cawan kopi diletakkan ke atas meja. Satu cawan untuk Dato Idris, satu lagi untuk Tan Sri Raqib. 

Setelah meletakkan cawan, kemudian dulang itu dipeluk. Mak Timah tidak terus beredar. Masih tercegat di situ sambil bibir tersenyum-senyum.

Sekejap Tan Sri Raqib dan Dato Idris saling berpandangan. Kenapa pula dengan Mak Timah ni? Sesuatu sahaja senyumannya itu. Nak minta gajikah? Rasanya baru seminggu lepas dah dapat gaji daripada Raf.

"Kenapa Timah senyum macam itu?" Tegur Tan Sri Raqib sambil air kopi dicapai lalu dihirup perlahan. Sesaat keningnya berkerut. Kenapa macam pernah rasa ya kopi ni?

"Itu kopi tongkat ali, Tan Sri."

Purghhh!!

Tersembur Tan Sri Raqib mendengarnya. Tanpa semena-mena wajah Dato Idris yang terkena akibatnya. Habis mukanya basah. Rasa menyesal pula duduk di hadapan rakannya. Cepat-cepat cawan kopi itu ditaruhkan ke atas meja. Bibir yang agak comot dilap menggunakan kain meja. Itu sahaja kain paling dekat yang ada!

"Kenapa..."

"Sekejap!" Mak Timah mengangkat tangan kanannya. Memberi isyarat untuk Tan Sri Raqib diam sebentar sementara dia hendak memberi penjelasan. 

"Ini arahan daripada Raf, dia yang suruh saya buatkan untuk Tan Sri. Dia cuma bawa sepaket sahaja kopi itu, selebihnya dia tinggalkan dekat rumah. Jadi daripada membazir tiada siapa yang minum, baik saya hidangkan untuk Tan Sri dengan Dato. Dia cakap, umur macam Tan Sri lebih memerlukan." Ujar Mak Timah.

Tatkala Dato Idris sudah mengekek ketawa mendengarnya. Lucu melihat Tan Sri Raqib yang terkena oleh anak sendiri. Jelas sekali muka rakannya sedang tahan geram.

Bibir diketap-ketap. Hish, Raf ni! Orang suruh dia minum, dia suruh aku minum pula! Desis hati Tan Sri Raqib. 

"Bertuah punya anak! Kau tengoklah, Idris. Aku belum sempat tentukan hidup dia, dia dah tentukan hidup aku dahulu!"

Dato Idris ketawa lagi.

"Siapa suruh kau paksa dia? Kan dah kena balik."ejeknya.

Tan Sri Raqib mendengus kecil.

"Nak cucu pun salah ke?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro