94

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                  USAI mengaminkan doa, Husna langsung bangkit daripada sejadah. Kain telekung dibuka kemudian disangkut pada tempat yang sedia ada. Sesekali rambut panjangnya yang sedikit serabai dirapikan. Anak mata mengerling sekilas ke arah pintu. Tidak pula kedengaran jejak kaki seseorang daripada luar.

"Pergi ke mana pula suami aku ni?" Gumam Husna sendirian.  Sebelum solat asar tadi, Lanun ada beritahu yang dia ingin ke sesuatu tempat. Tetapi hendak dekat lima belas minit juga dia keluar, sampai sekarang masih belum pulang. Ah, mungkin dia ada kerja yang perlu diselesaikan.

Husna menapak ke arah katil lalu melabuh punggung di situ. Wayar pengecas ditanggalkan daripada telefonnya. Bateri full. Bibir automatik tersenyum lebar. Sejam juga dia membiarkan telefon dicas, langsung tak diusik. Entahlah jika ada mesej penting masuk atau tidak.

Sebaik sahaja skrin bercahaya. Terpapar beberapa noti mesej daripada Mia dan Papa. Hmm, mana satu nak tengok dulu ya?

Husna jongket bahu. Papa dululah. Mungkin papa sekadar mahu bertanya khabar perjalanan mereka ke Ocean Resort selamat.

"Kamu berdua dah selamat sampai ke?"
-PAPA

Husna mengulum senyuman kecil sebelum jari-jemarinya menari-nari di atas skrin. Membalas semula mesej itu.

"Alhamdulillah, dah lama sampai. Bateri habis tadi. Tak sempat nak maklumkan pada papa."

Tidak sampai beberapa minit, mesejnya dibalas. Terangkat kening Husna apabila menerima notifikasi itu. Laju betul papa taip.

"Raf ada dengan kamu ke sekarang?"

Kening Husna berkerut sesaat ketika membacanya. Namun, mesej tetap dibalas.

"Tak ada. Dia keluar sekejap."

Kali ini Tan Sri Raqib tidak membalas dengan teks. Malah menghantar dua emoji mata menjuling ke atas serupa mimik muka menyampah. Terus tangan Husna naik menyentuh bibir yang tertawa kecil.  Alahai, kenapalah bapa mertua aku ni comel sangat?

Mahu sahaja Husna bertanya mengapa Tan Sri Raqib menghantar dua emoji itu, namun tatkala melihat ada perkataan typing muncul. Husna menunggu.  Pasti ada lagi yang papa belum katakan.

Sementara menunggu mesej daripada Tan Sri Raqib, Husna membaca mesej daripada Mia pula. Membulat biji matanya apabila melihat deretan mesej yang panjang. Ingatkan bila dah ada Nathan di hadapan mata takkan sentuh telefon lagi. Tapi sama juga.

"Haih, apa pula masalah minah ni?" Husna tunduk membaca mesej-mesej yang dihantar.

"Husna! Kau cakap kalau dia kerja di sini, aku boleh berkepit dengan dia lama-lama! Tapi dia nampak macam lagi sukakan kerja daripada aku." -Mia

"Dia tegur aku semasa di Airport itu sahaja, selepas itu langsung tak ajak aku keluar makan. Sudahlah aku pakai cantik-cantik hari ni!"-Mia

"Begini ke kau semasa bercinta dengan Mr Pirate kau tu? Mestilah tidakkan? Mana mungkin Tuan Andikha abaikan kau walaupun cuma satu saat. Tapi kenapa adik dia tak macam abang!"- Mia

Husna hanya mengekek ketawa membaca mesej-mesej itu. Semuanya tentang luahan perasaan.  Dah serupa diari pula tempat mesej ini. Kepala digeleng-geleng perlahan. Ingatkan sudah habis tetapi ada lagi rupanya.

"Ha, lega juga dapat luah dekat kau. Kau macam mana? Tengah buat apa? Ops, kenapa aku tanya kau tengah buat apa pula? Ish, aku pula yang malu. Hihi."

Terjuih bibir Husna membaca ayat terakhir itu dengan muka tak percaya.  Seakan-akan dapat menghidu apa yang bermain di fikiran gatal Mia sekarang biarpun jarak mereka jauh. 

"Kau ni..."

Ting!

Baru mahu menaip, timbul notifikasi mesej daripada papa. Laju sahaja tangan Husna menekan.

"Nasib dia baik sebab tak ada dengan kamu sekarang. Papa baru sahaja nak suruh Husna pulas telinga dia kuat-kuat.
Hish, geram papa masih belum habis. Tunggulah, nanti papa akan datang Semporna. Papa akan tarik telinga dia sampai capang!"

Wow! Apa yang sudah jadi sebenarnya ni? Husna ketawa lagi. Si Lanun ni memang nakal betul. Entah apalah yang dia buat pada Tan Sri Raqib sampai begini sekali geramnya. Terniat juga ingin bertanya, namun saat kedengaran tombol pintu dipulas lalu dikuak oleh seseorang daripada luar, langsung kepala Husna berpaling ke arah pintu.

Ha, panjang umur!

Muncul juga lelaki itu akhirnya. Lantas telefon canggih ditaruhkan ke atas meja sebelum Husna bangkit meluru ke arah Lanun.

"Awak pergi mana? Tadi Husna mesej dengan papa, papa cakap..." Belum sempat Husna menghabis ayat lagi, jari terlunjuk Raf sudah melekap dibibir tanda menyuruhnya untuk diam seketika.

Husna terkesima. Mata berkerdip buat beberapa saat.

"Pakai tudung. Ikut abang pergi jeti." Arah Raf begitu selamba selepas perbuatan tadi. Cerita tentang papa itu taruh untuk kemudian hari sahaja. Hari ini dia cuma mahu Husna fikirkan tentang mereka. Cuma Lanun dan Husna. Tiada orang lain.

"Huh?" Sedangkan Husna pula masih lagi terpinga-pinga. 

Lambat menunggu Husna menangkap maksud, lantas pintu almari di sebelah kanannya dibuka Lanun. Selendang berwarna kelabu dan skarf yang tergantung pada penyangkut itu dicapai kemudian diserahkan kepada Husna.

"Pakai tudung." Sekali lagi Raf mengarah. 

Perlahan huluran tudung itu diambil. Tidak mahu banyak soal, langsung skarf disarung ke kepala yang rambutnya sudah terikat sanggul. Manakala selendang kelabu itu dililit secara malas. Nak pergi ke jeti sahajakan? Bukannya nak ke majlis VVIP untuk pakai kemas-kemas. Begini sahaja pun dah cukup.

Dimatanya.

Tapi...

Ada apa di jeti sana?

"Kita nak buat apa pergi jeti?" Baru sekarang terpacul soalan itu dibibir Husna.

Lanun mengulum senyuman kecil.

"Jalan-jalan." Ringkas dia menjawab.

Lah? Nak pergi jalan-jalankah? Mengapa tak diberitahu awal-awal, kalau tidak boleh dia bersiap pakai lawa-lawa. Sekarang dia cuma mengenakan T shirt labuh berlengan panjang dan seluar tracksuit.  Tak nampak langsung macam nak pergi jalan-jalan.  Malahan nampak seperti mahu pergi berjoging.

Tidak ke orang akan fikir dia buang tabiat berjoging di jeti pada waktu hendak dekat senja ni?

Haih, Lanun ni pun satu. Suka buat kejutan!

"Takkan nak pakai macam ini aje? Bagi saya masa lima minit, saya tukar baju." Pintu almari ditarik Husna, namun baru terbuka separuh, tangan Raf sudah menutupnya semula. Terus melekap tangannya di situ. Menghalang Husna daripada terus membukanya.

Tercengang Husna dengan tindakan lelaki itu.

Lanun geleng kepala. Tiada masa dia mahu menunggu Husna bersiap walaupun cuma lima minit. Mereka perlu lekas sampai ke jeti. Lagipun...

Sekilas anak mata hazel dan biru itu bergerak memerhati pemakaian Husna daripada atas hingga ke hujung kaki. Dan tiba-tiba bibir itu menyenget sedikit.

Aduh, kenapa bulu romanya naik tiba-tiba pula ni? Husna tunduk sama melihat pakaiannya. Ada apa-apa yang tak kenakah sampai dia lihat dengan pandangan begitu? Pandangan yang...

Menggoda?

Ish, bukan! Bukan!

"Macam ini pun dah cantik, koupusan." Komen Lanun setelah beberapa saat dia berdiam.

Husna tayang muka tidak percaya. Yalah tu! Takkan pakai T shirt sahaja sudah cukup cantik? Dia sebagai seorang wanita tidak akan mudah-mudah percaya dengan pujian lelaki seperti itu!

"Tapi inikan T shirt aje?"

"Pakaian tak penting sekarang. Yang penting kita bergerak ke jeti sekarang." Balas Lanun, nada suaranya sudah berubah acuh tak acuh. Banyak mulut pula isteri aku ni, ikut sahaja tak bolehkah?

"Tapi nanti apa pula kata orang kalau nampak saya..." kata-kata Husna mati setakat disitu saat Lanun mula menayang muka serius. Riak wajahnya seakan berbicara, jika dia terus-menerus memberi alasan kemungkinan bakal ada tubuh yang terbang ke luar tingkap sekejap lagi.

Bibir Husna menyengih. Dia tak mahu kena campak ke laut sekali lagi. Cukuplah sekali. Serik.

"Okay, okay kita pergi sekarang."

Mengalah juga Husna akhirnya. Barulah Lanun kembali tersenyum. Kan bagus kalau daripada awal begini. Lantas, suis bilik dimatikan sebelum mereka melangkah keluar bersama-sama daripada bilik itu. Pintu automatik terkunci daripada dalam saat ia ditutup.

Setelah memastikan bilik ditinggalkan dengan selamat. Langsung mereka berjalan menuju ke jeti. Terasa selendang ditolak-tolak angin laut lantas Husna menahannya dengan tangan. Sekejap pandangan dilemparkan ke arah air laut biru pulau semporna. Warnanya sudah bertukar sedikit jingga apabila cahaya di langit semakin berubah ke arah senja.

Kelihatan ada beberapa pelancong sudah keluar daripada bilik semata-mata hendak menunggu ketibaan matahari terbenam ke dasar laut. Tak sempurnalah Semporna jika tidak menikmati suasana Sunset di sini.
Keindahannya takkan dapat ditempat lain.

Husna mengukir senyuman lebar. Lengan yang terasa sedikit sejuk digosok-gosok perlahan.

"Encik Raf!"

Tiba-tiba kedengaran suara lelaki cina menyeru nama Lanun agak kuat. Pantas kepala Husna berpaling ke hadapan, memandang seorang lelaki cina yang dalam usia 40-han berlari ke arah mereka dengan bibir tersenyum mesra. Tangan kanan diangkat tinggi. Seakan-akan menarik perhatian Raf yang tercari-cari kelibat suara yang memanggil tadi.

Dan saat anak mata Lanun menangkap figura lelaki cina itu, bibirnya automatik melakar senyuman penuh mesra. Gaya seperti mereka mengenali antara satu sama lain.

Manakala Husna pula masih lagi kebingungan.  Siapa pula tu?

"Mr Lim!" Sapa Lanun. Tangan terus dijabat lelaki yang digelar Mr Lim itu. Dan buat sesaat mereka berpelukan seolah-olah sudah lama tidak berjumpa.

Sedangkan Husna di sisi cuma mematungkan diri. Tak sangka lelaki pun akan berpelukan juga bila berjumpa. Ingatkan perempuan sahaja.

"Ini ke isteri you, Encik Raf?" Soalnya selepas pelukan mereka terlerai. Jari terlunjuk Mr Lim menunding ke arah Husna yang berdiri tercegat di sisi Lanun.

Lanun angguk kepala mengiyakannya.

"Wah, banyak cantik! I Mr Lim. Ex business partner you punya husband dulu." Ujar Mr Lim, memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Tangan dihulur ingin berjabat dengan Husna pula. 

Sedangkan Husna pula terpinga-pinga.  Tidak tahu sama ada mahu menyambut atau tidak huluran itu. Baru sahaja kepala hendak menoleh memandang suaminya di sebelah, tiba-tiba tangan Lanun pantas bergerak menyalami tangan Mr Lim buat kali kedua.

"Isteri I. Husna." Kata Raf, memperkenalkan diri Husna bagi pihaknya. Malah perkataan isteri ditekan lebih kuat seakan memperingati ingatan Mr Lim semula.

Dan saat Mr Lim baru teringat status wanita itu, dia ketawa sambil kepala terangguk-angguk faham. Mereka meleraikan tangan.

"Oh, Husna. Sorry maa... I lupa." Tersengih-sengih Mr Lim sambil menggosok belakang kepalanya.

Lanun hanya tersenyum tanda tiada apa-apa. Namun entah mengapa, Husna dapat melihat disebalik senyuman itu seperti ada perasan yang sedang ditahan.

"So Puan Husna, I datang sini bukan untuk bercuti di resort husband you.  Sebenarnya I datang sini mau hantar barang maa. Jauh I bawa tadi hendak dekat 3 jam juga semata-mata untuk tunaikan permintaan Encik Raf." Ujar Mr Lim, bibirnya tidak berhenti menyengih sejak tadi seperti membawa maksud sesuatu.

Bahkan kening Husna berkerut tidak faham. Jari terlunjuk menunding ke muka sendiri.  "Barang saya?"

Mr Lim angguk kepala. Dia kemudian memusing ke belakang, memandang ke arah jeti.

"Selamat datang lamborghini yacth 63..." Ucap Mr Lim. Tangan mendepa menunjukkan sebuah yacth berwarna kuning keemasan yang agak besar baru tiba. Dua hon dibunyikan sebelum ia berhenti perlahan-lahan di sebelah jeti.

Spontan kedua-dua belah tangan Husna naik menekup mulut yang ternganga seakan tidak percaya. Agak terkejut. Inikah mas kahwin aku? Sebelum ini dia cuma lihat dalam gambar sahaja, nampak kecil macam bot biasa. Tak sangka pula bila lihat di hadapan mata ia akan sebesar itu! Darah Husna terasa berderau kerana terlalu teruja.

"Besarnya!" Husna berteriak suka.

Mr Lim ketawa.

"Tentulah besar. Harganya pun besar tau." Katanya.

Husna mengibas-ngibas matanya yang tiba-tiba terasa berair. Terharu. Siapa sangka, angan-angannya yang ingin memiliki sebuah yacht dahulu akan tercapai. Lebih membuatkan dia rasa hendak nangis apabila hajat itu ditunaikan oleh suaminya sendiri, Lanun.

Otaknya tak mampu memproses apa-apa ayat saat ini. Terlalu terkejut dengan kejutan yang diberi. Lantas Husna menoleh ke sebelah memandang Lanun. Terus memeluk tubuh lelaki itu kuat-kuat. Sempat telinganya menangkap suara Lanun yang ketawa gembira. 

"Terima kasih sangat-sangat!" Ucap Husna, pelukan dileraikan. Kepala melangut menatap wajah Lanun yang tersenyum lebar.

"Sama-sama, koupusan."Balas Lanun. Hidung mancung Husna dicuit manja.

"Saya nak tengok dalam boleh?" Pinta Husna. Amboi, selepas terima kasih terus nak minta masuk dalam yacth. Laju betul buat kerja!

Lanun tergelak kecil. Lucu melihat keterujaan Husna yang serupa budak kecil melihat benda baharu. Lantas kepala dianggukan sahaja tanda membenarkannya.

"Silakan." Pelawa Lanun.

"Yeay!" Husna bersorak gembira, tanpa menunggu lama dia terus berlari ke arah yacht yang berada di tepi jeti. Manakala Lanun dan Mr Lim hanya mengekor daripada belakang.

Masuk sahaja ke dalam ruangan yacth. Husna terus mendekati ke sudut pemandu. Ada dua kerusi.  Satu untuk pemandu dan satu lagi untuk penumpang. Sesekali Husna cuba duduk di kusyen pemandu sambil memegang stereng. Acah-acah seperti kapten yang membawa bot mengelilingi pulau semporna sendirian. 

Terasa gatal juga tangannya ingin menyentuh butang-butang canggih yang berada berdekatan stereng yacht itu, terasa seperti berada di tempat pilot pun ada juga. Tetapi dia lebih takut jika tertekan bukan yang tidak sepatutnya ditekan. Jadi dengan pantas Husna menahan tangan sendiri daripada menyentuh butang-butang itu.

Behave Husna! Behave!

Puas duduk ditempat pemandu, Husna menuju pula ke bahagian belakang. Ada ruangan untuk baring menikmati pemandangan pulau. 

Berdekatan dengan tempat rehat buat penumpang ada dapur kecil. Sudah tersedia gelas dan pinggan di dalam sebuah kabinet. Peti ais yang berada disebelah kabinet itu dibuka. Dalamnya sudah diisi dengan makanan ringan dan minuman.

Pendek kata semuanya lengkap!

Tetapi, ada sesuatu yang dia belum jumpa.

Mana bilik?

Setahunya, setiap yacth ada bilik khas untuk tidur. Tetapi tidak pula kelihatan.
Melilau anak mata Husna ke segenap ruangan yacth itu.  Tatkala anak mata tertancap pintu kecil berdekatan ruangan pemandu, kening berkerut sesaat. Itu pintu untuk ke mana?

Hendak sahaja dia pergi periksa, namun suara Mr Lim mematikan langkahnya.

"You banyak untung tau. Encik Raf hampir saja mau jual ini Yacht semula. Ada Tan Sri yang nak beli. Tapi tiba-tiba you punya husband tukar fikiran mau kasi sama you. Jadi I pun terpaksa batalkan kontrak dengan itu Tan Sri." Ujar Mr Lim.

"Kalau you nak tahu, Yatch ni sangat limited,  cuma ada 63 unit sahaja. Sebab itu ramai orang kaya berebut mau beli. Lebih-lebih lagi bila Encik Raf kasi harga tidak masuk akal." Sambungnya.

Kening Husna sedikit terjongket.  Tak sangka, yacht secantik ini hampir sahaja terlepas ke tangan orang lain. Sayangnya! Mengapa Lanun mahu menjualnya semula? Dengan harga tidak masuk akal pulak tu bak kata Mr Lim!

"Ya ke? Berapa harga yang dia nak jual dahulu?" Tiba-tiba Husna rasa ingin tahu. Sekali tengok betapa mewahnya yacht ini, dia rasa kira-kira lima ratus ribu ringgit untuk harga yacht secondhand. Tidak pun... satu juta?

Sekilas Husna mengerling ke arah Lanun, entah mengapa lelaki itu seakan tidak keruan saat dia bertanya tentang harga.

"Dia cuma letak harga 8 juta maa. Banyak rugi!" Degus Mr Lim.

Hendak tercekik air liur Husna mendengar harga yang disebutkan.  Celah mana yang tak masuk akal pada harga begitu?!

"La... Lapan juta?" Tergagap-gagap Husna menyebut angka itu.

"Yalah! Apa? You ingat harga lapan juta sudah murah ke? Harga sebenar yatch ini pun sudah..."

"Err, Mr Lim! You sudah check bahagian enjin ke? Macam mana? Semuanya okay ke?" Sampuk Raf secara tiba-tiba.  Dia terus mendekati Mr Lim, bahu lelaki cina itu dipeluk sebelum ditarik mengikutnya menuju ke belakang yacht. Jauh sedikit daripada Husna. Berpeluh sudah dahinya saat harganya hampir sahaja dibongkarkan oleh Mr Lim.

Kalau Husna tahu, mahunya dia terkejut beruk nanti!

Sedangkan Husna yang terpinga-pinga menanti jawapan ditinggal begitu sahaja.

"Tentulah okay. Elok macam baru punya. Minyak I dah isi full. Boleh jalan jauh-jauh." Balas Mr Lim begitu yakin. Semua sudah diperiksa, daripada atas, bawah dan tepi oleh pekerjanya yang profesional. Tiada masalah yang akan timbul dalam perjalanan mereka nanti.

Lanun terangguk-angguk perlahan.

"Kalau macam itu, Thank you Mr Lim." Ucap Lanun. Sekali lagi mereka berjabat tangan.

Mr Lim tersenyum lebar. "Tak ada hal. Benda kecil sahaja. I pun tidak mahu ganggu you. Jadi I minta diri dulu. Selamat berlayar, Encik Raf. Kalau ada masalah, call sahaja." Katanya sebelum meminta diri untuk pergi.

Raf hanya mengangguk kepala. Sempat dia melambai tangan ke arah Mr Lim yang sudah turun ke jeti, kini tinggal dia dan Husna yang berada di atas yacth. Lanun menoleh ke sebelah kiri. Automatik keningnya berkerut saat Husna tiada di situ.

Eh, mana pula isterinya pergi?

Melilau anak matanya mencari kelibat wanita itu, dan ketika anak mata menangkap figura Husna yang kembali duduk di tempat pemandu, bibirnya berdecik kecil. Nampak benar tidak sabar ingin memandu yacht buat kali pertama. Lantas, Lanun mengatur langkah mendekati Husna sambil kedua-dua belah tangan menyeluk ke dalam poket seluar.

"Koupusan nak cuba drive?" Bisik Lanun dekat dengan cuping telinga Husna, terhinjut bahu wanita itu akibat tersentak. Laju kepala Husna berpaling ke sisi kanannya, memandang Lanun yang menundukkan sedikit tubuh menyamai ketinggian dengan tempat duduknya.

Husna tergamam sejenak. Sekilas dia tunduk memandang tangannya yang menggenggam stereng. Dia? Pandu Yacht?

"Boleh ke?" Soal Husna dengan muka polosnya.

Lanun tergelak kecil. Apa jenis soalan itu?

"Kenapa pula tak boleh? Yacht ni milik koupusan sekarang."

Husna menepuk dahi sendiri.
Ya tak ya juga. Dia lupa. Tapi... kepala yang tidak gatal digaru-garu. Dashboard meter dipandang. Dia cuma tahu pegang stereng, tetapi tidak tahu pula cara membawanya. Kalau bot, lainlah cerita. Ia kecil. Tidak sebesar ini.

"Tapi saya tak pandai bawa yacht." Keluh Husna agak kecewa.

Lanun tersenyum senget.

"Apa gunanya Husna kahwin dengan Mr Pirate kalau Mr Pirate tak boleh ajar bawa Yacht?" Soal Lanun, tidak menunggu lama terus dia mengambil tempat duduk di bahagian sebelah kiri Husna. Kusyen dirapatkan. Memudahkan dia untuk membuat tunjuk ajar.

"Ini butang untuk start. Sebelah sana pula butang untuk stop. Husna boleh pilih nak bawa kelajuan macam mana, dekat sini ada pilihan..." satu persatu bahagian diperkenalkan. Buat seketika Lanun berubah menjadi cikgu pemandu.  Manakala Husna pula hanya angguk dan ikut sahaja arahan apabila disuruh menekan butang start.

Berderau Husna mendengar bunyi enjin yacht apabila minyak ditekan. Wow, macam supercar hendak berlumba di atas air. Terujanya!

"So, boleh kita pergi berlayar sekarang Mrs Pirate?" Tanya Lanun setelah semuanya sudah diceritakan. Dia pasti, Husna sudah faham. Lagipun tidaklah susah mana cara membawa yacht. Cuma harus membiasakan diri sahaja.

Husna angguk kepala penuh bersungguh-sungguh.  Tentulah!

Baru hendak tekan minyak, niatnya terbatal sejenak. Pandangan beralih memandang Lanun di sisi dengan kerutan di dahi.

"Tapi kita nak berlayar ke mana?" Soal Husna. Pelik. Dia bukannya tahu pun selok-belok pulau semporna.

Sekonyong-konyong bibir Lanun menyenget.  Seatbelt dipakai.

"Ke Pulau Muhang. Abang tunjukkan jalan." Jawabnya.

Pulau Muhang? Mata Husna terbeliak. Agak jauh tempat itu. Sempatkah mereka sampai sebelum matahari terbenam? Ah, kalau dah tahu tak sempat, haruslah bertolak sekarang! Jangan bazirkan masa. Cepat-cepat Husna memakai Seatbelt yang ada dikusyennya.

Jari-jemari diperkemaskan menggenggam stereng, sebelah kaki sudah sedia menginjak minyak. Agak gementar juga, tetapi perasaan teruja lebih membuak-buak saat ini.

"Bergerak dalam bahasa dusun apa?" Tanya Husna terlebih dahulu.

"Gumura." Jawab Lanun ringkas.

Husna mengangguk faham.

"Baiklah, jom gumura!" Sorak Husna. Baru hendak memulakan perjalanan tiba-tiba...

"Ehem! Ehem!" Lanun buat-buat berdehem. Mengalihkan perhatian Husna ke arahnya.

Kening berkerut. "Kenapa?"

"Mana pergi perjanjian kita?"  Soalan dibalas soalan.

Husna diam seketika memikir. Perjanjian? Dia cuba memproses data ingatan semula. Dan tatkala kotak fikirannya kembali memainkan detik perjanjian mereka di bilik store tempoh hari, Husna baru faham.

Ish, kuat pula ingatan Lanun ni!

Kecil sahaja pandangan Husna merenung Lanun di sisi. Nakal! Tanpa banyak bicara, terus pipi lelaki itu dikucup ringan. 

One word One kiss.

Lanun tersenyum puas. Sesekali dia menggosok hidung mancungnya yang mula memerah. Acah-acah cool padahal dalam hati sudah mencair serupa ais batu di padang pasir. Kepala diangguk. Sekarang barulah boleh mulakan perjalanan.

"Let's gumura."  Ajak Lanun.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro