MDM | 09

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dania memeluk erat Adam yang berada di pelukan dia . Wajah dia nampak gembira . Adam diam dalam pelukan si ibu . Matanya terpejam rapat . Andai saja Adam boleh bercakap , pasti dia akan katakan yang dakapan Dania paling selesa .

Dania tersenyum lebar apabila melihat kelibat Emeer yang tidak jauh darinya . Dalam diam dia mengukir senyuman teruja . Dia memerhati Emeer dari jauh .

Emeer tika itu asyik berbual di telefon . Tangan kiri menyeluk poket dan lengan kanan dia disandarkan ke pintu gelangsar . Membuatkan dia nampak gagah dan kacak .

Dania seperti dalam awan - awangan . Menerokai kesempurnaan seorang Emeer Isyraf . Lelaki itu cukup sempurna . Membuatkan Dania itu berasa cukup bertuah kerana mengenali seorang Emeer .

Emeer dalam diam mengerling Dania melalui ekor mata . Dia tersenyum sinis , melihat Dania yang asyik memandang ke arahnya .

" Hmm .. " dia mengumam perlahan . Mata dia tajam memerhati Dania .

Bagi dia , Dania tidak seperti wanita di luar sana . Menunjukkan rasa teruja mereka apabila melihat dirinya . Malah Dania , akan memerhati dia dalam diam . Apabila berdepan , wanita itu akan tertunduk malu .

Bertuah Emeer kerana dapat mengenali seorang Nur Dania . Kerana Nur Dania merupakan seorang perempuan yang lembut dan sopan .

Dia tidak pandai bergaya , bersolek di wajah . Tetapi dia penuh dengan santun dan kesopanan yang begitu tinggi dalam diri .

Emeer menamatkan talian . Nafas dihembuskan perlahan . Panggilan dari anak buahnya membuatkan otak dia berserabut . Dia melangkah perlahan meninggalkan ruangan pejabatnya .

Rumah agam itu sunyi saja . Tengku Khalif sudah lama tidak menjejak kaki ke situ . Masa dihabiskan di rumahnya yang lagi satu . Merasai suasana kampung di kala usia semakin tua itu .

Dania yang melihat Emeer semakin menghampiri automatik menundukkan wajah . Pipi dia terasa panas . Setiap langkah Emeer membuatkan jantung dia berdetak laju . Andai saja dia pengsan , pasti kerana dek degupan jantung dia yang baru lepas berlari berkilo meter itu .

Adam merengek tidak selesa . Mata yang terpejam rapat tadi mula terbuka luas . Mata bulat Adam memandang terus mata si ibu . Perlahan - lahan bayi itu mengukir senyuman kecil .

Dania tersenyum . Comel ! Lalu pipi Adam digomol perlahan . Tidak tertahan dengan kecomelan seorang Adam Kashaf !

" Seronok betul .. "

Suara garau itu menyentakkan Dania . Terus tubuh dia menjadi mengeras . Kaku tidak bergerak . Emeer tersenyum sinis .

Adam merengek suka melihat wajah kacak Emeer . Tangan kecilnya mula terawang - awang . Menjerit dalam bahasa bayinya .

Emeer tersenyum . Adam diambil dalam dukungan Dania . Sempat dia mengerling wajah ibu muda itu . Tertunduk menekur lantai .

" Adam makin beratlah .. " Emeer mengomol perut bulat Adam .

Adam mengekek suka . Tangan kecilnya mula mencakar - cakar wajah Emeer . Adam sudah tiga bulan , bermakna Dania sudah habis pantang .

Sekejap saja masa berlalu . Malah kecantikkan Dania makin terserlah . Ibu muda itu umpama anak dara pingitan . Adam pula sudah macam adik saja apabila berada berdekatan dengan Dania .

" Dania .. " Emeer bersuara perlahan . Gemersik saja di pendengaran Dania .

" Err .. ya .. " Dania menjadi gugup . Kedua tangan diramas perlahan .

" Kau tak nak carikan daddy untuk Adam ke ? Kau tak nak Adam ada ayah ? "

" Err .. nak tapi -- " Dania makin menunduk . Dia risau jika perkara dulu berulang kembali .

Emeer mengendong Adam di lengan kanannya . Tanpa disedari , dia sudah berdiri di hadapan Dania . Dagu wanita itu dipegang perlahan .

Dania tersentak . Automatik muka dia diangkat dan tepat memandang wajah kacak lelaki di hadapan dia itu . Mereka berpandangan .

" Betul kau nak ? " tangan kanan Emeer mengusap pipi mulus Dania .

Dia dalam keadaan luar sedar . Dania turut hanyut dalam sentuhan lembut Emeer . Menghayati setiap sentuhan lelaki itu .

Dalam pada masa itu , Tengku Khalif memasuki rumah agam itu . Berkerut kening lelaki tua itu apabila merasai suasana sunyi di dalam rumah itu . Tiada tawa si kecik Adam .

Zayn turut beriak hairan . Mata dia memerhati sekeliling rumah besar itu . Bibir dia mula mengorak senyuman nakal apabila tertacap pada satu arah .

Bahu Tengku Khalif dicuit perlahan dari belakang . Dalam tersengih - sengih , dia menjuih pada satu arah .

" Kau kenapa ? Terjuih - juih macam orang nak bercium . Dah berubah watak ke kau ni ? " Tengku Khalif berkata garang .

" Bukan lah ! Tu tengok sana ! " jari telunjuk dilarikan pada satu arah .

Tengku Khalif hairan . Namun dia ikutkan saja kata - kata Zayn itu . Dia memandang tepat pada arah itu .

Senyuman tua dia mula terukir lebar . Wajah nakal Zayn dijeling .

" Tak lama dah Tuan . Nanti bermenantulah .. " usik Zayn dalam main - main .

Tengku Khalif mengukir senyuman tersirat . Janggutnya diurut - urut perlahan . Hmm -- akal dia mula merancangkan sesuatu .

××××

Tengku Nabila merengus geram . Beg tangan berjenamanya dibaling begitu sahaja . Kaki disilangkan dengan lagak sombongnya .

Suasana bising dia pub itu tidak dihiraukan . Rasa marah dan geram membuatkan dia terus menuju ke sini .

" Bella jom lah join kami ! " jerit rakan - rakannya .

Mereka berseronok bersama pasangan masing - masing . Meraba - raba sana sini tanpa menghiraukan pandangan orang lain . Hanya Tengku Nabila saja yang duduk di sofa itu .

" Not in mood " balas Tengku Nabila kasar .

Rakan - rakannya menjungkit bahu . Malas mahu menghiraukan Tengku Nabila yang selalu memberontak itu .

Dia asyik memikirkan tentang musuhnya . Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa Dania kini sedang berbahagia bersama seseorang . Lagi memeritkan Dania sekarang cukup mewah dengan kehidupan barunya .

" Tak guna ! Macam mana kau boleh bahagia ! Aku dah buat kau jatuh tersungku , tapi kau tetap di atas aku ! " Dia menjerit geram .

" Arrhh ! Tak guna punya perempuan ! Aku nak tengok sejauh mana kau bahagia dengan anak haram kau tu ! Aku tak akan biarkan kau bahagia perempuan ! Kau hanya layak berada di bawah aku saja ! "

Dia tertawa jahat . Mula merancang sesuatu . Memang dia cukup bencikan Dania . Kerana Dania mempunyai satu kelebihan yang dia sendiri tak ada .

Itu yang menyebabkan dia cukup membencikan Dania . Dia sanggup melakukan apa saja untuk melihat Dania jatuh tersungkur dengan rancangannya .

××××

Emeer memasuki satu rumah banglo yang cukup besar dan dikawal ketat oleh beberapa orang pengawal yang bersenjata . Melihat kelibat Emeer di dalam rumah itu , mereka automatik menunduk hormat .

Emeer melihat beberapa lelaki yang asyik bersuka ria di ruang tamu . Sisa makanan dan minuman bersepah di atas lantai dan sofa . Sorakan bergema apabila pasukan bola kesukaan mereka mula menjaringkan gol .

" Ehem ! " dia berdehem kuat . Berpeluk tubuh di tengah - tengah ruangan itu .

Mereka yang mula menyedari kedatangan Emeer terus tegak berdiri . Tidak menyangka ketua mereka akan datang pada waktu sebegini .

" Err bos ! " tergagap mereka menegur Emeer .

Emeer melangkah bersahaja dan bersandar di sofa bersebelahan Kyle . Cukup santai sambil bersilang kaki .

" Korang memang tak ada kerja ke ? " dia menyoal dingin .

Merek berpandangan . Lambat - lambat mereka mengelengkan kepala .

" Hmm " Emeer mengumam .

Kyle rileks saja dia sebelah Emeer . Dia tersenyum jahat melihat wajah - wajah takut anak buah mereka itu . Masing - masing menunduk menekur lantai .

" Aku nak korang buat satu kerja untuk aku " dia bersuara . Kali ini dalam nada tegas .

" Kerja apa bos ? " laju saja mereka membalas . Sudah lama mereka tidak melakukan kerja . Hanya menunggu arahan dari si ketua .

" Aku nak kau perhatikan dua manusia ni . Update pada aku setiap pergerakan mereka dan aktiviti mereka . Cara mana ? Lantak korang . Yang penting semua maklumat pasal dorang complete ! "

Mereka mengangguk faham . Dua foto disuakan kepada mereka . Masing - masing tersenyum sinis . Kerja senang untuk mereka .

Kyle tahu apa rancangan Emeer . Tidak mungkin lelaki itu akan duduk dan melihat saja . Pasti akan ada satu rancangan untuk dua manusia itu .

____________________

Ahahahaha aku tahu korang meroyan tunggu update story nihh 😂

Aku betul-betul minta maaf . Busy sesangat sampai xde masa nak bukak oren nihh 🙏 so ni je aku mampu buat utk korang 💞 hope enjoy ! Even dan beberapa best .

Questions :

1) Korean drama or Malay drama ?
2) Novel or wattpad ?
3) Character MDM yg korang suka ?
4) Umur korang berapa ?
5) Korang asal mana ?

Nanti ada masa aku balas . Just left je questions yg korang nk tahu pasal author korang nihh 🙈 . Aku cuba berjawab utk korang ! 😙 .

Bye ! 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro