MDM | 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEMINGGU KEMUDIAN

Halaman rumah Encik Mazlan kini dipenuhi dengan orang-orang kampung . Beberapa buah khemah sudah terpasang di halaman rumah itu . Orang-orang kampung mula memenuhi rumah itu untuk membantu . Cukup meriah sekali .

Nur Dania juga membantu sama . Dia memotong bawang dan menyiang ayam untuk dijadikan lauk pada hari esok . Hari di mana dia bakal menjadi seorang isteri . Untuk kali yang kedua . Orang-orang kampung riuh-rendah berbual sesama mereka .

Acara ini jarang sekali dijumpai pada masa ini . Semuanya memakai catering dan tidak perlu bersusah payah lagi . Tetapi atas arahan Encik Mazlan , tradisi ini tidak boleh diubah . Dania setuju saja , asalkan ada majlis untuknya .

" Untung kau Nia , kahwin dengan anak tengku . Aku ni haa -- ada anak dara pun tak reti nak kahwin " kata seorang makcik . Dijeling tajam anaknya yang asyik membasuh ikan .

" Alaa mak , sabarlah . Orang baru 23 tahun . Rileks lu , nanti ada jodoh orang kahwin laa " balas si anak selamba .

Dania yang lain sudah tergelak . Begitu lah mereka semua . Dania bersyukur , perkahwinan dia kali ini tiada sebarang masalah . Semua menerima dengan hati yang terbuka .

" Haa menjawab ! Menjawab ! " pipi anaknya dicubit geram . Ada saja nak menjawab . Mujur dia penyabar .

Gamak lagi ruangan belakang rumah itu dengan helaian tawa kaum wanita . Dania juga sama tertawa . Tak kering gusi , apabila bergabung dengan jiran tetangga yang menghiburkan .

" Ni Nia , Mak Jah harap sangat bakal laki kau tu bukan macam Aiman . Tak sombong . Tak riak " kata seorang makcik yang dikenali sebagai Mak Jah .

" Haa aku setuju Jah . Aku geram betullah dengan si Aiman masa dia kahwin dengan Nia dulu . Menyombong . Orang tegur buat tak tahu je . Kalau ikutkan hati aku masa tu , ada juga aku sagat muka tak beberapa hensem dia tu kat buntot kawah ! " kata rakannya Mak Jah .

Dania senyum saja . Memang betul , dulu semasa dia kahwin dengan Tengku Aiman . Semua orang kampung tak suka . Maklum lah darjat mereka lain-lain . Tetapi masa itu Dania terlalu buta . Segala lakonan Tengku Aiman dia tidak tahu .

" Eii , bukan kau je Lijah ! Aku ni haa -- nak je sental-sental mulut puaka dia tu . Ada ke dia kata kita ni tak setaraf ! Geramnya aku ! " sampuk seorang lagi makcik .

Dek kerana terlalu geram , sayur disiang dengan laju . Nasib tak hancur saja .

" Oii Midah ! Kalau geram pun , beragak lah . Sayur tu haa tak serupa sayur dah " tegur Mak Jah dalam nada perlian .

Apalagi gamat dengan suara mereka semua . Dania cuba tahan tetapi tidak boleh . Ada saja perkara lawak yang terjadi jika makcik-makcik ini bertemu muka .

" InsyaAllah makcik . Kali ini saya yakin pilihan saya tepat " kata Dania setelah tawanya reda .

" Aku doakan untuk kau juga Nia oii .. harap-harap kali ini kekal "

" Aaminnn " kata mereka semua serentak lalu tersenyum riang . Dania bersyukur kerana mengenali mereka semua .

" Kak Nia .. " seorang remaja perempuan datang menjengah dapur . Mukanya nampak cemas saja .

" Ya , Piqah . Kenapa cari akak ? " Dania mula bangkit dari duduk bersimpuh . Menghampiri remaja itu .

" Ni Piqah nak cakap yang Adam dah bangun . Dia nangis . Dari tak henti-henti " adu Piqah .

" Allah ! Takpe Piqah . Terima kasih sebab jagakan Adam ye " bahu Piqah diusap lembut .

" Elok la tu Nia . Baik kau naik tengokkan Adam tu . Mungkin tak biasa bising-bising ni . Yang lain biar kami uruskan " kata Cik Midah mewakili yang lain .

Dania angguk lalu memanjat tangga . Dari dapur dia sudah dengar tangisan nyaring Adam . Mungkin tetamu yang ramai dan suasana yang bising membuatkan bayi itu tidak selesa .

Dania lihat seorang makcik mendukung Adam sambil menepuk lembut punggung Adam . Tetapi tangisan Adam tidak berhenti juga .

" Nasib baik kau sempat Nia . Adam dah mengamuk . Aku rasa anak kau lapar ni " kata makcik itu lalu menghulurkan Adam kepada Dania .

Tahu saja ibunya yang memeluk , Adam automatik diam . Kepalanya disembam ke dada Dania . Hanya esakan saja kedengaran .

" Terima kasih makcik sebab jagakan Adam " ucap Dania lalu senyum .

" Aku tak kisah pun . Lagi pun Adam budak baik " kata makcik itu lalu pergi ke arah dapur .

Dania menutup rapat pintu biliknya dan dikunci dari dalam . Adam mula merengek perlahan . Mukanya disondol-sondol ke dada Dania .

" Ya sayang , sabar .. " belakang Adam ditepuk lembut .

Tudung sarung dibuang dan disangkut ke kerusi . Mujur saja biliknya tidak bersepah mana . Hanya ada beberapa dulang hantaran dan paper bag untuk tetamu .

Bajunya diselak ke atas . Bra disingkap dan Adam laju saja menyambar apabila terlihat 'makanan' nya itu . Laju saja dia menyusu . Dania menyusap rambut nipis Adam . Berhenti terus rengekan Adam apabila menyusu .

" Lapar yaa anak ibu .. kesian sayang .. " dahi Adam dikucup lembut . Alunan zikir mula dilagukan perlahan di telinga Adam .

Mata Adam mula kuyu tetapi dia masih tidak lepaskan dada Dania . Masih lagi menyusu . Badan pula makin berat . Baru berusia 3 bulan lebih . Tetapi Adam cepat membesar .

××××

Tengku Khalif melihat saja figura si anak terunanya yang menuruni tangga . Lihat saja pakaian lelaki itu , dia sudah tahu . Matanya kembali menonton siaran berita di tv . Zayn pula setia bersama Tengku Khalif .

" Kau nak pergi mana ? " tegur Tengku Khalif .

Emeer yang baru saja mengapai kunci kereta terus terbantut . Dia tersenyum nipis sambil memandang wajah tua ayahnya . Zayn hanya diam . Tangan dia lincah menekan kekunci laptop .

" Ada masalah sikit . Papa jangan risau , Raf tahu apa yang Raf buat " katanya lembut .

Kyle sudah lama menunggunya di luar pagar . Terpaksa dia pergi secara berasingan . Masalah kali ini memang memerlukan kehadirannya .

" Takpe lah . Jangan sampai libatkan polis " balas Tengku Khalif tenang . Ini kerana dia percayakan anaknya itu .

" Baik pa .. " kereta Ferrari menjadi pilihannya . Senang untuknya memecut nanti . Wajah yang tadinya tenang terus berubah tegang .

" Kyle , kau suruh budak-budak standby . Kali ini aku tak kasi mula lagi " katanya tegas . Enjin kereta dihidupkan .

Dia menyuruh Kyle pergi dahulu tanpa menunggunya . Biarlah Kyle yang kawal keadaan dulu . Setibanya dia di sana , dia akan pastikan semuanya hancur .

××××

" Ayah .. " Mukhris menjengulkan kepalanya . Peluhnya dikesat dengan tuala kecil yang tersangkut di bahunya .

" Kau nak apa budak ? " Encik Mazlan menjeling anaknya . Dia yang bersembang dengan rakannya terus terhenti .

" Kakak mana ? " soalnya terus . Dia dari tadi mencari kelibat kakaknya tetapi tidak kelihatan .

" Apa kau ingat aku ni penjaga dia 24 jam ? Ada ni haa bawah kain aku " kata Encik Mazlan selamba .

Wajah Muhkris terus berubah masam . Ini yang dia malas tanya Encik Mazlan . Tak pernah nak jawab serius . Terdengar jelas kekekan tawa beberapa orang pakcik seusia Encik Mazlan .

" Kalau ada bawah kain ayah , Ris tak cari dah . Ris tarik je " balas Mukhris geram .

Apalagi gamat ruang tamu Encik Mazlan . Semua orang tahu yang Encik Mazlan dan Mukhris sering bertikam lidah .

" Sebelum kau tarik kain aku , aku hentak dulu kau " balas Encik Mazlan lalu dijelingnya si anak .

" Eleh , dah arr orang nak cari kakak . Ayah membawang lah kat sini " cebik Muhkris lalu dia beredar dari situ .

" Ehh .. budak ni . Aku sula kan baru tahu " balas Encik Mazlan dengan mata bulatnya .

Mukhris buat tak dengar . Baik dia turun ke halaman rumahnya . Menolong apa-apa yang patut . Lagipun rakan sekolahnya juga ada membantu sama . Tidak lah nampak kelam-kabut sangat .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro