MDM | 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Mana bos kau hah ? " matanya memandang sekeliling .

Kawasan parking itu sunyi saja . Hanya ada beberapa buah kenderaan sahaja . Selebihnya milik 2 kumpulan mafia itu .

" Sabar Jaz , bos aku sekejap lagi sampai . Kau kenapa hah tak sabar-sabar ? Dah nak mampus ke ? " ujar Kyle tenang .

Hari ini dia kelihatan lain . Rantai silver tersangkut kemas di lehernya . Rambutnya dibuat gaya pacak , ditambah lagi rambutnya yang keperangan semulajadi itu . Nampak lagi ganas . Dia hanya mengenakan t-shirt hitam lengan pendek dan ripped jeans . Bersandar di kereta Audi A5 miliknya .

" Bukan aku sepatutnya yang mampus dulu , tapi ketua korang ! " balas Jaz . Anak buahnya yang lain sudah bersiap sedia dengan senjata masing-masing .

" Kau dengar tak Jason ? Kael ? Dia nak kita mampus ? " Kyle bertanya dua anak buahnya yang lain .

Jason dan Kael berpandangan . Tidak lama itu mereka bertiga ketawa berdekah-dekah . Seperti kata-kata Jaz itu lawak bagi bagi mereka .

BANG !

" AKU TAK MAIN-MAIN BODOH ! " pekik Jaz . Mukanya merah kerana dipermainkan oleh tiga lelaki itu .

" Eh babi ! Cakap elok-elok tak boleh ke hah ! Perlu ke tembak ? " marah Kael . Lalu dia mencapai M-16 miliknya .

" Kau nak main tembak-tembak kan , sini arr " jerit Kael lalu tanpa amaran dia melepaskan tembakan ke arah Jaz dan anak buahnya .

Kael menembak secara rawak . Nasib lah sesiapa yang kena . Dia tidak kisah . M-16 itu membuatkan anak buah Jaz semua menyorok di sebalik tiang dan kereta mereka .

PAP !

Kepala Kael ditampar kuat oleh Kyle . " Babi ! Kau nak kita semua mati ke hah ! Peluru ni aku beli bukan murah tau ! Mahal ! " jerit Kyle .

M-16 dirampas dari tangan Kael . Diberi kepada Jason yang memerhati dengan wajah tidak berperasaan .

" Apa !? Aku cuma test je ? Tak sangka dorang kecut .. " perlahan je Kael bersuara .

" Diam ! " kata Kyle tegas .

Tidak lama itu kedengaran bunyi enjin turbo menghampiri mereka . Sebuah Ferrari hitam berhenti di hadapan Kyle . Jaz memandang dengan wajah kagum . Dia sendiri tak mampu memiliki Ferrari . Apatah lagi kereta mewah yang lain .

" Apa hal huru-hara sangat ni ? " komen Emeer sebaik saja kaki dia melangkah keluar dari kereta .

" Budak ni haa .. " sekali lagi kepala Kael menjadi tempat Kyle melepaskan geram .

Kael hanya buat wajah redha saja .

" Akhirnya kau datang juga " Jaz keluar dari tempat persembunyian dia . Melihat wajah tenang Emeer buatkan dirinya berasa gementar .

" Kau nak apa ? Aku tak ada masa nak berurusan dengan budak mentah macam kau ni " Emeer memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluarnya .

Badan disandarkan ke badan keretanya . Jaz , salah seorang ahli dalam kumpulan White Cobra . Musuh utamanya .

" Kau ! Kau memang sombongkan ? Tapi tak apa , kau sendiri aku bunuh ! " kata Jaz penuh keyakinan .

Emeer senyum sinis . Dalam diam , dia memberi isyarat kepada Kyle . Semua anak buahnya sudah bersiap sedia . Masing-masing memegang AK-47 .

" SERANG ! "

Suasana tempat parking itu bertukar menjadi medan pertembungan antara dua kumpulan mafia itu . Emeer yang tadinya tenang kini bertukar bengis . Dia dengan lajunya menyepak tangan kanan Jaz .

Menyebabkan pistol yang dipegang oleh Jaz tercampak jauh . Tidak menunggu lebih lama , badan Jaz ditendang dengan kuat . Jaz tercampak ke dinding lalu rebah .

" Pastikan mereka semua tidak bernyawa ! " jerit Kyle diikuti yang lain .

Jason sebagai headhunter hanya duduk di atas bumbung kereta . Sniper miliknya dilaraskan lalu tembakan dilepaskan . Headshot !

Kael beradu tenaga dengan salah seorang anak buah Jaz . Mereka berbalas tumbukan dan sepakan . Kael yang sudah hilang banyak tenaga tercampak dan terhempas kuat , terkena cermin depan kereta milik Jason .

" What the fuck ! Kereta aku setan ! " jerit Jason tidak jauh dari Kael .

" Nanti kau tukarlah baru setan ! " pekik Kael pula . Dengan geramnya , kolar baju lelaki itu ditarik dan badan lelaki dihempas kuat di atas lantai .

Dia melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada wajah lelaki itu . Tidak memberi sedikit pun peluang kepada lelaki itu untuk menyerang kembali .

" Arghhhh ! " Kael menjerit kuat apabila terasa pehanya dicucuk dengan benda yang tajam .

KRAK !

Kepala lelaki itu berpusing 180° dan kedengaran bunyi tulang yang agak kuat . Kael melepaskan lelah lalu bersandar lemah di hadapan kereta Jason .

Lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi . Pisau yang tercucuk dalam di pehanya ditarik keluar . Bersembur darah keluar . Kael menahan rasa perit dan ngilu di pehanya itu .

Jaz menyepak kuat kaki Emeer . Membuatkan lelaki itu jatuh terbaring . Lalu dengan lajunya Jaz menindih badan Emeer . Tumbukan diberikan di pipi namun tersasar apabila Emeer sempat memalingkan wajahnya ke kiri .

" Mati ! Mati ! " jerit Jaz lalu diserang Emeer membabi buta .

" Kau yang sepatutnya mati , bukan aku ! " tubuh keding Jaz disepak kuat oleh Emeer .

Jaz jatuh kebelakang . Emeer bangun dan membuat gaya backflip . Kaki dia menendang kuat wajah Jaz . Bersembur darah . Jaz mengetap giginya kuat .

Badan Jaz ditendang beberapa kali sebelum mengangkat badan Jaz lalu dihempas ke atas kenderaan yang berhampiran .

Remuk bamper itu kerana dihempap oleh tubuh Jaz . Lelaki itu terbatuk kuat . Darah menyembur lagi banyak .

" Kau buang masa aku je .. " pistol yang berada di belakang badannya dicapai .

Lalu Glock 37 , diacukan kepada Jaz . Tanpa membuang masa tiga das tembakan dilepaskan di dada Jaz dan akhir sekali di dahi lelaki itu . Jaz mati di tangan Emeer .

Begitu juga anak buah Jaz yang lain . Mayat bergelimpangan di ruang pakir itu . Manakala anak buah Emeer hanya terkena luka ringan saja .

" Suruh budak-budak yang lain datang dan bersihkan tempat ni " arah Emeer tegas . Keningnya yang luka sedikit disentuh .

Dahinya berkerut apabila terasa pedih . Emeer menyimpan pistolnya dan disisip di belakang pinggangnya . Kael yang bersandar lemah sudah dipapah oleh Jason .

" Bawa Kael balik mansion . Panggil Doktor Malik " Jason angguk sebaik menerima arahan dari Emeer .

Kyle pula merampas pistol milik anak buah Jaz . Pistol itu akan dihapuskan oleh mereka . Bukti berlakunya pembunuhan di sini juga akan terhapus .

" Aku balik dulu . Kyle kau incharge ! "

" Ok " Kyle senyum nipis . Tangan dia terasa sengal-sengal . Mujur saja dia hanya cedera di bahu . Terkena geseran peluru dari pihak musuh tadi .

Enjin Ferrari dihidupkan . Emeer memecut laju meninggalkan kawasan itu . Keningnya dibelek melalui cermin pandang belakang . Mujur saja luka tidak terlalu dalam .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro