24- "I Love You, Always"

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KAU dah okay?".
"KENAPA mesti lama sangat?".

Tanpa sedar, mereka bersama-sama menuturkan ayat yang berlainan maksudnya itu. Yang sorang tu tengah membimbangi keadaan si gadis, yang sorang lagi tengah tertanya-tanya apa penyebab yang membuatkan si jejaka ingin tinggal di kampung ini sampai empat hari.

"Kau dulu". Kata Daim seakan mengalah untuk membiarkan Daneen bertanya terlebih dahulu.

"Haih... Aku tanya tadi, kenapa kau nak tinggal kat sini lama-lama sangat? Dah la bagitahu last minute pulak tu. Buatnya mak tak masak apa-apa tadi? Kebulur lah kau". Tak pasal-pasal Daneen yang sedang membasuh pinggan ditemani oleh Daim itu membebel.

"Kau risaukan aku?". Bukannya nak menjawab soalan si gadis, sebaliknya Daim menayangkan senyuman mahalnya dan bertanyakan kembali kepada Daneen sebuah soalan.

"Waqeel...". Daneen menyeru nama itu untuk menyuruh lelaki itu untuk menjadi sedikit serius dalam membincangkan hal ini. Bukannya apa, daripada tadi lagi si Daim sibuk duk tersenyum-senyum sambil merenung wajah Daneen. Selalu kalau dekat office serius sangat. Ini yang tak berhenti senyum setiap kali berada di dekat Daneen ni dah kenapa?

"Okay, okay. Im sorry, sunshine. Aku dekat sini empat hari because of you. I wanna look after you. Lagipun, aku bukannya boleh kerja pun kalau takde kau. Nanti Hyder tu juga yang kena dengar aku cakap aku rindu kau lebih kurang seribu kali sehari. Mungkin sebab dah penat lalui benda sama, Hyder pun suruh aku datang sini. Jumpa kau". Daim bersandar di singki yang sudah agak dibasahi dengan air basuh pinggan. Begitu dekat sekali dengan Daneen. Sudah terlupakah dia tentang apa yang dipanggil 'ikhtilat' antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram?

"Kau kan dah biasa hidup tanpa aku. Dah tiga tahun dah pun, Waqeel". Bicara Daneen sebagai respon.

"Siapa cakap aku biasa? Aku tak pernah biasa hidup tanpa kau. Setiap hari selama tiga tahun tu aku rasa hidup aku tak lengkap. Semua benda aku buat jadi tak kena. Sedangkan baju nak pergi office pun aku tak boleh pilih sendiri. But I have to bear with it cuz I have lost you. But the moment aku nampak kau apply kerja dekat syarikat aku tu, aku gembira sangat. Aku sangka mungkin kau dah lupa yang syarikat tu syarikat aku. Jadi, aku terima sahaja la permohonan kerja kau". Betul. Itu merupakan sebuah fakta. Di saat Daneen memohon jawatan di syarikat itu, mungkin dia sudah terlupa bahawa ianya dimiliki oleh bekas teman lelakinya.

"Dan lepastu aku tahu... Aku perlu buat segala benda supaya kau boleh terima aku balik. For you to be with me again. For you to be my future wife. For you to love me again. Aku percaya Allah hadirkan peluang tu kerana Dia tahu aku berniat ikhlas untuk memperisterikan kau, Daneen". Ini sudah masuk kali ke berapa Daim meluahkan perasaannya terhadap gadis itu. Dan kebanyakkannya gadis itu akan mengubah topik-

"Tepi sikit, Waqeel. Basah baju kau nanti". Kan dah cakap. Instead of memberi reaksi ke atas pernyataan Daim sebentar tadi, Daneen menyuruh untuk lelaki itu bergerak menjauhi sinki kerana kelihatan semakin banyak air basuh pinggan yang terpercik ke baju Daim.

Daim mengeluh perlahan sebelum dia mulai menjarakkan dirinya daripada singki; tempat Daneen membasuh pinggan itu. Mulutnya kemudiannya menuturkan sebaris ayat.

"Kau belum jawab lagi soalan aku".

"Aku okay. Cuma...". Jawapan Daneen terjeda seketika di hujungnya.

"Cuma?".

"It still hurts. Physically and mentally".

Dengan serta-merta Daim menegakkan badannya. Wajahnya yang tadi masih tersenyum kini ditukarkan menjadi serius. Jelas sekali dia merisaui gadis manis kesayangannya itu.

"Nak pergi klinik tak?". Daim bertanya.

"Tak payah la. Nanti mak tanya pula kenapa". Laju sahaja Daneen menjawab. Dia betul-betul tidak mahu Mak Piah tahu tentang hal ini. Bila Mak Piah tanya mengapa dia balik ke kampung seminggu pun, dia jawab 'saja, nak bercuti'. Dia rela tidak menceritakan tentang hal yang berlaku kepadanya beberapa hari lepas. Dia takut jika Mak Piah akan jatuh sakit jika wanita itu terlalu merisaukannya.

"Kau tak bagitahu mak?". Berkerut-kerut dahi Daim dibuatnya.

"Tak".

"Daneen, ni perkara penting kut! Ni tentang keselamatan kau!". Nada suara Daim tiba-tiba sedikit meninggi.

"Aku taknak. Kau faham tak? Aku taknak mak risau". Daneen menghentikan seketika aktiviti membasuh pinggannya itu dan barulah fokusnya beralih kepada Daim.

"Ya Allah...". Daim meraup wajahnya.

"... this is a god damn serious matter, Daneen Isabella. You have been r-".

"Waqeel, please... Jangan bagitahu mak. Aku taknak dia risau. Aku merayu dekat kau. Jangan bagitahu mak". Dengan riak wajah yang agak mendatar, suara Daneen ketika itu seolah-olah betul-betul merayu kepada Daim.

Setelah kedua-dua daripada mereka berdiam seketika... "Fine. Only if you let me stay here. Jaga kau.  Okay, sunshine?".

"Okay...". Pasrah sahaja Daneen menjawab. Dia sudah tidak boleh melawan untuk menjaga rahsianya.

🐳

DANEEN yang terjaga daripada tidurnya dan ingin berjalan ke dapur itu agak terkejut kerana melihat figura Daim yang sedang duduk di kerusi kayu yang berada di ruang tamu rumah gadis itu.

'Mamat ni tak tidur ke?'. Bicara Daneen sendiri seraya memandang ke arah jam dinding berdekatan yant memaparkan pukul 3.15 pagi itu.

Tanpa banyak bicara lagi, Daneen berjalan mendekati ruang tamu itu dan berdiri agak jauh daripada lelaki yang tampaknya sedang termenung sambil menggosok-gosok kedua lengannya itu. Barangkali sedang kesejukan.

Nampak sahaja Daneen, terus lelaki itu tersenyum manis.

"Hai". Sapanya.

"Hai. Kau buat apa kat sini? Kenapa tak tidur lagi? Tak selesa ke? Sorry la, rumah aku memang kecil sikit kalau nak dibandingkan dengan rumah kau". Daneen membalas sapaan Daim itu sekali dengan beberapa soalan untuk menghapuskan tanda tanya di kepalanya. Yela, bimbang juga dia jikalau Daim betul-betul tak selesa.

"Eh, tak. Cuma aku tak nak la tidur dengan Hyder tu. Nampak pelik pulak". Sebenarnya Daim tidak mahu tidur sekatil dengan Hyder disebabkan oleh dengkuran lelaki itu yang fikirnya boleh mengalahkan dengkuran pakcik-pakcik tua. Bising sangat!

"Dahtu kau nak tidur kat mana?". Lembut sahaja Daneen berbicara. Dia tahu, Daim sedang teramat mengantuk sekarang ni. Mata lelaki itu hampir sahaja terkatup sebentar tadi.

"Kat sini. Boleh tak?". Daim meminta izin.

"Hm... Boleh lah kut kalau kau okay. Kau okay ke? Selesa ke? Aku...". Kata-kata Daneen yang terakhir itu terjeda sebentar. Malu untuk dia tuturkan.

"Aku?". Naik keliru Daim dibuatnya. Apa ni cakap separuh-separuh ni? Tak syok arh. Buat suspen je.

"Aku taknak kau sakit badan nanti". Perlahan sahaja Daneen menyambung perkataannya sambil tangan kanannya naik menggaru-garu kening sendiri. Malu! Malu! Malu!

Makin lebar pula sengihan Daim mendengarkan luahan kerisauan tentang dirinya yang terbit daripada gadis pujaan hatinya itu. Masih ada peluang untuk kau, Daim!

"Takpe. Aku boleh tidur sini tapi, boleh kau tolong ambilkan aku comforter dan bantal lebih tak? Aku nak tidur kat bawah. Kerusi ni tak muat untuk aku". Sudah semestinya la kerusi kayu itu tidak akan dapat memuatkan tubuh badan Daim yang tingginya 185cm itu walaupun sudah digabung tiga sekalipun. Jadi, adalah lebih baik jika dia tidur di lantai berlapikkan comforter sahaja.

"Selimut?".

Daim mengangguk.

"Tunggu kejap. Aku pergi ambil". Kata Daneen lalu berlalu masuk semula ke dalam biliknya yang berkedudukan balik dekat dengan ruang tamu itu.

Few minutes later...

"Ni". Daneen meletakkan sehelai selimut, sehelai comforter, sebuah bantal dan.... erk....

.... sebuah patung beruang berwarna coklat yang memakai reben hijau gelap di hadapan Daim; dia atas sebuah kerusi kayu yang lainnya.

"Mr B?". Yup, 'Mr. B' ialah nama yang diberikan oleh Daneen kepada di patung beruang.

"Hm. Aku simpan lagi. Kau tidur la dengan dia. Mana tahu dia rindu tuan asal dia ke". Kalini giliran Daneen pula yang tersenyum manis.

Kisahnya, Mr. B diberikan oleh Daim kepada Daneen sewaktu mereka sedang bersama dulu. Patung beruang yang asalnya ialah mainan childhood milik Daim itu diberikan olehnya kepada Daneen sewaktu gadis itu...

Flashback...

"Sunshine, you okay?". Soal Daim kerisauan sebaik sahaja dia tiba di hadapan pintu pagar rumah sewa Daneen itu.

Lebih kurang 20 minit yang lepas, Daneen menelefonnya dan menyatakan yang dia telah mengalami mimpi buruk dan tak boleh tidur. Mendengarkan hal itu, Daim yang asalnya sedang membuat kerja di bilik kerjanya itu terus memecut laju ke rumah si gadis tercinta.

"Okay cuma tak boleh tidur. Awak buat apa dekat sini?". Soal Daneen. Dia keluar daripada rumah ni pun apabila mendapat mesej daripada Daim yang menyatakan yang dia sudah tercegat di hadapan pagar utama rumah sewa ini.

"You told me you had a nightmare, sunshine. So, aku pecut la datang sini untuk bawakan ni". Daim menghulurkan sebuah beg kertas kepada Daneen over the gate.

Daneen menyambutnya dan melihat isi di dalam beg kertas itu lalu tertawa kecil.

"Ni bukan Mr. B ke? Childhood toy kesayangan awak? Kenapa kasi dekat saya?".

"Maybe dia boleh kurangkan ketakutan kau dan kau dapat tidur dengan lena balik? I don't know but thats what I thought cuz it worked for me when I was a little baby. Jadi, kau ambil la. Kira hadiah daripada aku". Terang Daim.

"Thank you, sayang. Hehe... Mr. B, you're mine now!". Daneen mengeluarkan patung beruang itu daripada beg kertas yang dipegang lalu memeluknya.

"Dan...". Sambung Daim lagi.

"Hm?".

"Aku tahu, harini kau datang bulan kan? Sebab tu kau tak boleh tidur". Daim menggaru-garu kepalanya sendiri. Terasa malu lah pula.

Daneen terdiam. Malu lah tu nak mengaku.

"So, ambil lah ni jugak. Aku beli dekat Hypermart tadi. Ada pad, heat pad, Cadbury perisa almond and hazelnut, susu strawberi also jejari sotong kering yang kau suka makan tu". Sebuah plastik yang berisikan segala benda itu diberikan kepada Daneen dan gadis itu menyambutnya dengan tersenyum-senyum.

"Terima kasih, Waqeel. Macam tahu-tahu je saya craving jejari sotong ni hehe".

"Mesti lah tahu. Im in love with you. Therefore, I should know everything about you. Do you love me dho?". Daim meninggalkan sebuah persoalan buat Daneen.

"I love you, Waqeel. Always".

End flashback...

"Thanks, sunshine". Ucap Daim.

"Hm". Daneen hanya membalaskan dengan kata itu sahaja sebelum berjalan ke dapur untuk meneruskan niatnya di awal tadi; untuk meminum air.

"I love you, sunshine. Always". Ujar Daim sebelum menyiapkan tempat tidurnya di ruang tamu itu.

🐳

Sorry, terlewat dua hari update hehe...
Kisahnya nak update semalam tapi ada someone tu sakitkan hati saya, terus takde mood jadinya.

by the way,
the different situation between the
"i love you, always"
tu... is making me sad :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro