25- Village D2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BANGUN-BANGUN je daripada tidur petangnya tepatnya pada pukul 5 petang tadi, terus Daneen mengajaknya untuk pergi ke dusun durian milik Pak Isma. Katanya semua orang dah ada dekat situ. Bila Daim perhatikan suasana sekelilingnya, memang dah sunyi. Hanya tinggal dia sahaja di dalam rumah itu bersama Daneen di luar. Tepatnya di hujung anak tangga. Hyder pun sudah selamat sampai ke dusun agaknya.

Dan sekarang ni, Daim sedang berjalan kaki bersama Daneen untuk menuju ke dusun durian yang tak jauh daripada rumah keluarga Pak Isma dan Mak Piah itu. Dusun durian milik keluarga Pak Isma itu berada di hujung kampung berhampiran dengan padang bola di situ.

"Daneen...". Panggil Daim sambil kedua tangannya menggosok-gosok mata sendiri untuk menghilangkan kantuknya. Semalam dia tak boleh lena sangat walaupun dengan bantuan Mr. B. Ini yang jadi extra mengantuk ni.

"Ya? Nak apa?". Daneen memberhentikan langkahnya dan berpaling ke arah si jejaka.

"Aku panas la... Haus pula tu". Adu Daim kepada si gadis pula. Lehernya disentuh-sentuh untuk menunjukkan yang dia betul-betul dahaga. Aduh, manja kali dia. Ni kalau staf dekat pejabat dan ahli keluarga Daim tengok ni, confirm susah nak percaya.

"Nak ABC ke?". Mata Daneen diarahkan kepada sebuah gerai menjual pisang goreng yang berada betul-betul di seberang jalan sana.

Laju sahaja Daim mengangguk umpama anak-anak kecil yang seronok apabila dibelikan mainan oleh ibu bapa mereka.

'Ceh, patut la tiba-tiba haus. Ada kedai ABC rupanya'. Bicara Daneen sendiri.

"Pakai duit kau la eh? Hehehe...". Bukannya apa, Daneen memang akan selalu je tinggal kan dompetnya di rumah jikalau tiada apa-apa yang perlu dibeli. Yela, nak pergi dusun je pun. Tapi tak sangka la pula yang mamat ni nak demanded air batu campur pula.

"Sure. Asalkan kau boleh tolong beli". Poket seluarnya diselup oleh tangan sendiri untuk mencapai sekeping not lima puluh ringgit yang sengaja disediakan di dalam poket seluat itu.

Nampak tak perbezaan Daneen dan Daim? Daneen ni jenis tak suka bawa barang yang tak diperlukan bersamanya jika pergi kemana-mana tapi bila dah tiba-tiba nak guna tu, mula lah dia menggelabah tak tentu pasal. Daim pula sejenis manusia yang selalu menyediakan payung sebelum hujan. Dia akan SENTIASA membawa sekurang-kurang sekeping not lima puluh ringgit jika kemana-mana kerana menganggap yang di mana jua dia berada, dia pasti memerlukan duit. Macam sekarang ni la.

Sekeping duit itu kemudiannya dihulurkan kepada Daneen.

"Yayy! Okay jom!". Teruja benar Daneen ya? Tadi nampak relaks je. Bila dah ada orang nak belanja ni, seronok lah pula dia.

Bagus lah tu.

Dalam hati kecil Daim, dia berharap ini adalah merupakan salah satu usahanya untuk memulihkan semangat Daneen sekaligus untuk membuatkan wanita itu melupakan segala kesedihan dan kesakitan yang dirasakan olehnya pada minggu lepas. Walaupun hanya untuk sementara... Daim tetap akan bersyukur.

He loves to see his woman being happy over little things.

Daim tersenyum sendiri sebelum jarinya menarik hujung lengan baju Daneen untuk melintasi jalan itu. Walaupun jalan itu merupakan jalan kampung, motorsikal di sini boleh tahan laju juga. Jadi, dia perlu memastikan yang keselamatan gadis ini terjamin.

Agak terkejut juga la Daneen dibuatnya.

"Waqeel... Aku boleh melintas sendiri la".

"Don't you remember few weeks ago when we're going back to the office after the lunch dengan wakil daripada that one company yang dia offered kau kerja baru tu? Macam ni la situasi dia. Kau nak melintas sendiri. Lepastu terjatuh and your hurted your right foot. Nasib baik takde kereta masatu". Daim mengimbas kembali kejadian beberapa minggu lepas.

"Ala, sekali tu je kan?". Daneen masih lagi dengan wajah cemberutnya.

"Yup, that's gonna happen just once. Thats why... Jangan degil". Daim kembali menarik hujung lengan baju Daneen yang mulai melihat ke kiri dan ke kanan sebelum membawa gadis itu untuk bersama-sama melintas dengannya.

...

Sampai sahaja di kedai yang merupakan sebuah kedai makan kecil itu, mereka berdua terus mengambil tempat duduk di salah sebuah meja yang berdekatan dengan jalan tadi. Di belakang mereka ada sebuah lagi meja yang dipenuhi oleh sekumpulan anak-anak gadis dalam lingkungan umur mereka berdua. 20-an macam tu.

I bet you guys know what will happen next.

"ABC je ke? Atau kau nak makan mi sup dia?". Sebut sahaja perkataan 'mi sup' itu, Daim seakan-akan boleh melihat bintang-bintang di dalam anak mata Daneen. Lelaki itu tahu, jika Daneen bertanya sebegitu... itu bermakna bukan dia nak tanya sangat sebenarnya tapi dia yang nak makan!

" Just tell me you want it, sunshine. Tak perlu buat-buat tanya aku". Daim melepaskan tawa kecilnya.

"Aku nak tapi... Nanti kita lambat ke dusun". Daneen pula tersengih-sengih sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Takpe, kita bungkus. Belikan sekali untuk diorang berempat". Mak Piah, Pak Isma, Idlan dan Hyder. Tak lupa juga Daim kepada mereka sudah lama berada di dusun itu.

"Hehe, okayy. Tapi ABC kau nak makan dekat sini kan?". Soal Daneen untuk kepastian sebab kalau lelaki tu nak bungkus, boleh aje.

"Sini jela".

"Alright!". Kata Daneen sebelum dia bangun daripada tempat duduknya untuk ke arah kaunter kecil di hujung gerai untuk membuat pesanannya. Gerai ini kecil sahaja. Pemiliknya juga tidak mampu untuk menggajikan banyak pekerja. Jadi, pelanggan disuruh oleh menulis sendiri pesanan makanan di kaunter pembayaran dan meninggalkannya di situ. Nanti pemiliknya sendiri yang akan ambil dan bawa ke dapur.

Sedang Daneen menulis pesanannya, kepalanya tiba-tiba diangkat apabila dia mendengar suara beberapa orang gadis yang seolah-olah sedang berbicara dengan Daim.

"Hai. You mesti bukan orang sini kan?". Seorang gadis yang dikenali sebagai Laila itu menyapa Daim. Kerusi di hadapan jejaka itu ditarik ke sebelahnya agar Laila boleh duduk di samping Daim. Boleh dilihat daripada air muka Daim yang tak selesa itu.

Soalan Laila dibiarkan tergantung. Lantak arh orang nak fikir dia sombong pun. Misi utamanya adalah untuk tidak menyakitkan hati gadisnya. He doesn't give a damn about others' feeling except for Daneen's.

"Sombong nya...". Ujar Laila lagi.

Daneen yang berada di kejauhan itu tidak berniat untuk menerjah si Laila itu apabila memikirkan kembali statusnya hubungannya dengan Daim. Dia berasa yang dia tidak layak pun untuk berasa cemburu. Dia bukan siapa-siapa lagi di hidup Daim.

Tapi...

"You have a scar?". Tegur Laila lagi sebagai modal berbual apabila dia ternampak segaris parut di bahagian kanan leher Daim.

Daim diam lagi. Manakala Daneen yang berada di hujung sana sudah naik berang apabila melihat mata Laila yang sibuk merenung leher Daim itu.

Baru sahaja dia ingin berdiam diri lagi tetapi Laila sudah mengambil keputusan untuk berlebih-lebih dengan menyentuh bahagian parut di leher lelaki itu membuatkan Daim tersentak lalu automatik bangun berdiri daripada kerusinya.

"Don't touch me". Ujar Daim dengan nada tegasnya.

"Ala...". Baru sahaja tangan Laila ingin naik menyentuh tempat yang sama lagi, dia ditahan oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan si Daneen yang kelihatannya habis merah satu wajah; menahan amarah.

"Tak payah la pegang-pegang". Daneen memberi amaran.

"Eleh, kau siapa?!". Tiba-tiba sahaja suara Laila naik menengking kuat Daneen di situ membuatkan Daim ingin maju ke hadapan namun ditahan oleh Daneen.

"Im his fiancé. Why? Got any problem with that?".

Daim yang berada di belakang Daneen itu sudah seperti mahu melompat sahaja apabila mendengar ujaran itu. Seronoknya!

"And Laila... I have some serious jealousy issues. So, kalau kau taknak aku humban kau dalam hutan sana... Don't fuck with me by touching him walaupun kau guna hujung jari kau. If not, I'll come for you". Ketepi semua, Daneen sedang cemburu teruk ni. Yela, dia yang pernah couple dengan Daim selama lima tahun pun tak pernah sentuh lelaki itu sesuka hati. Ini gadis random ni boleh pergi sentuh what is literally Daneen's. Memang nak kena la!

Renungan mata tajam daripada Daneen itu cukup untuk membuatkan Laila seperti sudah mahu terkencing di dalam seluarnya. Takut! Posesif betul Daneen apabila dia sedang cemburu.

Terus sahaja gadis bernama Laila itu duduk kembali di mejanya.

"Now... You". Daneen berpaling ke arah Daim dan merenungnya tajam.

"A-aku?". Terus gagap lelaki itu dibuatnya. Dia juga takut dengan sisi garang gadis ini. Jarang ditunjukkan tetapi jika gadis itu sudah mengamuk, semua orang akan gerun.

"Kenapa aku tak pernah tahu pun pasal tu?". Jarinya ditunding ke arah parut yang berada di leher lelaki itu.

🐳

Hello!
Terasa lama betul ya tak update?
Maaf lah hehe...
Semenjak dua menjak ni mood merundum sikit. But it's okay! Harini author akan update 3 chapters (this is the first) untuk sayang-sayangku semua <3 Stay tuned and happy reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro