26- Telling It

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEJAK daripada Daim membuat keputusan untuk tidak menjelaskan macam mana parut itu boleh hadir di lehernya kepada Daneen di kedai tadi, gadis itu langsung tidak bercakap dengan jejaka itu. Merasakan yang dirinya tidak cukup penting untuk mengetahui segalanya tentang Daim.

Memang. Memang pada situasi sekarang ni, Daneen mungkin lagi tidak penting kepada Daim. Tapi, sepanjang lima tahun mereka menjalinkan hubungan bersama, tidak pernah sekalipun Daim bercerita tentang parut itu.

Itu pun tadi nasib juga la Laila berbunyi tentang parut di bahagian leher Daim tadi. Kalau tidak, sampai bila-bila pun itu akan menjadi rahsia Daim.

"Daneen, kau masih nak bermasam muka dengan aku pasal tu ke?". Bicara Daim untuk memecah kesunyian ketika tinggal mereka berdua bersama Hyder sahaja di pangkin itu. Yang lain sudah ke dalam dusun untuk mencari lebih banyak durian. Daim dan Hyder nak ikut tadi tapi disuruh untuk duduk sahaja di pangkin itu oleh Pak Isma ditemani Daneen.

"Tak penting pun kalau hanya sebab tu aku nak bermasam muka dengan kau". Jawab Daneen tanpa sedikit pun berpaling ke arah Daim. Gadis itu sebaliknya sibuk menghirup lebihan kuah mi sup miliknya.

"Itu hak kau untuk bagitahu aku ataupun tak. Lagipun aku buk-".

"How many times should I tell you, kau antara orang terpenting dalam hidup aku". Daim meraup wajahnya. Dia sebal dengan dirinya sendiri kerana pergaduhan ini. Silap dia juga kerana tidak jujur tentang rahsia silamnya kepada Daneen sejak awal-awal dahulu. Di waktu mereka menjalinkan hubungan mesra.

"Then kenapa kau tak bagitahu aku? Atau kau ingat mungkin perkara tu tak penting untuk aku tahu? Waqeel, you already know everything about me. My darkest secret. But how come I know nothing about you? Itu yang aku kecewa tentang kita". Tipu. Daneen menipu. Tak semua rahsia miliknya diketahui Daim. Masih ada lagi satu yang tersisa dek kerana dia takut untuk berkata jujur. Jadi, buat sementara waktu ini... Biarlah rahsia itu dia simpan sendiri di antara dirinya dan keluarganya sahaja.

They both were hiding something from each other.

Hyder yang duduk tidak jauh daripada kedudukan Daim itu menelan air liur perit.

Memang la dia rindu akan pergaduhan pasangan ini, tetapi bukan pergaduhan yang genre nya seserius ini. Hyder rindu akan pergaduhan-pergaduhan manja mereka. Taknak yang ini. Seram!

"It is. Mereka tu tak penting, Daneen. Tak akan menjejaskan hubungan kita pun. Tak kira lah as a couple, employer-employee, friends or whatsoever. Kisah di sebalik parut ni takkan beri kesan apa-apa pun pada kau". Penerangan Daim pada kali ini berjaya membuatkan Daneen terdiam.

Fikirnya, mungkin betul lah cakap Daim itu. Kisah di sebalik parut itu mungkin tidak akan memberikan apa-apa kesan pun kepada hidup seorang Daneen Isabella. Namun masih juga... Perasaan ingin tahunya membuak-buak.

"Okay, fine. Don't tell me anything then". Ujar Daneen sebagai respon lalu turun daripada pangkin itu, memakai selipar dan berjalan masuk ke dusun durian itu. Meninggalkan Daim dan Hyder yang hanya mampu melepaskan keluhan berat (ya kedua-duanya).

"Macam mana sekarang, Tuan?". Hyder membuka mulut.

"Still jangan bagitahu dia". Pantas sahaja Daim menjawab. Dia betul-betul berasa bahawa perkara itu tidak penting langsung untuk diketahui oleh Daneen.

"Tapi-".

"Jangan, Zafran. Jangan. Nanti dah sampai masa, aku sendiri yang akan bagitahu dia". Hyder tahu, apabila Daim sudah mulai menyebut nama keduanya itu... dia tidak boleh melawan lagi. Kata-kata Daim yang itu merupakan kata-kata terakhirnya. Tidak boleh dibantah. Noktah.

"Sekarang Tuan Muda nak buat apa? Macam mana nak pujuk Puan Mu-- maksud saya Cik Daneen tu. Macam mana Tuan nak pujuk dia nanti?".

Daim mengetuk-ngetuk dagunya buat seketika sebelum membuka mulutnya kembali, "Nanti aku bawa dia pergi makan. Senang kan?". Lelaki itu tersenyum bangga. Dia tahu, Daneen suka makan dan sudah pastinya gadis itu tidak akan menolak.

"Haah la! Pandai juga Tuan ni". Hyder menepuk-nepuk kedua belah tangannya. Bangga dengan si Tuan Muda + idea bernasnya itu.

"Well...". Sesi membangga diri bersama Daim Al Waqeel. Sila enjoy sahaja la.

🐳

"TAKNAK".

Pantas sahaja Daneen menolak sewaktu Daim mengajaknya untuk ke restoran makan segera kegemaran gadis itu. Tak lain dah tak bukan, Mc Donald. Itu sahaja la restoran fast food yang sering mereka kunjungi dahulu (atas permintaan Daneen).

"Aik, kenapa taknak? Biasanya kau laju je kalau bab makanan ni". Soal Daim seraya ketawa kecil. Figuranya yang duduk di anak tangga paling hujung itu dipusingkan untuk menghadap Daneen yang sedang berdiri di bahagian atas itu.

"Entah, dah orang taknak. Taknak la". Kedua-dua bahunya diangkat sekali. Tubuhnya dipeluk. Betul-betul nak protes ni. Protes sebab apa? Sebab siang tadi. Ya, Daneen masih lagi tak puas hati!

"Sunshine, do you still have the curiosity from petang tadi?". Soal Daim sambil tersenyum segaris. Suka betul dia dapat melihat wajah memerah bengang milik Daneen itu. Lucu sekali!

"Tak. Mana ada". Wajah Daneen dipalingkan ke arah lain. Malas nak hadap muka terlampau manis di hadapannya ini. Eh, sempat lagi puji si jejaka ya? Ini kalau Daim dapat tahu ni, confirm dia akan tersengih sampai pagi esok.

"Tell me you wanna know about that 'little scar' again and I will show you something". Daim akhirnya memulakan sesi tawar-menawarnya.

"Tak payah la kalau taknak tu. Itu kan rahsia kau".

"Kalau aku bagitahu kau tentang rahsia aku tu akan membuatkan kau keluar makan dengan aku lepas ni, aku sanggup. If telling you the secret will make you stop giving me those cold gaze and replies, I will do it". Sekali lagi. Sekali lagi Daim dengan kata-kata manisnya yang mampu membuatkan Daneen terdiam seribu kata.

"Say that you wanna know about it again and I will show you something, sunshine". Ujar Daim lagi. Senyuman manis itu memang tidak lekang daripada wajahnya. Senyuman yang khas untuk Daneen sahaja.

"Aku...". Kata-kata Daneen terjeda seketika.

"... aku nak tahu pasal parut tu". Setelah menguatkan semangatnya untuk menyatakan hasratnya itu buat kesekian kalinya, akhirnya Daneen berjaya juga. Namun, ada sedikit rasa bersalah yang terbit di hatinya kerana telah bertindak terlalu memaksa ke atas lelaki itu.

'Bodoh lah kau ni, Daneen!'. Sumpah seranah dia ke atas dirinya sendiri.

"Alright... Close your eyes first". Arah Daim dan Daneen turuti tanpa banyak tanya. Kang kalau melawan, melepas dia.

Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...

"Okay, boleh buka mata dan jangan menjerit. You have three seconds kalau tak nanti ayah pukul aku sebab ingat aku nak apa-apakan kau". Daim berbicara lagi setelah tiga saat menyuruh Daneen untuk menutup mata tadi.

Dan setelah mata gadis itu dibuka, dia terlihat sebuah figura yang membelakanginya tanpa mengenakan sebarang baju. Hanya seluar yang tersisa.

Dalam masa tiga saat itu, Daneen dapat melihat sebuah parut yang sangat panjang bermula daripada 'parut kecil' di leher lelaki itu sampai ke bahagian pinggangnya. Like, he has this one big scar across his back.

"Tet! Masa tamat". Baju yang dipegang tadi lantas dipakaikan semula ke tubuhnya. Badannya dipusingkan menghadap Daneen semula dan terlihat gadis itu sedang terpaku.

"Hey, sunshine. Whats wrong? Not enough time? Kalau nak lama-lama, kau kena la kahwin dengan aku dulu". Daim berseloroh untuk membuat Daneen ketawa. Namun, gadis itu masih menayangkan riak wajah terpaku. Seakan sedang terkedu.

"Daneen?".

"Parut apa tu?". Soalan pertama yang keluar daripada mulut Daneen.

"That was my childhood scar. Aku dapat tu masa umur aku 12 tahun. Tak sangka sampai sekarang ada lagi". Kenangan pahit itu terimbas semula di kotak fikiran Daim.

Tidak. Dia tidak boleh menangis lagi. Dia kena kuat!

"Ke-".

"Kenapa? Im sorry Daneen. Aku tak boleh bagitahu kau sebabnya lagi. Nanti dah sampai masa, aku bagitahu ya? I promise". Dengan penuh kelembutan, Daim berbicara. Takut jika kata-katanya akan mengguris hati gadis itu.

"No, it's okay. Kau tunjuk dekat aku parut tu pun dah cukup. Sorry sebab aku paksa kau, Waqeel". Daneen meminta maaf.

"Takpe. Now, will you go out with me? Our favourite place? Mc Donald? Atau kau nak makan benda lain?". Tanya Daim seraya kakinya melangkah untuk naik semula ke rumah kayu itu.

"Nak fries dia". Pinta Daneen tanpa malu. Kan dah kata, dia ni kalau pasal makanan; memang laju nak mampus. Tadi tu saja je jual mahal. Ceh!

"Okay. Kejap, aku nak minta izin ayah lepastu nak ambil kunci kereta sekali. Kau tunggu sini. Tak payah bersiap la, dah cantik".

Daneen memandang badannya sendiri daripada atas ke bawah.

'Cantik apa macam ni?'. Dan dia tersedar bahawa dirinya hanya mengenakan seluar kotak-kotak berwarna merah jambu dipadankan dengan baju T yang juga berwarna merah jambu.

'Suka sangat menipu Waqeel ni!'.

Hakikatnya, Daim tak tipu pun. Daneen pakai lah macam mana sekalipun, tetap terlihat cantik di matanya.

He's indeed, deeply in love with her.

🐳

This is the second one!
Agak-agaknya parut tu disebabkan oleh apa ya?
Hm... 🤔


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro