3- Blind Date (failed)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"YOU DID WHAT?!".

Daneen menjerit sampai kalau boleh nak runtuh rumah sewa mereka bertiga itu. Sampai kalau boleh nak kasi jiran rumah yang paling hujung sekali dengar. Memang itu pun niatnya kerana sekarang ni dia terasa nak penyet-penyet je dua orang rakan serumahnya ini. Adira dan Syeeqa.

"Hehehe, kau pergi ya? Kitorang dah tolong set kan date". Adira memeluk lengan Daneen, memujuknya untuk ikut sahaja rancangan dia dan Syeeqa.

"Taknak lah aku!". Bantah Daneen sekeras-kerasnya sambil menepis kasar tangan Adira yang tadinya melingkar di lengannya itu.

"Alah Daneen, ini untuk kebaikan kau juga. Kau cakap kau nak cuba lupakan ex kau yang masih tak boleh nak move on walaupun dah tiga tahun tu kan? Ha, ini aku ngan Dira nak tolong kau lah ni. Kau pergi lah ya? Lelaki tu baik. Dia kawan abang aku. Aku jamin lah dia akan suka kau". 'Bekas' yang dimaksudkan ialah Daim. Dan sudah tak terkira berapa banyak kali Syeeqa nak puji lelaki yang entah siapa-siapa tu. Ini mungkin dah masuk kali ke-282628822992.

"Tapi bukan dengan cara ni. Aku. Tak. Suka". Daneen melabuhkan ke atas sofa berdekatan lalu menekup muka sendiri. Sumpah dia tak suka dengan rancangan mengarut teman-temannya ini!

Daneen baru sahaja merancang ingin berehat-rehat sahaja di rumah pada hujung minggu ini setelah seminggu penat bekerja dengan majikan barunya yang teramat menjengkelkan itu. Alih-alih baru sahaja dia balik daripada kerja tadi, dia disambut dengan berita buruk daripada Adira dan Syeeqa.

Mereka berdua tiba-tiba sahaja memberitahu yang mereka sudah meng- set up kan satu blind date untuk Daneen dengan seorang lelaki yang merupakan kawan kepada abang Syeeqa. Namanya pun Daneen dah ingat-ingat lupa. Apa eh nama mamat tu? Ya... Ya-z... Yazid! Ha Yazid namanya.

Daneen pun apa lagi, mengamuk teruk la dia tadi. Ini je dah tenang sikit walaupun tak tenang sangat.

"Sekaliii ni je, Daneen". Pujuk Adira bersungguh.

"Ye dho. Pastu kau balik je daripada date tu, aku belanja kau makan. Cun tak?". Tawar Syeeqa menggunakan usahanya yang terakhir. Dia tahu, Daneen pasti tidak akan mampu untuk menolak tawaran yang satu ini kerana Daneen dan makanan ialah kekasih sejati. Pantang berpisah!

Dengar sahaja perkataan 'makan' tu, terus Daneen mengangkat mukanya. Kembali memandang Adira dan Syeeqa yang sudah tersenyum lebar.

"Makan kat mana?". Soal Daneen seolah tertarik membuatkan Adira dan Syeeqa berpandangan sesama sendiri seraya menampalkan senyuman yang semakin melebar.

"Anywhere you want". Balas Syeeqa.

"Dekat restoran Gordon Ramsay tu pun takpe. Aku bayar. Apa-apa je kau nak makan". Adira Ruhaila, bercakap bagi pihak manusia paling kaya di situ. Dia punya kaya tu sampaikan masa mereka mula-mula nak sewa rumah ni dulu, Adira yang tanggung sewa setiap bulan sorang-sorang. Namun, ditegah oleh Daneen dan Syeeqa.

Daneen berfikir seketika sebelum berkata,

"Hm". Lebih kepada menggumam je ni sebenarnya.

"Kau nak pergi lah ni?". Tanya Adira semakin teruja.

"Ya. Kat mana dan bila?". Daneen mencapai alat kawalan jauh yang ada di hadapan lalu dimain-mainkan di tangan.

"Yayyy!".
"Yoohooo!".

Sempat lagi dua ekor tu bersorak sebelum barulah salah satu daripada mereka menjawab,

"One of the restaurants in Pavilion. Aku lupa nama dia, nanti aku tanya Yazid balik. Waktunya esok, pukul 1 dia datang ambil kau". Terang Adira.

"Okay".

Dan akhirnya Daneen terpaksa bersetuju kerana kalau tak, kawan-kawannya ini akan merengek dekat dia sampai tahun depan. Jadinya, dia ikut kan ajela. Dapat makan free lagi. Berbaloi lah jugak kan?

🐳

TAK. Keputusannya untuk menuruti rancangan Adira dan Syeeqa ini sangat lah tidak berbaloi walaupun sudah disogok dengan tawaran belanja makan di restoran Gordon Ramsay. Kenapa?

Just watch and read...

"Banyaknya you order? Bukannya biasa perempuan akan order salad je ke bila keluar makan?". Perkataan pertama yang keluar daripada mulut lelaki bernama Yazid setelah mereka siap memesan makanan.

"Banyak? I order pasta dengan garlic bread je. Lepastu air kosong. Banyak sangat ke?". Daneen tersenyum hambar di hujung katanya.

"Still... Itu kan makanan berat... What were you thinking? Nanti berat you makin naik macam mana? Ini pun I tengok...". Si Yazid terus sahaja merenung Daneen daripada atas sehingga ke bawah. Membuatkan Daneen cukup berasa tidak selesa dengan pandangan itu dan cukup terkesan dengan kata-kata Yazid yang seolah olah ingin bodyshaming dirinya sekarang ini.

"... You makin gem--". Belum sempat Yazid menghabiskan kata-katanya, Daneen yang sudah meluap amarahnya itu bangun dan terus menyimbahkan mushroom soup yang sudah di hantar sebentar tadi oleh sang pelayan ke atas baju Yazid. Ada sedikit daripada hidangan itu terkena pada wajahnya.

"Kau buat apa ni perempuan?!". Pekik Yazid dengan begitu kuat sampai habis pelanggan dalam restoran itu menoleh ke arah mereka. Ada sesetengah daripada mereka yang merakam kejadian itu.

"Taught you some manner. Patut la single. Rupa dah ada, duit dah ada. Tapi mulut... Tch tch tch... Macam longkang baunya". Daneen mengibas-ngibaskan tangan kanannya di hadapan hidungnya.

"You little bitch!!! THIS SHIRT COST MORE THAN YOUR FCKING HAIR CLIP!". Pekik lelaki itu dengan lebih kuat membuatkan Daneen ketawa terbahak-bahak.

Klip rambut yang dipakai olehnya dicabut lalu dilempar mengenai kepala Yazid.

"Take that as a payment for the mushroom soup. Gotta go, bye!". Daneen lalu mencapai begnya dan berlalu pergi selepas sahaja memberikan sebuah flying kiss kepada Yazid membuatkan lelaki itu menjerit keberangan di situ.

Girlboss moment.

🐳

TAK girlboss mana juga apabila tiada satu pun teksi yang melintas di tempat menunggu teksi itu. Yup, satu pun takde. Membuatkan Daneen berasa bahawa dia lah manusia paling menyedihkan pada hari ini.

Dia berdiri dan menilik-nilik imej badannya yang terpantul pada permukaan kaca dinding tempat menunggu teksi dan bas itu. Kata-kata Yazid tadi kembali menerjah fikiran dan membuatkan dia terasa ingin menangis.

"Gemuk sangat ke aku ni?".

Tanpa dia sedari, air matanya mulai menitis.

Sumpah dia benci apabila dihina tentang berat badannya walaupun dia sudah di takat BMI normal pada saat ini. Namun sahaja, itu amat menyakitkan. Kata-kata Yazid tadi betul-betul berbekas di hatinya.

Dia terduduk di tempat duduk itu dan wajahnya ditekup. Daneen menangis sepuasnya di situ. Tangisan ini merupakan tangisan paling teruk setelah tangisannya selepas berpisah dengan Daim dulu. Entah kenapa dia emosi sangat harini. Nak datang bulan agaknya.

"Be--tsk--sar sangat ke--tsk-- aku ni". Badannya diraba-raba sendiri.

Zrrt, zrrt...
Zrrt, zrrt...
Zrrt, zrrt...

Namun telefon miliknya yang bergetar itu menghentikan perbuatannya. Tanpa dia hentikan tangisannya, terus dia capai telefon itu dan menjawab panggilan daripada majikannya itu. Yup, Daim yang menelefon Daneen di petang-petang hari ini. Entah kenapa. Orang dah la tengah takde mood!

"Hello". Tsk.. Tsk... Kedengaran di telinga Daim seperti ada orang yang sedang menangis.

"Are you crying, Daneen?". Terus sahaja lelaki itu bertanya.

Daneen ni spesies yang tak boleh kalau orang makin tanya dia 'kau nangis ke?' ha maka dengan itu dia akan menangis dengan lebih kencang. Seperti saat ini la.

"Woi, sakit la telinga aku! Kau ni kenapa?". Soal Daim lagi. Telefonnya dijauhkan sedikit daripada telinga. Taknak la dia pekak di usia muda.

"HUWAAA!". Makin kuat pula perempuan itu menangis.

"Okay, okay. Where are you right now?".

"Tak tahu". Jawab Daneen tanpa berfikir terlebih dahulu. Malas nak susun struktur ayat. Akhirnya, dia jawab sahaja 'tak tahu'.

"Daneen, answer me. Kau kat mana ni?". Makin risau pula Daim dibuatnya sampai terbangun kawan tu daripada kerusinya.

"Tak tahu! Aku cakap tak tahu, tak tahu la! Huwaa!". Emosi betul perempuan ni harini.

"Sunshine.. Just tell me wheres the location and Im gonna pick you up and we're gonna get something to eat. Ice cream or whatsoever. Or maybe pasta, your favourite. Now tell me, where are you?". Daim cuba memujuk lagi.

Daneen terdiam seketika...

Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...

" Hm... Dekat... Bus stop... ".

" Bus stop dekat mana, sunshine?".

" Depan Watsons dekat... dekat dengan Pavilion". Daneen mengelap air matanya menggunakan tisu yang diambil daripada beg tangannya.

"Okay, I'll be right there. Kau tunggu aku. Jangan lari. I want you to stay on the line with me, okay?". Dah macam gaya operator 999.

Daneen mengangguk sekali.

"Jangan angguk, I can't see you".

"Okay".

"Okay good".

🐳

Sudah di update hehe!

TMI: Petang tadi saya baru je habis baca Seseorang Untuk Aku by Rehan Makhtar and and and novel tu best gilerrrr!
Korang kena beli tau...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro