4- The Nickname 'Sunshine'

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DAIM menjeling sahaja wanita di sebelahnya yang sedang memakan aiskrim itu. Tadi bukan main teruk dia menangis masa mula-mula Daim sampai dekat dia, sekali Daim sua aiskrim... Terus diam.

"Kau kenapa nangis tadi?". Soal Daim dengan nada mendatarnya sambil mata fokus ke atas jalan raya. Tangan sibuk mengawal stereng kereta. Wajah didatarkan. Hanya mulut yang terkumat-kamit...

"Ada lah". Balas Daneen ringkas. Dia sebenarnya malas nak ingatkan kisah tadi, buat sakit hati je.

"Kau nak aku berhentikan kereta macam haritu ke? Lepastu paksa kau bagitahu. Macam tu?". Daim mula mengugut untuk melakukan teknik seperti beberapa hari lepas. Dah kalau degil sangat, itu je rasanya yang berkesan.

"Ish, suka paksa kan?!". Daneen berpaling ke arah Daim dengan muka yang dimasamkan.

"Memang pun. Sekarang ni, kau duduk elok-elok dekat kerusi kau lepastu kau bagitahu aku kenapa kau menangis macam mak hilang anak tadi". Daim menjeling ke arah kaki Daneen yang elok duduk bersila di atas kerusi tempat duduk penumpang di hadapan itu.

Selepas menyumpah seranah Daim di dalam hati kerana jantan tu suka sangat memaksa, Daneen akhirnya membuka mulut juga untuk bercerita.

"Tadi aku pergi blind date...".

"BLIND WHAT?!". Eh eh, terkuat pula suara cik abang dekat sebelah ni. Kenapa? Terkejut sangat ke kalau Daneen pergi blind date?

"Kau ni gelabah asal? Aku cakap tadi aku pergi blind date dengan sorang mamat ni. Lepastu kitorang pergi lah restoran kan...". Makin lama Daneen bercerita, makin ketat genggaman kedua tangan Daim pada stereng kereta itu. Cemburu eh bang? Nasib baik la Daneen tak nampak.

"... lepastu aku lapar masatu. Aku order la pasta dengan garlic bread dengan air kosong. Itu je kut. Lepastu kau tahu dia bagitahu aku apa?". Daneen kembali memusingkan kedudukan badannya agar boleh menghadap Daim buat kesekian kalinya. Baru syok bercerita. Walaupun Daim tak tengok pun dia kerana sedang fokus memandu.

" Tak tahu. And sunshine, unless you want me to lock you on my lap, please sit properly". Daim cuma risau jikalau jadi apa-apa yang membahayakan keselamatan wanita tu. Dengan duduknya tak betul. Nanti terlingkup ke depan baru tahu. Maka, terpaksa la dia ugut sikit.

"Gatal!". Daneen jeling Daim sekilas.

Sebelum dia menyambung ceritanya lagi selepas membaiki kedudukannya, "Lepastu dia cakap aku gemuk sebab nak makan banyak-banyak ni. Dia cakap yang 'bukan perempuan selalu pesan salad je ke?'. Pastu aku marah lah kan? Aku bangun lepastu aku simbah dia dengan mushroom soup. Pastu of course lah lepas tu dia sumpah seranah aku. He called me a 'bitch'. The end. Puas hati dengar cerita? Nak gelak, gelak arh. Kau pula aku hempuk guna stereng tu nanti". Ugut Daneen. Padahal Daim tak menunjukkan tanda-tanda nak gelak pun. Wajahnya mendatar sahaja.

"Apa nama dia?".

"Siapa?". Tanya Daneen kembali dengan riak wajah yang jelas-jelas kelihatan seperti sedang clueless itu. Daneen memang selalu macam ni.

"Partner blind date kau tadi".

"Yazid Hilmi. Kenapa kau tanya?".

"Nothing". Sepatah sahaja jawapannya.

"Oh... By the way kan... Kenapa kau telefon aku tadi? Kena pulak dengan masa tu". Kalau 'cerita' Daneen yang buatkan Daim berasa ingin tahu, kalini 'call' Daim yang tadi pula membuatkan Daneen berasa ingin tahu. Adil lah kan?

"Mama nak jumpa". Masih lagi dengan wajah datarnya yang terpasang.

"Puan nak jumpa??? Buat apa?". Nampak tak tanda soal lebih banyak daripada biasa tu? Itu maknanya, Daneen sedang keliru dua kali ganda + terkejut.

"Saja".

"Okay". Senang sahaja Daneen menjawab. Mana taknya, lepak dengan Puan Rohaini sambil berborak kosong itu ialah perkara paling menyenangkan sekali. Jadi baik lah dia pergi berjumpa dengan bakal mak mentua tak jadinya itu daripada kena paksa pergi blind date lagi.

Lagipun di masa dia masih menjalinkan hubungan spesial dengan Daim, selalu juga lah Daim membawa gadis itu bertemu mamanya. And it was a fun thing to do! Puan Rohaini sangat la sweet orangnya.

Daim angguk sekali sebagai respon kepada balasan Daneen itu.

"Bila?".

"Esok. Pukul 10 pagi. Nanti aku ambil kau".

"Eh tak payah la. Aku naik Grab je". Bantah Daneen dengan laju. Taknak la dia naik kereta dengan mamat ni, nanti kena paksa macam-macam lagi. Takut la dia!

Daim angguk sekali lagi.

'Aik? Tak bantah? Pelik ni'. Terus sahaja berkerut seribu dahi Daneen walaupun dia belum lanjut usia. Terpaku dengan perangai Daim yang jarang-jarang berlaku ini.

Dan selepas itu, dua-dua mendiamkan diri. Sudah habis topik untuk dibualkan membuatkan Daneen berasa begitu bosan sekali pada saat ini. Dan mula lah matanya merayap dekat sekeliling ruangan di dalam kereta yang sedang bergerak itu.

Mula-mula dia pandang manusia yang sedang memandu di sebelahnya ini. Masyaallah, indah sungguh ciptaan Allah. Dekat anak mata kiri yang indah berwarna hitam pekat dan anak mata kanan yang sangat cantik dengan warna kelabu. Ya, Daim menghidapi gejala? simptom? penyakit? entah la tapi something yang diberi nama heterocromia. Ini semua diturunkan oleh ayahnya. Ayahnya yang merupakan kacukan Malaysia-Belanda. Daim satu-satunya anak Puan Rohaini dan Encik Zakaria yang mengikut 'jejak langkah' si bapa.

Pandangan Daneen kemudian beralih kepada kepala Daim yang dipakaikan cap secara terbalik itu. Fuh! Perfect!

Mata Daneen turun pula ke badan Daim yang tersarung dengan baju T hitam kosong dipadankan dengan sweatpants berwarna kelabu. Dan... Lelaki itu berkaki ayam sambil memandu.

'Baru aku perasan'. Omel Daneen sendiri.

Mesti Daim nak cepat ni tadi. Tapi topi sempat pula pakai? Arh, entah la.

"Dah puas?".

"Huh?". Tersentak Daneen dibuatnya apabila ditegur begitu oleh suara dingin itu.

"Puas tengok aku?".

Terus malu sendiri Daneen di situ. Naik merah kedua-dua belah pipinya. Kenapa? Kerana 'tuduhan' Daim tu memang betul, memang dia sedang usyar lelaki itu pun tadi. Tidak boleh disangkal lagi.

"Puas! Nanti nak tengok lagi". Daneen senyum tidak bersalah.

Daim yang sudah tidak keruan dengan jawapan tambahan Daneen itu terus mencabut topinya lalu dipakaikan ke atas kepala Daneen.

"Diam". Arah Daim.

"Elelele malu lah tu kan?". Makin disuruh diam, makin dia mengusik.

"Shut up, sunshine".

Daneen menghabiskan sisa tawanya sebelum terdiam lagi.

Tetapi, ada satu perkara yang membuatkan dia berasa ingin membuka mulut lagi.

Sewaktu matanya kembali meliar di dalam kereta itu, pandangannya terarah kepada bahagian atas dashboard Range Rover hitam itu.

Sunshine's seat

Tulisan itu cukup kecil namun masih lagi boleh dibaca oleh Daneen dengan jelas.

'Dia belum buang lagi?'.

"Daim". Panggilnya sekali. Nak tanya lah ni.

"Hm?".

"Kenapa belum buang ni?". Jari telunjuk Daneen mengusap perlahan sticker yang tertampal di hadapannya itu.

Daim mengerlingkan ekor matanya ke arah objek yang ditunjukkan oleh Daneen sebelum membalas perlahan,

"Malas".

"Buang lah. Mana tahu nanti kau ada girlfriend baru ke. Nanti dia tanya la siapa 'sunshine' ni. Ke kau nak panggil dia 'sunshine' juga nanti?".

"I won't call anyone 'sunshine' except for you. Biar pun dia girlfriend baru aku. Nama panggilan tu hanya khas untuk kau. Now, stop asking and shut up. Ada lagi 5 minit sebelum sampai rumah kau". Daim sudah malas nak melayan karenah Daneen yang banyak tanya ini. Daneen pun sudah malas nak bercakap banyak.

Maka dua-dua terus mendiamkan diri sehingga sampai ke destinasi yang dituju iaitu rumah sewa Daneen.

🐳

Daim is such a gentleman :(
Mak lurveeee!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro