46- Week Of Trynna Win Her

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI PERTAMA

KELUAR je daripada rumah kakaknya yang dijadikan tempat tinggalnya buat dua tahun lamanya itu, dia ternampak seorang jejaka yang sedang bercakap-cakap dengan kakaknya Dian, di depan pintu rumah itu.

Siapa lagi kalau bukan Daim...

"Baru siap?". Daneen yang disoal secara tiba-tiba oleh Dian itu terdiam seketika. Matanya terpaku ke arah tangan Daim yang memegang sebuah beg kertas dan sejambangan.... hmmm... nak cakap macam tak kena tapi lelaki itu memegang sejambangan cupcakes yang bercorak persis seperti bunga ros.

"Morning, sunshine". Tegur suara itu menyedarkan Daneen daripada lamunannya.

"Awak buat apa kat sini? Kak, bukan kau nak pergi hantar Dhamir ke?". Satu soalan untuk lelaki di hadapannya, satu lagi soalan untuk Dian.

Tersengih-sengih Dian sebelum menjawab, "Aku baru balik daripada hantar Dhamir lah ni. Tiba-tiba nampak Daim dekat sini. Sembang sekejap dengan dia. Katanya nak hantar kau pergi kerja".

"Betul tu. Dian cakap kau kerja dekat kedai kek erh? Let me send you there, okay? Just tell me the location". Kata Daim sambil menghulurkan jambangan kek cawan yang comel tadi kepada Daneen. Wanita itu menyambut jambangan itu dan menarik hujung lengan baju Daim ke suatu tempat yang jauh daripada Dian untuk mengajaknya berbicara.

Tajam Daneen merenung lelaki itu.

"What?". Soal Daim.

"Awak buat apa ni?".

"Buat apa, apa?". Soalan berbalas soalan berbalas soalan. Elok lah tu.

"Waqeel, serius sikit boleh tak?".

Daim tergelak kecil sebelum menyatakan hasratnya kemari pada hari itu.

"Sunshine... Kau sendiri bagitahu aku yang kalau aku berjaya buatkan kau makin jatuh hati dengan aku dalam masa seminggu, kau akan terima lamaran aku kan? So, this is day one".

'Alamak...'. Telan air liur perit Daneen dibuatnya. Kenapa? Kerana dia betul-betul terlupa akan syarat yang dia sendiri letak ke atas lelaki itu.

"Oh...". Hanya itu sahaja yang mampu dituturkan oleh Daneen pada saat ini. Renungan matanya mulai melembut.

"' Oh' je?".

"Awak bawa apa tu?". Daneen menjeling sedikit ke depan untuk melihat isi di dalam beg kertas yang dipegang oleh Daim itu.

"Some more cupcakes for my colleagues. Kenapa? Kau nak jugak ke yang ni? Kalau nak, aku boleh je bagi".

"Apa awak nak saya gemuk ke makan cupcake banyak-banyak?". Lah. Macam tu pulak? Haih, perempuan perempuan... (saya perempuan jugak).

🐳

HARI KEDUA

"HELLO, sunshine...". Haih... Dia ni lagi. Baru dua hari berlalu, Daneen dah penat nak tengok muka dia. Mana taknya, semalam muncul depan rumah. Harini muncul depan kedai kek tempat dia bekerja ini pula.

Seperti biasa, di tangan lelaki itu ada sejambang sesuatu. Kalau kelmarin jambangan kek cawan, harini tak tahu la apa yang terbungkus elok itu.

"Hai, Waqeel".

"Balik dengan siapa?". Soal Daim lalu mengambil tempat duduk di atas bangku tidak jauh daripada tempat duduk ku.

"Tunggu Dian. Tapi lewat pula di harini. Mungkin dia tengah ambil Dhamir kut".

"Balik dengan aku lah, okay tak?". Jambangan tadi dihulurkan ke arah Daneen dan wanita itu menyambut huluran itu. Matanya berlaih ke arah sesuatu yang tersembunyi di balik bunga-bungaan palsu itu.

Berkerut dahi Daneen dibuatnya.

"Fries? Awak suruh siapa buat bouquet fries untuk saya ni?". Daneen pun apa lagi, terus dia ketawa terbahak-bahak. Belum pernah dibuat orang ya, jambangan kentang goreng. Lebih spesifik lagi, kentang goreng Mc Donald.

"Aku suruh isteri Hyder yang buat. Tangan dia kan berseni. Kau suka tak? Aku tahu, mesti kau suka punya sebab kalau dulu-dulu kalau kita pergi Mcd, kau selalu order fries and sunday cone. Lepastu kau celup fries tu dalam aiskrim vanila tu kan?". Daneen terpaku. Tawanya terhenti. Dia tak sangka...

Selepas segala kata benci yang dia hamburkan untuk lelaki itu dua tahun lepas, Daim tidak pernah berhenti berusaha untuk menggapai kembali cintanya. Daim tak pernah putus asa. Dan Daim ingat segalanya tentang dia. Even the littlest thing ever. Like the fries feat the sunday cone.

"Suka. Terima kasih, Waqeel".

"Sama-sama. Now, jom balik? Jangan risau, nanti aku bagitahu Dian".

Daneen mengangguk sekali lalu tak lama selepas itu, dia mengikuti langkah Daim yang sudah berjalan ke arah Range Rover hitam milik lelaki itu.

🐳

HARI KETIGA

HARINI Dhamir beria-ria mengajak ibunya untuk berkelah di tepi tasik berhampiran rumah Dian. Daneen yang sayang giler giler kepada si comel ini, ikutkan saja lah. Yelah dah kesian tengok budak rambut kembang tu siap buat peanut butter and jelly sandwiches sendiri. Pandai kan Dhamir?

Tengah-tengah Daneen sibuk menyusun bekas-bekas makanan yang dibawa di atas kain semacam kain alas meja bercorak kotak-kotak itu, Dhamir menarik-narik lengan baju ibunya.

"Yes, little sunshine? Awak dah lapar ke?". Daneen berpaling ke arah anaknya dan di saat itu lah dia hampir sahaja terkejut beruk. Mana taknya, tanpa suara atau bunyi tapak kaki langsung, Daim tiba-tiba sahaja muncul di sisi Dhamir. Duduk bersahaja di atas alas yang telah dihampar itu dengan masih berpakaian kerja.

"Hello, sunshine". Daim mengangkat tangannya dan melambai ke arah wanita manis miliknya itu.

"Awak buat apa kat sini, Waqeel?".

"Berkelah lah. Takkan nak main bola pulak kan?". Sempat lagi dia buat lawak bodoh tu. Mata lelaki itu beralih ke arah Dhamir lalu kanak-kanak itu tersenyum kegembiraan. Suka lah tu pakcik kegemaran datang! Jangan-jangan...

"Dhamir Anaqee...". Daneen menyeru perlahan nama anak terunanya itu membuatkan si Dhamir tu kecut perut sikit. Namun tetap juga dia berpaling ke arah ibunya.

"Awak ajak uncle Waqeel ke?". Daneen menyoal anaknya. Kemudian dibalas dengan gelengan laju oleh si comel berambut maggi itu.

"Dahtu macam mana pakcik ni tahu awak dengan ibu ada dekat sini?".

Dhamir tersenyum lebar sebelum dia menulis sesuatu di papan hitam kecilnya. Papan hitam itu kemudiannya diterbalikkan untuk diperlihatkan kepada si ibu.

Uncle ♡ Ibu
Kan?

Membulat mata Daneen dibuatnya. Bertuah punya budak! Ini mesti Daim yang ajar ni!

"Mana ada!". Laju Daneen membalas. Renungan tajam dilontarkan ke arah Daim yang kini sudah berbaring di atas alas itu bersama tangan kecil Dhamir yang diletakkan ke atas dahinya.

"Ada la... Tak baik tipu anak sendiri". Daim pula semakin menambah kemunasabahan penulisan Dhamir itu. Memang betul pun tapinya. Senyum sinis terjungkit di bibir Daim.

Dhamir turut tersenyum tidak bersalah.

"Dhamir ni kan... eeee... sama aje dengan pakcik Waqeel ni. Siapa ibu Dhamir sekarang ni? Ibu kan? Dhamir kena la sokong ibu". Jari ditunding ke arah diri sendiri.

Budak kecil itu lalu menuliskan sesuatu lagi di papan hitamnya.

Ibu, ibu.
Uncle, papa.

Kemudian, papan itu diletakkan ke atas alas dan Dhamir mencapai tangan Daim dan Daneen lalu dipeluknya rapat ke dada.

Sesaat kemudian, pelukan dilepaskan sebelum jari telunjuk kecil tangan kanan Dhamir ditundingkan ke arah Daneen dan Daim kemudian ke arah dirinya. Dia tersenyum manis sebelum membuat sign language 'i love you' (🤟🏻) membuatkan Daneen terpegun manakala Daim tersenyum bangga.

"Siapa ajar anak ibu ni?". Lama kelamaan, Daneen mulai tersenyum bangga juga.

Untuk menjawab persoalan ibunya itu, Dhamir menggerakkan mulutnya seperti sedang menyebut perkataan 'papa' lalu menepuk-nepuk perut Daim yang sedang berbaring itu.

"You taught him that?".

"Yes. Nanti senang dia nak cakap 'i love you' dekat kau". Daim masih lagi dengan senyuman bangganya.

🐳

Updated!
Comel kannn?


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro