47- Week Of Trynna Win Her Pt.2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI KEEMPAT

SETAKAT ni belum muncul lagi lelaki bernama Daim Al Waqeel tu di hadapan Daneen. Yela, sekarang ni pukul 9 pagi. Waktu orang bekerja. Daneen tengah kerja, Daim pun mestilah sedang bekerja. Takkan lah 24 jam dia nak berkepit bawah ketiak si Daneen ni.

Tadi Daneen dah siap menyapu-nyapu sedikit lantai bakeri atau kafe kecil tempat dia bekerja tu. Sekarang ni, dia perlu berjaga di kaunter pula. Harini shif pagi, jadinya ada dia dan seorang gadis lepasan SPM bernama Yana sahaja. Yana tu barista dekat sini. Jadi, Daneen lah yang kena jaga kaunter, sapu-sapu sementara Yana bekerja di belakang; menyiapkan apa yang patut. Tauke kafe ni malas lah nak gajikan ramai pekerja. Yela, kedainya pun kecil je. Tak padan kan?

Kadang-kadang bos nya ada juga singgah ke mari. Nama tauke kedai kek slash kafe ini ialah Haidar Zaheera. Anak kepada seorang usahawan berjaya di Malaysia ni. Katanya kedai ini diberikan olehnya kepada dirinya. Dinamakan sempena dirinya juga. Zaheera's Bakery. Majikan Daneen ini baik dan lemah lembut orangnya.

Tengah-tengah Daneen menongkat dagu di kaunter itu, datang seorang lelaki yang kelihatan agak tergesa-gesa di hadapan kaunter kafe itu membuatkan Daneen dengan serta-merta berdiri.

"Selamat datang ke Zaheera's Bakery. Encik nak pesan apa ya?". Soal Daneen kepada manusia yang seperti pernah dia lihat itu.

"One hot americano".

Pesanan itu kemudiannya ditaip di komputer skrin sentuh di hadapan Daneen. Kemudian...

"Saiz apa ya en--". Belum sempat Daneen nak tanya manusia tu nak kopi itu saiz apa, dia dah berlalu duduk di salah satu kerusi di dalam kafe bakeri itu.

"Erk... Encik?". Daneen cuba memanggilnya.

"What?". Amboi, sombongnya!

"Encik nak hot americano tadi saiz apa ya?".

"Buat jela saiz apa pun! Itu pun tak tahu ke? Dah berapa lama kau kerja kat sini? Ha?!". Lah, rilek lah bang. Daneen tanya je kan?

Tarik nafas, hembus nafas.
Tarik nafas, hembus nafas.

Kalau tak diikutkan rasional, memang Daneen dah baling mesin kopi tu dekat atas muka mamat kerek ni. Sumpah!

" Huh! Yana, nak buat saiz apeni?". Akhirnya, Daneen mengambil inisiatif untuk tanya dekat Yana sahaja.

"Kak Daneen tulis je la saiz grande. Sebab saiz tu paling biasa orang pesan kan?". Kata Yana sambil garu-garu kepalanya yang tak gatal. Dia pun tak tahu nak jawab apa sebenarnya.

"Oh, okay okay...". Daneen akhirnya akur dan menulis perkataan 'grande' di sebelah jenis kopi yang dipesan oleh mamat kerek itu tadi.

Setelah kopi siap dibancuh oleh Yana...

Ting, ting!

Loceng di kaunter itu ditekan oleh Daneen untuk menyedarkan si manusia kerek itu untuk mengambil minumannya. Lelaki itu lalu berdiri dan berjalan ke arah kaunter.

Mukanya yang dah kerek tadi bertambah kerek bila ternampak kopi yang dia pesan tadi.

"What is this?". Soalnya dengan nada yang agak menjengkelkan.

"One hot americano in a grande cup".

"Aku pesan saiz venti kan? Yang kau pergi bagi grande ni apesal?!". Lelaki itu tiba-tiba meninggikan suaranya kepada Daneen.

Daneen menarik nafas sedalamnya sebelum menjawab.

"Ehem, ehem. Tadi, saya ada tanya encik... encik nak saiz apa. Tapi encik tak jawab. Jadi saya buatkan saiz grande saja lah kerana itu yang pelanggan biasa pesan". Daneen masih lagi boleh tersenyum manis. Padahal dalam hati dah rasa macam nak simbah kopi panas ni dekat muka mamat kerek ni.

"Kau ingat aku sama macam orang lain ke?!".

Tak semena-mena, mamat kerek itu membuka penutup cawan yang mengandungi kopi panas lalu menyimbah isinya ke bahagian dada Daneen. Nasib baik lah Daneen memakai baju dan apron yang agak tebal. Namun tetap terasa panas!

" Ini dah lebih dah ni encik".

Daneen yang sudah tidak boleh menahan sabar itu berjalan keluar daripada kawasan kaunter itu untuk pergi ke arah lelaki kerek itu. Sebelum itu, dia sempat mencapai segelas serbuk kopi yang baru sahaja mahu dibancuh oleh Yana membuatkan gadis 18 tahun itu terkejut.

"Orang macam encik ni, elok kasi pengajaran sikit. Salah sendiri tak pernah nak nampak". Setelah mengakhiri kata itu, serbuk kopi tadi dicampak kesemuanya ke atas wajah si lelaki kerek.

"Woi! Perempuan bodoh! Tak guna punya betina!". Baru sahaja si mamat kerek nak mengangkat tangannya untuk menampar Daneen, ada tangan lain yang menghalang.

"Sunshine, this is the third time I saw you trynna use violence on others". Dan ini, Daim. Knight in the shining armor kepada semua orang yang cari pasal dengan Daneen. Sejak dulu lagi! Tapi kalini, Daneen sempat balas dendam!

"Awak tak nampak ke dia buat apa kat saya ni, Waqeel?!". Apron yang sudah basah itu kemudiannya dilihat oleh Daim.

"You deserve that! Dasar pemakan gaji buta!". Tangan lelaki kerek itu masih ingin menampar Daneen tapi masih lagi ditahan oleh Daim.

Daim tergelak kecil.

"Awak gelak je Waqeel?! He literally used hot coffee tahu tak?!!".

"Oh... Kopi panas?". Kini gelak Daim terhenti dan matanya teralih ke arah si mamat kerek.

"Kau apahal?!". Marah lelaki itu apabila ditenung tajam oleh Daim.

"Listen here...".

Kolar blazer lelaki itu dikemaskan dan ditepuk-tepuk oleh Daim sambil menuturkan ayat itu.

"Qashrin Haziq, right? Used to be a CEO in one of the biggest company in Malaysia after Infinity LInes Holdings. Kenalkan, aku Tuan Muda Daim Al Waqeel. That one person yang pernah beli 80% daripada share syarikat kau. Dengan erti kata lain, I am your boss now. Kau tu... orang bawahan aku je... Sedar diri tu sikit... So... Kalau kau tak nak aku miliki lagi 20% daripada harta kau yang ciput ni, watch your mouth when you're talking with me or her. Or, aku boleh buat kau jatuh miskin just because of your shitty attidude. Also... ". Kalini Daim berhujah panjang sambil menepuk-nepuk pipi Qash.

"... I know all of your scandals and your wife and your children. Kalau kau taknak rahsia perangai buruk kau ni terbongkar, belajar hormat dekat orang lain. Im not mad because you talk to my future wife rudely eventhough I feel like punching you right now but... your action towards other people especially orang awam really irks me. Dah lama aku perasan perangai kerek kau ni. Jadi, jaga perangai kau kalau kau tak nak hidup kau hancur. In order to gain respect, you must respect others too". Kolar kemeja Qash ditarik kemudian dilepaskan kasar oleh Daim.

Lelaki itu dan Daneen tercengang mendengar segala ugutan yang keluar daripada mulut Daim itu.

🐳

HARI KELIMA

HARI kelima hampir sampai ke penghujungnya. Sekarang dah pukul 10 malam dan Daneen masih tak nampak lagi batang hidung Daim. Biasanya, Daim, awal-awal pagi tu dah datang. Ini dah ke nak habis hari kelima, jantan tu masih tak munculkan diri lagi.

"Dah give up ke?". Daneen duduk di hadapan pintu rumah kakaknya itu sambil menongkat dagu. Sejujurnya, dia sedang menunggu kedatangan Daim ni.

"Hm... Yelah tu kut". Dengan wajah yang sugul, Daneen beruar-uar mahu masuk ke dalam rumah semula. Sampailah...

Dhamir datang dengan membawa telefon bimbit milik Daneen di tangannya. Telefon itu menyala dan tertera nama contact Daim di skrinnya.

Dhamir semakin menggesa ibunya untuk mengangkat panggilan itu apabila terlihat Daneen yang seakan terpaku itu.

"Terima kasih, little sunshine". Sempat Daneen mengusap rambut gebu Dhamir sebelum mengambil telefonnya daripada tangan kecil tembam itu.

Gagang diangkat dan skrin dilekapkan ke telinga,

"Hello, assalamualaikum".

"Waalaikumussalam, sunshine. I am really really sorry sebab tak datang harini. But, I am not giving up. Jangan salah faham. Aku tak datang harini sebab aku kena pergi Pahang for urgent reason. Aku kena jenguk site kat sana. Esok petang, Insyaallah aku balik KL balik".

Belum sempat Daneen nak bertanya apa-apa, Daim sudah menjelaskan segalanya.

"Oh... takpe. Saya faham. Awak dah makan?". Daneen rasa macam nak tepuk dahi sendiri bila dia tanya Daim soalan macam tu. Soalan macam budak-budak sekolah menengah tengah bercinta!

Daim ketawa kecil sebelum menjawab,

"Belum. I am actually very tired, sunshine. Ni baru je balik ni. Esok jela aku makan...".

"Mana boleh! Nanti awak sakit la". Cepat sahaja Daneen membantah. Risau kut ni!

"I promise, I will eat tomorrow okay? Pagi-pagi esok lagi, aku terus breakfast. Okay, sunshine?".

"Hm".

"Hehe... By the way, aku ada pesankan char kuetiaw kegemaran kau. Nanti abang Grab hantarkan. Itu je aku dapat bagi untuk harini. Tak sempat nak fikir tadi. Boleh je kan?".

Terharu pula Daneen dibuatnya. Mana taknya, lelaki ini sendiri tak sempat nak makan, dia dah sibuk pesankan untuk gadis manisnya ini.

" Terima kasih, Waqeel. Awak macam tahu-tahu je saya nak makan tu sekarang".

"Anything for you, sunshine...".

"Waqeel...". Seru Daneen. Dia rasa pelik. Dia rasa bersalah dengan Daim. Kata-katanya yang dilontarkan kepada Daim dua tahun lepas pasti mengukir luka yang paling dalam di hati lelaki itu tapi kenapa Daim masih lagi berkelakuan sebaik ini dengan dia?

"Yes, baby?".

"Saya minta maaf...".

"Huh?". Daim keliru.

"Dua tahun lepas... Saya cakap, saya tak hargai usaha awak... Saya minta maaf sangat-sangat, Waqeel. Saya hanya risaukan Dhamir masatu. But then I realised, saya hargai semua usaha awak. Setiap benda yang awak buat untuk saya. Saya hargai semuanya. Haritu saya cakap yang saya tak perlukan awak dalam hidup saya kan?".

" Yup...".

Daneen melepaskan keluhan kecil sebelum menyambung bicaranya lagi,

" Kenyataannya, saya sangat perlukan awak dalam hidup saya, Waqeel. Awak cinta pertama saya. Awak kenangan terindah saya. Awak orang yang selalu ada dengan saya sejak daripada dulu lagi. I do need you, Waqeel. I really do. Saya perlukan awak, Waqeel... Im here, Waqeel. I need you".

Talian kedengaran sunyi buat seketika.

"Saya... Untuk jawapan kepada soalan awak lima hari lepas... Saya... Saya nak kahwin dengan awak, Waqeel. I do love you. Indeed, very much. Very much that no words could ever tell. No ink could ever write. I love you very much, Waqeel".

Tut, tut, tut...

Tanpa ada balasan, macam tu aje Daim menutup talian. Terkejut Daneen dibuatnya.

"Dia... Dia tak suka ke?". Telefonnya dibawa ke depan untuk dilihat.

Skrin telah gelap.

Segala suara sudah hilang.

Apakah?

🐳

Saje nak update dua kali, cuz why not kan?

Also, the owner of the bakery which is Haidar Zaheera will be having her own love story soon!
Saya dah rancang semua plot dia, first meet dia dengan male lead nanti and even the ending. Tunggu tinggal tulis aje. Lepas je habis author update cerita ni (cerita ni tamat), author terus akan tulis cerita Haidar Zaheera tu.
Stay tuned!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro