48- War Is Over

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PAGI ni Daneen terbangun lewat sedikit dek kerana dia tidur terlalu lena pada malam harinya (semalam). Kenapa? Biasalah perempuan ni, overthinking lah kerjanya. Yela, semalam kan Daim letak gagang macam tu je. Maka Daneen ingat yang Daim ni tak suka bila Daneen meluahkan perasaannya semalam. Menangis sampai tertidur kawan tu dibuatnya.

Kini Daneen kelihatan agak resah apabila dia tengok rumah sudah kosong. Dian dan suaminya, Huzay sudah tiada. Barangkali sudah berangkat pergi bekerja. Tapi bukan itu yang dia risaukan, melainkan beg sekolah Dhamir masih ada di ruang tamu tetapi budak comel itu sudah hilang entah ke mana!

"Dhamir! Dhamir!".

Tidak berbalas.

Memang tak la, dah si Dhamir tu bisu.

"Dhamir Anaqee!!". Daneen yang sudah terasa mahu menangis lagi itu kelihatan gelabah. Dia berjalan ke hulu, ke hilir; memikirkan ke mana kanak-kanak itu sudah pergi.

Sikit lagi dia nak telefon polis dek kerana kekalutannya itu, Dhamir tiba-tiba muncul dengan berjalan terkedek-kedek daripada pintu hadapan ke ruang tamu, tempat ibu dia sedang gelabah.

"Dhamir! Pergi mana ni? Kenapa buat ibu risau?". Terus badan anak kecil itu dipeluknya. Dia begitu risau tentang Dhamir sebentar tadi. Macam mana kalau Dhamir betul-betul hilang? Macam mana kalau Ethan yang culik Dhamir?

Daneen tidak sanggup ingin melalui saat-saat yang dia minta dijauhkan daripada hidup mereka berdua itu kerana Dhamir Anaqee adalah segala-galanya bagi Daneen Isabella.

Badan Daneen ditolak ke belakang sedikit oleh Dhamir sebelum kanak-kanak lima tahun ++ itu menulis sesuatu di papan hitam yang sentiasa dipegang olehnya itu.

Papa here.

Papan hitam itu diletakkan ke atas lantai sebelum Dhamir mencapai sesuatu daripada dalam poketnya. Berkerut dahi Daneen dibuatnya apabila melihatkan 'sesuatu' yang dikeluarkan oleh Dhamir itu adalah sebuah kotak baldu kecil. Semacam kotak cincin.

Kotak itu kemudiannya Dhamir letakkan ke atas telapak tangan Daneen yang sempat dicapainya tadi sebelum tangan Daneen kembali ditolak ke arah dadanya. Makin keliru Daneen dibuatnya.

Papan hitam yang berada di atas lantai tadi dicapai semula. Ayat tadi dipadam dengan lengan bajunya lalu sesuatu yang baru ditulis.

Papan hitam itu diterbalikkan dan tulisan itu ditunjukkan kepada Daneen.

Untuk ibu.
Papa kasi.

"Papa?". Daripada tadi lagi Daneen keliru nak mampus, siapa yang dipanggil 'papa' oleh Dhamir. Jangan kata Ethan sudah.

Bukannta mahu menulis sesuatu yang baru di papan hitamnya untuk menjawab soalan si ibu, sebaliknya Dhamir menarik tangan Daneen dan membawanya pergi ke pintu hadapan rumah milik Dian dan Huzay itu.

"Dhamir nak bawa ibu pergi mana ni?". Daneen cuba untuk memberhentikan langkahnya tapi budak techik itu terus menerus menarik lengannya. Seolah-olah mahu menyuruh ibunya untuk berjalan dengan lebih laju.

"Ya, ya. Sekejap. Jangan tarik ibu. Cuba bagitahu, Dhamir nak bawa ibu pergi mana?". Kalini Daneen stopped juga. Dia duduk bercangkung untuk menyamakan paras ketinggiannya dengan Dhamir.

Dhamir mendengus kasar sebelum melukis sesuatu di papan hitamnya.

'🚪'

" Ada siapa kat pintu, little sunshine?". Kalini Daneen tertawa kecil. Wajah Dhamir yang seakan sedang fed up dengan ibunya sendiri itu terlihat comel sekali! Mulut muncung macam itik!

Papa

"Papa tu siapa? Ibu tak faham lah".

Malas dah nak melayan Daneen agaknya, Dhamir terus menerus menarik tangan wanita agar mereka dapat cepat sampai ke pintu utama rumah itu.

"Eh!".

Punyalah payah Dhamir berusaha, akhirnya mereka sampai juga ke hadapan pintu rumah itu. Jari telunjuk Dhamir ditunding ke arah sebuah figura yang berdiri tegak di muka pintu itu sambil menutupi wajahnya dengan sebuah jambangan besar bunga matahari sebelum si kecil itu menggerakkan mulutnya seolah-olah sedang menuturkan perkataan 'papa'.

"Erk...". Daneen makin keliru apabila dia langsung tak dapat melihat wajah di sebalik jambangan bunga itu. Tapi pakaiannya nampak macam...

Kad besar di tengah-tengah jambangan bunga itu cukup menarik perhatian Daneen sehingga dia terbaca itu dulu sebelum sempat dia melihat wajah figura misteri itu.

Kad itu tertulis: Thanks, sunshine. I waited 10 years for this <3

Dan di saat itu Daneen 100% sudah tahu siapa lelaki di sebalik bunga matahari itu membuatkan dia tersenyum lebar. Manis.

"Cakap nak balik petang nanti". Kata Daneen seraya mencapai jambangan bunga itu.

Maka tertancap lah di matanya wajah yang sentiasa dengannya sejak daripada dulu lagi. Sejak daripada sepuluh tahun yang lepas. Wajah cinta pertamanya.

Wajah Daim Al Waqeel.

"Surprise, sunshine...".

Daim tersenyum lebar memandang wajah gadis manis miliknya itu. Selalu miliknya. His eternal his.

🐳

TAHU-TAHU mereka dah berada dekat butik sekarang ni. Bukan lah butik sangat sebenarnya kerana ianya lebih dikenali sebagai Kenanga's Taylor.

Ya, selepas sahaja menghantar Dhamir ke tadika tadi, Daim terus mengajak Daneen untuk fitting baju kahwin mereka di butik isteri sahabat baik dunia akhiratnya ini.

Dalam perjalanan ke sini tadi, Daim juga sudah menjelaskan bahawa selepas sahaja dia meletakkan gagang semalam, dia terus memandu untuk ke Johor daripada Pahang. Buat apa ke Johor?

He and himself was asking for hand in marriage for Daneen from her dad.

Terkejut juga ayah Daneen dibuatnya apabila lelaki itu sampai ke rumahnya di tengah malam macam tu. Tapi orang tua itu masih sahaja menjemput Daim untuk masuk dan menyuruh lelaki itu menjelaskan hajatnya ke mari.

Setelah mendapat greenlight daripada ayah si gadis manisnya, Daim tidur semalaman di rumah itu sebelum kembali memandu semula untuk pulang ke penthouse nya. Lepas je dia mandi apa semua, terus dia capai cincin yang sudah lama disimpan di dalam peti besi rumahnya itu, pergi membeli jambangan besar bunga matahari tadi dan terus datang ke rumah Dian untuk bertemu dengan Daneen.

Yup. Itulah kisahnya.

"Ayah tak telefon pun saya semalam?". Tanya Daneen.

"It was nearly midnight when we finished talking, sunshine. Mungkin ayah penat. Nanti aku kena balik Johor dan minta maaf dekat ayah. I shall bring my family juga untuk bincang elok-elok hal kahwin kita nanti walaupun I have everything in my hands right now". Terang Daim seraya mengambil tempat duduk di atas kerusi di kedai jahit itu.

Mereka diminta untuk tunggu sebentar oleh ayah mertua Hyder. Tunggu anak menantunya pulang daripada kedai kain.

"Dahtu ni awal-awal fitting baju ni kenapa?".

"Kan aku dah cakap, I already have everything in my hands. Perancangan untuk kahwin dengan kau, aku dah buat semenjak hari pertama kita jadi pasangan kekasih dulu. Besides... kita kan dah ada rancangan kita dulu. Before you broke up with me, we almost get married, remember? Semua perancangan yang kita pernah buat, aku masih ingat. Aku masih simpan. Semuanya. Tarikh, design baju, tema, cincin kita berdua. Everything. I remember everything till now". Ini baru Daim cakap pasal persiapan kahwin, belum lagi pengakuan cinta yang biasanya panjang berjela itu, Daneen dah rasa macam nak menangis.

"You do remember everything about us, Waqeel... Thank you so much". Daneen mengucapkan kata-katanya dengan nada yang agak sebak.

"Aku yang patut berterima kasih dekat kau. Terima kasih sebab terima aku balik, Daneen. Aku hargai semuanya".

Baru je air mata Daneen nak meleleh kat situ, kedai jahit itu diterjah oleh Hyder daripada luar.

"Yow, yow! Assalamualaikum pengantin baru!".

"Belum, lagi lah awak!". Kenanga yang turut ada di samping Hyder itu menepuk kuat bahu suaminya yang terlampau hyper itu.

Mana tak terlebih terujanya, semalam Daim telefon dia cakap yang Daneen dah setuju nak kahwin dengan kawan baik dunia akhiratnya itu, Hyder melompat sampai bergegar rumah. Nasib baik la Kenanga ni jenis melayan aje. Nasib la bersuamikan Hyder Zafran...

"Oh belum eh?". Hyder tersengih-sengih sambil mengalihkan pandangannya ke arah Daim dan Daneen.

"Waalaikumussalam".
"Waalaikumussalam".

Baru lah Daim dan Daneen boleh menjawab salam si Hyder tadi.

"Tahniah korang!". Ucap Kenanga, turut teruja. Spontan, dia terus memeluk badan Daneen yang masih duduk di atas kerusi berbulu kedai jahit itu.

Kalau nak tahu, kedai jahit ni dah upgrade tau! Apa yang takde dulu, dah ada sekarang. Semuanya atas keikhlasan Hyder.

" Congrats, bro. Proud of you". Hyder pula menarik tangan Daim untuk berdiri lalu memeluk kemas badan satu-satunya sahabat baiknya itu.

"Terima kasih".
"Thanks".

🐳

Updated!

Yayy yayy, diorang dah nak kahwin.
FINALLY!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro