53- The End of The Suffering

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KREKK...

Bunyi pintu bilik kerjanya yang ternyata dibuka daripada luar oleh seseorang itu membuatkan Daim dengan segera mengangkat kepalanya. Dia tahu siapa yang hadir kepadanya pada saat itu. Dia tahu siapa menolak pintu itu daripada luar. Dia tahu siapa orang itu.

Orang itu ialah isterinya sendiri.

Daneen Isabella.

Daneen mulai melangkah masuk ke dalam ruang kerja yang agak besar dan dihias dengan segala barangan dan perabot-perabot bertema klasik itu lalu mengambil tempat duduk di salah satu sofa yang ada di ruangan itu. Tidak jauh daripada meja kerja Daim.

Wajah wanita itu gelisah. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Barangkali hatinya masih gelisah tentang hal siang tadi. Ini dah malam, masih juga dia tak sempat nak luahkan semuanya kepada suaminya. Masih tiada kesempatan baginya untuk menceritakan segala kisah gelap masa lalunya kepada Daim. Padahal suaminya itu memang patut tahu.

"Sunshine?". Tegur Daim yang tahu-tahu sudah duduk sekali di samping Daneen. Entah sejak bila sampai. Cepat betul dia pecut.

"Abang...". Daneen menyahut panggilan Daim dengan suara yang cukup tidak bermaya. Seolah rasa kegelisahan di hati tadi sudah merajai setiap sudut sehinggakan Daneen menjadi serba-serbi tak kena dan takut untuk menuturkan sebarang kata.

"Ya, abang dekat sini. Kenapa, Daneen? Kenapa Daneen tak tidur lagi ni? Hm?". Daim menyoal sambil kedua tangannya mencapai kedua tangan Daneen untuk menenangkan sedikit anggota badan yang bergetar itu.

"Daneen...". Dia jeda sebentar. Daim pula hanya menunggu dengan penuh sabar. Dia tahu yang isterinya itu ingin memberitahu dia sesuatu sejak daripada tengahari tadi lagi.

"I wanna tell you the whole story. The whole story about my past. Macam mana Daneen lalui semua tu. Kenapa Daneen putuskan hubungan dengan abang dulu walaupun masatu kita dah nak kahwin. Kenapa Daneen terpaksa jauhkan diri Daneen dengan abang. Daneen nak cerita semuanya daripada mula. Abang nak dengar?". Ya, ini lah perkara yang daripada tadi menjadi raja di fikiran Daneen.

" Kalau Daneen rasa itu yang terbaik untuk Daneen lupakan segalanya, then tell me every single detail of it. Abang nak dengar. Tapi kalau isteri abang rasa yang dengan cara Daneen cerita dekat abang ni akan membebankan Daneen, you don't have to. Daneen boleh tutup buku tu. Kita akan mulakan semuanya daripada mula. Abang hormat keputusan, Daneen". Walaupun hati Daim membuak-buak ingin tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku lima tahun lepas, tapi dia tetap memahami isterinya itu. Baginya, kalau Daneen taknak bercerita pun takpe.

"I will tell you everything, Waqeel".

"Okay, sunshine. I will be listening to you". Daim tersenyum manis. Kedua tangannya mengusap perlahan tangan Daneen. Cuba untuk menyalurkan kekuatan.

Daneen menarik nafas dalam dan menghelakannya dengan penuh keberatan sebelum mulai membuka cerita,

"Nama dia Ethan Wong. Dia kacukan Melayu-Cina. Masuk Islam masa umur dia 15 tahun tapi tak tukar nama. Daneen kenal dia masa kitorang umur 13 tahun. Kitorang kawan baik. At least, used to be. Tujuh tahun kemudian, Daneen jumpa abang buat pertama kalinya dekat Mc Donald tu. Masatu Daneen tengah tunggu Ethan. Kitorang nak makan sama-sama tapi dia tak datang. Daneen tak tahu kenapa. Rupanya... He did come. Tapi masatu dia lambat, dia nampak kita makan bersama. Dia ingat abang ni teman lelaki Daneen walaupun masatu kita baru kenal. Dan lepastu, kita dah tak jumpa lagi kan? Walaupun abang ada bagi nombor telefon abang dekat Daneen kan?".

Perlahan-lahan Daim mengangguk. Mulutnya dikunci. Dia tak mahu memotong ceritanya isterinya walaupun fakta yang keluar daripada mulut wanita itu sangat mengejutkan.

" Ethan masih okay masatu. Sampai lah kita jumpa balik. Abang ajak Daneen jadi teman wanita abang. Daneen terima dan Ethan tahu masatu. Tapi dia diam. Dia tak marahkan Daneen. Dia redha kawan baik dia dah ada boyfriend. Kitorang masih rapat masatu sampailah... ".

Daneen menarik nafas dalam. Sudah sampai ke bahagian klimaks ceritanya...

"... bila dia tahu yang Daneen dah nak kahwin dengan abang lebih kurang lima tahun lepas tu. Ethan ajak kami berjumpa buat kali terakhir. Dia dah sedia nak lepaskan Daneen masatu dan dia nak luahkan perasaan sebenar dia dekat Daneen. Mula-mula Daneen tak nak tapi dia merayu dekat Daneen. Jadi, Daneen ikut kata dia. Dia ambil Daneen di rumah sewa Daneen dan bawa Daneen ke suatu tempat. Daneen ingat lagi...".

Daneen berjeda lagi. Air matanya mulai menitis satu persatu sehingga jatuh ke bahagian belakang tangan Daim.

TW: WILL BE MENTIONING SENSITIVE ISSUE

" Dia... Di-a...". Air mata Daneen semakin lebat jatuh ke ribanya sendiri. Tangannya yang bergetar itu sampaikan boleh dirasakan oleh Daim. Lelaki itu panik dengan serta-merta. Dahinya berkedut seribu. Daim risau akan isteri manisnya itu.

"Sunshine... Enough for today okay? Abang boleh tunggu Daneen betul-betul bersedia untuk cerita ni semua dekat abang. Daneen tak perlu paksa diri Daneen". Pujuk Daim.

"No, it's okay Waqeel".

Daim mengeluh kecil sebelum lama sedikit selepas itu, dia menganggukkan juga kepalanya.

️TW: WILL BE MENTIONING SENSITIVE ISSUE!

"Tempat tu sunyi... Macam dekat tepi hutan. Daneen takut sangat masatu. Daneen cuba nak telefon abang tapi belum sempat Daneen capai telefon Daneen, Ethan dah rampas. Ethan buang telefon Daneen ke luar tingkap lepastu... Dia... Dia rogol Daneen. Bukan sekali... Tapi haritu saja, berkali-kali dia buat perbuatan terkutuk tu dekat Daneen sampai Daneen dah penat. Daneen tak boleh nak melawan lagi. Masatu, hanya kematian yang ada dalam kepala Daneen. Bermula daripada haritu sampai sebulan ke hadapan. The suicidal thought grew bigger when... ".

Air mata Daneen sempat dilap menggunakan lengan baju Daim oleh lelaki itu. Kemudian, kedua mata sembap itu dicium perlahan. Daim cuba untuk memberikan kekuatan kepada isteri manisnya itu.

" when I knew that I was pregnant... Daneen benci diri Daneen sangat-sangat masatu. Daneen benci anak tu. Tanpa fikir panjang, Daneen buat keputusan untuk putuskan hubungan Daneen dengan abang. Dan lepastu jugak, I attempted various suicides in various ways. Entah macam mana Daneen boleh sedar daripada masa gelap Daneen tu, I finally realised that the baby tak bersalah pun. Mulai daripada saat tu, Daneen berhenti dengan cubaan-cubaan bodoh tu dan Daneen jaga kandungan tu baik-baik. Bila baby tu dah lahir, Daneen namakan dia 'Dhamir Anaqee' hanya sebab Daneen suka nama tu. Daneen sayang Dhamir sepenuh hati Daneen. Sebab tu lah, Daneen tinggal berjauhan dengan dia. Daneen tinggalkan Dhamir dengan Kak Dian. Kak Dian jaga Dhamir lebih kurang tiga tahun macam tu. Then... After three years... ".

Kalini Daneen tersenyum segaris.

" I met you again... Daneen applied kerja tapi tak ingat yang abang pemilik Infinity LInes Holdings. Tahu-tahu, tanpa temuduga pun... Daneen dah diterima masuk. Masatu, semua perasaan bercampur aduk. Daneen takut nak hadap muka abang. Daneen takut abang tahu kisah silam Daneen dan abang akan benci Daneen. Daneen takut juga kalau-kalau Ethan akan apa-apakan Dhamir. Daneen takut sangat. Tapi Daneen sembunyikan. Daneen taknak abang tahu. Daneen jadi dingin dengan abang. Abang perasan kan?". Cerita Daneen diakhiri dengan pertanyaan itu.

" Perasan aje. But then again, started from the first day I met you after the three years, oh no... even sebelum tempoh tu sekalipun... masa kita mula-mula jumpa dekat Mc Donald tu, abang dah mula berdoa dekat Allah yang Dia akan pertemukan abang lagi dengan Daneen. Setiap hari abang doa supaya Daneen Isabella akan jadi jodoh sampai ke syurga Daim Al Waqeel. Abang pernah terfikir nak putus asa sebab yela... you know, abang jahil dulu. Minum arak. Pergi club. Semua yang haram, abang buat. Abang sangkakan yang Allah takkan terima doa abang tapi...". Seolah-olah ini giliran Daim pula yang bercerita.

" Bila Allah pertemukan Daneen dengan abang buat kali kedua, abang sedar yang Allah tu baik sangat. Sangat-sangat baik. Walaupun abang buat banyak sangat dosa, Dia masih lagi tunaikan permintaan abang. Sejak daripada tu, abang dapat hidayah untuk berubah. Berubah untuk jadi yang terbaik untuk sunshine abang ni dan berubah menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik". Daim mencuit hidung Daneen sekali membuatkan wanita itu tersenyum manis.

"Berubah tu memang susah. Susah sangat. Tapi abang cuba. Cuba sampai abang boleh. And here I am, being your husband and still trying to be a good one. Sebab tu abang menangis lepas akad nikah haritu. Sebab abang sedar, Allah tu sangat baik. Dia tunaikan permintaan abang untuk jadi pelindung Daneen. Untuk jadi pasangan halal Daneen. Abang sedar, Allah tu Maha Pengampun dosa hambanya dan Dia tu Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Abang bersyukur sangat kerana Allah kurniakan Daneen untuk abang jaga. Kerana Allah kurniakan Daneen untuk abang cinta. Kerana Allah kurniakan Daneen untuk jadi isteri sah abang. Allhamdulillah". Dan tamat lah kata-kata cinta Daim di situ. Kata-kata terhadap Sang Pencipta dan kepada makhluk yang dicipta-Nya.

Tanpa ditunggu-tunggu lagi, Daim mendapatkan sebuah pelukan erat daripada Daneen. Wanita itu menangis di dada lelaki itu.

"Terima kasih sebab terima Daneen, abang". Tersedu-sedan dia mengucapkan kata-kata itu.

"Terima kasih sebab terima abang, Daneen". Tuan Muda Daim Al Waqeel itu turutkan menitiskan air matanya. Jatuh ke atas rambut nipis milik isterinya.

🐳

Extra Part!

DUSH, DUSH!

Suami isteri itu sedang sibuk melibaskan bat besbol itu ke arah seorang jejaka yang sudah kelihatan seperti separuh mati itu. Di belakang mereka ada dua orang lagi lelaki yang kelihatan sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum kambing. Cuba lah teka siapa mereka berdua tu.

"Kau dah pastikan yang dia takde ahli keluarga dan orang yang kisah pasal dia kan?". Si suami bertanya.

"Dah". Lelaki A menjawab.

"Kalau ada pun, aku sanggup tutup mulut diorang dengan duit. Aku tak kisah. Dia. Perlu. Mati. Orang macam jantan keparat ni, takde siapa nak kisah". Lelaki B menyokong pernyataan Lelaki A.

"Bagus. Kalau tak cukup duit, mintak dengan aku. He ruined my bestfriends' life, he should die. Isn't it right, Ethan?". Kepala Si Suami ditundukkan sedikit untuk merenung jantan yang sudah dipukul separuh mati itu. Si Suami tersenyum senget.

"To... Tolong...". Ethan bersuara.

"Diam la setan!". Si Isteri melibaskan lagi bat besbol itu ke kepala Ethan. Makin banyak darah yang tersembur keluar. Some of them got onto her glasses making her more angry.

"Kotor spek aku sial!". Lagi-lagi Ethan dipukul oleh Si Isteri tanpa belas kasihan.

"Sayang, stop it... Let me finish him".

"Huh!". Si Isteri mencampak bat besbol itu ketepi lalu berlalu pergi. Merajuk lah tu. Satu hal pula Si Suami nak kena pujuk nanti.

"Isteri kau tu mengandung tau. Masak lah kau nanti". Lelaki A berkata seolah mengejek Si Suami.

"Pandai lah aku pujuk dia nanti. Now, it is time to kill this bastard".

Who do you think they are?

🐳

Updated!
Sayang-sayangku rasa siapa pasangan suami isteri tu?
[Disclaimer: Bukan Daim dan Daneen]

Also, the next chapter will be the last one which is chapter 54 and lepastu cerita ni akan tamat ^^
Kalau saya baik hati, saya akan sertakan prolog.

Happy reading!

(p/s: chapter akhir akan dipublish agak lambat untuk membiarkan para readers tertanya-tanya HEHEHEHEHEHE)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro