54- Secret [END]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DANEEN mengusap matanya setelah terbangun daripada tidur lena itu dek kerana suhu bilik yang tiba-tiba menjadi sejuk. Entah berapa dia tertidur di sofa ini. Dah berapa jam agaknya erh? Daripada masa dirinya memeluk si suami selepas bercerita tadi sehingga kini.

Apabila pandangan sudah sedikit jelas, dia terlihat seorang lelaki berbaju melayu hitam dipadakan dengan sehelai kain pelikat berwarna sama sedang duduk bersimpuh di atas sehelai sejadah di tengah-tengah ruangan bilik itu sambil tangannya ditadah separa dada, seakan sedang berdoa.

Dan Daneen tahu...

Insan itu ialah suaminya.

Daim Al Waqeel.

Terpaku Daneen di situ. Terpaku dengan keindahan ciptaan Allah. Indah sungguh pemandangan di hadapannya ini. Pemandangan yang menunjukkan Daim berpakaian serba hitam dan sedang beribadah. Cukup indah sehinggakan bibir Daneen naik melorek senyum paling manis.

Wanita itu perhatikan saja suaminya itu daripada lelaki itu sedang berdoa sehingga habis dan apabila Daim baru sahaja bangun daripada duduknya; berdiri ingin menyimpan sejadah ke tempat penyangkutnya semula, Daneen cepat-cepat berjalan ke arah lelaki itu lalu memeluk kemas pinggang Daim daripada belakang. Mukanya disembamkan ke bahagian belakang Daim. Terkejut sedikit lelaki itu dibuatnya.

"Sunshine... Jangan terkejutkan abang macam ni. Nak luruh jantung abang, tahu?". Tersenyum-tersenyum lelaki itu memberikan amaran manjanya. Tangannya turut naik mengusap lembut lengan yang sedang memeluk pinggangnya itu.

"Abang solat apa? Baru pukul...". Mata Daneen dikalihkan ke arah jam dinding di dinding bilik itu buat seketika.

"... baru pukul tiga".

"Abang terbangun tadi. Abang solat sunat tahajud, solat sunat taubat. Kenapa Daneen?". Akhirnya Daim memusingkan juga badannya membuatkan wajah Daneen kini tersembam di bahagian dada lelaki itu pula. Daneen mendongakkan sedikit kepalanya untuk bertentang mata dengan suaminya itu dan...

Daneen terpaku lagi.

Wajah yang dipandangnya sekarang ini terlihat sangat lah suci. Seolah-olah sedang bersinar. Memang muka orang lepas solat akan jadi macam ni atau Daneen dah angau sangat dengan Daim?

"Sunshine? Kenapa tenung abang macam tu?".

Dan masa tu, Daneen dah gila atau apa. Tapi dia bersumpah, dia nampak kedua-dua telinga Daim sudahpun naik rona merahnya.

'Is he blushing?'. Bicara Daneen sendiri. Oleh kerana dia terlalu gemas dengan tingkah suaminya itu, mukanya kembali disembamkan ke dada Daim. Digesel-geselkan di situ. Daim blushing, turut membuatkan dia blushing juga!

"Ya Allah, kenapa ni? Confuse lah abang". Tangan Daim naik menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sungguh, isterinya ini membuatkan dia bingung di pagi-pagi buta ni.

"Abang comel la...". Daneen mumbled while still burying her face on his chest.

"Comel?".

Daneen mengangguk beberapa kali.

"Terima kasih, sunshine. Abang malu sebenarnya". Akhirnya, Daim mengaku juga yang dia sedang malu nak mati sekarang ni. Bini puji kut woi! Pepagi buta pula tu. Confirm tersengih-sengih je sepanjang hari dekat office nanti. Silap-silap, Daim pergi belanja kopi atau teh untuk satu pejabat nanti. Rich people behavior when they are happy...

"Abang makin comel bila malu. Habis merah semua telinga abang".

"Ada-ada jela Daneen ni. Ni abang nak bersiap kejap, lepastu abang masakkan makan pagi. Okay tak? Semalam abang ada belajar resepi nasi goreng baru dekat internet. Abang nak masak untuk Daneen harini. We will be having an early breakfast, okay?". Daim menjadi manusia paling green flag buat kali ke seratus juta dalam cerita ni.

" Okay! Daim rindu masakan abang!". Daneen melepaskan pelukannya lalu tersenyum riang. Haih, comel betul bini Daim Al Waqeel ni!

" I know... ".

"Hehehehe...". Tersengih-sengih Daneen. Suka betul dia dengan suaminya ini. Pandai buat orang senyum! Makin sayang lah dia terhadap Tuan Muda Daim Al Waqeel lepas ni!

"And also, after having breakfast... kita solat Subuh sama-sama. Lepastu abang hantar Daneen pergi kerja and abang pergi kerja and after that... waktu makan tengahari nanti, I'm gonna pick you up. Is that okay?".

"Hm? Nak pergi mana?". Daneen keliru.

"Hyder cakap dia ada kejutan untuk kita".

"Oh, really?".

Daim mengangguk.

"Sebab Kenanga pun ada cakap yang dia ada kejutan untuk bagitahu dekat Daneen".

Hm, kejutan apa tu ya?

🐳

DUSH!

Tak semena-mena wajah Hyder ditumbuk kasar oleh Daim sehinggakan lelaki itu jatuh terjelopok ke atas lantai yang sudah dilapisi material lembut di dalam boxing gym milik Hyder itu.

"BANGUN, ZAFRAN!". Kuat Daim menengking. Mengarahkan lelaki yang sedang sakit dah macam nak pengsan itu bangun. Hyder turutkan sahaja. Dia sudah tidak berani nak melawan. Dia tahu 'itu' memang salah dia. Walaupun secara teknikalnya, Kenanga juga terlibat sekali.

But he wanted to take the responsibility on himself. Only himself.

DUSH!

Kalini bahagian tepi pinggang Hyder pula diterajang oleh Daim; sekali lagi membuatkan Hyder terbaring ke lantai. Sakitnya bukan kepalang.

Sementara dua ekor tu tengah 'bergaduh', ada dua orang wanita sedang duduk di tepi gelanggang. Sedang menonton aksi-aksi itu.

Siapa lagi kalau bukan para isteri iaitu Daneen Isabella dan Kenanga Tirana.

Mereka sekarang ni tengah keliru nak mampus. Sebab apa? Sebab suami mereka tengah bergaduh tanpa sebab yang diketajui ketika ini.

"Kenapa diorang tu, Kenanga?". Daneen bertanya kepada kawan baik perempuannya itu. Dia keliru, sumpah!

Tadi Daim ajak datang ke sini, katanya Hyder dan Kenanga nak bagitahu mereka satu kejutan. Sampai-sampai je dekat boxing gym ni, Daim berjumpa lah dengan Hyder untuk bercakap-cakap dulu. Entah lah pasal apa. Tahu-tahu je dua-dua orang dah mula buka baju, pakai sarung tangan boxing tu lepastu bertumbuk. Macam tiber sangat.

"Ada lah tu, hal lelaki kut". Kenanga cuba untuk tenang. Tak senang hati juga dia apabila melihat suaminya dipukul seteruk itu. Tapi Hyder dah pesan awal-awal tadi...

"Sayang... Nanti kalau Daim sampai lepastu dia pukul saya sampai saya dah macam nak pengsan tu, awak jangan risau tau. Saya dah biasa. He will pay for my treatment later. Jangan risau tau, sayang".

Hyder tidak mahu Kenanga yang masih baru dengan dunia dia dan Daim ini, risau. Dia tak nak isterinya risau separuh mati padahal perkara ini sudah biasa bagi dirinya. Dia buat Daim marah, memang kena la sebiji dua.

"Awak tak risau ke, Kenanga? Saya yang tengok Hyder kena pukul pun saya risau".

"Hyder dah pesan dekat saya untuk jangan risaukan dia. Tapi of course lah, saya risau juga ni". Kenanga berkata-kata seraya bermain-main dengan jari jemarinya. Daneen yang kesian tengok sahabatnya merisaui suami sendiri itu, bangun daripada tempat duduknya dan berjalan ke arah Daim. Meninggalkan Kenanga terpinga-pinga di situ.

"LAGI, ZAFRAN!!! KALAU KAU TAK BANGUN, AKU--".

Kata-kata Daim terhenti apabila dia terasa sentuhan di bahunya yang tidak berbaju itu.

Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia berpaling ke arah insan yang menyentuh bahunya itu.

Tahu-tahu, isteri kesayangan sendiri.

" Abang". Sepatah sahaja Daneen memanggil nama panggilan itu.

"Yes, sunshine?". Renik peluh mengalir deras di dahi Daim tatkala mulutnya menuturkan kata balas itu.

"Enough".

Dengan satu perkataan itu sahaja, terus kedua sarung tangan boxing itu dicabut lalu dibuang ke atas lantai. Matanya tajam menjeling ke arah Hyder yang masih tergolek di atas lantai itu.

"Hehe, jangan marah Tuan Muda...". Sempat lagi Hyder tersenyum mengejek.

"Kau jangan sampai aku--".

"Tuan Daim Al Waqeel, enough". Terus terdiam Daim di situ apabila si isteri memberi amaran kedua. Bukan geng takut bini ya, cuma takut sikit je. Eh?

Daim datang menghampiri Hyder lalu menghulurkan tangannya untuk membantu lelaki itu bangun. Tangannya bersambut lalu Hyder bangun berdiri. Kedua-dua manusia itu kini berdiri berhadapan dengan isteri masing-masing. Comel!

"Awak okay tak?". Soal Kenanga dengan riak wajah yang risau nak mati.

"Saya okay lah, sayang. I told you not to be worry kan?". Tangan Hyder naik mengusap lembut pipi Kenanga.

"Yang abang ni kenapa pula?". Ha ini giliran Daneen pula bertanya.

"Kenapa apa?".

"Kenapa pergi pukul Hyder? Kesian Kenanga tau, dah macam nak menangis. Risau sangat dia tadi". Jari jemari Daneen naik mencubit ketam sisi perut Daim membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Pedas woi cubitan dia!

"Sakit lah, sunshine... Lebam lah 'roti' abang nanti". Tak sakit pun sebenarnya, saja je Daim ni nak mengada-ngada.

"Tahu pun sakit. Mintak maaf sekarang dengan diorang berdua ni". Arah Daneen. Geram betul dia dengan Daim tika ini!

"Alright, sunshine...". Daim akur sahaja.

Kepalanya dipusingkan ke arah Kenanga dan Hyder lalu kata maaf dituturkan.

"Aku minta maaf, Hyder. Nanti bill perubatan kau, aku bayar. Kenanga, aku minta maaf".

"Takpe, Tuan Muda. Saya dah biasa". Sungguh. Hyder tak terasa sedikit pun (ini bukan sarkastik tau).

"Tahu takpe". Balas Daim perlahan.

"Waqeel.... Nak kena cubit lagi ke?". Daneen kat tepi dah bersedia dah nak melancarkan serangan keduanya itu.

Laju Daim menggeleng.

"Tapi Tuan Muda belanja lah kita semua makan. Okay tak, sayang?". Hyder meminta persetujuan Kenanga.

"Tak baik la mintak orang, ish!". Kenanga menepuk lembut lengan Hyder.

"No, its okay Kenanga. Aku boleh belanja. Kau berdua pilih lah restoran mana. Are you okay with that, sunshine?".

"Okay sangat!". Daneen dan makanan, berpisah tiada.

"Let's go!". Hyder pun tak kurang terujanya.

"Sebelum tu...". Ini suara Daneen. Sebenarnya, dia masih tertunggu-tunggu Hyder dan Kenanga untuk mengumumkan kejutan yang mereka nak bagitahu tu. Sejak daripada minggu lepas lagi sebenarnya.

"Hm?". Ini Hyder.

"Apa kejutan yang korang nak bagitahu tu?". Soal Daneen. Tak disangka-sangka, pinggangnya dipeluk oleh Daim menggunakan sebelah daripada tangannya. Mamat ni dah kenapa? Tiber je.

Hyder memandang Kenanga sekilas sebelum mendapat anggukan daripada wanita itu. Tangan kasarnya kemudian diletakkan ke atas perut leper Kenanga sebelum Hyder mulai membuka mulut lagi.

"Kenanga mengandung, hehe". Hyder tersenyum comel.

Usapan di pinggang Daneen yang dilakukan oleh Daim itu pula semakin terasa. Mamat ni memang pelik sikit eh harini?

"OMG! SERIUS LAH! AAAA CONGRATS GIRLLL!!!". Daneen yang terlampau gembira untuk Kenanga itu langsung memeluk tubuh wanita genit di sebelahnya itu.

"Hehe, thank you Daneen...". Lalu Kenanga memeluknya kembali.

"Eeee terujanya sayaa! Kenapa awak tak bagitahu awal-awal?".

"Belum sempat. Harini lah harinya patutnya lah. Tapi tadi diorang sibuk bertumbuk, tak ingat dah saya jadinya. Nasib baik awak tanya tadi". Kenanga tersenyum manis ke arah Daneen.

"Eeee, comel! Takpe, yang penting saya dah tahu sekarang. Jom, jom! Saya belanja awak makan sedap-sedap. Baby, baby nak aunty belanja apa? Cakap je. Auntie banyak duit tau". Daneen menundukkan sedikit kepalanya untuk 'berbicara' dengan bayi di dalam perut Kenanga itu.

"Aik, tadi bukan suruh abang ke belanja". Daim tergelak kecil.

"Nevemind. Simpan duit abang tu. Harini Daneen belanja. Let's go, baby and mama baby!". Daneen yang terlebih teruja itu lalu memimpin tangan Kenanga lalu berjalan menjauhi para suami. Dia yang tak sabar-sabar nak makan sebenarnya (kut).

"She's so happy". Bisik Hyder perlahan.

"She is. And I don't like to ruin it. So, Zafran...".

Gulp!

Hyder menelan air liur kelat.

"Kalau kau bagitahu dia apa yang kau buat dekat Ethan, aku belasah kau lagi". Amaran keras diberikan kepada Hyder.

"Tapi, bukan patutnya die gembira ke?". Ini yang Hyder keliru ni.

"She did want to punish Ethan but not by killing him as you already did. Kalau dia tahu pasal ni, dengan aku sekali mampus. Kau tahu tak?".

"Oh... Okay. It will be a secret between us then".

Dan rahsia tentang kematian Ethan kekal menjadi sebuah rahsia sampai sekarang. Tidak sekalipun perkara itu disebut ke telinga seorang Daneen Isabella.

TAMAT
(26.OGOS.2023)

🐳

p/s: epilogue is coming soon...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro