15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Uhm– what ? I just said it's okay, that's all. Dahlah, lebih baik awak pergi tolong diaorang angkat-angkat barang. "

Hana segera berjalan ke arah tandas sebelum lelaki itu sempat membalas bicaranya. Menggigil-gigil tangannya menolak pintu tandas itu kerana terlalu berdebar. Bahkan jantungnya juga berdegup sangat kencang seperti dia baru sahaja berlari satu padang.

Kalau dengan lelaki yang dia suka, memang dia akan berdenar lagi teruk dari debaran yang dia rasa semasa nak bentangkan kerjanya.

Dia berdiri dihadapan singki sambil memandang ke arah cermin. Entah kenapa secara tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Dia boleh terbayangkan senyuman Haikal. Senang je nak bayangkan. Bayangkan wajah Jinyoung yang sedang tersenyum selepas itu tukar wajah itu jadi wajah Haikal.

" Memang betul aku rasa firasat aku. Kalau orang yang tak suka senyum ni, senyum confirm 200% senyuman dia lebih manis dari 1000 sudu gula. "

Terbayang-bayang muka lelaki batu itu dekat cermin ni. Sumpah dia dah jatuh cinta. Macam mana ni ? Dia menyapu sedikit air diwajahnya. Daripada nak betulkan solekannya, terus rosak seluruhmya. Tapi adakah dia kesah ? Tak, dia tak kesah.

Setakat pakai lip balm lepas tu tepek-tepek bedak sikit. Hashtag done. " Haikal, Haikal. Kenapa kau pujaan hati dinda sangat ni. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro