16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Okay semua. Saya harap sangat yang semua orang dapat berikan kerjasama dan semua orang dapat balik pejabat balik dengan perasaan yang happy. Okay ? " Semua orang menepuk tangan selepasa dia selesai memberi ucapan pendek.

Malulah nak bagi ucapan panjang-panjang. Padahal malas– uhm okay bye.

Semua orang mula masuk ke dalam bas satu persatu. Jangan bertolak-tolak macam budak sekolah rendah ye gais. Dia tak mampu nak rawat kalau ada orang cedera.

Selepas memastikan semua orang masuk dengan selamat, Hana pun secara rasminya menjadi orang yang terakhir masuk ke dalam bas itu. Padah jadi orang last ni, tempat duduk tak dapat pilih.

" Cik Hana, sebelah Haikal kosong ni. Meh. " Pekerja perempuan yang dia tak tahu pun namanya tiba-tiba memanggilnya. Wanita itu duduk betul-betul dibelakang Haikal. Matanya memandang ke arah kerusi disebelah Haikal. Memang kosong tapi takut hati lelaki itu yang tak kosong.

Dengan perasaan berdebarnya, dia berjalan ke arah lelaki pujaan dindanya itu. " Saya duduk sini boleh ? " Lelaki itu tiba-tiba berdiri dari duduknya. Lelaki itu macam mengesot keluar dari tempat duduknya yang ditepi tingkap itu. " Ke– kenapa awak berdiri ? "

Lelaki itu tak suka dirinyakah ? Sebegitu bencikah lelaki itu pada dirinya ini ? " Puan Hana boleh duduk dekat seat sebelah tingkap tu. Saya tak suka duduk situ. " Lahai. Kalau tak suka, kenapa duduk situ tadi ? Sengal-sengal je pujaan hati dinda ni tau. " Okay thanks. "

Dengan sesopan serta seayu mungkin dia melabuhkan punggung ditempat duduk itu.

Tips depan crush ; Kena acah-acah ayu walaupun perangai kau macam syeton.

Bagi menghilangkan kebosanan dalam bas ni, dia pun cucuk earphone dekat phone lepastu sumbat dekat telinga kiri serta kanan then buka youtube. Nak berbual dengan pekerja wanita yang tak dapat dikenalpasti namanya tu tak boleh. Wanita itu sudah tertidur.

Matanya meliar melihat sekeliling. Haikal pun tidur. Dia ni jenis yang langsung tak boleh tidur sebab dia mabuk darat. Sakit kepala tahu tak. Ni tengok phone pun sakit kepala tapi sebab bosan kita layankan aje.

Fokusnya terus dialihkan dari phone kepada wajah Haikal. Tidur pun wajah lelaki itu tetap cantik. Nak tahu skincare dia boleh tak ? Kalau boleh sentuh muka lelaki itu, dah lama dia gigit. Eh eh.

*ye gambar diatas dalam kereta, tahu. Takda gambar lelaki tidur dalam bas tahu tak ?! Gigih dah cari*

" Entah pencuci muka apa yang dia pakai sampai boleh dapat muka sekacak dan semanis ni. " Sumpah dia nak pegang muka lelaki itu. Nak tahu kelembutan pipi gebu tak gebu Haikal itu.

" Saya just pakai pencuci muka biasa. Ada masalah ke Puan ? " Haikal yang tiba-tiba memandang ke arahnya itu membuatkan dia terkedu.

*background sound lagu beautiful by crush HAHAHAHAHA*

" Saya ingat awak tidur tadi– "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro