31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Loceng biliknya ditekan beberapa kali. Dia boleh sahaja masuk ke dalam bilik itu terus kerana itu biliknya tetapi dia tak boleh kerana dia lupa bawa kunci keluar. Yeah. Masalahnya ada dua je kunci lepastu abang Hana tu pegang satu dan roommatenya yang lagi satu tu pegang kunci yang kedua. Dia memang tak layak nak pegang kunci ke acane ni.

" Ek–Hana dengan Haikal ? "

Haris yang baru sahaja membuka pintu bilik mereka itu memandang ke arahnya dan Hana dengan pandangan yang mencurigakan. " Uhm– Hana jumpa Haikal time nak datang sini tadi. Kecohlah. " Haris hanya mengiakan sahaja kata-kata wanita itu sambil tersenyum kecil.

Hana dan Haris berjalan terus ke ruang tamu manakala dia tak tahu nak buat apa. Rancak dua beradik itu berbual sehingga dia dilupakan. " Aku mandi dulu eh Haris. " Haris hanya mengangguk padanya lalu meneruskan perbualan mereka itu.

Entah kenapa dia nak kena bagitahu Haris kalau dia nak mandi pun. Sebenarnya dia saja nak menarik perhatian Hana supaya cakap good night ke bye ke padanya. Pintu biliknya dibiarkan terbuka lalu badannya dihempas ke katil empuk itu.

" Hana suka Haikalkan ? " Soalan yang diajukan oleh Haris kepada Hana membuatkan matanya yang tadi layu kini menjadi segar. Jap kenapa nama semua watak penting start dari H ni ? Okay whatever.

Haikal duduk di atas katil sambil menantikan jawapan dari Hana yang tiba-tiba diam. " I don't know. I'm so confused. " Wanita itu tertawa kecil selepas menghabiskan ayat. Dia pun turut tergelak perlahan mendengar tawa wanita itu.

" Nak bagitahu adiklah yang Hana dah fall in love dengan Haikal. " Dengan gembiranya Haris menjerit macam nak bagitahu satu kampung. " Abang, shut up. Kalau Haikal dengar macam mana ? "

Ye, dia memang dah dengar pun Hana. " Biarlah. Biar dia tahu yang adik abang ni tergila-gilakan dia. Adik abang yang susah nak buka hati dia untuk lelaki ni, suka dekat dia. " Dia patut bangga sebab dipilih masuk dalam hati wanita itu walaupun banyak lagi yang handsome and kaya dekat luar sana.

" Tak tahulah kenapa hati ni senang sangat nak terima Haikal tu. Rasa macam dia tu pelengkap pada hati Hana, meant to belah agaknya. " Haris tergelak kuat mendengar kata-kata Hana.

Satu perkara yang dia tak suka pasal Haris ni ialah gelak lelaki itu sumpah macam monyet. Rasa nak sepak pun ada. Tapi abang iparkan. Eh Hahahahahaha. " Wah, dah pandai berkata-kata. Luar biasa. "

" What ? Hana just luahkan apa yang ada dalam hati je. Hah, abang dengan Kak Rina tu apa cerita ? Kahwinnya bulan depan, persiapan amacam ? " Wanita itu baru sahaja menukar topik ke ? Alahai, malulah tu. Dia boleh bayangkan muka wanita yang merona merah, sangat comel.

" Can't you just say that you love him ? " Tah. Kalau suka, cakap suka. Kalau sayang, cakap sayang. " I love him. So muchhhhhhhhh– puas ? " Dia segera mencapai telefon bimbitnya selepas Hana menghabiskan kata-kata.

Dindaku 🌻✨
Offline

Good night

–sayang :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro