32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kunci bilik diletakkan di atas meja yang berada diruang tamu bilik itu. Segera dia hempas badannya di atas sofa yang cukup empuk, seempuk daging yang dipanggang dengan elok itu. Alat kawalan jauh dicapai lalu bermulalah sesi tukar-menukar siaran.

Nothing. Memandangkan sekarang dah jam satu pagi, tiada cerita yang menarik dia boleh tonton. " Lambat balik. " Tila bersandar didinding sambil menyilangkan tangan ke dada. Hana memandang wanita itu atas bawah sambil dalam fikirannya menyumpah wanita itu. Dia tengah penat, mesti wanita itu mahu cari gaduh dengannya.

" Saya berbual sikit dengan abang saya, tak sangka pula dah lewat macam ni. " Tila hanya membuat muka menyampah lalu berdiri dihadapannya. Eh eh minah ni. " I just nak remind you. Haikal tu I yang punya. So just jauhkan diri dari dia, susah ke ? "

Hana menukar posisinya kepada posisi baring kerana terlalu rasa mengantuk tambah pening kepala lagi. " I don't knowlah apa yang awak kejar sangat dekat Haikal tu. Just a normal guy kot. " Wanita itu tiba-tiba duduk diruang kosong disofa itu.

Haduh semaklah minah ni nak duduk sini pula. " Awak cantik, comel, seksi, pandai but why Haikal ? You deserve to be with a model at least. " Dia nampak wanita itu tersenyum kecil apabila dipuji olehnya.

" Hah ! " Terbangun dia apabila teringat sesuatu. Segera dia capai telefonnya yang terletak diatas meja itu. " I will give you my cousin's num– " Butang home ditekan berkali-kali tetapi skrin telefonnya masih hitam.

Damn habis bateri. " Give me your phone. " Wanita itu menghulurkan telefon kepadanya tanpa banyak bunyi. Segera dia dail nombor telefon seseorang dalam telefon itu lalu menghubunginya.

" Hello ? "

Panggilan itu dijawab selepas lima saat . Laju mak ai. " Hello sayang, Hana honey ni. " Mereka memang sweet macam boyfriend girlfriend. Don't mind us. " Hah, sejak bila Honey Bunny I ni pakai nombor baru ? Tak bagitahu sayang pun. "

Mula lelaki itu buat suara gedik yang selalu buatkan dia meremang. " No– ni phone kawan. Sayang boleh tolong Honey tak ? Datang PD. " Terdengar lelaki itu menjerit dari hujung talian. Sakit telinganya ini.

" FOR WHAT ? JAUH KOT ! " Hana rasa nak menyumpah je pada lelaki itu tapi dia takut lelaki itu terasa hati. " Sayang punya rumah dekat Melaka je tau. Tampar karang. Datanglah please. Honey nak kenalkan sayang dekat kawan Honey. Sayang pun dah lama membujang, tak bosan single selamanya ke ? "

Dia tahu lelaki itu takkan tolak permintaannya selepas mendengar penjelasannya itu. " Okay send location, sayang datang now. " Hana tersenyum kecil. She know it. " Ni nombor kawan yang Honey nak kenalkan tu tau. Save nombor dia. Honey hantar location kejap lagi. "

Panggilan itu ditamatkan dengan gembiranya dan dia terus menghulurkan semula telefon itu kepada Tila. Wanita itu seperti keliru dengan keadaan sekarang ni. " Send location dekat nombor tu. Save as handsome guy. "

Dia kembali berbaring di atas sofa itu sambil menonton televisyen. " Tak, I tak faham sekarang ni. " Dia mengeluh kecil. Orang kata save, save jelah. Banyak pula bunyi. " Tu my cousin, Adrian nama dia. Model plus businessman. "

Tila hanya mengangguk tanda faham. " I think you better date him than date Haikal. Lagi setaraf, lagi secocok. Esok dia sampailah tu dekat sini and korang boleh kenal-kenal. Just forget about Haikal, he's just my P.A. " Panjang lebar dia berbicara sebelum perlahan-lahan menutup mata.

" Thanks– " Tila berlari masuk ke dalam bilik dengan larian gedik. MasyaAllah. " Fuh– Selesai satu masalah. " Dia tersenyum kecil sebelum masuk ke alam mimpi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro