05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tips sub dini

Bagi aku, untuk subjek dini maybe ramai kata susah sebab banyak kena menghafal. Tapi sebenarnya kalau korang tahu caranya, actually tak payah hafal banyak sangat pun sampai rasa tepu otak tu😊.

Yang utamanya kena faham setiap tajuk. Faham dengan menggunakan bahasa kita.

Then, just hafal point penting sahaja. Yang syarah atau penjelasan tu guna ayat sendiri. Ni kalau dah faham in shaa Allah kita mudah je jelaskan dengan guna ayat sendiri.

Study awal jangan dah last minit baru nak hafal. Nanti memang meletoplah otak tu. (dri pengalaman sendiri)

Kalau tak faham terus je tanya ustaz ustazah atau kawan. Jangan diam je even tak faham. Nanti susah nak tangkap bila dah saat akhir.

Bila dah faham, time nilah nak test power. Haha...try buat latihan dan soalan-soalan trial atau SPM tahun lepas. Actually, latihan memang penting. Benda yang korang tak jumpa dekat buku teks, korang akan jumpa dekat latihan. (buat sendiri dulu, bila tak faham atau rasa keliru boleh discuss dengan kawan atau minta penjelasan guru)

Awal-awal macam ni siapa yang rajin bolehlah buat nota terutama untuk Usul ke.... Buat nota ringkas yang khas untuk dihafal. Kalau nak faham tu better tengok buku tekslah baca semua. (aku dulu lansung tak pernah buat nota sebab malas. Apa-apa just pendekkan ayat dekat dalam buku je😂)

Jadi itu jelah yang secara ringkas tips dari aku. Semua ni daripada pengalaman aku sendiri. Dan macam mana untuk konsisten A plus. But, aku fahamlah lain orang lain caranya.
Aku ni bukanlah jenis suka menghafal. Sebab tu aku suka buat ayat sendiri.

Hope bermanfaat.... Kita sama-sama belajar. Aku pun masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. In shaa Allah ada masa aku akan share dengan lebih terperinci. 👍♥️🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro