06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ya Allah, aku tahu kau berikan ujianMu ini adalah tanda Kau sayangkan aku.... Kau berikanlah aku kekuatan agar aku tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Aku hanyalah hambaMu yang lemah. Di sebalik kesedihan dan kekecewaan yang Kau beri, terselit suatu keindahan yang mungkin tidak dapat aku rasai tatkala aku lalai.

Terima kasih, Ya Allah! Kau berikan aku ujian, kesedihan dan kekecewaan kerana Kau merindui hambaMu. Aku mulai sedar.... Aku tidak patut menyalahkanMu kerana memberikan aku kesusahan dan kesedihan kerana dengan ujianMu, aku semakin dekat kepadaMu. Rasa itu tidak mampu aku ungkap...ketenangan dan keindahan rasa itu dalam hati ini.

Aku percaya rezeki Kau sentiasa ada buat hambaMu. Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala isi hati hamba-hambaMu. Kau mudahkanlah segala urusan aku dalam menuntut ilmu. Hanya kepada Kau aku sembah, hanya kepada Kau aku memohon pertolongan....ameen summa ameen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro