13 | hazel

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

" bangun ! bangun ! Dah sampai ni. " kedengaran suara Sir Alex nemekak memecahkan kesunyian tempat kitaorang duduk. Yalah, semua dah selamat ke alam mimpi. Aku ingatkan aku orang pertama yang bangun, rupanya, Rafael yang bangun dulu. Siap geliat lagi.

Aku melihat mereka satu persatu. Dennis tengah lena tidur dengan teddy bear dia, entah bila dia bawak benda tu pun aku tak tahu. Beralih pada Keith pula, Aku tak pasti dia tidur betul atau hanya sekadar tidur-tidur ayam sebab mata dia terbuka sedikit. Luke dan Jackson tidur sambil berpeluk, elok sangat dua ketul ni.

Nasib baik semua tidur tak berdengkur kalau tidak ada juga yang kene tendang keluar dari lori ni.

" bangunlah, dah sampai ni. Nenda dah tunggu dekat depan pintu tu " Sir Alex menjerit lagi, barulah seorang demi seorang terpisat-pisat bangun. Lena sungguh tidur. Mula-mula nak naik lori tadi bukan main merungut !

Rafael mengangkat bagasi kecilnya yang berwarna hitam bercampur dark blue lalu melompat turun dari lori tersebut dengan selamba tanpa masalah.

Aku mula mengikuti langkahnya tetapi takut pula nak lompat turun sebab tinggi sangat.

Dengan tidak disangka-sangka, Rafael menghulurkan tangannya ke arah aku. Okay gentlemen jugak mamat ni. Aku menyambut hulurannya tanpa banyak bunyi tetapi dia menepis tangan aku kembali.

" aku mintak bagasi kau bukan tangan kau "

Aku macam speechless kejap. Dasar ini anak ! Aku tarik balik pujian tadi.

" cakap lah awal-awal " aku menggulingkan mata. Pipi aku sedikit panas sebab menahan malu. Mesti dah merah macam tomato.

Setelah menghulurkan bagasi kepadanya, Dia meletakkan bagasi aku ke bawah. Aku teragak-agak nak turun lagi sebab memang tinggi wei jarak dari tanah. Dah lah kaki aku pendek.

Rafael menghulurkan tangannya lagi. Kan senang kalau tolong aku turun terus ! Aku menyambut huluran tangannya tetapi ditepis kembali.

Mamat ni nak apa sebenarnya ?!

" aku nak kau ambik kerusi kat belakang tu, pastu letak dekat bawah. Baru la kau boleh turun. Kau ingat dengan kaki pendek tu boleh turun ke ? "
AKU PIJAK JUGAK DIA NI.

tak hormat langsung orang pendek.

Aku turun dengan berhati-hati diikuti yang lain. Rafael dah pergi salam dan peluk nenda dia. Dennis, Keith, Luke dan Jackson membuat perkara yang sama. Sir Alex masih sibuk mengangkat barang dan aku hanya berdiri disitu tak tahu nak buat apa.

" Sayang, apa tercegat lagi dekat situ? Marilah salam nenda ni " Dennis bersuara tiba-tiba. Dia mula menarik lengan aku menuju ke tangga rumah di mana nenda sedang duduk.

" nenda, perkenalkan ni Isteri Den. "

" Isteri otak kau ! " tanpa membuang masa aku terajang Dennis Sampai tercium tanah. Merepek sahaja kerjanya.

Habis muka aku merah untuk kali kedua.

Maka tawa Keith, Luke dan Jackson tercetus hebat.

Kang tak pepasal nenda percaya yang aku ni isteri Dennis. Eee tak nak aku !

" siapa setuju kalau kita sepak dia berjemaah ? " Luke bertanya sambil mengangkat tangan. Dan yang lain mula turut mengangkat tangan.

Lalu sesi sepak Dennis berjemaah dimulakan sehingga mamat tu melalak minta supaya kerja gila tersebut berhenti. Sedang mereka sibuk, aku pergi ke arah nenda mereka.

" Apa khabar nenda ? Nama saya Bella, kawan sekelas diorang. " dengan tersengih aku berkata. Aku salam tangan tuanya dan mencium pipinya. Bila tengok balik, nenek dia tak adalah nampak tua sangat. Mungkin umur dalam 50-an ?

Nenda hanya tersenyum dan menyambut aku dengan baik. Nasib baik dia bukan nenek-nenek dalam novel melayu yang tak suka cucu dia rapat dengan perempuan yang bukan pilihannya.

Eh ghisau.

" masuk lah semua " pelawanya sambil mula bangun dan membuka pintu kayu itu seluas-luasnya.

Besar juga rumah nenda ni. Rumah kayu yang nampak antik dan cantik. Keseluruhan rumah berwarna coklat. Mempunyai tangga yang agak tinggi untuk naik ke atas. Terdapat banyak tanaman bunga menghiasi sekeliling rumah. Sungguh indah !

Aku rindu nak balik kampung. Last aku balik kampung masa umur aku tingkatan dua. Tapi sekarang nenek dan datuk belah mama dah meninggal manakala belah ayah aku, aku tak pernah jumpa dan tak kenal langsung.

Boleh dikatakan semua yang berkaitan dengan ayah aku sangat misteri dan aku tak tahu cara untuk rungkai semua tu. Aku tak kenal dia dan keluarganya. Mama pula tak akan bagi kerjasama kalau aku tanya.

Bercakap pasal mama, aku kene call dia sebab nak inform dah sampai kampung dengan selamat. Lalu, aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan mendail number mama tetapi tidak diangkat olehnya. Mungkin dia tengah busy kerja ? Aku simpan kembali telefon aku di dalam poket seluar.

baru sahaja aku nak naik tangga rumah nenda, niat aku terbantut setelah melihat Sir Alex yang macam perlukan bantuan, aku turun semula dan berjalan menuju ke arahnya.

" need my help Sir? " tanya aku lalu dia mengangguk.

" tolong angkat kotak air mineral tu " jari telunjuknya bergerak ke arah kotak yang berwarna biru tersebut.

Selepas itu, kami masuk ke rumah dengan barang penuh di tangan. Jejaka-jejaka tadi pemalas betul ! Ada ke patut bagi Sir Alex je yang bawak barang-barang ni masuk.

** 🌙 **

Setelah semua selesai mandi, nenda panggil semua orang ke meja makan untuk makan malam bersama. Sir Alex dah balik ke rumah keluarganya kerana esok dia ada kerja di sekolah. Dia akan ambil aku dan yang lain pada hari ahad petang.

Rumah ini kelihatan sangat sunyi bila malam. Nenda tinggal bersama dengan pembantu rumahnya yang sudah berkahwin. Itupun bukan selalu sebab pembantu rumah tersebut ada rumah sendiri iaitu bersebelahan dengan rumah Nenda. Mereka akan tidur dekat rumah nenda 2 kali seminggu.

Sebut pasal makan, Luke, keith Dennis dan Jackson lah orang yang terawal sampai di meja makan. Aku masih sibuk menyusun baju. Malam ini aku akan tidur berseorangan di dalam bilik bersebelahan dengan bilik nenda manakala para jejaka tersebut akan tidur di ruang tamu beralaskan toto.

Selepas aku selesai mengemas, aku keluar dari bilik menuju ke dapur. Tiba-tiba aku terserempak dengan Rafael yang nak ke dapur jugak. Dia baru lepas mandi. Aku melihat rambut coklatnya masih basah tetapi matanya lebih menarik perhatian aku.

" kenapa malam-malam ni pakai contact lens? " soal aku tertanya-tanya kerana warna asal matanya adalah hitam dan sekarang, sepasang mata yang indah itu berwarna hazel. Bertambah cantik dan sesuai dengannya.

Aku terpesona seketika.

" tak pakai, baru tanggalkan " dia samakan paras matanya dengan mata aku dengan menundukkan badannya. Mata kami bertentangan.

Aku tahu perbuatannya hanya untuk menunjukkan bukti bahawa dia tak menipu tapi mata aku teralih kepada badannya yang tidak berbaju.

Aku senyap. Cepat-cepat larikan anak mata takut-takut dia perasan.

Aku malu.

Dia buat muka tak ada perasaan.

Maknanya, selama ni dia pakai contact lens warna hitam ?

" Tapi kenapa warna hitam ? Pakai la yang clear punya " kata aku sedikit tak puas hati sebab dia cuba sembunyikan keindahan ciptaan Tuhan. Eceh, ghisau.

" tak nak menunjuk, nanti beratur perempuan nak ngorat aku " ucapnya sambil tersengih nakal. Dasar perasan !

Mata warna hitam ke hazel ke, tetap sahaja cantik.

" kau cari apa ? " aku tertanya-tanya kerana dia kelihatan seperti tercari-cari sesuatu.

" cermin mata aku. "

" kau rabun ke ? "

" tak lah sebab tu aku pakai cermin mata "

Mamat ni aku hempuk jugak !

" Raf ! Spec kau ada dengan aku tau ! Aku ambil tadi sebab terjumpa dekat bawah kerusi. Takut kene pijak, aku ambil awal-awal. Sebenarnya aku dah terpijak sikit " laungan Jackson membuatkan aku sedikit tertawa manakala Rafael dah menyumpah.

Lalu, kami berjalan menuju ke dapur.

5 hidangan dihidangkan di atas meja beserta dengan nasi. Banyaknya lauk ! Rajin betul nenda masak ! Bau pun sedap !

Tapi ikan siakap tak ada la. Dengar cerita seekor ikan siakap masak tiga rasa boleh cecah RM3000. Nak makan pun tak sanggup.

Selepas semua orang ada di meja makan, maka kami memulakan sesi makan malam.

" Apa benda ni nenda ? " Keith dengan perangai seperti rusa masuk kampung mengangkat siput sedut menggunakan jarinya.

" itu namanya siput sedut " nenda menjawab sambil mengangkat ibu jarinya.

" kau ambil siput sedut tu letak je dalam mulut sekali dengan cengkerang dia. Makan macam tu je. Serious makin sedap rasanya !" aku niat nak bergurau tapi tahu-tahu sahaja si Keith memang gigit sekali dengan cengkerang siput tu. Nasib baik braces dia tak tercabut.

" Bell tak guna ! " keith pegang gigi bracesnya selepas tahu aku menipu.

HAHAHAH, siapa suruh percaya !

" apa benda ni nenda ? Sedap sangat ! " Luke mengangkat kangkung goreng yang berada di dalam mangkuk.

Maka sesi soal menjawab cucu-cucu dan nenda bermula. Tetapi tiba-tiba Dennis mencelah.

"Kau tahu tak ? Aku dengar kampung ni ada 'penjaga' ! "

" penjaga ? Apa maksud kau ? " aku dah mula mengangkat kening. Tiba-tiba bulu roma aku berdiri menegak.

Dennis mula mendekati aku lalu berbisik di telinga.

" Hantu raya pak samad ! "


** 🌙 **

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro