14 | ghost

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

Disebabkan Dennis tak guna dah meracun fikiran aku dengan cerita tahyul dia, aku memang tak dapat nak tidur. Kata-kata dia tadi sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku.

Hantu raya pak samad !

Siapa pak samad ?

Orang kampung ni yang tinggal di belakang rumah nenda. Tak adalah jauh sangat rumahnya dari sini. Mungkin dalam 10 minit berjalan kaki akan sampai.

Dan itulah sebabnya kenapa aku tak boleh tidur sampai sekarang ! Bapak dekat sia dengan rumah nenda ! Kang tak pepasal dia terbang datang sini nak jenguk aku? Tak ke naya ? Sudah la aku tidur seorang. Yang lain tidur dekat ruang tamu.

Sekarang dah pukul 12 malam tepat. Hari ini hari khamis malam jumaat. Aku dah menggeletar di bawah selimut ultraman yang aku bawa. Sudah berkali-kali aku pusing ke kiri dan ke kanan namun mata tetap tidak mahu terlelap.

Apabila sudah puas berfikir, aku mengambil keputusan untuk bangun dari katil dan keluar dari bilik untuk ke dapur. Maybe a glass of water will calm me down.

Keadaan luar bilik memang gelap sangat. Maklumlah semua orang dah tidur, aku je penakut sebab tak boleh tidur. Apa-apa pun ini salah Dennis ! Tetap salah dia !

Dengan meraba-raba dinding, aku masih separuh jalan untuk ke dapur. Sebenarnya ada je suis lampu tapi aku tak jumpa. Maklumlah bukan rumah sendiri.

Setiap langkah aku diiringi dengan bunyi lantai kayu yang sudah bertahun-tahun gah dibina menjadi rumah. Sumpah ni memang scary. Bulu roma aku menegak tiba-tiba.

" Woi "

" AAAAAARRGGHHHHHHH " tanpa sempat otak aku bergerak memikir sesuatu, tangan aku laju sahaja bertindak untuk memukul ke arah objek yang berbunyi tadi.

HANTU RAYA PAK SAMAD SESAT DALAM RUMAH NI KE SIAAAA

" Bongok, ni aku bukan hantu "

Lalu kedengaran suis lampu terbuka.

" dah tak reti nak bukak lampu ? " Rafael menunjukkan suis lampu di sebelahnya lalu berpeluk tubuh melihat aku yang berada dalam kedudukan ingin menerajang pihak lawan dengan buku lima diangkat.

" tak, aku cuma tengah exercise sebelum tidur haha " aku mula menggaru kepala yang memang tengah gatal. Adakah penipuan aku sebentar tadi tak logik ? Sebab Rafael dah gelak berguling-guling.

Tak aku gurau je, dia cuma tersengih, lucu. Mamat beku ni mana nak reti gelak berguling-guling macam apa yang sering dilakukan oleh Luke, Jackson, Dennis dan Keith.

" k-kau buat apa tak tidur lagi ? " aku cuba menukar topik sebab sekarang memang aku tengah tahan malu ! Jatuh maruah aku kalau dia tahu aku ni penakut !

" Aku tengah Video Call tadi "

" eh line sini laju ke ? " tanya aku bingung sebab selalunya di kampung, line macam lahanat tak pun lahabau. Tambahan pula, aku tak on kan phone aku lagi.

" Sini ada Wifi "

oh wifi.

HAH WIFI ?

Bapak maju. Rumah aku yang dekat bandar tu pon tak ada wifi. Dekat kampung yang dikelilingi pokok dan sawah padi ni ada wifi ? Nenda main wechat ke apa ?

" kau Video Call dengan sape tengah malam buta ni ? Awek eh ? " aku mengangkat-angkat kening tanda ingin mengusik. Yalah, malam-malam buta ni nak bergayut dengan siapa lagi kalau bukan dengan kekasih yang tersayang ?

" dengan mama aku lah "

" eh ? Baru tinggal berapa jam dekat rumah, dah rindu ? " aku tergelak kecil. Tak sangka si Rafael yang muka macam gangster ni anak mak.

" mama aku dekat Finnland, kerja. Sekarang dekat sana masih awal. Dah lima bulan aku tak jumpa dia "

Tawa aku mati. Aku mengangguk seperti burung belatuk. Betul juga apa yang dia cakap. Apepon, Jauh gila tempat mak dia kerja. Lima bulan tak nampak muka tu memang tempoh masa yang lama. Kalau aku memang aku dah nangis berguling sebab rindu mama.

Dia diam kembali tapi aku agak terkejut kerana dia bercakap banyak sikit daripada selalu. Dia jawab segala pertanyaan aku dan tak ada satu pun dia ignore.

Tiba-tiba, dia ingin berlalu pergi tetapi cepat-cepat aku tahan laluannya menyebabkan dia berhenti dan mengangkat keningnya sebelah.

" kau dah ngantuk ke ? Teman lah aku lepak kejap " aku dah mula gelabah. Bukan apa, kes Hantu raya pak Samad masih menghantui diri aku.

" tak nak " dia ingin meloloskan diri dari tahanan aku tetapi aku mendepakan tangan bagi menghalang laluannya.

" lepak bilik aku jom main mobile legend " aku tersengih-sengih. Harap dia makan lah umpan aku. Yalah, lelakikan memang kaki mobile legend.

Sebenarnya dalam phone aku ada
Game Talking Tom dengan Fruit Ninja je, tang mana tah nak main mobile legend.

" malas " jawabnya sepatah.

Mamat ni kan memang tak berperikemanusiaan betul !

" alaa jom lah Rafael ! " kaki aku menghentak lantai. Serious aku tengah terdesak sekarang !

Selepas beberapa saat dia berfikir, dia mengeluarkan satu keluhan yang berat sebelum menggerakkan kepalanya ke kanan tanda bersetuju nak ikut aku.

Yes !

Aku dengan happynya berjalan beriringan dengannya ke bilik. Tapi masalah sekarang mobile legend pon aku tak install, inikan pula nak main ? AKU TAK PANDAI MAIN MENATANG TU !

Agak-agak kalau aku ajak dia main Talking Tom dia nak tak ?

" kau lapar ? " tiba-tiba dia bertanya.

" lapar lapar " aku jawab dengan laju. Mana tahu dia nak belanja makan ? Peluang keemasan ni.

" aku letak air panas dalam maggi cup kejap " lalu dia ingin berlalu ke dapur tetapi aku menghalang.

" apa lagi ? " Rafael tunjuk muka jengkel.

" tak-em se-sebenarnya aku-aku Ha ! Aku nak buat air milo " ketahuilah anda bahawa ini hanya alasan semata-mata. Serious aku dah berbakul-bakul menyumpah dekat si Dennis sebab buat aku fikir pasal benda tahyul ni sampai tak boleh tidur. Aku sudah la penakut !

" suka hati kau lah " lalu dia berlalu pergi. Dan aku mengekorinya di belakang sambil memegang hujung baju singletnya.

Lantak lah ape orang nak fikir tapi sekarang memang aku dah rasa nak lari balik rumah !

Takut !

** 🌙 **

"Kau cakap nak main mobile legend. Ni kejadah apa yang kau main ni ? " Rafael mengecilkan matanya melihat aku. Jelas sekali muka dia tengah bengang.

" ni game paling famous abad ini tau ! Kata gamer tegar, takkan game ni pun tak kenal? Ni Talking Tom !" Aku tahan je gelak dari keluar.

" adik aku yang kecik tu pun tak main game macam ni "

" hehe "

ah lantak lah.

" cakap je lah kau nak tidur dengan aku kan ? " dia menyakat.

Aku menggulingkan mata menyampah.

Rafael dan perasan memang tak boleh dipisahkan !

" aku ajak kau main game je okay ! " jawab aku tak mahu kalah.

Dia ingat aku ni gatal sangat ke hah ? Disebabkan takut je aku buat macam ni ! Kalau tak memang dah lama aku tendang dia keluar !

" kenapa tak cakap awal-awal nak suruh aku teman ? I don't mind if its you" ucapnya sambil tersenyum dan cuba teka apa jadi selepas itu ?

Jantung aku berdegup kencang.


** 🌙 **

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro