46 | disobey

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

" kau tak rindu diaorang ? " aku perhati wajah Jackson dalam-dalam. Cuba untuk mencari jawapan sebenar.

" gila tak rindu. Hidup aku tak sempurna tanpa diaorang dan kau. " dia mengeluh kemudian menutup matanya. Dia bersandar rapat pada dinding dan mendongak seperti sedang mengosongkan segala kekusutan di dalam kepala.

" then, why would you do this ? "

" do what ? "

" distance yourself from us. " tertanya-tanya aku kenapa dia ambil keputusan untuk jauhkan diri daripada kami walhal perkara ini harus dibincang bersama.

" it's a long story. I was on my way home and suddenly three guys blocked me. The moment aku nampak muka Kriss, lahanat yang dah tampar kau tadi, aku jadi kaku. Aku tak expect yang dia akan muncul balik. They beat me badly as a warning. I was so scared to tell anyone. Aku trauma. Ye, aku masih trauma. Benda yang dah jadi dekat kami dua tahun lepas terus terpancar dalam ingatan aku. Saat kitaorang kena tendang, kena sepak, kena hentak dan Rafael yang hampir hilang sebelah mata dia terus berulang balik dalam kepala aku macam sebuah video yang tiada penamat. Five months Bella, Its fucking five months kitaorang ada dalam tahanan mereka. And the most tragic thing I have faced for my entire life was when I lose my one and only brother "

Dia menghentikan ayatnya disitu. Aku dapat lihat seorang Jackson yang selalu kuat dan selalu senyum tiba-tiba hari ini kecundang dengan air matanya perlahan menuruni pipi. Aku tak pernah sangka yang dia akan menangis. Selama ini, dia tak pernah tunjuk.

" I lose my brother Bella. Dia bunuh Jason macam nyawa Jason tu mainan. Kriss bunuh Jason depan mata aku masa Jason tengah menangis merayu supaya Kriss tak cederakan aku dan yang lain. " aku lihat Jackson dengan mata yang sudah penuh dengan air. Aku juga terasa sakit. Melihat Jackson yang menangis teruk tetapi cuba untuk mengawal suaranya buat aku rasa makin sebak.

" tapi aku bersyukur sebab mereka masih ada. Rafael, Keith, Luke dan Dennis masih ada dengan aku sampai sekarang. " suaranya yang bergetar itu cuba untuk berbunyi lagi. Aku mula mendekatkan diri aku padanya. Lehernya aku raih dan sebuah pelukan aku berikan.

" kau juga ada aku Jackson. "

Dan suasana jadi sayu. Kami berdua senyap dan hanya ditemani dengan bunyi esakan. Jackson dan aku menangis, mengeluarkan segala rasa berat di hati yang selama ini dipikul.

Lama kami berada dalam posisi demikian sehinggalah tangisan kami reda. Aku peluk Jackson bagai hari esok tiada. Lagi pula, kami tak pasti sebentar lagi kami boleh hidup ke tak.

" Thank you, Bella. Thank you for making me feel better. " dia senyum pada aku. Tapi entahlah, senyuman dia nampak sedih pada aku.

" aku akan selalu ada dengan kau kalau kau perlukan aku. Kita kawan kan ? " aku pegang bahu dia.

" la.. aku kena friend zone lah ni ? " dia gelak. Aku tengok dia dengan muka yang tak percaya langsung.

" tak yah ah buat muka macam tu, aku gurau je lah. Ish tak fun la kau ni " Jackson buat-buat merajuk sambil berpeluk tubuh. Aku dah tergelak. Serious dia merajuk tak comel !

Jackson mencebikkan bibirnya.

Okay aku mengaku dia comel.

seketika kemudian, dia hadap muka aku. Dia pandang aku tepat pada mata aku kemudian dia tiba-tiba sahaja tanggalkan rantai yang selama ini dia selalu pakai kemudian dipakaikannya pada aku.

" ni rantai kesayangan Jason. Aku tak pernah tanggalkan dari leher aku, ini kali pertama. " luahnya membuatkan aku tersentap seketika dan keliru pada masa yang sama.

" k-kenapa kau bagi aku ? " aku dah rasa tak sedap hati.

" aku nak kau jaga rantai ni. Who knows maybe hari ni last aku hidup " dia senyum kelat dan mata aku memang dah start berair lagi. Dia ni asyik buat aku emo kenapa ?

" tak payah bergurau la gila. " aku pukul bahu dia, kuat. Spontan dengan itu Jackson mengaduh kesakitan.

" kau ni pukul macam lelaki. " dia kemudian mengusutkan rambut aku dengan tangan besarnya. Habis rambut aku yang diikat kemas tadi menjadi serabai. Pada ketika ini, boleh pula dia gelak dan entah kenapa aku pun tergelak sama. Hampir terlupa yang kami sebenarnya dalam situasi bahaya.

" WOI SIAPA KAU ?! " aku dan Jackson segera berpaling ke arah pintu usang tadi. Seorang lelaki mara ke arah kami tanpa amaran tetapi Jackson lagi cekap, sebaik sahaja melihat lelaki itu, dia terus bangun dan mengambil tindakan dengan menghantuk kepala lelaki itu kuat ke dinding.

Bukan setakat itu sahaja, Jackson terus menendang perut lelaki itu diiringi dengan hentakan di belakang leher. Lelaki itu terjelopok jatuh menyembah lantai. Darah sudah pun terkeluar daripada mulutnya.

Aku terkejut lalu berkelip mata beberapa kali. Tidak percaya dengan apa yang aku dah nampak kerana ianya berlaku sangat singkat. Seperti hanya 1 saat sahaja Jackson lakukan dan lelaki itu sudah pun rebah.

" oh and my name is Jackson. Nice to meet you too. " sempat lagi Jackson duduk bercangkung dan bersalam dengan lelaki tadi.

Kemudian dia kembali datang pada aku. Tangan aku ditariknya supaya aku bangun dengan cepat.

" we need to go now. Cari tempat selamat untuk sembunyi sebab jeritan jantan tak guna ni tadi kuat sangat. Aku pasti ada orang dah dengar. " laju Jackson menuturkan kata kemudian dia menyuruh aku untuk panjat ke arah tempat di mana dia keluar tadi. Iaitu di sebalik siling.

" well well well, going somewhere kids ? "

Dan aku dengar bunyi pistol digerakkan. Aku telan air liur bila aku angkat muka. Mata aku tepat bertentangan dengan Kriss. Tidak cukup dengan itu, anak-anak buahnya menghalakan pistol mereka ke arah kami.

" amazing ! Aku ingat kau dah mati lepas aku belasah kau dekat lorong hari tu. " ucap Kriss diiringi tawanya yang jelik. Aku nampak Jackson sudah pun menggepal penumbuk tanda geram.

Pada ketika ini, kami dikelilingi dengan anak-anak buah Kriss yang lengkap dengan senjata api. Ofcourse we won't win this. Sia-sia je lawan free hand. Boleh mati macam tu sahaja.

" give me the girl now ! " arah Kriss, tegas.

" hell No ! " Jackson segera mara ke hadapan dengan aku berada di belakangnya. Kemas dia memegang aku supaya hanya berdiri di belakangnya.

" dah pandai nak berdegil ! Alright you forced me to do this. Gentlemen, shoot to kill al——

" nanti ! " aku bergelut dengan pegangan kemas Jckson tetapi setelah berjaya keluar, aku segera serahkan diri aku pada Kriss. Aku tak ada pilihan lain ! Jackson pula sudah pun marah dengan tindakan aku.

" what the fuck are you doing ?! "

Aku telan liur aku yang pahit bila dengar tengkingan Jackson yang sangat marah dengan tindakan aku. Aku tahu ini melampau tapi apa boleh buat ? Aku tak nak ada orang mati disebabkan aku !

" good girl, kan senang kalau dengar cakap aku. Tak adalah sia-sia je membazir peluru. " Kriss merangkul leher aku. Dia di belakang aku dan aku di hadapannya. Jackson berada di tengah-tengah. Kami mengadap antara satu sama lain.

Jelas wajah Jackson saat ini sangat marahkan aku. Aku ingkar akan arahannya yang menyuruh aku supaya berdiri di belakangnya.

" mungkin aku patut simpan kau dan jadi perempuan aku. " Kriss mendekatkan bibirnya pada tepi telinga aku lalu membisik. Aku menutup mata. Sungguh aku rasa sangat jijik dengan apa yang dia dah buat pada aku sekarang. Kedudukan kami sangat dekat.

BAMMMMMMMMMMM !

Pintu usang yang menjadi laluan untuk keluar masuk tadi sudah pun terbang dan jatuh ke lantai akibat penangan daripada tendangan seseorang.

" APA KAU DAH BUAT ?! " lantang suara Rafael bergema beserta dengan dengusan yang kuat.

Semua mata mula teralih pada kehadiran dia secara tiba-tiba. Dapat aku rasakan yang ini bukan masanya untuk bergurau senda dengannya. Penangan mata Rafael sudah cukup untuk buat orang berundur. Dia nampak dingin dan paling bahaya, dia nampak macam sudah bersedia untuk mencederakan orang lain.

Untuk seketika, aku terasa selamat bila dia ada. Walaupun perang ini masih belum tamat. Dalam masa yang sama, aku juga takut. Takut kalau-kalau dia tercedara kerana aku.

Dari ekor mata ku. Aku dapat lihat yang Kriss sudah pun tersenyum puas hati melihat kehadiran Rafael. Dia sengaja menarik aku supaya semakin rapat dengan badannya. Waktu macam ni memang sumpah aku rasa nak sepak je muka mamat ni.

Kriss menyilang tangannya pada leher aku. Tanpa aku duga, dia keluarkan sepucuk pistol dari dalam pocket seluarnya lalu ditujukan tepat mengena kepala aku.

" I have your girl right now. What you gonna do about it ? " kemudian dia senyum lagi tanda mengejek.

Aku tahu, saat ini peluang sangat tipis untuk kami keluar dari sini dengan selamat. Mana tidaknya ? Bila pistol Kriss memang dah terpacak elok tepi kepala aku ni. Untuk kali terakhir, aku lihat muka Rafael. Aku pandang mukanya dengan wajah yang pasrah. Aku harap ianya tak sakit. Selepas itu, mata aku perlahan-lahan terkatup rapat.

" I would fight of course. Better destroy everything than surrender her. "

Dapat aku dengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rafael itu kedengaran sangat keras tanda amaran. Perlahan aku membuka mata kembali, dan saat itu, keadaan menjadi kacau bilau.

Suasana yang tadi diisi dengan perbualan kini diganti dengan bunyi tembakan demi tembakan.

**🌙**

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro