47 | chaos

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BELLA ROSALLES [ POV ]

Suasana jadi kacau bilau. Aku masih berada dalam cengkaman Kriss. Cuba untuk lari tapi serta-merta mendapat jelingan tajam darinya. Dia sudah pun mula berundur ke belakang bersama dengan aku dalam pegangan eratnya dan membiarkan anak-anak buah dia yang mengotorkan tangan membuat kerja gila ini.

Dia melihat dengan perasaan puas. Puas melihat Jackson dan Rafael sekarang yang tengah tercungap-cungap lelah melawan konco-konconya yang ramai. Dalam hati aku berharap agar Jackson dan Rafael tidak akan diapa-apakan. Aku tahu, ini memang mustahil bagi mereka untuk menang. Mereka hanya berdua, mana mungkin boleh kalahkan lebih dari dua puluh lelaki di dalam bilik ini.

Berdas tembakan dilepaskan. Melihat dari riak Rafael dan Jackson yang tenang seolah-olah mereka tidak terkesan itu buat aku naik gila. Kalau terkena tembakan mereka, silap haribulan boleh tengok kalendar ! Eh maksud aku, silap haribulan boleh hilang nyawa !

Aku makin tak senang duduk. Sudahlah mereka berdua itu tiada apa-apa senjata yang boleh digunakan untuk lawan sebilangan lekaki yang ramai itu !

" RAFAEL WATCH OUT ! " jerit aku lantang sebagai amaran. Serta-merta, Rafael menunduk dan mengelak kaki yang hampir mengenai kepalanya. Tangan Rafael kemudian tangkas memegang kaki itu dan memutar tuan badannya di atas bahu. Lelaki itu terhempap ke atas lantai. Rafael dengan pantas menumbuk dada lelaki itu dengan buku limanya. Jeritan lelaki itu bergema besertakan carutan dalam bahasa Thailand.

" you need to learn how to keep your mouth shut, princess ! " Satu tamparan untuk kali kedua laju hinggap di pipi aku tapi kali ini lagi pedih dan menyeksakan memandangkan dia tampar pada bahagian yang dah cedera tadi.

Aku berdesis sakit. Terus rebah badan aku. Aku pegang bibir aku yang dah laju mengalir darah segar. Mata seperti tengah berpusing hebat. Aku cuba tutup mata dan kepala tergeleng beberapa kali cuba untuk mendapat pandangan yang jelas.

Belum sempat aku bangun balik, Kriss terlebih dahulu mencekik leher aku kemudian memaksa aku untuk berdiri menghadapnya. Jelas pada matanya yang dia sedang dilanda amarah yang berapi.

Aku tak mampu nak menjerit mahupun meminta tolong. Suara sudah pun hilang. Nafas aku tersekat. Makin lama makin sesak. Badan aku seolah-olah makin jauh dengan lantai. Terasa bagai diri diangkat. Tangan aku tak mampu untuk leraikan cekikan Kriss.

" AKU CAKAP JANGAN SENTUH DIA ! " Rafael meluru laju dengan sebatang besi panjang. Aku tak tahu bila dia dapat benda tu. Besi panjang yang berada di tangan Rafael jelas mempunyai beberapa kesan darah yang masih pekat. Aku perasan yang orang-orang Kriss dah ramai yang rebah ke lantai. Jackson masih lagi bertarung dengan segala tenaga yang dia ada.

Mata aku segera tertumpu pada Rafael. Aku tak tahu apa yang bakal dia buat. Tiba-tiba, batang besi tersebut dihayun laju ke arah Kriss namun dia sempat mengelak. Kriss melepaskan cekikan terhadap leher aku, terus aku jatuh terbaring ke lantai. Dia mula menyepak besi yang berada di tangan Rafael kemudian besi tersebut terpelanting jauh.

" sayang betul kau dekat perempuan ni kan ? " sinis dia berkata kemudian mengeluarkan sepucuk pistol.

Hampir terkeluar bola mata aku daripada soket bila tengok dia mula acukan pistol tersebut tepat ke arah kepala Rafael. Tapi Rafael tetap jadi Rafael. Dia tidak berganjak walau satu tapak sekalipun. Langsung tidak gentar.

Tapi disebabkan tindakan Kriss yang lambat dan kedudukan mereka berdua yang agak dekat, Rafael dengan tangkas mencengkam pergelangan tangan Kriss dan merampas pistol tersebut. Dia mengeluarkan semua peluru di dalamnya dan bukan itu sahaja, pistol tersebut juga dileraikan satu persatu sehingga ianya tidak menjadi bentuk yang asal. Lincah tangannya meleraikan setiap bahagian pistol tersebut seperti sebuah mainan. Kemudian dia melempar semuanya ke tepi. Kriss nampak tercabar. Mukanya sedikit berubah. Terkejut sehingga hilang kata-kata.

" Im not the same weak boy you tortured two years ago. " selesai menuturkan kata, Rafael dengan pantas menarik tangan Kriss dan membawa tangan lelaki itu ke lutut dan menghentaknya kuat. Melangsi jeritan Kriss bercampur dengan bunyi tulang-temulang yang patah. Dalam keadaan yang pening, aku menyaksikan perkara itu dengan penuh debaran.

Berkerut Kriss menahan rasa sakit. Rafael membawa lututnya laju mengena ke arah perut Kriss. Beberapa kali lututnya itu mengerjakan perut Kriss sehinggakan lelaki itu terasa senak. Sikunya pula menghentak belakang badan Kriss tidak henti-henti. Disebabkan terlalu sakit, Kriss rebah ke lantai.

Rafael sempat mengerling ke arah aku yang sudah terbaring. Air mata aku laju menuruni pipi. Terasa sangat lembik dan tak berguna bila melihat Rafael dan Jackson yang bersusah payah berperang demi untuk keluarkan aku dengan selamat.

Kriss segera bangun. Masih mahu melawan, dia mencengkam bahu Rafael bila dapat peluang tersebut. Kakinya segera bergerak ke depan menolak Rafael sehingga rapat ke dinding . Tangan sebelahnya menumbuk pipi Rafael berkali-kali. Habis tersembur darah dari mulut dan hidungnya.

" SETAN ! " Terkeluar segala urat jantan di leher Rafael apabila menempik ganas . Darah yang masih berbaki di dalam mulutnya, diludahkan tepat terkena pada muka Kriss.

Rafael melompat dan menghentak kepala Kriss dengan sikunya yang tajam. Dia membuat turning kick ke atas perut Kriss. Lelaki itu hanya terganjak beberapa tapak namun masih kuat berdiri.

" Raf ! Aku tak dapat lawan semua ! " jeritan Jackson membuatkan Rafael segera berpaling ke arahnya.

Jackson nampak tercungap-cungap. Keringat mula membasahi segenap mukanya. Rafael ketap gigi rapat-rapat bila ternampak lengan Jackson yang dah tercedera dengan libasan pisau. Malah kaki dia nampak sudah pun luka sana sini. Darah dari lengannya bertitik-titik jatuh. Bajunya koyak rabak. Aku tak rasa yang Jackson dapat lawan mereka semua. Alangkah bagus kalau aku dapat tolong mereka. Tapi, aku hanya mampu menyaksikan segala mimpi ngeri ini tanpa mampu berbuat apa-apa.

Rafael nampak tertekan. Geram dengan apa yang mereka dah buat ke atas Jackson.

" LAMBAT LAGI KE LUKE ?! " lantang jeritan Rafael ke arah siling. Tiba-tiba tiga buah siling jatuh. Bunyi bising mula kedengaran.

Luke ada kat sini ?


**🌙**



LUKE MARSHALL [ POV ]

" sorry Raf ! Kitaorang pergi settle yang dekat luar sana dulu. Semua dah nyenyak tidur dah. " aku membalas jeritan Rafael tadi. Kami terpaksa settlekan yang di luar dahulu supaya mereka tak dapat masuk ke dalam. Aku dah agak yang dekat sini dah ramai orang-orang suruhan Kriss. Kalau mereka dengar segala kacau-bilau di sini, pasti diaorang akan datang dan serang.

Dari atas, aku dapat lihat muka terkejut Jackson yang tengah pandang kami dengan muka yang tak percaya. Aku pun terkejut jugak macam mana dia ada dekat sini. Sesungguhnya, aku rindukan dia yang dah lama menghilang tanpa jejak. Tapi sekarang tak ada masa nak bertanyakan khabar. Melihat pada lengan dan kakinya yang berdarah dan mukanya yang luka, aku tahu yang dia tak okay sekarang.

" It's show time, guys " aku berbisik kepada Keith dan Dennis kemudian sempat pula tergelak kecil. Kitaorang dah berjaya selinap masuk dan bersembunyi di atas siling daripada awal lagi cuma Rafael sahaja yang berdegil nak berhadapan dengan Kriss terus jadi kami hanya biarkan. Aku tahu apa yang mampu dia buat jadi aku tak risau. Kami bertiga dah sedia aim senjata untuk shoot mereka gaya macam abang-abang paskal.

" Keith, give me data " Dennis seru Keith yang tengah pakai binokular.

" object is moving. No wind data " jawabnya selepas beberapa saat.

" It doesn't metter. Distance. "

" 320.. 300.. 280.. 260.. —

BAMMMMMM !

Satu musuh jatuh. Aku layan je Keith dengan Dennis ni. Bukan main dia nak tunjuk belang.

Berterima kasih lah kepada Luke Marshall yang dah hasilkan idea lagi bernas daripada si otak dungu Rafael. Di tangan kami ada satu senjata yang sempat aku patah balik dan ambil dekat rumah tadi.

Pistol ubat pelali untuk haiwan. Benda ni ada lima dekat rumah aku sebab daddy selalu pergi memburu dekat hutan. Ini je lah yang mampu kitaorang rembat as a weapon.

Apa kau ingat kitaorang budak 18 tahun dah ada lesen nak pegang senjata api ? Please lah tak masuk akal okay. Negara ni ada undang-undang. Mana nak rembat semua tu ?

Satu persatu anak buah Kriss kecundang penangan daripada ubat pelali ini. Mujur ada Dennis yang memang dah ada pengalaman menembak. Dia dah belajar menembak sejak daripada kecil lagi.

Tapi itu bukan isunya. Sekarang peluru kami semakin sikit. Mungkin berbaki dua disebabkan selebihnya telah pun dihabiskan pada lelaki yang menjaga pintu di bahagian dalam dan luar tempat ini. Semua habis kami sapu.

Dua lagi lelaki tumbang, bermakna peluru kami habis. Tak ada cara lain, aku pandang muka Dennis dan Keith. Mereka juga memikirkan benda yang sama.

Iaitu lompat ke bawah dan lawan mereka semua. Dalam kiraan tiga, kami lompat ke bawah serentak. Bergolek dibuatnya bila sampai ke lantai. Jarak antara siling dan lantai sangat jauh. Bagai terkena renjatan elektrik sahaja bila sampai ke permukaan bawah.

Aku belum sempat lagi nak tunjuk aksi, seorang lelaki berbadan sasa yang penuh dengan tattoo melepaskan tembakan tapi mujur aku sempat mengelak dengan membuat back flip.

" vachirawit iamkajorn Wattanagitiphat Krung Thep Maha Nakhon Anjir ! " sempat aku mencarut dalam bahasa Thailand. Entah betul ke tidak ayat dia aku main hentam sahaja. Gila ! Ini nak aku mampus awal mamat ni !

Dia acukan lagi Ruger SR9 ke arah aku. Tapi bila di tekan, peluru tidak keluar. Aku syak dia dah kehabisan peluru. Terus aku lari ke arah dia dengan laju dan memeluk perutnya. Aku mula menolaknya rapat ke dinding. Mukanya aku hantukkan dengan kepala aku dengan kuat.

Dia jatuh terduduk. Aku membawa lutut aku pada mukanya. Kepalanya aku pegang supaya tidak bergerak. Habis mukanya kemik aku kerjakan. Selepas beberapa hentakan, dia dah tak sedarkan diri.

Keadaan masih terkawal. Aku terus membawa diri aku pada Bella yang terbaring lemah. Dress yang dia pakai dah koyak rabak. Dress labuh itu kini sudah berada di paras lututnya manakala bahagian atas pula hampir menampakkan dadanya.

Aku segera membuka Jacket hitam yang aku pakai. Badan dia aku angkat perlahan. Jacket tadi aku sarungkan pada badannya. Bella hanya senyum. Senyuman yang lemah dia berikan.

" sikit je lagi Bella, semua akan ber—

BAMMMMMMMMMM !

Tembakan tiba-tiba dilepaskan. Dengar macam dari arah belakang aku tapi sekarang aku tak rasa apa-apa. Aku mula fikir yang  bukan-bukan. Ayat aku terhenti. Jantung aku mengepam darah dengan laju. Terketar-ketar tangan aku dibuatnya. Perlahan-lahan aku berpaling ke belakang.

" Ja—Jackson " aku nampak dia tengah terbaring, tak bergerak.

" weh kau pehal gila " aku goncang bahu dia yang dah kaku itu.

" bangun la sial " masa ni memang aku tak boleh tahan air mata. Terus jatuh menuruni pipi. Aku tak kira apa orang nak cakap. Sudah teruk keadaan dia aku tengok dengan kesan calar-balar dan sekarang, he took a bullet for me.

" Jack, bangun la babi " aku dah teresak-esak bagai anak kecil.

" WEH PAHAL SIA " Lepas tumbangkan satu musuh, Keith lari ke arah aku.

Dennis masih berlawan. Rafael juga tengah struggle dengan Kriss.

" weh bangun bodo bangun ! " seluruh badan dia aku goncang dengan kuat. Aku dah tak kisah dengan benda sekeliling yang jadi sekarang.

Yang aku kesah hanya Jackson.

" DAH LAH LUKE. " Keith tolak aku supaya berada jauh dari badan Jackson yang dah tak bergerak.

Aku terus meraung kuat.

Semua ni salah aku !

" LU-LUKE TOLONG AKU ! KAKI AKU KENA TEMBAK! " aku dengar Dennis tengah mengerang kesakitan. Aku terus bangun, Glock 19 yang berada di atas lantai terus aku rembat. Aku terus mencerlung muka jantan tak guna yang dah tembak Jackson dan Dennis tadi.

Dia cuba tembak aku tapi peluang tak menyebelahi dia apabila peluru dia dah habis. Dia terus angkat tangan, takut.

" dont shoot ! " dia berundur.

" KESAH APA AKU. SEKARANG NYAWA KAWAN AKU SIAPA NAK GANTI " aku tendang dia kuat. Lepas dia terbaring, aku pijak perut dia berkali-kali bagai dirasuk sesuatu.

Dirasuk amarah dan juga dendam . Dulu Jason, dan sekarang Jackson pula ? aku tak akan bagi muka kali ini !

Lunyai dia dibuatnya.

Pull the trigger. Confirm the target.

" ini untuk Jackson " mata aku mula berkaca lagi. Tapi belum sempat tembakan dilepaskan, Keith dah menerpa ke arah aku. Dia tolak aku ke tepi. Kami jatuh tergolek. Kini Keith berada di atas badan aku. Kolar baju aku dia tarik kasar.

" KAU TOLONG SEDAR SIKIT BOLEH TAK ? ! TARIK NYAWA DIA BUKAN KERJA KITA " keras ayat Keith pada telinga aku. Aku terus lepaskan hand gun tersebut daripada genggaman.

Sekiling kami kini penuh dengan manusia yang terbaring di atas lantai. Darah yang masih merah dan pekat berselerak di atas lantai. Banyak barang yang hancur dalam bilik ini.

Keith dah kembali bergelut dengan beberapa orang lelaki. Tinggalkan Jackson yang kaku keseorangan. Bella cuba untuk datang dekat dengannya sambil memegang rantai yang dia pakai.

Itu rantai Jason.

Aku dah memang tak boleh kawal emosi. Memang, memang aku tak tunjuk air mata aku depan orang tapi sekarang aku tak mampu nak tahan.

Dan tiba-tiba tempat ini diisi dengan bunyi siren kereta polis dan ambulances

" finally, they are here. " Keith rebah. Dan saat itu aku perasan yang kepala dia dah mengeluarkan cecair pekat.

" tak Keith, jangan kau juga " aku nak bangun tapi Dennis menghalang. Dia cuba bangun walau kaki dia dah cedera teruk.

" everything gonna be fine, Luke. " bisik Dennis dengan lemah. Aku segera peluk dia bila dia hampir sahaja mahu tumbang.

" DROP YOUR WEAPON ! KNEE DOWN ! " beberapa orang polis yang berpakaian serba hitam masuk ke dalam bilik ini. Konco-konco Kriss yang masih berbaki dikepung semuanya.

Kriss pula sudah Rafael settle kan. Lelaki itu sudah pun terbaring di atas lantai. Seorang pihak polis datang lalu menggari kedua belah tangan Kriss.

Saat itu, Tuhan sahaja yang tahu betapa terdesaknya aku tidak mahu benda ini berulang kembali. Pihak medic mula datang ke arah kami semua.

Jackson sudah diangkat ke atas katil beroda lalu dimasukkan ke dalam ambulance. Keith sudah pun berada di dalam ambulance dan dipakaikan alat bantuan pertafasan. Aku nampak Kyle ada sekali memandangkan Keith memang dari awal dah buat rancangan untuk beritahu Kyle terlebih dahulu. Dan kehadiran ambulance dan pihak polis ini mungkin kerja Kyle.

Dennis masih berada dalam dakapan aku. Kini, letih aku kian terasa. Dada masih laju naik turun untuk mendapatkan oksigen yang cukup

" Luke, kau boleh bangun tak ni ? " Sir Alex yang datang entah dari mana memegang bahu aku. Mungkin dia datang sekali dengan Kyle.

Semuanya dah berakhir kan ?

Dan-dan mata aku mula melabuhkan tirai.

**🌙**

RAFAEL ADREAN SULLIVAN [ POV ]

aku tak banyak berfikir, terus aku peluk Bella bila sudah sampai pada tempatnya. Aku kucup dahi dia. Rambut dia aku usap lembut. Muka aku sembamkan pada lehernya.

" you okay baby girl ? " aku pegang kedua belah mukanya dengan tangan. Pipi dia yang sedikit bengkak itu aku tiup.

Dia hanya mengangguk kecil sebagai jawapan. Aku peluk dia balik tapi dia tolak aku perlahan.

" Rafael, kau luka. " air mata dia mengalir laju bila menyentuh lengan aku yang berdarah kerana terkena tembakan tadi. Jujur ianya sakit tapi bila tengok muka Bella aku lupa kesakitan yang aku alami.

Aku angkat Bella dan membawanya masuk ke dalam ambulance. Satu arahan aku berikan pada seorang medic supaya menjaga Bella dengan baik.

" I need to go now, Bella " ucap aku senafas.

" kau nak pergi mana ? " dia masih genggam jari aku, tak mahu aku jauh darinya.

" aku nak tengok diaorang. " ucap aku lembut. Sesungguhnya, Aku hampir hilang kewarasan bila tengok mereka rebah ke lantai. Dia mengangguk faham dan membiarkan aku pergi.

Aku pergi ke arah ambulance yang berada di sebelah dan nampak Jackson yang tak sedarkan diri di atas katil. Ambulance itu sudah pun menutup pintu belakangnya dan sedia untuk bergerak laju menuju ke hospital. Aku beralih pada ambulance seterusnya satu demi satu aku perhati dan aku baru perasan.

Yang mereka semua sudah pun menutup mata.

**🌙**

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro