Bab 52 : ARIF TUNGGU

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Xaiden, jom breakfast. Saya masak bubur ni," Ujar Anisa membawa sedulang makanan ke dalam bilik Xaiden.

" Tak naklah, tak selera," Xaiden mula merengek sebelum berselubung ke dalam selimut.

" Awak ni kenapa? Tak kira awak kena makan juga, lepastu makan ubat ni. Doktor cakap awak kena habiskan ubat ni baru boleh kerja balik,"

" Hmmm" balas Xaiden singkat

" Dengar tak ni?" Soal Anisa semakin lantang suaranya.

" Hmmm..."

" Ishh Xaiden, awak bangun sekarang," Anisa terus menarik selimut dan menarik bahu Xaiden untuk berpaling ke arahnya namun masih tidak berjaya.

" Xaiden makanlah sikit, tak habiskan pun tak apa. Badan awak panas baliklah," pujuk Anisa lembut kali ini. Sedang kusut memikirkan cara untuk memujuk lelaki itu, tiba-tiba dia teringatkan perbualannya bersama Puan Sri Melissa di dalam telefon pagi tadi.

Flashback,

" Anisa tolong jaga Arif tu elok-elok yer,"

" Yer, mama jangan risau,"

" Mama tahu kamu pandai jaga dia, tapi Arif ni kalau demam jadi lain sikit,"

" Lain macam mana tu?" Soal Anisa hairan. Jadi apa? Monster ker?

"  Selalunya perangai dia akan jadi macam budak-budak . Manja,"

End Flashback,

' Manja...' Anisa ligat memproses maksud ibu mertuanya itu. Haihh, tiba-tiba sel-sel otak Anisa ni tak berhubung.

" Arif... jomlah makan. Nisa suapkan nak?" Seperti yang dijangka. Laju sahaja Xaiden berpaling ke arahnya. Walaupun dengan wajah yang pucat. Terbit juga secalit senyuman di bibir lelaki itu.

" Nak! Aaaa..." Anisa ketawa kecil dengan telatah Xaiden yang kini berubah 180 darjah. Dengan perasaan lega Anisa terus menyuapkan sesudu bubur nasi ke dalam mulut suaminya itu.

" Lepasni Xaiden tidur yer," ujar Anisa lembut. Namun sejali lagi tiba-tiba wajah lelaki itu berubah muram.

" Kenapa? Xaiden nak apa cuba bagitahu,"

" Tak suka Xaiden. Nak Arif. Nisa kena panggil Xaiden Arif," rungut Xaiden seperti anak kecil membuatkan Anisa terpampan seketika.

" Okaylah, lepas ni Arif makan ubat lepastu tidur yer," Arif tersenyum kembali setelah mendengar nama panggilan itu. Laju sahaja dia menghabiskan sarapannya dan memakan ubat.

" Nisa nak pergi mana?" Soal Xaiden apabila Anisa mengangkat dulang untuk beredar.

" Nisa nak cuci mangkuk ni kejap,"

" Hmmm lepastu Nisa teman Arif tidur tau, Arif takut," Anisa tersenyum lebar sebelum keluar dari bilik suaminya.

Mendengar pernyataan suaminya itu membuatkan hatinya berasa tidak keruan. Sukalah pula dengan sisi Xaiden yang sekarang ini. Demamlah lama lagi. Dia boleh ambil cuti! Hehehe...

Keesokan Harinya,

Televisyen yang sedang terpasang memeriahkan suasana sunyi di rumah itu. Namun tiada yang menonton kerana orang yang duduk di hadapan televisyen itu sentiasa memerhati gerak geri gadis pujaannya.

" Nisa buat apa? Lamanya..." Soal Xaiden sambil memerhati Anisa yang sejak tadi kehulu-hilir meneroka rumahnya.

" Nisa kemas rumah," jawab Anisa ligat mengemop lantai ruang tamunya.

" Nak tolong!" Lantaran itu, laju sahaja kakinya mencecah lantai namun dihalang Anisa.

" Ehh tak payah. Stop!" Pergerakan Xaiden terus terhenti.

" Alaaaa kenapa?" Soal Xaiden memuncung.

" Tak payahlah Arif tu tak sihat. Sikit jer lagi ni," pujuk Nisa lembut.

" Kenapa tak boleh? Arif nak tolong jugak,"

" Tak apalah, Arif tengok jer TV tu. Kejap lagi Nisa teman Arif tengok TV yer,"

" Okay! Nisa cepat sikit tau. Arif tunggu ni," beritahu Xaiden beria.

" Okay..." Anisa tersenyum suka.

10 minit kemudian,

" Arif tengok cerita apa?" Soal Anisa perlahan mengambil tempat di sebelah Xaiden.

" Tengok cerita ni. Kelakar! Hahahaha!" Anisa tersenyum sendiri melihat telatah suaminya ketika itu.

Tanpa amaran, selamba sahaja Xaiden meletakkan kepalanya di atas paha Anisa membuatkan gadis itu  terpegun seketika.

" A-Arif bu-buat apa ni?" Soal Anisa menelan air liur kasar.

" Arif nak baring jer," jawab Xaiden sambil mata masih tertumpu pada kaca televisyen.

" Kalau Arif nak tidur, tidur dekat biliklah," ujar Anisa meraup rambut suaminya lembut.

" Tak nak! Arif nak duduk dekat sini dengan Nisa. Please..." seketika anak mata mereka bertembung.

" Yelah, kali ni jer. Tapi jangan tertidur pula tau," kata anisa seperti seorang ibu melayan anaknya.

" Yeayy!!! Sayang Nisa!" Luah Xaiden ceria sambil memeluk pinggang Anisa seperti anak kecil.

" Nisa pun sa-sayang Arif juga," jawab Anisa dengan hati yang berdegup kencang. Tidak disangka sikap Xaiden akan berubah sampai macamni. Uwaa!!! Janganlah baik demam! Demam jer sentiasa...

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro