Bab 53 : DAYDREAM

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi penggera telefon mengejutkan Xaiden dari lenanya.

Namun Xaiden terpaku sebaik sahaja wajah polos Anisa berada dekat disisinya ketika itu. Tambahan pula apabila tangan Anisa erat memeluk pinggangnya.

Dilihat jam pada skrin telefonnya yang kini menandakan jam 6:00 pagi. Tanpa ingin membangunkan Anisa yang masih bahagia diulit mimpi, Xaiden mengubah tangan Anisa dengan berhati-hati dan bangun dari tempat tidurnya tanpa membuat sebarang bunyi.

Setelah hampir 4 hari dia merehatkan diri, akhirnya badannya terasa ringan dan cergas semula. Hari ini dia telah bernekad untuk kembali ke pejabat.

Setelah siap menunaikan solat subuh, Xaiden memandang ke arah sekujur tubuh yang masih terbaring di atas katilnya dengan rasa bingung.

" Nak kejut atau tak?" Soal Xaiden sendiri perlahan mendekati Anisa.

" Ahhh, kejut jelah. Kalau dia tak bangun aku biar jer," ujar Xaiden kepada dirinya pula.

" Nisa. A- Anisa... Bangun dah subuh dah ni,"

" Hmmm..."  jawab Anisa sekadar acuh tidak acuh.

" Biarlah. Aku dah kejut," selamba sahaja Xaiden melangkah keluar dari bilik bersama beg bimbitnya meninggalkan Anisa sendirian.

15 minit kemudian,

Anisa terjaga apabila penggera telefon berbunyi lagi menandakan pukul 6:35 pagi. Namun apabila dia membuka mata, gerangan yang ingin dia lihat tidak ada disisinya.

" Arif," panggil Anisa memeriksa segenap ruang di bilik tidur lelaki itu.

" Mana dia ni?" Soal Anisa sendiri mennggosok matanya bagi menghilangkan lali.

Disebabkan dia sudah terlewat bangun, Anisa mencapai tuala dah terus bergegas untuk membersihkan diri dan menunuaikan solat subuh terlebih dahulu.

Sebaik sahaja Anisa menyelesaikan rutin paginya, Anisa terus mencapai telefonnya dan mendail nombor seseorang.

" Hello?"

" Hello Arif? Arif pergi mana? Nisa risaulah tiba-tiba jer Arif menghilang. Arif kan tak sihat lagi..."  Ujar Anisa panjang lebar kepada si gerangan yang berada nun jauh di sana.

" A- aku dekat pejabat ni. Kau jangan risaulah aku dah sihat," jawab Xaiden kekok manakala Anisa terdiam sebentar mencerna situasi mereka ketika itu.

" A-awak dah breakfast?" Soal Anisa cuba menghilangkan suasana janggal diantara mereka.

" Aku dah breakfast ," jawab Xaiden ringkas sebelum keadaan menjadi senyap kembali.

" Anisa? Hmmm okaylah aku nak sambung kerja balik. Lagi satu, aku balik rumah lambat malam ni. Jadi kau tak payah tunggu aku. Bye, Assalamualaikum,"

" Waalaikumussalam..." Jawab Anisa perlahan sebelum Xaiden menamatkan panggilan mereka. Beberapa saat kemudian Anisa menampal senyuman plastik pada wajahnya dengan rasa kecewa.

" Welcome back to reality  Anisa Fazira," ucap Anisa menahan hampa. Entah mengapa, dia seperti benar-benar terbangun dari mimpi indah yang tidak dapat digambarkan.

" Hmmm aku nak buat apa sekarang ni?" Soal Anisa pada dirinya. Beberapa minit kemudian, dia turun ke tingkat bawah untuk menyiapkan sarapan pagi dan menikmati cutinya sebelum memulakan rutin sibuknya kembali pada esok hari.

...

Jam kini menandakan pukul 11:00 malam. Namun tiada sebarang tanda-tanda kepulangan Xaiden. Anisa mengeluh sendiri sambil sesekali menyelak langsir di ruang tamu.

Banyak perkara yang bermain di fikiran Anisa ketika itu. Setelah apa yang mereka lalui beberapa hari yang lalu, apakah reaksi lelaki itu terhadapnya? Adakah mereka akan semakin menjauh? Sampai bila mereka akan terus begini?

Setelah jarum jam tepat menunjukkan pukul 12 malam, Anisa akhirnya mengalah. Perlahan-lahan dia mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Anisa berhenti seketika sebaik sahaja berada di hadapan pintu bilik Arif Xaiden. Beberapa saat kemudian, dia menerobos masuk ke dalam  biliknya dan terus merebahkan diri di atas katil.

" Nampaknya aku jumpa kau balik wahai katil," seloroh Anisa sendiri sambil menepuk katilnya yang sudah beberapa hari tidak disentuh.

" Goodnight Arif," bisik Anisa sebelum memejamkan mata.

30 minit kemudian,

Pintu bilik Anisa dikuak perlahan. Arif Xaiden perlahan-lahan melangkah masuk dan menuju ke sisi katil Anisa. Dia melutut seketika sambil mengamati wajah bersih isterinya yang sedang tidur nyenyak.

Dia menyelitkan rambut Anisa yang berjurai menutupi bahagian wajah isterinya ke belakang telinga.

" Goodnight Nisa..." Ucap Xaiden perlahan sebelum keluar dan menutup pintu bilik Anisa perlahan.

To be continued...

Comments and votes okayy...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro